RSS

Sunday, December 25, 2011

Di Mana Silap Kita

Assalamualaikum

AlhamduLILLAH baru-baru ini saya berpeluang membuka kembali salah satu daripada ratusan atau ribuan hasil tulisan al Allamah Dr Yusuf alQaradhawi yang bertajuk "Aina Khalal" atau dalam bahasa yang lebih mudah kita fahami di mana silapnya umat Islam pada hari ini.Teringat pula pada kelas-kelas bersama Ustaz Fauwaz dahulu ketika zaman muda-muda saya di Mesir ini.Sungguh banyak mutiara yang saya rindui.Moga-moga pengajian bersama Ustaz satu ketika dahulu ada hasilnya ke arah kebaikan walaupun tidak nampak dengan mata kasar mahupun ditangguhkan pencapaiannya...

Dalam kita meneruskan kesinambungan kehidupan,semangat adalah salah satu daripada elemen yang dituntut.Hal ini adalah bagi melicinkan gerak kerja kita tersebut dan supaya kita merasa tidak berat dengannya.Tidak dinafikan bahawa kefahaman yang jelas juga adalah perkara pokok dalam setiap perlakuan dan sepatutnya mendahului semangat.Semangat semata-mata tanpa kefahaman yang jelas akan memudahkan pelunturannya.Antara sebab-sebab yang dinyatakan melalui buku ini ialah :

Wednesday, November 30, 2011

Nikmat Keseimbangan

Assalamualaikum

Habuk di Mesir tidak pernah berhenti daripada menghiasi muka penduduknya,baik di musim panas mahupun di musim sejuk.Ketika Medan Tahrir bergolak dan menjadi tajuk hangat dalam berita berita antarabangsa,para penutut Kasr Al Ainy Medical School masih meneruskan rutin harian.Keluar dari rumah di pagi hari,pulang pada waktu petang.Kepala disibukkan dengan ilmu yang disampaikan di 'sekolah'(medical school) seolah-olah tiada apa yang berlaku kira-kira tidak sampai 2 kilometer daripada tempat pengajian berkenaan.

Usai kelas sehari-hari,pulang ke rumah membersihkan diri.Jika masih belum menunaikan solat langkah diatur ke bilik air lalu wajah adalah anggota pertama yang mesti dibasuh sebagai syarat sah wudhu'.Dengan air panas darjah sederhana,tangan menakung air,mata ditutup lalu takungan tersebut diratakan ke seluruh bahagian muka.Ah,tersungkur jatuh di atas lantai bilik air!!!

Friday, November 4, 2011

Untuk Penyokong Terutama Pendokong PERUBATAN

Assalamualaikum…


Sekarang ini apabila bertemu dengan pelajar Malaysia dalam perjalanan pergi atau pulang dari kuliah,mereka yang tidak kami cam mukanya pasti berstatus junior,bukan senior yang tidak dikenali.Saya merupakan salah seorang daripada lebih kurang 100 orang pelajar Malaysia pertama yang dihantar ke Universiti Kaherah secara beramai-ramai lebih 5 tahun yang lalu.AlhamduLILLAH kini kami di tahun akhir pengajian sebelum berkhidmat sebagai pegawai kesihatan di Malaysia nanti.InshaAllah.Dah besar panjang rupanya kami sekalipun mungkin tidak secara fizikal :)

Di tahun-tahun akhir ini saya selalu sahaja ‘terkenang-kenang’ perkara yang telah saya lalui sepanjang pengembaraan saya di bumi Mesir.Saya selalu katakan kepada para sahabat di sekeliling saya,alhamduLILLAH saya tidak pernah menyesal dicampakkan ke bumi kinanah pernuh tarbiyyah ini. Perasaan itu tidak sama seperti awal-awal saya menerima surat tawaran untuk ke Mesir dahulu kerana pernah mengidam negara timur tengah yang lain.AlhamduLILLAH.Saya suka sebut begitu kerana saya banyak terhutang budi dengan tanah yang pernah dijejaki oleh hamba-hamba Allah yang soleh ini,juga tanah yang pernah menjadi saksi keangkuhan sang kerdil yang mengaku sebagai Tuhan.

Dalam banyak-banyak budi yang saya hutang itu,kali ini saya berminat untuk bercerita dari satu sudut.Mungkin tidak semua pembaca satu fikrah dengan saya apabila menyebut tentang persatuan.Di Mesir ini saya mengenali PERUBATAN,iaitu Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir.Keahliannya terbuka kepada semua pelajar Malaysia jurusan sains kesihatan yang berada di Mesir.AlhamduLILLAH Allah telah menuliskan taqdir untuk saya ditarbiyyah sebagai ahli serta pernah juga diberatkan dengan tanggungjawab sebagai pimpinan.Saya mohon maaf dan halal daripada seluruh warga PERUBATAN sekiranya ada amanah yang tidak tertunai sepanjang tempoh tersebut.Apa-apa perkara yang tidak selesai bolehlah dituntut di sini ya supaya tidak dituntut di akhirat nanti.Moga Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Sunday, October 23, 2011

Cintailah Aku,Cintailah Keturunanku

Assalamualaikum

Di tahun-tahun akhir ini kerap juga perasaan rindu kepada keluarga di Malaysia bertandang dalam jiwa.Beberapa minggu yang lepas apabila saya berbual dengan emak,beliau begitu bersemangat bercerita kepada saya bahawa beberapa hari sebelumnya mereka menziarahi sepupu saya di rumahnya.Puteri tunggalnya yang bongsu kelihatan sangat seiras dengan saya sewaktu kecil.Pandangan itu pastilah hanya boleh dinilai oleh kedua ibu bapa saya serta mereka yang sempat menyaksikan saya ketika gigi masih belum tumbuh.Kata emak,hilang juga rindunya kepada anak yang seorang ini apabila melihat si kecil itu~

Melihat seseorang mampu mengingatkan kita kepada orang lain...

Apatah lagi jika insan yang diingatkan melalui orang yang di hadapan mata itu merupakan insan yang paling disayangi,melebihi ibu dan ayah,suami dan isteri,anak-anak dan sahabat handai, mahupun diri sendiri.

Malam tadi ketika kali pertama melihat wajahnya secara langsung dan dekat,hati rasa tersentuh,sebak dan semacam ada perasaan yang tidak mampu diterangkan.Mungkin kerana mengetahui fakta bahawa insan yang sedang menyusun kata-kata,melontarkan hikmah di hadapan kami ini merupakan daripada keturunan semulia-mulia insan.Ketika itu hati saya menjerit-jerit mahu melafazkan rasa terima kasih kepada sahabat saya yang telah mengajak saya untuk merasai keindahan majlis ilmu bersama insan yang layak disayangi ini.

Pada pagi hari yang sama, Fadilat AsSyaikh Dr Yusri Al Hasani membacakan hadith kepada kami yang bermaksud ajarilah anak-anak kamu dengan 3 perkara iaitu mencintai aku (Baginda صلى الله عليه وسلم ), mencintai ahlil bait,dan mencintai tilawah Al Quran.AlhamduLILLAH pengajaran hadith tersebut menjadi sebab kaki ini berjaya digagahi untuk diatur ke perhimpunan penuh barakah bersama para ulama' yang mulia..

Wednesday, October 19, 2011

Kuat Untuk Ummat!

Assalamualaikum

Tengah hari tadi (12 Oktober) selepas tamat kelas sesi pertama saya mengatur langkah ke gerai makanan bersama salah seorang sahabat saya.Kami berjalan sepantas mungkin kerana sudah tidak lama lagi sesi pengajian kedua akan bermula.Walaupun keadaan kelam kabut itu agak memenatkan,namun perut perlu juga diisi dan itu sering menjadi antara prioriti! Ada sahabat saya jika sudah letih bekerja dan diberi pilihan antara tidur atau makan (dalam keadaan perut yang kosong) tidur menjadi pilihan demi menghilangkan kepenatan.Tetapi jika saya berada di tempatnya,selalunya saya akan memilih untuk makan! :D

Sahabat yang berjalan bersama saya tadi mengatakan,hidupnya bukan untuk seorang.Laparnya akan memberi kesan kepada insan lain.Oh,dia sudahpun bergelar puan,anaknya masih menyusu secara tabi'e.Perut perlu diisi dengan makanan berkhasiat supaya menghasilkan susu yang baik untuk tumbesaran si anak.Maka apakah peranan saya untuk mengisi perut untuk kali ini? Adakah kelaparan saya akan memberi kesan kepada insan lain? Saya berfikir dan hasilnya tecetuslah entri kali ini...

Moga Allah menerima amalan kita semua.Saya berharap makanan yang diambil adalah untuk menjana tenaga...kerana tidak lapar saya (bukan kenyang) harap-harapnya adalah untuk orang ramai... supaya tenaga dapat dijana.Dalam konteks sebagai seorang pelajar,tidak lapar itu mampu meningkatkan daya fokus supaya dapat memahami pelajaran dengan lebih baik.Apabila ada kekuatan,inshaAllah segala aktiviti menjadi lebih mudah dan efektif.

Thursday, September 22, 2011

Tentera Terbaik Di Muka Bumi

Assalamualaikum

Cuti kali ini sayang saya terhadap bumi Mesir ini semakin bertambah. Mungkin juga kerana menyedari hakikat ini merupakan tahun terakhir pengajian perubatan saya di peringkat sarjana muda.Kullu biidznILLAH.

Orang Mesir semangatnya luar biasa.Disebutkan rakyatnya berjumlah sekurang-kurangnya 80 juta, kepadatan penduduk yang sangat tinggi dan jauh meninggalkan negara Arab yang lain seperti Libya,Tunisia, Jordan ,Yaman, Syria dan sebagainya.Namun ajaibnya, bumi Tahrir di Mesir menjadi saksi setia bagaimana kuasa rakyat menjatuhkan rejim kejam Hosni Mubarak dalam masa hanya 18 hari!Bandingkanlah keadaan politik semasa di Libya dan Syria yang masih tidak stabil hingga saat ini. Maka apakah yang membezakan Mesir dengan negara-negara tersebut, sehingga kami yang bertaraf warga asing di negara ini langsung tidak perlu gusar terhadap kesan yang ditinggalkan oleh peristiwa25 Januari 2011 yang lalu...

Sunday, August 7, 2011

Jiwa Muda di Bulan Ramadhan 2

Assalamualaikum

Baru beberapa hari yang lepas saya mencoretkan jiwa mahasiswa yang bersemangat kental dan waja.Sejak akhir-akhir ini banyak pula kisah para pemuda dan pemudi yang saya pelajari dapat menjadi contoh bagi mendidik diri supaya masa muda digunakan sebaiknya. Kehidupan di usia begini tidak memberi jaminan umur yang panjang.Maka sewajarnya dimanfaatkan sama sahaja dengan yang lain kerana pada bila-bila masa sahaja kita mungkin dijemput oleh Allah Taala Yang Maha Kekal.

Friday, August 5, 2011

Jiwa Muda di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Pagi tadi buat kesekian kalinya saya melambaikan tangan kepada sahabat yang pulang bercuti ke tanah air tercinta. Kadang kala terusik juga perasaan rindukan keluarga dan suasana bahagia di Malaysia.AlhamduLILLAH setiap kali itu jugalah rasa syukur timbul kerana insyaAllah saya diberikan Allah peluang buat kali kedua,mungkin juga yang terakhir untuk menikmati dan menimba pengalaman yang sangat mahal di cuti musim panas dalam tahun-tahun akhir keberadaan di bumi anbiya’ bumi penuh barakah ini.
Hari ini,sejak beberapa minggu yang lalu mahasiswa Mesir digemparkan dengan isu hak mahasiswa yang dicabuli oleh beberapa insan yang sudah semakin tercemar nama baiknya di peringkat mahasiswa di sini ,mahupun di seluruh pelusuk dunia di mana sahaja terdapatnya  pencinta kebenaran.Isu ini saya fikir sudah sampai ke Malaysia disebabkan semua maklumat hanya berada di hujung jari.
Isu BERSIH 2.0 yang hangat di Malaysia menempiaskan juga bahangnya di negara-negara yang terdapat warganegara Malaysia seperti Australia,Korea,Kanada dan lain-lain.Mesir juga tidak ketinggalan menunjukkan kebersamaan rakyat yang menuntut diadakan pilihanraya yang bersih khususnya menjelang PRU ke 13 tidak lama sahaja lagi.Namun apa yang tiada di negara lain tetapi ada di Mesir ialah terdapat beberapa mahasiswa yang melibatkan diri secara langsung menyertai perhimpunan AMAN ini dikenakan tindakan yang sesekali tidak adil iaitu dibuang universiti serta merta!

Friday, July 8, 2011

Peperiksaan = Modul Tarbiyyah?

Assalamualaikum..

AlhamduLILLAH.Semalam kami baru sahaja selesai melalui tempoh peperiksaan yang tidak sekejap juga, walaupun tahun ini hanya 2 subjek dalam silibus. Bangun pagi pada hari ini,saya terfikir apalah yang perlu diisi dalam tempoh cuti ini.Tambahan pula saya bercadang untuk menghabiskan cuti musim panas di Mesir tempat saya 'mendewasa' ini.Kalau tidak disusun jadual dengan baik,mahu juga saya beli tiket dan pulang ke tanah air lantaran kebosanan dengan cuti yang begitu panjang di sini.Hampir 2 bulan setengah!

Namun mungkin ini adalah cuti musim panas terakhir kami di Mesir yang boleh diisi dengan perkara-perkara elektif selain subjek perubatan.InshaAllah tahun depan waktu-waktu begini kami berada di tahun akhir kuliyyah perubatan..Keutamaan sudah pasti tertumpah kepada kecemerlangan dalam bidang tersebut.

Setiap kali melalui tempoh peperiksaan,macam-macam perkara 'kehidupan' yang dapat saya pelajari,dan ketika itu jugalah membuak-buak rasanya ingin dicoretkan rasa hati itu dalam ruang maya sebegini. Tetapi keadaan kurang mengizinkan kerana ada perkara yang lebih utama untuk diberikan tumpuan.

Saturday, May 21, 2011

Jalan jalan Cari Pengajaran


Assalamualaikum.

Cuti umum Mesir beberapa minggu yang lalu memberi kami kesempatan untuk meninggalkan seketika rutin harian dan menghirup udara di sekitar kawasan yang tidak biasa kami lawati walaupun sudah hampir menamatkan tahun ke 5 pengajian di bumi anbiya' ini.Kata orang better late than never :P

Rupa-rupanya di sini kami sangat dekat dengan tokoh-tokh ilmuan dan para sulafussoleh yang menjadi wali Allah.Mungkin kami menghirup udara yang dahulu pernah dihembus oleh Imam As Syafie,mungkin kami memijak pasir-pasir dan tanah-tanah yang dahulu berada di bawah tapak kaki Saydina Amru Al As.



Sunday, April 24, 2011

Motivasi Pejuang

Assalamualaikum...

Dahulu ketika kita masih di bangku dan meja sekolah,pihak sekolah selalu juga mengadakan  kem-kem motivasi khususnya bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam bermula daripada UPSR,PMR, dan SPM.Ketika itu masing-masing bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh.Dengan usia yang masih mentah,kejayaan yang menjadi ukuran kebanyakan pelajar adalah berkadar terus dengan markah yang diperoleh dalam peperiksaan.Sekarang masihkah kita ingat akan isi kandungan motivasi tersebut?

Motivasi bertindak sebagai momentum kepada tindakan seseorang supaya dapat bergerak dengan lebih jauh.Dalam hukum fizik momentum mampu menambahkan kelajuan,mengatasi hukum inersia yang melambatkan pergerakan bahan yang statik.Namun,apakah bentuk momentum yang terbaik untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita?

"Agama itu adalah nasihat"

Allah itu Maha Adil.Agama yang diutuskan melalui para rasul meliputi cara hidup yang amat praktikal dan selari dengan fitrah manusia dan seluruh makhluk yang diciptakan.Pesan Nabi Muhammad Salllallahualaihiwassalam, menutut ilmu itu adalah wajib untuk setiap muslim.Dalam AlQuran kerapkali Allah menjanjikan darjat yang tinggi dan balasan yang terbaik untuk golongan yang berilmu.Keduanya jalan seiringan,demikian merupakan salah satu contoh Allah memberikan motivasi untuk kita terus menuntut ilmu,mencabut kejahilan dari membelenggu diri...bukan sekadar memberatkan kita untuk mengejarnya dan membiarkan kita terkontang-kanting untuk melaksanakan kewajipan tersebut.

Salah satu daripada 10 sifat-sifat yang perlu ada dalam individu muslim ialah mempunyai tubuh badan yang sihat.Mukmin yang kuat itu lebih disayangai Allah berbanding yang lemah.Suka ataupun tidak,setiap yang bergelar muslim perlu mengamalkan cara hidup yang aktif secara fizikal serta pemakanan yang sihat demi memastikan hak terhadap tubuh badannya ditunaikan.Di sini terbukti Islam itu bukan agama ritual semata-mata...Islam adalah CARA HIDUP yang yang tidak meninggalkan walau sekelumit daripada aspek kehidupan.

Maka deen itu lah merupakan motivasi terbaik!

Tuesday, April 12, 2011

Sanggupkah kelihatan bodoh?

Assalamualaikum...

Nampaknya saya masih belum berjaya untuk secara konsisten menulis di laman blog ini.Masa yang semakin terbatas dan kemudahan yang makin menguji menambahkan lagi cabaran untuk saya terus mengasah alatan yang semakin menumpul ini.Maka saat ini saya memulakan kembali langkah yang sudah beberapa minggu tertangguh.

Sudah masuk minggu ketiga kami mengambil subjek Obstertric & Gynaecology atau dalam bahasa ibundanya subjek Perbidanan & Sakit Puan.Subjek ini merupakan subjek keempat dan terakhir untuk sesi pengajian Tahun 5 di Fakulti Perubatan Universiti Kaherah.AlhamduLILLAH,semakin hari semakin dirasai menceburi bidang perubatan ini bukan sekadar ingin menghabiskan silibus.Tidak cukup dan sangat rugi jika mereka yang berada dalam bidang ini berhempas pulas mengulangkaji pelajaran semata-mata ingin mendapatkan markah terbaik dalam peperiksaan, TANPA membayangkan kesemua pengetahuan itu akan digunakan dalam kehidupan sehariannya apabila sudah bergelar seorang pegawai perubatan.Ilmu dan hikmah dalam bidang perubatan sangat istimewa, mahu tidak mahu ilmu itulah yang akan menjadi kehidupannya nanti. "You must keep this note so it will stick in your mind..this is your life,more important than your wife".Sampai begitu sekali pesanan salah seorang pensyarah kami Dr Ala' addin semasa kami menyalin nota beliau dalam kelas tutorial!

Saturday, March 19, 2011

Medan Tahrir

Assalamualaikum

Lama juga saya menghabiskan masa 'mengulangkaji' hasil penulisan dalam SOLUTION ini...entri beberapa bulan atau tahun yang dahulu.Itu belum lagi membuka kembali entri2 seawal kelahiran blog ini...ada yang membuatkan saya tersenyum, ada juga yang membuatkan dahi berkerut..Ya,kita banyak belajar daripada sejarah..Sebab itu jangan melupakan sejarah kerana kita pasti akan mengulanginya!

Hari ini dinamakan Yaumul Istifta' di Mesir.Cuti umum sempena meraikan rakyat Mesir yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka untuk menyuarakan pendapat,sama ada YA atau TIDAK terhadap perlembagaan atau perundangan Mesir sebanyak 211 fasal (sumber daripada salah seorang warga Mesir di Medan Tahrir).Jika YA maka perlembagaan itu akan terus digunapakai.Jika TIDAK maka perlembagaan itu akan digubal semula.Sepanjang survey tidak rasmi kami,semua rakyat Mesir mengatakan TIDAK sebagai pendirian mereka.Kata seorang pemandu teksi...itulah gunanya mereka berada di Medan Tahrir (sewaktu revolusi),iaitu untuk menggubal undang-undang baru...ke arah Mesir yang lebih baik inshaAllah.

Friday, March 11, 2011

Cinta Organisasi

Assalamualaikum

Hari ini hari Jumaat pertama saya di Mesir selepas proses evakuasi dan Ops Piramid.Semoga setiap apa yag kita usahakan mendapat tempat yang terbaik di sisiNya.

"...you masih muda,nnti you akan tahu....Life is beautiful".


Life is beautiful.Demikian antara pesanan seorang pak cik yang sempat kami panjangkan jalinan silaturrahim setelah menikmati roti canai garing  di pekan Karai,Enggor Perak.

Ya,hidup ini memang indah jika kita begitu yang kita fikirkan.Proses evakuasi ini sungguh merupakan satu proses pembelajaran yang tidak semua orang berpeluang mendapatkannya.Daripadanya kami semakin belajar  hidup berorganisasi dalam sesebuah masyarakat.

Antara perkara yang menjadikan saya begitu menghargai hidup berorganisasi atau secara berjamaah,ialah banyak perkara yang dapat dipelajari melaluinya.Terlalu banyak saya sifatkan.

Pertama kali saya mendengar istilah di atas adalah daripada mulut salah seorang pimpinan mahasiswi pengajian Islam di Mesir.Beliau menyatakan ada juga individu-individu yang bertemu jodoh melalui kerja-kerja  persatuan atau organisasi.Itulah keadaan yang diistilahkan sebagai cinta organisasi.....

Saturday, February 12, 2011

Pengajaran Yang Mematangkan-Post Pengunduran HM-

Assalamualaikum...

hamdan LILLAH.Sekitar jam 7.30pagi waktu Malaysia hari Rabu yang lalu saya selamat menjejakkan kaki ke bumi bertuah Malaysia tanah airku.Menaiki pesawat ihsan MAS MH8031.Apabila ditanya tentang apa yg telah saya lalui,saya membalas kepada ayah "sangat banyak cerita yang boleh ditulis dalam blog!"

Ya.Bermula pada 25 Januari ketika cuti umum di Mesir yang mereka namakan Hari Polis..salah satu cuti yang tiada di Malaysia.Ketika itu berlaku tunjuk perasaan di beberapa tempat di seluruh Mesir,khususnya Iskandariah.Khabarnya rapat umum itu adalah berpunca daripada isu antara penganut agama Kristian dan penganut deen suci Islam sendiri,rentetan pengeboman si sana.Tidak lama sebelum itu.pegawai MARA sendiri telah mengingatkan para pelajar supaya tidak keluar pada hari tersebut bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini

Rupa-rupaya Medan Tahrir yang merupakan  kawasan paling popular dalam setiap berita antarabangsa sekarang pun, turut mengalami keadaan yang sama.Rapat umum,cuma saya sendiri tidak pasti adakah berpunca daripada sebab yang sama dengan apa yang berlaku di Iskandariah.Beberapa hari selepas itu,ada pula desas desus yang mengatakan akan diadakan pula perhimpunan warga Mesir beramai-ramai...kali ini tujuannya ialah untuk menggulingkan individu yang bernama Hosni Mubarak!

Sunday, January 23, 2011

Sunnah Orang Berjaya

Assalamualaikum

Ini adalah kali kedua saya membawakan tajuk ini untuk dikongsikan bersama.Kali pertama adalah secara lisan sebentar tadi,maka di alam maya ini insyaAllah saya akan gunakan peluang sebaiknya untuk perkongsian yang lebih bermanfaat hendaknya.Robbana taqabbal minna ~

Mengikut Jalan Yang Sama 

Pernah ada yang mengingatkan saya,jika ingin menjadi ulama',kena bersungguh-sungguh menutut ilmu seperti para ulama.Lebih kurang begitu mafhumnya.Jika ingin mendapat pangkat  mumtaz dalam peepriksaan,perbuatan kita harus seiring dan sepadan dengan apa yang ingin dikecapi nanti.

Sama sahaja konsepnya dengan jalan-jalan yang dilalui oleh orang-orang yang berjaya di mata kita (mudah-mudahan kita berjaya di mata Allah Taala juga).Pepatah Arab ada mengajar kita bahawa siapa yang berusaha dia akan berjaya.


Sunnah orang berjaya yang ingin saya tekankan di sini hanyalah satu ,iaitu berusaha melaksanakan sesuatu,sanggup bersusah payah sebelum dapat merasai nikmat yang diharapkan tersebut.


Work hard for what  you want!


Putaran hidup ini selalunya tidak bersifat mistik,tetapi realistik.Kita berpijak di bumi yang nyata.Teringat pesanan Prof Dr Ahmed S. El  Beleidy,dalam perubatan(bahkan apa jua bidang sekalipun),jangan terlalu mengharapkan keajaiban untuk berlaku.Para pengamal perubatan perlu berusaha bersungguh-sungguh,mengamalkan segala ilmu dan kemahiran demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit.Dalam sedar mahupun tidak, keajaiban sememangnya wujud dalam diri kita sendiri yang merupakan hasil kejuruteraan terbaik produk Yang Maha Sempurna.Cukuplah anugerah akal dan jiwa yang membolehkan kita mengenal apa itu Islam,menjadi bukti bahawa penciptaan kita sangat unik dan sempurna.SubhanAllah!


Jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan yang dihamparkan permaidani merah,tanpa halangan yang perlu diredah.Dalam Surah Al Insyirah Allah berfirman bahawa setiap kesusahan itu bersamanya kesenangan.Kata orang kulit putih keturunan penjajah itu no pain no gain~

Mereka Yang Beriman dan Beramal Soleh

Berkali-kali dipesan dalam AlQuran bahawa iman sahaja tidak cukup bagi individu Muslim,bahkan perlulah seiring dengan amal soleh yang perlu dilaksanakan.Inilah bukti bahawa Islam itu adalah deen-cara hidup...tidak bersifat ritual semata-mata....tetapi sebenarnya bersifat praktikal dan universal untuk diamalkan oleh setiap mereka yang bergelar insan di muka bumi ini.

Ayuh,bumikan setiap tindakan kita supaya ia menjadi realiti,bukan omongan kosong yang sedap didendangkan tetapi hasilnya tiada,umpama ketukan tin kosong yang kuat bunyinya...namun yang ada hanyalah udara yang mengisi ruang.

Kurangkan omongan,banyakkan amalan :)


Allahua'lam

Wassalam warahmatullah