tag:blogger.com,1999:blog-27403689467473855122024-03-05T04:45:42.309-08:00solutionthe BIGGEST room is
...room of improvement...dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.comBlogger88125tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-74057593873943720552014-02-09T00:41:00.003-08:002014-02-09T00:43:41.287-08:00Nafas BaruAssalamualaikum..
BismILLAH ArRahman ArRahim..
Rupa-rupanya sudah lebih setahun setengah saya membiarkan blog ini sunyi tanpa entri terbaru.Ada beberapa tulisan yang sy hanya jadikan sebagai notes dalam facebook.Itupun sempena insiden tertentu.Memang sudah lama rasa ketagihan ingin menulis.Sehinggakan sudah bertukar status, daripada seorang pelajar perubatan menjadi graduan menjadi pegawai perubatan, daripada bujang menjadi isteri orang dan telah bergelar ibu alhamduLILLAH pada 19 Januari 2014.Dalam perubahan fasa2 tersebut terlalu banyak yang ingin dikongsi bersama sampaikan tidak tahu yang mana satu ingin dikongsikan.
Pada entri kali ini saya berminat untuk berkongsi pengalaman setelah memulakan tugasan sebagai pegawai perubatan UD41 atau yang dikatakan HO atau secara sinis ada yang menggelarkannya 'hamba orang' :)
Kehidupan sekarang sudah terlalu banyak beza dengan kehidupan sebagai pelajar perubatan.Tambahan pula ketika berada di bumi Mesir, alhamduLillah suasana sekeliling boleh dikatakan baik walaupun yang tidak baik itu wujud di mana2.di sana orang membaca alQuran di tengah jalan masih dianggap norma kehidupan yang tidak janggal di mata umum.namun orang bergaduh terjerit2 juga tidak dianggap asing^*^.
Hari ini kehidupan yang kami lalui sehari2 adalah dalam realiti sebenar yang lebih bervariasi mewakili masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini.Saya suka kongsikan sesuatu yang positif dahulu untuk perkongsian pertama.Setelah lebih kurang sebulan berada dalam Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan, satu hari saya ditaqdirkan bertemu dengan seorang ibu yang sangat tabah.Saya tidak akan menyebutkan secara terperinci sejarah pesakit tersebut.Lagipun ia sesuatu yang kurang beretika untuk mendedahkan perihal pesakit kepada pengetahuan umum.Secara ringkasknya boleh saya nyatakan ibu tadi sudah banyak kali mengalami keguguran.Kali ini ibu yang mulia tersebut diuji dengan kandungan yang sudah tidak bernyawa tetapi masih berada di dalam rahim.Kes sebegini menuntut juga jihad ibu untuk merasa sakit bersalin seperti biasa walaupun janin yang bakal dilahirkan sudah tiada.Keberadaan saya di sisi ibu tersebut adalah sekadar membuat pemeriksaan terakhir sebelum beliau dipindahkan ke wad daripada bilik bersalin.Tanpa dipinta si ibu memberitahu saya bahawa anaknya sudah tiada.Saya yang pada asalnya tidak tahu tentang pesakit tersebut kaget.Cepat2 si ibu tadi menyatakan bahawa beliau redha dengan apa yang berlaku.Katanya doktor pakar sudahpun memberikan kata2 yang menenangkan,katanya anak yang sudah tiada itu dijamin masuk syurga..anak tersebut pasti menunggu ibunya untuk ke syurga puan!Saya yang bakal menjadi ibu ketika itu sangat tersentuh dengan ketabahan dan kehalusan hati yang dimiliki insan di hadapan saya!
Okey bahagian buruk pula apa ya.. bagi orang mukmim itu semua yang menimpa diri dan sekelilingnya adalah baik2 belaka. Jika sesuatu yang tidak disenangi dia bersabar, ada sahaja hikmah terselit yang cuba digali. Jika sesuatu yang disenangi akan disyukuri, bertambah lagi nikmat dari Ilahi. Nikmat mungkin bukan dari segi lahiriah, nikmat mungkin dari segi ketenangan hati,kelapangan akal fikiran dan kebahagiaan dalam kehidupan seharian.
Namun tipulah kalau saya katakan kehidupan sebagai HO flat tiada naik turunnya.Apa yang pahit untuk ditelan sebaiknya dijadikan teladan dan pengajaran supaya tidak sia2 berlalu begitu sahaja. Selalu sahaja dalam whatsapp ataupun status-status FB ramai HO yang meluahkan perasaan mereka untuk tatapan semua. Ada yang manis tetapi banyaknya yang tidak sedap untuk ditelan. Ketika awal-awal saya memasuki 'alam' ini saya merasakan bahawa tiada kehidupan untuk saya ketika itu.Tiada masa untuk bersuka ria, tiada masa untuk selain daripada yang dikatakan KERJA. Saya tidak main-main.. Sungguh pelik perasaan ketika itu.. Bila masa lapang rasa macam serba salah nak duduk tenang sebab takut dikatakan curi tulang. Dengan bos2 takut hatta untuk sekadar bercakap perkara yang tidak berkaitan dengan kerja.... Ketika itu saya rasakan susah untuk saya belajar perkara baru.. Disebabkan suasana yang tidak berapa menyeronokkan saya selalu terlupa bahawa membantu pesakit adalah tujuan utama para doktor. Saya rasakan kesungguhan saya bekerja (walaupun rasanya tidaklah sesungguh mana) adalah sekadar tidak mahu dimarahi bos2.. Hurm.. Ini baru pengalaman sendiri. Belum lagi dinyatakan apa yang dialami sahabat-sahabat lain.Walaupun kedengaran seperti tidaklah seteruk mana berbanding doktor2 pelatih zaman dahulu, saya terfikir patutkah kami dilayan seolah-olah cuba membuatkan kami merasa perkara yang sama mereka rasakan satu ketika dahulu.. Sehinggakan pernah saya merasakan saya tidak dilayan seperti seorang manusia! (bukan bermaksud penderaan fizikal)
Lama juga saya berperasaan negatif begitu. Saya pun tidak pasti saat bila agaknya hati mula terdetik.. memang kehidupan doktor pelatih begitukah sampai bila2? Suami saya mengatakan yang saya kelihatan begitu tabah (erm??) sewaktu di awal alam pekerjaan, mungkin kerana tiada laporan berbaur keluhan yang keluar daripada mulut saya. Sehinggalah pada satu malam saya menangis sepuas-puasnya di bahu beliau. Hatta sehingga saat itu pun saya tidak tahu itu adalah hasil pengumpulan stress selama ini sehingalah suami saya sendiri mengingatkan saya, baru saya tersedar!! Ya kadang-kadang diri kita sendiri menjadi 'pelindung' kepada masalah yang tersimpan dalam diri..
Sehari- hari berlalu alhamduLILLAH saya semakin dapat menyesuaikan diri dan semakin dapat mencuri-curi peluang untuk kehidupan sendiri. Bukan apa jika kita tidak memberikan peluang kepada diri sendiri ( diri sendiri termasuk juga keluarga kerana mereka adalah sebahagian daripada diri kita) rutin seharian di tempat kerja berkemungkinan hilang cahaya ikhlasnya, hanya kerana kita merasakan tidak diperlakukan dengan adil..hurm secara jujurnya sistem kerja kerajaan di Malaysia khususnya para doktor masih saya rasakan tidak adil dari kacamata manusiawi..Maksud saya masih ada ruang yang boleh diperbaiki supaya tidak ada lagi kata orang hidup doktor tiada life! Di satu sudut pula tidak boleh juga terlalu menyalahkan mereka (saya pun tidak pasti secara tepat siapakah mereka ) kerana kerja doktor memang lain cabarannya. Kita akan selalu bertarung perasaan terutama kepada yang sudah berkeluarga, mana satu yang patut aku utamakan.. dengan kata mudahnya hanya doktor yang memahami jadual kurang siuman doktor di Malaysia.. dahulu ketika saya belum mula bekerja, saya tidak dapat membayangkan apabila suami saya katakan beliau tidak sempat langsung untuk menjamah makanan.. Apabila sudah mula bekerja, ok saya sudah memahami keadaan itu.. lalu saya membuat kesimpulan hanya doktor yang memahami doktor.. orang lain tidak mungkin akan faham tetapi mereka boleh bertoleransi~
Ok cukup x panjang ni entri utk cover hampir dua tahun x menulis :P Tapi mak saya selalu kata x boleh banyak-banyak nanti orang x appreciate... :D wassalam
dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-61348991690663845732012-03-09T11:31:00.002-08:002012-03-09T11:31:59.415-08:00Nak @ Tak Nak Marah?Assalamualaikum
Kata Abdul Wahhub kepada bapa mertuanya,jangan marah..nanti kena jual!
Ada orang berpesan pada saya.. marah itu ada pelbagai macam.Selalu orang memandang kemarahan itu sesuatu yang negatif walaupun ada juga yang bersifat sebaliknya.Mari kita raikan dahulu pandangan dari sudut pertama.Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 134,antara sifat orang yang bertaqwa ialah kemampuannya mengawal kemarahan.Orang yang berjaya mengawal kemarahannya adalah orang yang kuat sebenarnya.Dia berjaya mengalahkan syaitan yang sentiasa bertugas mengapi-apikan ledakan kemarahan supaya meletup ke luar.Hal ini bukanlah sesuatu yang mudah,buktinya ialah bukan semua orang berjaya melakukannya.Ada seorang kenalan saya satu ketika selalu mengadu bahawa dia sukar mengawal kemarahannya,walaupun dia tersangat teringin berbuat demikian.Moga Allah mempermudahkan jalan kebaikan dan urusannya di dunia dan akhirat.Saydina Ali KWJ pernah membatalkan niatnya untuk membunuh musuh yang meludah ke muka beliau.Ketika itu nyawanya sudah berada di hujung pedang Saydina Ali KWJ yang mulia.Hal ini kerana beliau bimbang tindakannya adalah disebabkan rasa marah dengan ludahan tersebut,maka niatnya akan terpesong daripada yang asal iaitu untuk berperang di jalan Allah Taala... Maha suci Allah yang menjaga kehalusan hati Saydina Ali KWJ...Rasulullah SAW pernah menegur Saydina Usamah kerana membunuh tentera kafir yang mengucapkan kalimah tauhid.Pada sangkaan Saydina Usamah ucapan itu tidak benar-benar datang daripada hati.Maka adakah engkau (Saydina Usamah) mengetahui isi hatinya??Kemungkinan ketika itu perasaan marah ke atas tentera kafir begitu menggunung sehingga Saydina Usamah gagal mempertimbangkan tindakannya melafazkan kalimah tauhid.
Pandangan dari sudut yang kedua pula,perasaan marah ini ada juga baiknya.Namun prinsipnya mestilah satu,iaitu marah kerana Allah.Bagaimanakah yang dikatakan dengan marah kerana Allah?
Selalu kita mendengar kisah sirah nabawiyyah,Rasulullah SAW akan merah padam mukanya sekiranya ada perkara yang tidak senang di hati berlaku di depan mata Baginda SAW menahan kemarahannya supaya marahnya bertempat dan menjadi hikmat.Jauh sekali untuk menyakiti sahabat di sekelilingnya.Nabi Musa AS setelah kepulangannya daripada Bukit Thursina,bertindak memarahi Nabi Harun AS kerana disangka Nabi Harun AS membiarkan dan tidak bertindak sewajarnya kepada kaum mereka yang kufur setelah datang nur hidayah.Baginda AS menjadi begitu marah kerana begitu mengharapkan kebaikan untuk ummatnya iaitu kembali kepada ajaran yang benar.
Dahulu ketika kecil ada juga waktunya saya dimarahi emak.Jiwa mentah ketika itu sukar untuk memahami mengapa diri ini harus dimarahi.Marah itu ada waktunya menjadi tanda kasih sayang.Sebab jika orang sudah tidak peduli ,kita akan ditinggalkan tanpa mengendahkan apa yang akan terjadi.
Letakkanlah kemarahan kita pada tempatnya.Jika tersalah,kita tewas dengan perangkap syaitan yang bersifat lemah..
Wassalam.dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-27530874814220075932012-01-18T12:32:00.000-08:002012-01-18T12:32:01.363-08:00Erti Kemanusiaan KupelajariAssalamualaikum
Seperti biasa kali ini kami mengambil maklumat daripada pesakit.Aku masuk agak lambat sedikit berbanding dua sahabatku yang lain.Kelihatan mereka sedang bercakap-cakap dengan salah seorang daripada keluarga pesakit (mungkin) atau dikenali di sini dengan istilah marafiq. Walaupun secara umumnya maklumat sepatutnya diambil secara langsung daripada pesakit,kadang-kadang bersembang dengan marafiq lebih memudahkan kerana kerjasama yang diberikan lebih memungkinkan untuk kami mendapat lebih maklumat tentang kes tersebut.
Mereka rancak berbual.Marafiq itu sebaya kami rupa-rupanya.Secara fizikalnya pastilah jauh berbeza antara Asia dan benua Afrika.Mungkin tingginya sahaja mencecah dua kali saya :) Pesakit di hadapan kami diam sahaja dan membiarkan hanya marafiq di sisinya menjawab setiap soalan yang kami ajukan.Kadang kala sahaja dia memberikan respon apabila kami memandang ke arahnya.Tiba-tiba datang seorang perempuan yang dipercayai salah seorang daripada anggota keluarganya juga.
"Kamu buat apa di sini?Saya nak tahu kamu buat apa di sini?Saya kena bertanya"lebih kurang begitu maksudnya. Marafiq itu sendiri tanpa dipinta cuba menjelaskan tujuan keberadaan kami di sisi katil tersebut.Aku yang berada paling hampir dengannya pula cuba menjelaskan perkara yang sama apabila jawapan marafiq tersebut tidak diendahkan oleh wanita tersebut.Kunyatakan kepadanya bahawa kami ingin bertanya beberapa soalan,apa yang terjadi kepada diri pesakit tersebut (sebelum dimasukan ke hospital) dan sebagainya "Oh,dia baik-baik sahaja..Terima kasih!!" balas wanita tersebut sambil menunjukkan laluan untuk kami pergi dari tempat tersebut.Aku tergamam dan bertindak refleks mengambil barangku dan berlalu dari situ,diikuti juga dengan dua orang sahabatku.Kami sama-sama terduduk sebentardi kerusi bahagian luar dan berfikir-berfikir apa yang baru berlaku.
Sebelum ini pernah juga beberapa pesakit yang tidak memberikan kerjasama dan menolak untuk memberikan sebarang maklumat.Kali ini begitu sinis pula rasanya.Jika difikirkan kembali kami juga boleh membalas kata-kata wanita tersebut kerana para pesakit yang berada di hospital universiti sepatutnya sudah maklum dan perlu bersedia untuk memberikan kerjasama kepada para doktor dan para pelajar untuk tujuan pembelajaran.
Sedang kami beralih kepada topik lain di kerusi tersebut,marafiq yang sudi melayan kami sebentar tadi juga keluar dan beberapa kali memohon maaf atas kejadian yang menimpa sebentar tadi.Katanya tidak semua orang faham cara pembelajaran kami yang perlu kerapkali berlatih mengambil maklumat kes daripada pesakit.Dia juga menawarkan diri untuk terus bercerita kepada kami berkesinambungan daripada cerita di dalam wad sebentar tadi.Rasa janggal juga untuk meneruskan perbincangan kes kerana tiada pesakit di hadapan mata walaupun sebentar tadi memang marafiq itu juga yang banyak memberikan respon mewakili pesakit tersebut.Kami sempat bertanya kepada marfiq tersebut siapakah wanita tadi.. kakak awakkah? Katanya bukan,kalau kakaknya pasti telah dipukul olehnya kerana melayan kami dengan kurang baik sebentar tadi.Orang Arab memang bermulut manis :)
Tiba-tiba wanita yang mempersilakan kami untuk keluar tadi menuju ke arah kami.Sekali lagi dia berdiri besebelahan denganku.Tanpa disangka,dia memohon maaf daripada kami di atas perbuatannya sebentar tadi.Daripada apa yang kufahami,wanita tersebut terpaksa berbuat demikian kerana doktor sudah berpesan supaya elakkan mengganggu emosi pesakit tersebut.Jika kami terus bertanyakan tentang penyakitnya,mungkin dia akan bertambah tertekan lagi (penyakitnya berkait dengan bahagian otak)Fahamlah kami apa yang cuba dilakukan wanita tersebut.Dia bertanya kalau-kalau kami berasa marah dengannya.Dengan lebih tidak disangka,wanita yang kukira dalam lingkugan 30-40an ini mengucup kepalaku.Mungkin sebagai wakil sahabat-sahabtku sebab aku yang berada berhampiran dengannya!Di sini sekali lagi aku tergamam.Aku tidak pernah kenal siapakah wanita tersebut,begitu juga dengan dirinya terhadap diriku.Inilah budaya orang Arab Mesir yang semakin sayang untuk kutinggalkan...
Kejadian ini menimbulkan sekelumit rasa 'kemanusian'ku setelah beberapa tempoh aku hidup dalam kalangan masyarakat Mesir.Berhadapan dengan para pesakit setiap hari bermaksud berhadapan dengan pelbagai lapisan manusia di sini.Selalunya hatiku begitu kering untuk mendalami apa yang dirasai pesakit dan keluarganya.Tambahan pula aku bukan daripada bangsa mereka.Perasaan marah,sedih,risau dan sebagainya agak sukar untuk kuselami.AlhamduLILLAH semakin lama aku semakin sedar,inshaAllah aku akan berhadapan dengan 'objek' ynag bernyawa,bukan mesin yang boleh diaktifkan dengan menekan beberapa butang atau menggunakan manual yang selaras setiap masa.
Moga-moga jalan kami untuk menjadi doktor yang kompeten dipermudahkan dan diluaskan seluas-luasnya.Ameen.Keyboard off!
Wassalam
dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-669192452338954342012-01-15T11:16:00.000-08:002012-01-15T11:16:29.029-08:00Orang Muda Berjiwa DewasaAssalamualaikum
Bumi Mesir sentiasa subur dengan majlis ilmu.Namun tiada paksaan kepada sesiapa untuk mengikuti arusnya ataupun membiarkan ianya berlalu pergi begitu sahaja.Hari itu saya berpeluang mendengar kalam nasihat yang tidak diketahui siapakah penuturnya.Yang pasti kalam itu patut saya kutip kerana kata Rasullah Sallalahu'alaihi wasallam,hikmah itu adalah barang mikmin yang keciciran.Di mana ia dijumpai maka mestilah dikutipnya.Moga-moga kita tergolong dalam kalangan hambaNya yang mukmin.
Beliau mengingatkan para pendengar akan kedudukan para pemuda dan pemudi di sisi Islam.Dalam kalamnya diselitkan pelbagai kisah teladan para nabi dan ornag-orang soleh yang menghabiskan masa mudanya tidak lain hanyalah di jalan Allah.'Muda cuma skali' mereka dimanfaatkan untuk berfikir akan kebesaran Allah,hakikat mereka diciptakan di muka bumi,beribadat dan mewakafkan diri di jalanNya dan menyampaikan risalah daripada Tuhan Yang Maha Menciptakan.
Masa muda adalah peluang yang tidak akan bertandang kembali.Kata Imam Al Ghazzali perkara yang paling jauh ialah masa lampau,di mana kita tidak mungkin kembali kepadanya setelah ia berlalu.Masa muda merupakan tempoh memuncaknya semangat,kentalnya kemahuan,tenaga yang ada tidak seperti kanak-kanak kecil yang boleh dibuli atau orang tua lanjut usia.Namun waktu ini jugalah nafsu ke arah perkara yang tidak baik berkemungkinan menguasai diri.Maka tanpa tarbiyyah yang kuat untuk membentengi diri,pemuda atau pemudi pasti akan hanyut dibawa arus dunia yang melalaikan.
Setidak-tidaknya penceramah tersebut berjaya membuatkan saya terangguk-angguk tanda setuju untuk beberapa kali kerana saya kira sayalah subjek yang dimaksudkan dalam nasihatnya itu.Saya lihat sekeliling,tidak ramai orang muda yang ada di situ.Kebanyakannya adalah mereka yang sudah meninggalkan zaman muda mereka dan beralih ke fasa seterusnya.Mudah-mudahan mesej penceramah tadi disampaikan juga kepada anak-anak mereka atau sesiapa sahaja yang seangkatan dengannya.
Usia Muda, Jiwa Dewasa
Saya kira usia saya tidaklah terlalu muda untuk menjadi seperti Saydina Abdullah Ibnu Abbas pada zaman Rasulullah Sallalahu'alaihi wasallam.Beliau adalah contoh sahabat yang hebat dalam ilmu tafsir berbanding para sahabat yang lebih tua usia daripadanya.Saya juga tidak mampu menjadi seperti Saydina Zaid b Tsabit.Jiwa besar yang terserlah apabila beliau menawarkan diri untuk menyertai peperangan di medan jihad tetapi ditolak oleh Rasulullah Sallalahu'alaihi wasallam disebabkan usianya yang masih terlalu muda.Hebatnya Saydatina 'Aisyah bintu Saydina Abu Bakr AsSiddiq,menjadi wanita yang paling faqih dalam kalangan wanita Arab sezaman dan seusia dengannya berkat pentarbiyyahan secara langsung daripada sebaik-baik makhluk yang diciptakan, Rasulullah Sallalahu'alaihi wasallam.
Pesan orang,jika tidak dapat buat semua,jangan tinggalkan semua.Ayuh para pemuda dan pemudi.Kita persiapkan diri ini dengan ilmu yang mantap dalam bidang yang diceburi.Tanamkan dalam diri untuk menjadi cemerlang dalam setiap gerak kerja yang kita lakukan kerana kecemerlangan itu merupakan satu sunnah yang dituntut dalam Islam.Pastikan setiap apa yang kita lakukan manfaatnya dapat dirasai oleh orang lain.Tidak rugi begitu kerana akhirnya kita juga yang akan menikmati sahamnya di akhirat kelak.Cukuplah jika hidup ini untuk kebaikan orang lain,kerana kebaikan untuk kita terjamin dalam kehidupan di negeri abadi nanti.
Wassalam
dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-48457006381201928882011-12-25T12:03:00.000-08:002011-12-25T12:10:57.969-08:00Di Mana Silap KitaAssalamualaikum
AlhamduLILLAH baru-baru ini saya berpeluang membuka kembali salah satu daripada ratusan atau ribuan hasil tulisan al Allamah Dr Yusuf alQaradhawi yang bertajuk "Aina Khalal" atau dalam bahasa yang lebih mudah kita fahami di mana silapnya umat Islam pada hari ini.Teringat pula pada kelas-kelas bersama Ustaz Fauwaz dahulu ketika zaman muda-muda saya di Mesir ini.Sungguh banyak mutiara yang saya rindui.Moga-moga pengajian bersama Ustaz satu ketika dahulu ada hasilnya ke arah kebaikan walaupun tidak nampak dengan mata kasar mahupun ditangguhkan pencapaiannya...
Dalam kita meneruskan kesinambungan kehidupan,semangat adalah salah satu daripada elemen yang dituntut.Hal ini adalah bagi melicinkan gerak kerja kita tersebut dan supaya kita merasa tidak berat dengannya.Tidak dinafikan bahawa kefahaman yang jelas juga adalah perkara pokok dalam setiap perlakuan dan sepatutnya mendahului semangat.Semangat semata-mata tanpa kefahaman yang jelas akan memudahkan pelunturannya.Antara sebab-sebab yang dinyatakan melalui buku ini ialah :
(1) Kurang Pengkajian dan Dangkal Perancangan
Islam merupakan ajaran sahih,bersifat fitrah yang sentiasa meraikan penggunaan akal secara optimum.Dalam Islam orang yang berilmu mempunyai darjat yang tinggi.Dan Allah Taala pernah berpesan kepada kita bahawa orang yang paling takut dengan Allah ialah orang yang berilmu.
Namun kita selalu lupa dengan anugerah akal yang diberikan Allah Taala untuk digunakan sebaik-baiknya.Akal tidak dimanfaatkan untuk berfikir tentang tujuan penciptaan kita di dunia,apatah lagi untuk merancang secara teliti erak kerja bagi mempastikan kalimah tauhid kembali ditegakkan di muka bumi ini.
(2) Bersifat Gopoh Dalam Mendapatkan Sesuatu
Untuk bahagian ini saya suka untuk mengaitkannya dengan perjuangan gerakan Islam di Malaysia.Tempohari saya ada membaca buku yang bertajuk "Menerjang Badai" yang ditulis oleh Ustaz Ridhuan Mohd Nor tentang perjuangan PAS atau Parti Islam Semalaysia.Buku ini mengupas tentang sejarah awal penubuhan PAS,mengapa ia ditubuhkan,siapa individu yang terlibat dalam melicinkan mahupun membantutkan gerak kerja PAS sebagai gerakan Islam di bumi Malaysia.Saya membacanya pun sudah terasa penat.Apatah lagi pula mereka yang menghadapinya.PAS menghadapi rintangan dari sudut dalaman dan luaran.Sehingga kini PAS masih belum berjaya menguasai Putrajaya.
Sya menganggap ini adalah salah satu contoh bagaimana kita melihat kejayaan itu tidak boleh dikecapi dalam masa yang singkat.Sejarah membuktikan kejayaan yang didapati secara gopoh kebiasaannya tidak mampu bertahan lama.Mungkin kerana pencapaian yang diecapi itu bersifat tidak matang dan amat mudah ditumbangkan oleh pihak lawan.
(3) Syadid Yang Melampau.
Ada seorang Ustaz yang mengajar kami di sini pernah menceritakan satu kejadian yang berlaku di Pakistan,salah satu negara yang pernah menjadi tempat perkelanaannya sebelum bumi Mesir.Di sana terdapat banyak golongan yang menolak perkara-perkara moden yang dikatakan bid'ah yang tidak boleh diadakan.Diceritakan dalam satu solat jamaah yang dihadiri oleh ribuan manusia,pembesar suara tidak digunakan oleh Imam kerana todak mahu melakukan perkara yang dianggap bid'ah yang dilarang.Maka apabila imam memberi laam,ma'mum di bahagian belakang sekali baru mengangkat takbir akibat tidak mendenn suara imam nun di hadapan!
Garis panduan untuk memisahkan antara terlalu meringankan dengan terlalu meberatkan,penimbangnya dalah batasan agama yan digariskan oleh AlQur'an dan As Sunnnah.Sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri lebih cenderung untuk memilih perkara yang lebih ringan asalkan ia masih dalam batasan syar'ie.
(4) Takut Kepada Pembaharuan
Melakukan sesuatu yang baru bermakna bersedia untuk menerima perubahan.Keluar daripada kepompong harian yang bersifat stereotnype.Kebiasaanya orang lebih selesa untuk mengekalkan cara yang lama kerana tidak mahu mengambil risiko dengan perkara baru yang akan dilaksanakan.Lawan kepada sifat ini adalah bersifat proaktif.Sebab itu kita digalakkan menjalankan perniagaan kerana ia bermain dengan risko dan membuatkan kita lebih fokus,berani dan bersungguh-sungguh bagi memastikan hasil pulangan adalah lumayan dan bukan kerugian.
Allahua'lam.Sekadar perkongsian sebelum mata ditutup di penghujung hari.Moga beroleh manfaat.Wassalam.
dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-81902216987554475782011-11-30T10:11:00.001-08:002011-11-30T11:39:21.959-08:00Nikmat KeseimbanganAssalamualaikum
Habuk di Mesir tidak pernah berhenti daripada menghiasi muka penduduknya,baik di musim panas mahupun di musim sejuk.Ketika Medan Tahrir bergolak dan menjadi tajuk hangat dalam berita berita antarabangsa,para penutut Kasr Al Ainy Medical School masih meneruskan rutin harian.Keluar dari rumah di pagi hari,pulang pada waktu petang.Kepala disibukkan dengan ilmu yang disampaikan di 'sekolah'(medical school) seolah-olah tiada apa yang berlaku kira-kira tidak sampai 2 kilometer daripada tempat pengajian berkenaan.
Usai kelas sehari-hari,pulang ke rumah membersihkan diri.Jika masih belum menunaikan solat langkah diatur ke bilik air lalu wajah adalah anggota pertama yang mesti dibasuh sebagai syarat sah wudhu'.Dengan air panas darjah sederhana,tangan menakung air,mata ditutup lalu takungan tersebut diratakan ke seluruh bahagian muka.Ah,tersungkur jatuh di atas lantai bilik air!!!
AlhamduLILLAH.Perkara tersebut tidak pernah atau jarang sekali berlaku pada diri kita.Tahukah sahabat-sahabat bahawa mata kita memainkan peranan untuk keseimbangan badan? Ketika mata kita ditutup,badan kita masih boleh diseimbangkan kerana terdapat satu nikmat yang dinamakan deria rasa dalaman (deep sensation)..Jika nikmat deria ini ditarik,dan mata dittup,kita kehilangan kedua-dua mekanisma keseimbangan badan lalu tumbang dengan hanya kerana menutup mata ketika berdiri..inilah antara nikmat Allah daripada infiniti nikmatNya yang dipancarkan dalam penciptaan makluk bernama manusia,hasil kejuruteraan kompleks yang terbaik di muka bumi...
Hari ini dalam sesi klinikal subjek Neurology,kami berasa sangat beruntung kerana didatangkan dengan kes pesakit yang sangat tipikal ciri-cirinya bagi mereka yang mengidap penyakit di bahagian 'otak kecil' (cerebellum).Kali pertama saya memahami penyakit cerebellar ataxia adalah melalui sebuah filem Jepun bertajuk One Liter of Tear.Kisah kekeluargaan yang sangat menyentuh hati.Aya ( watak dalam cerita tersebut) menyedari ada yang tidak kena pada dirinya apabila dia gagal menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.Hal ini kerana otak kecil berperanan untuk melakukan aktiviti yang memerlukan koordinasi.Tindakan menyuap makanan ke dalam mulut secara tepat sebenarnya merupakan kejayaan otak kecil mengira secara tepat jarak dan kelajuan yang diperlukan untuk makanan sampai ke dala mulut pada titik dan masa yang tepat,tidak lambat walau sedikit.Keadaan ini juga menyebabkan pesakit berjalan seperti orang mabuk yan dinamakan drunken gait
Rupa-rupanya kes ini tidak hanya terhenti pada penyakit di bahagian otak kecil.Seperti yang disebutkan di awal tadi keseimbangan badan kita dikawal oleh mata serta deria rasa dalaman yang dinamakan proprioceptor.Deria ini sangat penting bagi memaklumkan kepada otak tentang keadaan semasa diri kita sama ada dalam keadaan duduk,berdiri, dan sebagainya.Apabila proprioceptor (di kaki contohnya) tidak lagi berfungsi,pesakit akan berjalan dengan menghentakkan kaki secara kuat kerana kakinya tidak lagi merasai bahaa ia sedang memijak di atas muka bumi.
Pesakit terbabit juga kemungkinan kehilangan deria pada bahagian hujung anggota iaitu kaki dan tangan.Hal ini yang dinamakan glove and stocking anaesthesia yang juga boleh berlaku kepada pesakit kencing manis.Selain itu terdapat bahagian-bahagian otot tertentu menjadi lemah kerana fungsi otak untuk pergerakan badan secara sukarela (voluntary) juga terlibat.Masalah dalam pertuturan juga mungkin terjadi iaitu dysarthria.Salah satunya dinamakan stacatto speech (scanning speech) iaitu pesakit bertutur dengan sedikit penekanan kepada suku kata tertentu dan terdapat jarak antara perkataan (gap)
Inilah yang dinamakan dengan Friedreich's Ataxia...
Maka bersyukurlah kerana kita masih dapat menggunakan pencuci muka dengan menutup mata,tanpa tumbng untuk menghilangkan habuk yang melekat kerana menjadi penduduk Kaherah yang serba indah ini :)
Keyboard off!!!Wassalamdabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-36849190886661896572011-11-04T22:05:00.000-07:002011-11-04T22:05:10.968-07:00Untuk Penyokong Terutama Pendokong PERUBATANAssalamualaikum…
Sekarang ini apabila bertemu dengan pelajar Malaysia dalam perjalanan pergi atau pulang dari kuliah,mereka yang tidak kami cam mukanya pasti berstatus junior,bukan senior yang tidak dikenali.Saya merupakan salah seorang daripada lebih kurang 100 orang pelajar Malaysia pertama yang dihantar ke Universiti Kaherah secara beramai-ramai lebih 5 tahun yang lalu.AlhamduLILLAH kini kami di tahun akhir pengajian sebelum berkhidmat sebagai pegawai kesihatan di Malaysia nanti.InshaAllah.Dah besar panjang rupanya kami sekalipun mungkin tidak secara fizikal :)
Di tahun-tahun akhir ini saya selalu sahaja ‘terkenang-kenang’ perkara yang telah saya lalui sepanjang pengembaraan saya di bumi Mesir.Saya selalu katakan kepada para sahabat di sekeliling saya,alhamduLILLAH saya tidak pernah menyesal dicampakkan ke bumi kinanah pernuh tarbiyyah ini. Perasaan itu tidak sama seperti awal-awal saya menerima surat tawaran untuk ke Mesir dahulu kerana pernah mengidam negara timur tengah yang lain.AlhamduLILLAH.Saya suka sebut begitu kerana saya banyak terhutang budi dengan tanah yang pernah dijejaki oleh hamba-hamba Allah yang soleh ini,juga tanah yang pernah menjadi saksi keangkuhan sang kerdil yang mengaku sebagai Tuhan.
Dalam banyak-banyak budi yang saya hutang itu,kali ini saya berminat untuk bercerita dari satu sudut.Mungkin tidak semua pembaca satu fikrah dengan saya apabila menyebut tentang persatuan.Di Mesir ini saya mengenali PERUBATAN,iaitu Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir.Keahliannya terbuka kepada semua pelajar Malaysia jurusan sains kesihatan yang berada di Mesir.AlhamduLILLAH Allah telah menuliskan taqdir untuk saya ditarbiyyah sebagai ahli serta pernah juga diberatkan dengan tanggungjawab sebagai pimpinan.Saya mohon maaf dan halal daripada seluruh warga PERUBATAN sekiranya ada amanah yang tidak tertunai sepanjang tempoh tersebut.Apa-apa perkara yang tidak selesai bolehlah dituntut di sini ya supaya tidak dituntut di akhirat nanti.Moga Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.
Perbezaan fikrah atau pandangan yang berbeza yang saya maksudkan di atas ialah terhadap konsep berpersatuan di Mesir.PERUBATAN merupakan salah satu badan NGO non komersil berteraskan penjagaan kebajikan ahli daripada SEGENAP sudut baik dari segi fizikal,rohani,fikiran,ilmu pengetahuan dan sebagainya.PERUBATAN membuka seluas-luasnya untuk ahli mendapat manfaat daripada apa yang disediakan.Ia juga menjadi medium untuk ahli menyalurkan bakat masing-masing baik dalam bidang akademik (sains kesihatan) ,kerohanian sebagai individu Muslim,kemahiran multimedia,kesukanan,seni kreatif,penjanaan ekonomi dan sebagainya.Ruang itu memang ada,cuma kadang-kadang tidak nampak mungkin kerana tiada yang memberitahu atau tiada yang ingin mengambil tahu.
Pada salah satu program PERUBATAN dalam cuti musim panas baru-baru ini saya teringat ada sahabat (junior) yang mengatakan saya sebagai ‘veteran’ dalam jawatankuasa tersebut.Maka saya teringat kepada beberapa senior kami yang sangat berjasa dalam meletakkan asas yang kuat untuk PERUBATAN berdiri kukuh seperti sekarang.Terdapat beberapa individu yang kata-katanya berbekas di jiwa sehingga kini dan itulah yang menjadi pegangan saya baik ketika menjadi ahli mahupun sebagai pimpinan PERUBATAN dahulu. Antara wasiat yang masih saya ingat mafhum dan penuturnya ialah pesanan bahawa dalam PERUBATAN kita banyak belajar.Kita belajar untuk membina diri.Sedikit demi sedikit.Segala yang berlaku dalam PERUBATAN adalah sesuatu yang boleh kita perbaiki dari semasa ke semasa.Sekiranya sesiapa berbuat kesalahan dalam gerak kerja PERUBATAN (ajk terutamanya) maafkanlah dia,dan individu tersebut janganlah rasa berputus asa kerana di situlah ruang untuk kita memperbaiki kesalahan.Perkara ini nampak senang namun hakikatnya hanya dirasai oleh mereka yang ada pengalaman tentangnya.Sebagai contoh ada ahli yang berpengalaman menjadi tenaga dalam khidmat kesihatan masyarakat kepada warga bukan perubatan di sini.Kali pertama biasa sahaja jika kita tersilap menerangkan tentang fakta kesihatan kepada mereka yang bukan dalam bidang tersebut secara langsung(yang dengan mudah kita boleh mereka-reka jawapannya kerana mereka biasanya percaya! :) )Lama kelamaan kita akan belajar menjawab soalan-soalan berkaitan kesihatan yang diajukan secara spontan oleh para pendengar secara sahih dan penuh keyakinan.Secara tidak langsung hal ini ‘memaksa’ kita untuk mahir dalam disiplin ilmu yang kita dalami.Demikianlah ruang yang kita cipta sendiri untuk berlatih menyalurkan apa yang kita ada sebelum turun ke medan realiti di tanah air sebagai pegawai kesihatan yang kompeten.Ameen.
Melalui siri-siri mesyuarat saya membina self esteem dan membina kemahiran ucapan umum sedikit demi sedikit.Mungkin kedengaran pelik bagaimana mesyuarat dengan sahabat-sahabat yang lebih kurang sebaya menjadi medium saya belajar perkara-perkara di atas.Ya,itulah pengalaman peribadi yang mendidik diri.Saya masih ingat bagaimana rasa gementar menyelubungi diri apabila ingin menyatakan sesuatu pendapat dalam mesyuarat.Perasaan itu kadangkala lebih pula berbanding gementar ketika menghadapi peperiksaan. Eh,mesyuarat sahaja pun! Bukan dengan sesiapa… Sifat orang Melayu biasanya tidak suka dipandang pelik oleh orang lain.Lebih suka memilih untuk berada dalam golongan majoriti supaya dirinya tidak menjadi perhatian mata-mata lain,walaupun kadang kala golongan minoriti itu yang betul.Melalui mesyuarat saya belajar untuk memberanikan diri menyuarakan pendapat dan pandangan.Saya belajar untuk tidak malu menjadi penentang arus suara ramai,sekiranya pada pertimbangan saya perkara tersebut lebih tepat dan lebih sesuai.Segalanya perlu dinyatakan dengan penuh hikmah dan beradab,dengan menghormati pendapat orang lain juga.Walaubagaimanapun di sini bukanlah tempat untuk kita membuktikan siapa yang lebih hebat.Dalam mesyuarat ada ketika kita terpaksa meninggikan sedikit suara,menyatakan apa yang mungkin menyakitkan,demi mendapatkan resolusi terbaik setelah tamat mesyuarat.Semuanya dilepaskan dalam ruang lingkup yang disediakan.Langkah kaki sahaja di luar mesyuarat,kita seolah-olah menjadi individu berbeza yang tidak dipengaruhi emosi dalam proses mesyuarat tadi.
Hampir satu dekad umur PERUBATAN.Saya sendiri mungkin tidak merasai usia PERUBATAN ketika masih ‘jagung’.Bermula ketika saya di tahun 2 ketika mula-mula terlibat secara langsung dengan gerak kerja PERUBATAN,saya kira tidak keterlaluan jika dikatakan sekurang-kurangnya kini PERUBATAN sudah bergelar remaja yang semakin matang menghadapi asam garam kehidupan.PERUBATAN pernah diuji dengan ‘zaman gelap’ ketika disenaraihitamkan daripada menggunakan kemudahan Malaysian Hall disebabkan isu yang pada hakikatnya di luar kemampuan kita untuk mengawalnya.Ketika itu sepatutnya PERUBATAN berhak bersuara lantang demi mempertahankan perkara yang benar,namun kita tidak mampu berbuat demikian kerana pada saya kita masih mentah untuk berhadapan dengan suasana genting seperti itu.Saya juga masih ingat beberapa isu yang menjadi hangat dalam kalangan ahli conotohnya isu mengapa PERUBATAN tidak mahu bekerjasama dengan beberapa pihak baik di sini mahupun di Malaysia.Keputusan yang dibuat di peringkat jawatankuasa PERUBATAN biasanya mengambil pertimbangan pelgabai aspek secara menyeluruh.Kadang-kadang inilah yang tidak difahami oleh beberapa pihak.Tugas pimpinan ialah menjelaskan,dan tugas para ahli pula ialah menilai pergerakan PERUBATAN dari pandang sisi mereka yang berada di luar,dengan tidak melupakan peranan untuk menampung segala kekurangan yang terlepas pandang oleh pimpinan.Hubungan mutual inilah yang akan menjadikan PERUBATAN lekas terkehadapan dan professional dalam setiap gerak kerjanya.
Senior-senior kita yang sudah berada di Malaysia pernah berkongsi keperitan mereka ketika mahu menubuhkan cawangan-cawangan di muhafazah (governorate) lain.Ketika itu banyak isu ditimbulkan seperti perpecahan ahli yang mungkin akan berlaku sekiranya PERUBATAN di Kaherah melebarkan sayapnya di luar Kaherah.Ya,bukan mudah untuk kita menjaga hati semua ahli.Pimpinan tidak mampu memenuhi kehendak semua ahli yang ragamnya lebih daripada 1001.Bagi saya itu salah satu daripada waktu-waktu sukar PERUBATAN yang banyak mengajar erti kematangan,sekalipun saya hanya mendengar cerita daripada orang yang terdahlu.Kini saya kira warga PERUBATAN mampu bernafas secara selesa sama ada melalui PERUBATAN Induk yang berpusat di Kaherah, mahupun PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Mansurah,Tanta, dan adik bongsu Zaqazig.
Wahai warga pembaca terutama yang bergelar ahli PERUBATAN yang dikasihi.. Tentunya PERUBATAN tidak lari daripada kekurangan,kekuatan dan kelemahannya sama seperti setiap organisasi lain.Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah kita ,serta kita,serta KITALAH yang akan memandu ke arah mana hala tuju PERUBATAN.Kita yang akan menentukan sama ada PERUBATAN semakin laju melangkah ke hadapan ataupun jauh ditinggalkan di belakang.Buruk baik PERUBATAN adalah tanggungjawab kita bersama.Seperti yang pernah saya nyatakan dalam status Facebook saya baru-baru ini ; siapa lagi yang akan menjadi penyokong dan pendokong PERUBATAN, kalau bukan kita? PERUBATAN bukan untuk AJKT sahaja ,PERUBATAN untuk kita SEMUA
Saya masih ingat ketika awal-awal saya mendengar penjelasan tentang PERUBATAN,saya begitu kagum kerana dasarnya bersumberkan Al Quran dan As Sunnah. Saya terpegun kerana saya sangkakan PERUBATAN hanyalah seperti persatuan kebajikan yang tidak jauh lari konsepnya daripada Persatuan Sains dan Matematik dan seumpama dengannya di sekolah-sekolah dahulu :D AlhamduLILLAH sehingga kini saya yakin,kesatuan ahli di bawah PERUBATAN adalah kerana ISLAM.Kita berada dalam PERUBATAN kerana ingin membuat gerak kerja Islam..Kalau tidak percaya maka marilah bersama PERUBATAN...InshaAllah,PERUBATAN syumul dan lengkap dari semua sudut kerana dasar yang diletakkan iaitu Al Quran dan As Sunnah. Jika pembawaan PERUBATAN masih tidak selari dengan dasar di atas,maka saya dan ANDA lah yang bertanggungjawab memperbetulkannya~
Mohon maaf jika untuk apa jua bentuk kesalahan.Moga apa yang dicoretkan merupakan hidayah daripada Allah dan bermanfaat kepada saya serta yang lain.
Salam Aidiladha.Pengorbanan(Tadhhiyah) Manifestasi Tarbiyyah.Seeru ala BARAKATILLAH :)
Wassalam.
dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-68764697073642716712011-10-23T14:41:00.000-07:002011-10-23T14:41:59.354-07:00Cintailah Aku,Cintailah KeturunankuAssalamualaikum
Di tahun-tahun akhir ini kerap juga perasaan rindu kepada keluarga di Malaysia bertandang dalam jiwa.Beberapa minggu yang lepas apabila saya berbual dengan emak,beliau begitu bersemangat bercerita kepada saya bahawa beberapa hari sebelumnya mereka menziarahi sepupu saya di rumahnya.Puteri tunggalnya yang bongsu kelihatan sangat seiras dengan saya sewaktu kecil.Pandangan itu pastilah hanya boleh dinilai oleh kedua ibu bapa saya serta mereka yang sempat menyaksikan saya ketika gigi masih belum tumbuh.Kata emak,hilang juga rindunya kepada anak yang seorang ini apabila melihat si kecil itu~
Melihat seseorang mampu mengingatkan kita kepada orang lain...
Apatah lagi jika insan yang diingatkan melalui orang yang di hadapan mata itu merupakan insan yang paling disayangi,melebihi ibu dan ayah,suami dan isteri,anak-anak dan sahabat handai, mahupun diri sendiri.
Malam tadi ketika kali pertama melihat wajahnya secara langsung dan dekat,hati rasa tersentuh,sebak dan semacam ada perasaan yang tidak mampu diterangkan.Mungkin kerana mengetahui fakta bahawa insan yang sedang menyusun kata-kata,melontarkan hikmah di hadapan kami ini merupakan daripada keturunan semulia-mulia insan.Ketika itu hati saya menjerit-jerit mahu melafazkan rasa terima kasih kepada sahabat saya yang telah mengajak saya untuk merasai keindahan majlis ilmu bersama insan yang layak disayangi ini.
Pada pagi hari yang sama, Fadilat AsSyaikh Dr Yusri Al Hasani membacakan hadith kepada kami yang bermaksud ajarilah anak-anak kamu dengan 3 perkara iaitu mencintai aku (Baginda صلى الله عليه وسلم ), mencintai ahlil bait,dan mencintai tilawah Al Quran.AlhamduLILLAH pengajaran hadith tersebut menjadi sebab kaki ini berjaya digagahi untuk diatur ke perhimpunan penuh barakah bersama para ulama' yang mulia..
Beliau yang saya maksudkan adalah فضيلةاالعلامة الحببب عمر بن حفيظ. Beliau merupakan daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.Lahjah Arabnya sedikit berbeza dengan Arab Mesir mahupun fushah yang biasa difahami oleh masyarakat Melayu.Lahjah Arab Yaman beliau perlu kami dengar dengan baik supaya tidak salah faham tentang isi ceramah yang disampaikan.Mudah -mudahan dengan mencintai beliau,kita menjadi umat Baginda صلى الله عليه وسلم yang menyambut seruan untuk mencintai mereka yang digelar ahlul bait.Para pembaca yang budiman,sekiranya tahu lebih cerita tentang فضيلةاالعلامة الحببب عمر بن حفيظ. bolehlah kongsikan di laman blog ini ya!
Dalam banyak-banyak mutiara kata yang disampaikan,inshaAllah saya akan kongsikan secara ringkas di ruangan ini.Beliau berpesan tentang niat yang tulus dalam perbuatan.Sebelum itu juga lama' Azuari yang turut menyertai perhimpunan ini memperkatakan perkara yang lebih kurang sama.tentang الصدق والإخلاص. Untuk rujukan para pembaca bolehlah membuka buku Hadith 40 karangan Imam Abu Zakariyya AnNawawi dalam bab hadith yang pertama tentang niat.
Tiba-tiba saya berasa cemburu dengan para Azhari dan Azhariyyah yang begitu dekat dengan para ulama' jika dibandingkan dengan kami pelajar kuliyyah perubatan di sini. Sebelum ketibaan فضيلةاالعلامة الحببب عمر , terdapat beberapa ulama' Azhari berketurunan Mesir yang memberi kalam tawjihat. Acapkali disebutkan tentang AlAzhar As Syarif,penutut di bidang pengajian Islam dan lain-lain.Alangkah beruntungnya mereka .. AlhamduLILLAH moga keberadaan kami di bumi Mesir ini juga mendapat tempias keberkatan para ulama' yang alim dan soleh..Benarlah kata senior kami suatu ketika dahulu,pelajar Malaysia yang belajar di Mesir dipandang tinggi di tanah air kerana adanya universiti yang sudah lama bertapak iaitu Al Azhar As Syarif. Terima kasih kerana memberikan peluang untuk kami mendapat tempat di sini.
Moga tahun akhirku di sini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mendekati para ulama' dan salafussoleh seperti yang disarankan oleh Ustaz Fauwaz Fadzil kepada kami anak-anak muridnya beberapa tahun yang lalu sebelum beliau meninggalkan Mesir.Keyboard off!
Allahu a'lam n wassalam.
dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-68609883247220257592011-10-19T15:15:00.000-07:002011-10-19T15:15:25.153-07:00Kuat Untuk Ummat!Assalamualaikum
Tengah hari tadi (12 Oktober) selepas tamat kelas sesi pertama saya mengatur langkah ke gerai makanan bersama salah seorang sahabat saya.Kami berjalan sepantas mungkin kerana sudah tidak lama lagi sesi pengajian kedua akan bermula.Walaupun keadaan kelam kabut itu agak memenatkan,namun perut perlu juga diisi dan itu sering menjadi antara prioriti! Ada sahabat saya jika sudah letih bekerja dan diberi pilihan antara tidur atau makan (dalam keadaan perut yang kosong) tidur menjadi pilihan demi menghilangkan kepenatan.Tetapi jika saya berada di tempatnya,selalunya saya akan memilih untuk makan! :D
Sahabat yang berjalan bersama saya tadi mengatakan,hidupnya bukan untuk seorang.Laparnya akan memberi kesan kepada insan lain.Oh,dia sudahpun bergelar puan,anaknya masih menyusu secara tabi'e.Perut perlu diisi dengan makanan berkhasiat supaya menghasilkan susu yang baik untuk tumbesaran si anak.Maka apakah peranan saya untuk mengisi perut untuk kali ini? Adakah kelaparan saya akan memberi kesan kepada insan lain? Saya berfikir dan hasilnya tecetuslah entri kali ini...
Moga Allah menerima amalan kita semua.Saya berharap makanan yang diambil adalah untuk menjana tenaga...kerana tidak lapar saya (bukan kenyang) harap-harapnya adalah untuk orang ramai... supaya tenaga dapat dijana.Dalam konteks sebagai seorang pelajar,tidak lapar itu mampu meningkatkan daya fokus supaya dapat memahami pelajaran dengan lebih baik.Apabila ada kekuatan,inshaAllah segala aktiviti menjadi lebih mudah dan efektif.
Tubuh badan yang sihat. قوي الجسم
Salah satu ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap individu Muslim ialah mempunyai tubuh badan yang sihat.Kadang-kadang orang tidak nampak kaitan secara langsung bagaimana kekuatan fizikal mampu menjadikan kita bermanfaat kepada orang lain.Ketika zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم peperangan merupakan antara jalan yang digunakan untuk menyebaran kebenaran agama Islam.Ketika itu Islam sudah semakin kuat,dikukuhkan tapaknya oleh para sahabat Baginda صلى الله عليه وسلم yang setia dan mempunyai keimanan yang tiada tandingan.Peperangan sudah tentu memerlukan tentera yang kuat dari segi fizikalnya untuk mengalahkan musuh yang dihadapi.Salah seorang daripada mereka iaitu Saidina Umar Al Khattab pernah berpesan ketika hayatnya iaitu ajarilah anak-anak dengan tiga perkara iaitu berenang,menunggang kuda dan memanah... Secara logiknya aktiviti tersebut dapat membantu dalam melahirkan para tentera yang gagah perkasa dari sudut fizikal.
Berenang
Baik di tanah air mahupun di negara tempat saya berkelana menuntut ilmu ini,tidak banyak kolam renang disediakan secara berasingan antara lelaki dan perempuan.Jika ada pun kawasannya agak sedikit terdedah dan tidak begitu selamat bagi para muslimah yang bertudung litup untuk menjadikan aktiviti renang sebagai riadhah yang rutin. Aktiviti renang amat baik untuk kesihatan.Kebiasaanya selepas berenang beberapa ketika di dalam kolam kita akan berasa lapar dan badan terasa lenguh keseluruhannya.Hal ini kerana renang merupakan aktiviti sukan yang menggerakkan keseluruhan otot dan sendi di badan kita.Sebab itu kita juga digalakkan untuk membuat aktiviti warming up terlebih dahulu sebelum terjun ke dalam kolam,sambil 'berniat' berenang samalah seperti kita berlari di trek !
Satu pengajaran yang saya belajar melalui renang ialah ia mengajar apa itu keberanian dan yakin diri. Saya masih ingat perasaan cemas dan rasa akan lemas dan akan mati dalam air,fobia dengan air yang dalam dan sebagainya merupakan perasaan-perasaan yang menghalang saya daripada berada d bahagian tengah kolam.Perassan itu yang menjadi benteng dan menyebabkan saya hanya mampu berada di pinggir kolam sambil mengadap 'longkang' kolam. AlhamduLILLAH ada juga pengalama saya ke tengah walaupun tidaklah sehebat mana.Dengan itu saya belajar meyakinkan diri sendiri dan berani untuk menghadapi cabaran 'air' di sekeliling :)
Memanah
Di Sekolah Raja (P) Taayah dahulu saya menyertai Imam Syafie Archery Club (ISAC)..Sekadar menyertai tetapi tiada rezeki untuk pergi jauh :( AlhamduLILLAH ala kulli hal~Seingat saya, alat memanah yang saya mampu angkat dan menarik talinya dalah berstatus baby dan begitu ringan jika dibandingkan dengan yang sepatutnya dipegang oleh pemanah seusia saya. Boleh jadi jika saya mememgang yang sebenar itu,saiznya lebih kurang sama saya dengan ketinggian saya :P. Bukan mudah untuk menarik talinya itu.Jika sudah ditarik pun sekiranya tidak cukup kuat,panah tidak akan pergi jauh.Tangan yang memegang alatan utama itu perlu diluruskan supaya panah tidak terkena lengan.Dahulu saya menyaksikan lengan sahabat saya bertompok biru(sebelah dalam siku) kerana memanah, lebih kurang sama sahaja dengan sekarang yang saya perhatikan lebam biru di tangan para pesakit di hospital..
Menunggang kuda
Saya tidak mampu menghurai panjang dalam bab ini kerana tiada pengalaman~ Hanya sekadar menaiki atas kuda yang berjalan di kawasan pelancongan :)............
Pernah sekali kami menyertai Seminar Perubatan-Perbidanan& Sakit Puan di Iskandariah anjuran PERUBATAN Cawangan Iskandariah.Salah seorang pengisi slot yang sangat memberi kesan ialah Ketua Jabatan pengkhususan tersebut dari Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah. Beliau berkongsi pngalaman bahawa beliau menjadikan sukan tenis sebagai rutin.Hal ini sebenarnya berkaitan dengan kerjaya beliau sebagai pakar perbidanan dan sakit puan kerana katanya sukan tenis mampu menguatkan tangannya yang digunakan dalam melengkapkan tugasannya. Doktor tersebut percaya bahawa kekuatan fizikal adalah antara elemen penting dalam membentuk pegawai kesihatan yang kompeten dalam merawat para pesakitnya.
Biar apa pun jua cara untuk kita menguatkan fizikal,dengan menjaga pemakanan,melakukan senaman yang pelbagai, dan lain-lain....maka luaskanlah tujuannya..Usah terhadkan kepada hanya untuk kepuasan diri Alangkah baiknya jika pihak lain juga mendapat manfaat daripada kecergasan tubuh badan kita ini. Kerana akhirnya jasad ini akan kembali ke tanah juga.
Allahua'lam n wassalam.dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-41922921582231965072011-09-22T09:10:00.000-07:002011-09-22T10:28:40.640-07:00Tentera Terbaik Di Muka BumiAssalamualaikum
Cuti kali ini sayang saya terhadap bumi Mesir ini semakin bertambah. Mungkin juga kerana menyedari hakikat ini merupakan tahun terakhir pengajian perubatan saya di peringkat sarjana muda.Kullu biidznILLAH.
Orang Mesir semangatnya luar biasa.Disebutkan rakyatnya berjumlah sekurang-kurangnya 80 juta, kepadatan penduduk yang sangat tinggi dan jauh meninggalkan negara Arab yang lain seperti Libya,Tunisia, Jordan ,Yaman, Syria dan sebagainya.Namun ajaibnya, bumi Tahrir di Mesir menjadi saksi setia bagaimana kuasa rakyat menjatuhkan rejim kejam Hosni Mubarak dalam masa hanya 18 hari!Bandingkanlah keadaan politik semasa di Libya dan Syria yang masih tidak stabil hingga saat ini. Maka apakah yang membezakan Mesir dengan negara-negara tersebut, sehingga kami yang bertaraf warga asing di negara ini langsung tidak perlu gusar terhadap kesan yang ditinggalkan oleh peristiwa25 Januari 2011 yang lalu...
Saya masih ingat ketika saya dan beberapa sahabat menggendong beg untuk ke Malaysian Hall (Dewan Malaysia Abbasiyyah Kaherah) untuk pergerakan proses evakuasi,kami disapa dengan nada kehairanan oleh beberapa rakyat tempatan (pakcik2).. Mereka bertanya kami hendak ke mana,kata mereka kami tidak perlu risau untuk berada di Mesir.Dengan kata lain mereka menjamin keadaan yang selamat di sini. Tanpa sebarang jawapan kami berlalu dan hanya mampu tersenyum kelat.
21 Syawal 1432H yang lalu kami berkesempatan menyertai rombongan 'jalan-jalan' cari pengajaran bersama mahasiswa dan mahasiswi Tahun Satu Perubatan di bawah tajaan JPA.AlhamduLILAH, perjalanan kali ini sangat sarat dengan penceritaan sejarah bersama pengajaran sama ada pernah atau tidak pernah saya pelajari.Mesir sangat beruntung kerana beberapa kali perkataan Mesir disebut dalam kitab suci Al Quran Al Karim.Ada yang disebut dikatakan merujuk pada negara Palestin seperti dalam Surah Al Baqarah ayat ke 61. Ada juga di surah lain yang ditafsirkan sememangnya merujuk pada Mesir yang pernah dijejaki oleh Nabi Musa,Nabi Harun,Nabi Yusuf serta Fira'un lakatuLLAH!
إذا فتح الله عليكم مصر، فاتخذوا فيها جندا كثيفا، فذلك الجند خير أجناد الأرض. قيل ; ولماذا كانوا كذلك يا رسول الله؟ قال; إنهم وأزواجهم في رباط إلى يوم القيامة
Dalam perjalanan kami Ustaz Zahari menerangkan maksud hadith di atas. Orang Mesir pernah harum namanya di depan para sahabat.Mereka dipuji oleh Rasulullah Sallalahu 'alaihi wasallam kerana dikatakan mempunyai tentera antara yang terbaik di muka bumi ini.Mereka berjaga di perbatasan sempadan negeri(رباط) sehinggalah ke hari qiamat.
Sepanjang beberapa tahun saya berada di Mesir, ada beberapa perkara juga yang saya dengar tentang ketenteraan di Mesir.Kerajaan Mesir sewaktu pemerintahan rejim kejam Hosni Mubarak lagi memperuntukkan bajet negara dengan peratusan yang tinggi untuk tujuan ketenteraan. Mesir masih mengamalkan undang-undang darurat ketika kebanyakan negara di dunia ini semakin bersifat terbuka terhadap tindak tanduk rakyat. Anuar Sadat sebelum digantikan oleh Hosni Mubarak sebagai Presiden Republik telah mati ditembak ketika menghadiri upacara ketenteraan di sini.6 Oktober menjadi tarikh bersejarah dan diisytiharkan sebagai cuti umum hingga ke hari ini. Hal ini adalah bagi meraikan kejayaan tentera Mesir yang dapat menawan Sinai yang dirampas oleh kerajaan jijik Israel dulu kini dan selamanya.Peristiwa ini sangatlah menjadi kebanggan warga Mesir.Satu perkara yang mengagumkan adalah strategi peperangan pada waktu itu adalah hasil sinergi antara golongan ulama' Azhari serta tentera Mesir yang sememangnya hebat.Walaubagaimanapun peristiwa ini juga bertukar menjadi sejarah hitam apabila kebanyakan daripada tentera tadi yang merupakan angota Al Ikhwan Al Muslimun (Muslim Brotherhood) ditangkap secara beramai-ramai dan dihumbankan ke penjara untuk disiksa melebihi tahap kebinatangan!
Berbalik pada pengajaran daripada alhadith assyarif di atas,rakyat Mesir sememangnya mempunyai kecekapan dan kepakaran dalam bidang ketenteraan seperti yang diakui oleh Rasulullah Sallalahu 'alaihi wasallam satu ketika dahulu.Tahun ini kita menyaksikan antara faktor keberjayaan kebangkitan rakyat Mesir adalah apabila tentera berpihak kepada masyarakat umum,tidak kepada pemerintah kuku besi atau mana-mana parti. Pasukan tentera Mesir berjanji tidak akan menembak atau mencederakan rakyat yang bersuara secara bebas dan aman.Mereka berjanji tidak akan campur tangan selagi tidak memberi kemudaratan kepada yang lain.Pada saat entri ini ditulis, pemerintahan Mesir masih di bawah ketenteraan sehinggalah kabinet baru dilantik melalui pilihanraya pada bulan November nanti. Maka benarlah sabda Rasulullah Sallahu alaihi wasallam.. tentera Mesir adalah antara yang terbaik di muka bumi ini.
Sekali lagi saya memuji rakyat Mesir melalui entri blog dabei ini. Yang baik dijadikan tauladan,yang buruk menjadi sempadan.
Maka bertebaranlah di muka bumi mencari kurniaan dan keberkatan daripada Allah Taala.
Wassalam.
24 Syawal 1432H
22 September 2011
Beit Rahmah, Mounira Kaherah
dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-71541290647059262112011-08-07T11:15:00.000-07:002011-08-07T11:50:29.064-07:00Jiwa Muda di Bulan Ramadhan 2Assalamualaikum
Baru beberapa hari yang lepas saya mencoretkan jiwa mahasiswa yang bersemangat kental dan waja.Sejak akhir-akhir ini banyak pula kisah para pemuda dan pemudi yang saya pelajari dapat menjadi contoh bagi mendidik diri supaya masa muda digunakan sebaiknya. Kehidupan di usia begini tidak memberi jaminan umur yang panjang.Maka sewajarnya dimanfaatkan sama sahaja dengan yang lain kerana pada bila-bila masa sahaja kita mungkin dijemput oleh Allah Taala Yang Maha Kekal.
1. Saydina Zaid Ibn Tsabit mempunyai kelebihan yang tidak ada pada remaja seusia dengannya ketika zaman Rasulullah Sallalahu 'alaihi wasallam. Ketika usianya 13 tahun, Saydina Zaid memohon daripada Rasulullah Sallalahu 'alaihi wasallam untuk menyertai peperangan.Permintaannya ditolak disebabkan dirinya yang dirasakan masih kecil dan tidak mampu untuk ke medan jihad. Beliau pulang,menangis lalu mengadu kepada ibunya yang merupakan murabbiyyah (pendidik) unggul kepada si anak. Lalu si ibu memberikan cadangan kepada Saydina Zaid untuk berjuang dengan mata pena setelah tidak berpeluang menyertai pertarungan mata pedang dengan pihak musuh.Lalu kedua beranak tadi berjumpa dengan Rasulullah Sallalahu 'alaihi wasallam lalu Baginda Sallalahu 'alaihi wasallam memberi tanggungjawab kepadanya mempelajari Bahasa Ibrani untuk tujuan hubungan diplomasi.Pada usia beliau 21 tahun,satu lagi tanggungjawab berat yang membuktikan kehebatannya ialah apabila diamanahkan untuk mengumpulkan ayat-ayat AlQuran demi penjagaan kitab suci tersebut di masa hadapan.
2. Al Arqam bin Abi Al Arqam rupa-rupanya berusia 16 tahun ketika menawarkan rumahnya sebagai pusat kegiatan dakwah di awal perkembagan ajaran Islam! Jika dibandingkan dengan realiti sekarang,kebiasaanya remaja sebaya itu masih di tingkatan 4 di bangku sekolah menengah dan masih kurang mengenali dunia luar. Al Arqam sudah berani mempertaruhkan nyawanya demi kelangsungan dakwah Islamiyyah yang kekal sampai ke hari ini dan selamanya inshaAllah.
3. Buku berjudul Isabella yang saya pinjam daripada salah seorang sahabat sekali pandang menggambarkan novel jiwang yang pasti diselitkan unsur cinta para pemuda.Namun karya ini nyata berbeza sama sekali. Ia mengisahkan perdebatan dan perbandingan antara ajaran Islam yang suci dengan agama Kristian yang sudah banyak diselewengkan daripada ajaran samawi yang asal. Menurut penterjemah, buku ini adalah berdasarkan kisah benar yang terjadi di Cordova, Sepanyol iaitu sebuah kota yang pernah menjadi bukti kegemilangan Islam sebagai simbol keagamaan dan ketamadunan manusia di seluruh dunia.Isabella merupakan puteri cerdas kepada ketua paderi yang begitu terkenal di kota Cordova.Beliau begitu meminati ilmu teologi dan gemar berbahas tentang perkara tersebut.Maha suci Allah yang telah membukakan pintu hidayah dan mencelikkan mata gadis ini untuk menerima cahaya kebenaran.Walaupun diseksa dengan kejam oleh golongan gereja yang begitu berpegang pada kepercayaan tahyul, keimanan Isabella semakin teguh malahan berjaya menyelamatkan beberapa sahabatnya untuk turut serta beriman kepada kalimah tauhid. Setelah beberapa tempoh keislamannya,Isabella menjadi duta kepada agama Islam,petah berbicara demi menutup mulut golongan Kristian yang lancang menuduh kebatilan agama Islam yang suci. Dalam masa yang sama pemudi ini juga aktif dalam menyampaikan ajaran Islam mendidik mereka yang sudah menganut ajaran Islam.Ya, beliau seorang pemudi berdarah muda namun berjiwa besar!
4.Saya begitu kagum dan seolah-olah terpukau dengan kehebatan pidato AlFadhil Ustaz Nasruddin Hassan AtTantawi yang merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Malaysia.Selama ini kami hanya berpeluang mengikuti perkembangan politik melaluinya dengan membaca blog beliau iaitu http://www.eperjuangan.com/. Tulisan beliau bagi saya selalunya ringkas namun padat,matang dan straight forward dengan isu yang diketengahkan. Kunjungannya bersama dengan Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-Undang Hak Asasi Manusia (JUHAM) kerana isu pencabulan hak mahasiswa secara tidak langsung memberikan peluang kepada kami untuk mengikuti kupasan isu semasa tanah air daripada sumber primer.Isinya yang sarat dengan kondisi realiti menggambarkan betapa dirinya benar-benar terjun di tengah-tengah masyarakat yang kian jauh daripada ajaran Islam sebenar.Ustaz Nasruddin merupakan graduan Al Azhar yang mencabar dirinya untuk menerima taklifan sebagai Ketua DPP demi membuktikan bahawa golongan ulama' mampu memimpin masyarakat dengan cara yang terbaik.Beliau juga menjadi contoh pemuda yang memilih jalan berliku dalam usia mudanya
Belia benci dadah vs belia benci DEDAH
Moga kita sama-sama dapat memanfaatkan masa muda dengan perkara yang akan membahagiakan kehidupan yang abadi.Ingatlah bahawa dunia ini bukan tempat untuk berehat.Ambillah dunia untuk menjadi ladang dan hasil tuaiannya adalah untuk akhirat.Buangkan keindahan dunia daripada bersarang dalam hati kerana selayaknya ia menjadi penjara yang menguji kehidupan seorang mukmin.
Pemuda yang hatinya terikat pada masjid menjadi antara 7 golongan yang mendapat naungan Allah Taala ketika mana tiada naungan selain naunganNya.Apatah lagi pemuda yang menyerahkan seluruh jiwa dan kehidupannya untuk perjuangan Islam.Allahu Akbar.
8 Ramadhan 1432H
Wassalam.dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-53615823137689088342011-08-05T15:02:00.000-07:002011-08-05T15:02:27.026-07:00Jiwa Muda di Bulan RamadhanAssalamualaikum...
Pagi tadi buat kesekian kalinya saya melambaikan tangan kepada sahabat yang pulang bercuti ke tanah air tercinta. Kadang kala terusik juga perasaan rindukan keluarga dan suasana bahagia di Malaysia.AlhamduLILLAH setiap kali itu jugalah rasa syukur timbul kerana insyaAllah saya diberikan Allah peluang buat kali kedua,mungkin juga yang terakhir untuk menikmati dan menimba pengalaman yang sangat mahal di cuti musim panas dalam tahun-tahun akhir keberadaan di bumi anbiya’ bumi penuh barakah ini.
Hari ini,sejak beberapa minggu yang lalu mahasiswa Mesir digemparkan dengan isu hak mahasiswa yang dicabuli oleh beberapa insan yang sudah semakin tercemar nama baiknya di peringkat mahasiswa di sini ,mahupun di seluruh pelusuk dunia di mana sahaja terdapatnya pencinta kebenaran.Isu ini saya fikir sudah sampai ke Malaysia disebabkan semua maklumat hanya berada di hujung jari.
Isu BERSIH 2.0 yang hangat di Malaysia menempiaskan juga bahangnya di negara-negara yang terdapat warganegara Malaysia seperti Australia,Korea,Kanada dan lain-lain.Mesir juga tidak ketinggalan menunjukkan kebersamaan rakyat yang menuntut diadakan pilihanraya yang bersih khususnya menjelang PRU ke 13 tidak lama sahaja lagi.Namun apa yang tiada di negara lain tetapi ada di Mesir ialah terdapat beberapa mahasiswa yang melibatkan diri secara langsung menyertai perhimpunan AMAN ini dikenakan tindakan yang sesekali tidak adil iaitu dibuang universiti serta merta!
Bagi saya secara peribadi , rakyat Malaysia masih tidak mempunyai kebebasan bersuara seperti yang sudah lama diamalkan di negara-negara barat yang lain.Mereka begitu menekankan soal human rights atau dalam bahasa ibundanya hak asasi manusia. Menyatakan apa yang dirasai secara aman tanpa mengancam mana-mana pihak merupakan sesuatu hak individu dan masyarakat yang perlu dihormati. Namun semua ini disekat,tambah-tambah lagi di peringkat mahasiswa yang dianggap masih tidak matang dalam memikirkan hal-hal penting seperti urusan politik dalam negara, pembangunan ekonomi,salahlaku pimpinan dan sebagainya.
Darah muda yang mengalir dalam jiwa ini tidak membenarkan untuk saya berdiam diri dan tidak bergerak menjadi sebahagian daripada watak dalam percaturan ini.Mahasiswa jiwanya bersifat kental,bercita-cita besar dan bersemangat waja dalam mencapai apa sahaja yang menjadi keinginan dirinya. Sebab itu ramai yang berpendapat peringkat mahasiswa merupakan tempoh kritikal seseorang dalam menentukan pembentukan peribadinya puluhan tahun akan datang.Jalan yang dipilih oleh mahasiswa ketika waktu kemuncak inilah yang akan menghala ke arah mana jalan hidupnya selepas ini.Maka mahasiswa perlu jelas pada kedudukan mana di berada.Atas dasar apa perjuangan dan slogan yang dilaungkan oleh diri dan kumpulannya.
Isu pencabulan hak mahasiswa di Mesir khususnya dalam bidang pengajian Islam ini melibatkan bukan seorang dua.Salah satu mangsa yang paling mendapat perhatian umum ialah Ustaz Mohd Firdaus Madzlan yang dibuang terus  daripada peserta Kursus Lanjutan di Darul Ifta’ ,institusi latihan untuk bakal mufti yang berada secara terus di bawah pantauan Sheikh Ali Jumuah,mufti Mesir pada ketika ini.Hal ini berlaku selang beberapa hari sebelum peperiksaan terakhir dan hari graduasi beliau.Bukan itu sahaja,seramai 40 orang pelajar tajaan  negeri Perak disenaraikan daripada mereka yang mungkin akan ditarik zakat,juga mahasiswa di bawah tajaan negeri Terengganu yang turut dihadapkan dengan ancaman yang sama.Alasannya hanyalah satu,menyertai perhimpunan BERSIH yang dengan jelas diadakan secara AMAN!
Jika ada yang mengatakan bukankah awal-awal lagi BERSIH itu sudah tidak mendapat permit , maka saya nyatakan pendapat saya awal-awal lagi hak rakyat untuk bersuara sudah disekat.Maka mari kita sama-sama mengulangkaji sedikit sebanyak  perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan pada 9 Julai 2011 yang lalu.
Secara asasnya perhimpunan ini adalah bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong berkenaan 8 tuntutan berkaitan pilihanraya.Antaranya ialah penggunaan dakwat kekal,reformasi undi pos,hentikan politik kotor,tempoh minima berkempen ialah 21 hari dan sebagainya.Semuanya berlegar dalam persoalan ke arah melahirkan pilihanraya yang lebih adil dan telus.Ketepikan dahulu soal kita di parti yang mana,kerana persoalan itu masih bersifat sensitif dalam kalangan rakyat negara bertuah ini.Pelaksanaan AUKU (akta yang mengongkong keterlibatan mahasiswa dalam bidang politik) beberapa tahun lepas sudah cukup menggambarkan suara dan tindakan rakyat sering disekat di sana dan di sini.Isu BERSIH ini semakin menambahkan keraguan saya terhadap keterbukaan dan keikhlasan pimpinan Malaysia yang dihormati dalam mendengar keluhan rakyat jelata.
InshaAllah,saya adalah daripada mereka yang cintakan keamanan dan keadilan.Islam itu aman dan adil,aman dan adil itu adalah sifat yang menggambarkan Islam.Sesiapa sahaja yang berbuat zalim, maka tiada kompromi untuk kita menyatakan hak itu adalah hak,dan batil itu adalah batil.Tidak kira siapa pun mereka, sekalipun daripada ahli keluarga mahupun guru-guru tercinta, sesungguhnya kebenaran itu lebih kami sayangi. Sejak insiden ini menyelubungi atmosfera di Mesir,kami sering diperdengarkan mafhum hadith bahawa jihad yang terbesar adalah apabila kita dapat mengatakan ‘kamu ini zalim’ di hadapan pemerintah yan berkuasa,yang sudah secara terang-terang melakukan kezaliman.Ya,bukan mudah untuk menyatakan kalimah yang barangkali akan menggugat kedudukan kita sebagai orang penting dalam masyarakat, yang mungkin akan menyebabkan kita kehilangan mata pencarian,menyebabkan kita hilang orang tersayang,sehinggakan nyawa sendiri pun mungkin melayang. Namun ,melalui hadith ini saya belajar,bahawa Islam begitu jelas meletakkan sempadan antara perkara yang benar daripada perkara yang salah.Terpulang kepada kita untuk mempunyai jati diri yang tinggi dan tidak sesekali tunduk kepada kebenaran,mahupun menjadi mereka yang hanya akur dan gemar mengambil ‘jalan selamat’ demi menyelamatkan diri masing-masing.
Bercakap tentang keberanian,saya teringat kisah Sayyid Qutb salah seorang pejuang yang berasal dari Mesir. Beliau adalah antara tokoh gerakan Islam yang menjadi mangsa kekejaman luar biasa rejim Jamal Abdul Nasser puluhan tahun dahulu.Beliau dengan tegas tidak mahu menjatuhkan maruahnya dengan memohon maaf daripada Presiden Jamal Abdul Naser ketika itu kerana dengan itu seolah-olah membuktikan dia berada di pihak yang salah. Akhirnya beliau dihukum bunuh kerana enggan tunduk dengan telunjuk para pemimpi yang zalim.
Perwira-perwira dan jaguh-jaguh agama yang menjadi kebanggaan kita seperti kunci kepada gedung ilmu(Saydina Ali karramAllah wajhah) pembebas kota Constantinople (Sultan Muhammad Al Fateh) dan Andalusia (Tariq bin Ziyad), adalah mereka yang telah melakar sejarah di zaman muda mereka. Maka sedarlah wahai mahasiswa inilah tempoh yang paling ideal untuk kita mempersiapkan kelengkapan yang mantap dari sudut ilmu,tidak kurang juga berlatih untuk mencurah segala keringat yang ada demi memastikan kalimah Allah itu berada di kedudukan yang tertinggi.Kita mulia dengan Islam.Maka barangsiapa yang meninggalkannya dengan sendirinya dia terhina…
Salam Ramadhan Kariim.. 4 Ramadhan 1432H
Wassalam.
dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-22983727608243673672011-07-08T10:22:00.000-07:002011-07-08T10:24:59.109-07:00Peperiksaan = Modul Tarbiyyah?Assalamualaikum..
AlhamduLILLAH.Semalam kami baru sahaja selesai melalui tempoh peperiksaan yang tidak sekejap juga, walaupun tahun ini hanya 2 subjek dalam silibus. Bangun pagi pada hari ini,saya terfikir apalah yang perlu diisi dalam tempoh cuti ini.Tambahan pula saya bercadang untuk menghabiskan cuti musim panas di Mesir tempat saya 'mendewasa' ini.Kalau tidak disusun jadual dengan baik,mahu juga saya beli tiket dan pulang ke tanah air lantaran kebosanan dengan cuti yang begitu panjang di sini.Hampir 2 bulan setengah!
Namun mungkin ini adalah cuti musim panas terakhir kami di Mesir yang boleh diisi dengan perkara-perkara elektif selain subjek perubatan.InshaAllah tahun depan waktu-waktu begini kami berada di tahun akhir kuliyyah perubatan..Keutamaan sudah pasti tertumpah kepada kecemerlangan dalam bidang tersebut.
Setiap kali melalui tempoh peperiksaan,macam-macam perkara 'kehidupan' yang dapat saya pelajari,dan ketika itu jugalah membuak-buak rasanya ingin dicoretkan rasa hati itu dalam ruang maya sebegini. Tetapi keadaan kurang mengizinkan kerana ada perkara yang lebih utama untuk diberikan tumpuan.
Peperiksaan menjadikan kita seorang yang dengan sendirinya berusaha menjadikan diri 'lebih pandai' daripada sebelumnya. Tekanan peperiksaan membuatkan kita bersungguh-sungguh untuk memahami setiap topik supaya peperiksaan berahkir dengan senang hati nanti.Namun ini adalah norma bagi mereka yang sensitif dengan tekanan itu sendiri. Pernah juga daripada pengalaman sendiri, peperiksaan tidak mendatangkan apa-apa perasaan..perasaan takut atau apa-apa yang seerti dengannya. Sebenarnya perasaan takut itulah yang menjadikan kita lebih kuat berusaha...
Tahukah anda, bayi dalam kandungan ibu yang bertekanan darah tinggi kebiasaannya mempunyai kadar perkembangan paru-paru(lung maturation)  yang lebih baik berbanding ibu yang bertekanan darah normal!Hal ini kerana bayi tersebut berada dalam kondisi yang memaksanya untuk 'bekerja lebih keras' demi survival diri sendiri dalam kandungan tersebut..Oh,itulah sunnatullah yang dibuktikan sejak kita dalam kandungan lagi.Allah itu Maha Adil,setiap kesusahan yang dihadapi digantikan dengan kesenangan di akhirnya..
Bersusah-susah dahulu ,bersenang-senang kemudian.
Peribahasa ini nampak ringkas,mungkin kerana sudah lama meniti di bibir-bibir kita. Peribahasa ini memberi kesan kepada saya apabila ia menjadi pesanan utama salah seorang senior kami yang baru menamatkan ijazah perubatan di Universiti Kaherah. Beliau bukan seorang yang maintain keputusannya cemerlang (mumtaz) sejak berada dalam tahun pertama kuliyyah perubatan.Malah beliau pernah diuji dengan dur thani (repeat paper) yang menjadi mimpi yang kurang indah dalam sisem peperiksaan di Mesir ini. (moga kami semua dimudahkan dalam mencapai kejayaan). AlhamduLILLAH peningkatan usahanya menampakkan hasil dari setahun ke setahun..dan akhirnya beliau menjadi pelajar Malaysia paling cemerlang di tahun akhir!Kalau tidak silap saya untuk subjek Internal Medicine beliau disenaraikan dalam ranking ke 30 daripada keseluruhan pelajar universiti termasuk pelajar Mesir dan negara-negara lain! Pencapaian yang agak luar biasa,sehinggakan pensyarahnya sendiri mencadangkan kepadanya untuk mengambil salah satu peperiksaan antarabangsa untuk mereka yang terlalu cemerlang :).
Katanya, bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.Jawapan standard apabila kami bertanyakan tentang rahsia kejayaannyan kepada adik-adik rumahnya,kata mereka beliau memulakan usahanya sejak awal tahun lagi. Ketika orang lain mungkin sedang sibuk dengan perkara-perkara lain,beliau sudah mula menghadapi tekanan daripada awal tahun lagi dan menikmati keseronokannya di akhir tahun pengajian.Keputusan di tahun akhir pengajian adalah sangat penting bagi graduan-graduan warganegara Mesir kerana itulah yang akan menentukan tempat mereka bekerja,sama ada di bandar mahupun di ceruk-ceruk tertentu.
Teknik yang digunakan untuk menguji tahap perkembangan paru-paru
Kuantiti mampu memperbaiki kuailiti
Selalu kata orang kuantiti tidak menjami kuliati.Ada satu persepsi baru pula di sini. Kuantiti mampu meningkatkan mutu pencapaian seseorang.Kita berbicara soal usaha.Semakin banyak usaha kita,inshaAllah semakin baik pula kualiti pemahaman kita.Namun ia mestilah dengan teknik yang betul.Kuantiti dan kualiti mesti jalan seiring.Kalau terlalu banyak masa ditumpukan dalam bab-bab tertentu,akhirnya kita tidak akan cukup masa untuk bahagian yang lain. Walaupun mungkin kualiti pemahaman kita sangat tinggi pada bab yang pertama, secara keseluruhan kualiti masih di tahap yang rendah.Sama juga jika kita terlalu cepat pulun setiap bab sehingga mengabaikan pemahaman, akhirnya kita seperti tidak mendapat apa-apa...
Ada satu lagi 'quotation' yang berjaya memberi kesan kepada diri saya. Saya dapatinya melalui salah seorang ahli PERUBATAN yang memberikan forum kecemerlangan satu ketika dahulu. Sebenarnya quotation itu adalah firman Allah Taala dalam Surah AlMulk ayat kedua.
"yang menciptakan mati dan hidup,untuk menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun."
Setiap kita mesti berusaha untuk menjadi yang terbaik.Cita-cita perlu besar, dalam bahasa Inggerisnya, aim for the star,if you fall you will fall on the moon :P.Biar apa jua yang diceburi,usaha yang terbaik perlu dipersembahkan sebagai tanda kesungguhan dan komitmen kita dalam setiap perkara. Ada beza antara USAHA dan HASIL...
Quotation ketiga yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah yang akan ditanya nanti adalah kamu buat atau tidak,bukan apa natijahya.Ia dipesan oleh senior saya di Sekolah Raja (P) Taayah. Sungguh rindukan suasana solehah di sana!Beliau memperkatakan tentang kerja-kerja dakwah. Jika kita menyeru kepada orang lain,jangan terlalu memikirkan hasilnya kerana hidayah itu milik Allah da Dia lah yang berkuasa menentukan penerimanya.Our work is to to the best, He will do the rest.Kerja kita usaha dan usaha bukan memnetukan apakah hasilnya.Namun tidak dinafikan target tertentu perlu ada supaya matlamat lebih jelas dan lebih memudahkan untuk kita berusaha ke arahnya.
If you can manage youself,that means you can manage the world
Tegakkan Islam dalam diri kamu, nescaya akan tertegak Islam di bumi ini.Ya,segalanya bermula dengan diri sendiri.Peperiksaan mendidik kita untuk belajar mengurus diri.Tempoh peperiksaan menguji kita adakah kita adalah kita atau menanggalkan topeng sebagai manusia untuk seketika.Pelik juga bunyinya.Dahulu ketika awal-awal tahun pengajian di sini kami diingatkan apabila tempoh peperiksaan kebanyakan orang berpotensi untuk 'menjadi diri mereka yang sebenar'..Mungkin kerana tekanan yang dihadapi,ada waktunya kita lupa beberapa hak yang perlu ditunaikan.Hak kepada Allah,kepada ibubapa,sahabat,teman serumah, tidak dilupakan kepada diri sendiri. Bagi saya berusaha sebaik mungkin bukanlah bererti sehingga menyeksa diri sendiri.Bolehlah juga namun MESTI ada kadarnya.
Janganlah kerana sibuk sangat dengan peperiksaan sehingga kesihatan terabai,tidak mahu masak serta sanggup memakan makanan yang kurang sihat.Khusyuk sangat mengulangkaji sehingga mengabaikan kebersihan diri dan keadaan sekeliling.
Jika begitu keadaannya,peperiksaan tidak berjaya menjadi 'modul' untuk mendidik atau mentarbiyyah diri kita menjadi insan yang lebih baik.Persediaan peperiksaan bukan sepatutnya bermula dengan bermulanya study leave. Ia merangkumi usaha kita hari-hari melangkah kaki menimba ilmu,bagaimana kita memenuhi masa sebaiknya untuk menambah ilmu pengetahuan melalui laman sesawang,melalui perbincangan dengan rakan-rakan atau menggunakan apa-apa sahaja medium.Itulah proses pembelajaran yang sebenar.Salah seorang sahabat saya rajin bertanya “dah habis baca buku ke?” dan beliau sudah sedia maklum jawapan yang bakal diterima “mestilah belum sebab belajar kan sampai mati!”
Hamba kepada peperiksaan atau hamba kepada Allah?
Sewajarnya peperiksaan menyedarkan kita betapa kita lemah dan kebergantungan kepadaNya adalah sesuatu yang tiada kompromi untuk direalisasikan.Fitrah seorang manusia apabila berada dalam kesusahan,sampai satu tahap dia akan yakin bahawa tiada siapa yang dapat menolongnya selain daripada kuasa ajaib yang tiada tangan lain mampu menghalangnya. Dalam salah satu novel tokoh terbilang Islam karangan Abdul Latip Talib,diceritakan Ikramah bin Abu Jahal sebelum memeluk Islam adalah seorang yang sangat tegar penentangannya terhadap RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM yang kita cintai.Ikramah disenaraikan sebagai orang yang layak dibunuh ketika majoriti penduduk Makkah mendapat kemaafan daripada RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM dalam peristiwa pembukaan kota Makkah. Pada satu hari dalam perjalanan Ikramah dari Yaman ke Habsyah (kerana lari dari kota Makkah),kapal yang ditumpangi Ikramah dilanda taufan.Ketika itu Ikramah yang masih belum menerima hidayah berdoa untuk keselamatan atas nama al-Lata dan al Uzza (berhala).Kapten kapal meminta Ikramah untuk berdoa atas nama Allah Tuhan Yang Maha Esa.Lalu Ikramah menurutnya sambil berjanji akan memohon maaf daripada RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM sekiranya diselamatkan daripada malapetaka tersebut.Allah menyayangi dirinya,dan peristiwa itu antara penyebab Ikramah mendapat petunjuk Ilahi yang menyelamatkan dirinya daripada azab Allah yang maha pedih.
Setelah kita berusaha sebaik mungkin dalam membuat persediaan berperang di dewan peperiksaan, secara fitrahnya akan terbit satu perasaan di mana kita tidak tahu apakah mampu atau tidak untuk kita menghadapai ujian sebentar lagi.Baik apa jua bentuk peperiksaannya.. Ketika itulah sedarlah kita tiada kuasa lain yang dapat membantu kita selain kekuasaan ajaib yang saya sebutkan sebentar tadi.Peperiksaan dari satu sudut berkait dengan rezeki masing-masing.. Contohnya sebelum masuk ke dewan kita diilhamkan untuk menyelak halaman tertentu,dan itulah yang keluar akhirnya! Ketika di tahun pre-klinikal,ada satu pengalaman yang kekal dalam ingatan sehingga kini.Terdapat satu bab yang memang saya tidak pernah rasanya mengulangkajinya…elok pula dalam perjalanan ke peperiksaan lisan, saya dan beberapa orang sahabat berbincang mengenainya. Mereka berdualah yang bercerita kepada saya,dan itulah bab yang pensyarah saya tanyakan kemudiannya! Apa yang saya jawab semuanya adalah berdasarkan ingatan saya dalam perjalanan tadi. Sekurang-kurangnya ada dua perkara yang saya pelajari melalui peristiwa ini : pertama berusahalah sehingga ke akhirnya kerana boleh jadi yang akhir-akhir itu adalah ilham daripada Allah.Kedua, yakinlah bahawa Allah itu Maha Berkuasa memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki.
Maka hamba kepada siapakah kita?
Peperiksaan sebagai modul tarbiyyah.
Saya ingin menyatakan rasa bersyukur kepada Allah, dan rasa berterima kasih kepada manusia yang telah mendoakan kemudahan jalan kami khususnya dalam peperiksaan kali ini. Saya yakin adanya doa-doa yang diberkati biar sesiapapun tangan yang menadahnya.Sememangnya setiap orang mengharapkan natijah yang terbaik dalam setiap usaha, serta jangan lupa berdoa moga setiap apa yang kita lalui dalam proses memperoleh kecemerlangan ini menjadikan kita hamba yang semakin dekat dengan Tuhan Pencipta kita. Moga kita menjadi orang yang paling kuat berusaha dan berdoa, serta paling redha dengan setiap ketentuannya.Kerana kita ini tidak lain hanyalah sebagai hamba…Hinanya kita di sisi Tuhan Yang Maha Mulia.Ya Allah,jangan Engkau uji kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami pikul~
Beit Rahmah, Sayeda Zeinab
Post exam 7 Julai 2011
dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-69950265500931535312011-05-21T19:30:00.000-07:002011-05-22T05:23:10.835-07:00Jalan jalan Cari Pengajaran
Assalamualaikum.
Cuti umum Mesir beberapa minggu yang lalu memberi kami kesempatan untuk meninggalkan seketika rutin harian dan menghirup udara di sekitar kawasan yang tidak biasa kami lawati walaupun sudah hampir menamatkan tahun ke 5 pengajian di bumi anbiya' ini.Kata orang better late than never :P
Rupa-rupanya di sini kami sangat dekat dengan tokoh-tokh ilmuan dan para sulafussoleh yang menjadi wali Allah.Mungkin kami menghirup udara yang dahulu pernah dihembus oleh Imam As Syafie,mungkin kami memijak pasir-pasir dan tanah-tanah yang dahulu berada di bawah tapak kaki Saydina Amru Al As.
Saydatina Nafisah merupakan cicit keturunan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.Beliau datang daripada Madinah dan berhijrah ke Mesir.Sungguh banyak rakyat Mesir yang ingin mengambil keberkatan keberadaan ahlul bait ini di tanah air mereka.Peluang keemasan yang tidak ingin dilepaskan itu menjadikan masa Saydatina Nafisah begitu padat dengan kunjungan para tetamu yang sering menziarahi beliau sehingga menyebabkan beliau berfikir untuk kembali ke Madinah supaya lebih banyak boleh menghabiskan masa beribadat dengan Tuhannya.Namun setelah dipujuk oleh pemerintah Mesir ketika itu,Saydatina Nafisah telah meletakkan syarat supaya 4 hari dalam seminggu adalah diperuntukkan bagi urusan peribadinya,manakala 3 hari yang berbaki disediakan ruang bagi melayani para tetamu yang datang membawa hajat.
Ada beberapa kisah 'pelik' yang diceritakan oleh Ustaz Zahari kepada kami berkat keimanan yang tinggi dalam diri Saydatina Nafisah...cerita-cerita pelik yang lazimnya berlaku pada para wali Allah Taala.Pesanan beliau yang ditinggalkan kepada generasi terkemudian ialah 'sekiranya kita beribadah dengan sebenar-benar ibadah serta ikhlas,maka seluruh makhluk akan berkhidmat kepada kita'.
Uniknya masjid yang menempatkan maqam hamba Allah yang mulia ini ialah,boleh dikatakan SETIAP kali waktu solat fardhu pasti akan ada jenazah yang disolatkan di sini.Barangkali mereka ingin mengambil keberkatan yang ada.Saya kembali teringat,lebih kurang 3 tahun yang lalu ketika kali pertama saya berkunjung ke sini memang terdapat sekurang-kurangnya 5 jenazah yang disolatkan.Saat itu kami menyangka mungkin jenazah-jenazah yang ramai itu disebabkan ada berlaku kemalangan..
Dalam perjalanan kami ke destinasi seterusnya,Ustaz Zahari sempat bercerita kepada kami tentang budaya Mesir yang tidak kami ketahui walaupun sudah hampir 5 tahun berada di sini! Rata-rata mereka ini sangat mementingkan 3 perkara untuk dicapai dalam kehidupan ini iaitu tempat tinggal,tempat disemadikan (perkuburan) dan mengahwinkan anak.Sesunguhnya merupakan satu kejayaan dan kepuasan dalam hidup apabila seseorang itu bersedia ke arah ketiga-tiga perkara tersebut.
Kemudian kami sampai ke masjid dalam gambar di atas.Masjid yang saya kira begitu dekat di hati,mungkin bagi sahabat-sahabat yang lain juga.Barangkali kerana sejarahnya yang agung yang menjadi simbolik kepada kehebatan agama Allah yang Maha Agung.Masjid ini mencatat sejarah apabila menjadi masjid pertama di benua Afrika setelah Islam berjaya menakluk Mesir.Ia dinamakan Masjid Amru Al As bersempena dengan nama sahabat yang bertanggungjawab meletakkan asas empayar Islam satu ketika dahulu di bumi yang kami hirup udaranya saat ini.Kisahnya begitu memberi motivasi.Jika tadi kita menyaksikan kehebatan Saydatina Nafisah sebagai abidah(ahli ibadah) Allah yang solehah,kini kita berbicara tentang kisah pemerintah Islam yang gagah,hidupnya untuk memenuhi dunia dengan keadilan.Sungguh kerusi untuk pimpinan itu satu yang mesti untuk kita dapatkannya demi memastikan kalimah Allah berjaya ditegakkan.
Sebelum berjaya menakluki Mesir,selaku khalifah Saydina Umar RadiAllah anhu telah berpesan kepada Saydina Amru,hendaklah dia membawa pulang tenteta Islam sekiranya dalam tempoh tertentu mereka masih belum berjaya menakluki Mesir.Saydina Umar telah menghantar '4000' tentera tambahan sebagai bantuan ketenteraan.Hakikatnya hanya 4 orang panglima yang handal telah dihantar khalifah,yang mana kekuatan mereka itu disamakan dengan 1000 orang.Mereka ialah Zubair Al Awwam,Ubaidah Ibnu Samit,Maslamah Mukhallid,dan Miqdad Ibnu Amru.
Dengan keizinan Allah akhirnya Mesir jatuh ke tangan tentera Islam.Dan sehingga kini majoriti rakyat Mesir adalah beragama Islam.AlhamduLILAH.
Ini pula kami di maqam Al-Imam As-Syafie.Salah seorang ulama' muktabar daripada 4 mazhab yang diikuti oleh umat Islam di seluruh dunia pada hari ini.Beliau dilahirkan di Gaza (150H),barangkali bumi itu memang sudah tertulis untuk melahirkan pejuang-pejuang Islam daripada dahulu sehinggalah saat ini.Keluarganya berasal daripada kota Makkah,berpindah ke Gaza disebabkan kesempitan hidup.Al Imam As-Syafi'e memang terkenal dengan tokoh ilmuan yang cerdas akalnya.Diceritakan bahawa beliau berjaya menghafal AlQuran di usia 7 tahun,menghafal kitab Al-Muwatta' karangan Al Imam Malik dalam masa 9 hari ketika usianya 10 tahun,menjadi mufti ketika berusia 15 tahun,dan menjadi qadhi di Yaman ketika berusia 17 tahun! Saat Imam As-Syafie sudah mencipta pelbagai kisah hebat dalam kehidupannya di usia yang dinyatakan ,kebanyakan daripada kita baru sahaja mengenali dunia luar selepas menaggalkan uniform sekolah menengah.Hebatnya pemilik maqam di atas ini!
Sebelum sampai ke maqam Imam As-Syafi'e,kami sempat memerhati dari dalam bas maqam guru atau disebutkan sebagai muqri' kepada beliau,iaitulah Imam Waqi'.Apabila menyebut nama guru Imam As-Syafie yang ini, ada satu kisah yang begitu signifikan dan sangat sesuai dijadikan pengajaran khsusunya kepada para penuntut ilmu.Imam As-Syafi'e sangat terkenal dengan kehebatan dalam hafalan sehingga dikatakan beliau terpaksa menutup muka surat sebelah ketika sedang membaca muka surat yang satu lagi,kerana apabila melihat sahaja akan terus dihafalnya.Maka beliau perlu menagguhkan dahulu daripada melihat muka surat yang satu lagi supaya dapat memberikan tumpuan demi pemahaman isi kandungan muka surat yang sedang dibaca pada asalnya.Namun satu hari beliau mengadu kepada gurunya iaitu Imam Waqi' ini bahawa hafalannya semakin lemah.Maka pesan gurunya itu ilmu itu adalah cahaya,dan cahaya tidak akan tembus kepada hati yang membuat maksiat.Begitulah mafhumnya.Apalah sahaja maksiat yang dilakukan oleh 'alim ini berbanding kita yang lebih kerdil ini??
Kisah keagungan cinta hamba kepada pencipta sering dikaitkan dengan kisah Rabi'atul Adawiyyah.Seorang wanita yang menerima banyak lamaran lelaki,namun semua ditolaknya demi cinta sucinya kepada Allah Taala.Kisah beliau diabadikan dalam salah sebuah lagu kumpulan Inteam yang selalu berkumandang di corong radio ketika saya masih di bangku sekolah menengah di Ipoh.Cinta wali Allah ini menjadi inspirasi kepada muslimah yang mendambakan kebahagiaan yang hakiki.Namun wasiat Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam supaya mengikuti sunnah dengan bernikah lebih kuat di hati dan lebih dekat dengan fitrah kejadian seorang manusia.
Dalam masjid di atas pula terdapat maqam salah seorang sahabat Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam yang bernama Uqbah RadiyAllah anhu.Beliau adalah salah seorang antara puluhan sahabat yang berhijrah ke Mesir dan dikebumikan di ardhul kinanah ini.Diceritakan bahawah beliau sanggup mencari Abu Ayyub Al Ansari yang jauh daripada tempatnya demi memastikan kesahihan riwayat salah sebuah hadith Rasulullah Sallahua'laihiwasallam.Begitu teliti para sahabat dahulu dan begitu amanah mereka dengan ilmu..
Di atas ini pula adalah pintu masuk ke masjid yang ditempatkan maqam Imam Tajuddin Ahmad Atha'illah Al Iskandari rahimAllah anhu.Beliau merupakan pengarang kitab Alhikam Ataiyyah yang diajar oleh Sheikh Yusri di masjid yang dibina di bawah bangunan kediamannya.
Cuba perhatikan tulisan arab di atas.Ketika kali pertama kami menyertai jaulah (rombongan) ziarah maqam para auliya' di sekitar Kaherah ini,kami hanya berada dalam kenderaan dan ditunjukkan dari jauh kawasan persemadian jasad yang namanya sudah tidak asing lagi dalam perjuangan gerakan Islam. Takut benar pihak keselamatan Mesir dengan pengaruh yang dibawa oleh Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh As- Syahid Imam Hassan Al Banna selepas kejatuhan khilafah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924. Itu semua kisah sebelum kebangkitan 25 Januari 2011 yang lalu. Kini pasca revolusi,tiada lagi ancaman untuk orang awam berhenti di kawasan ini sehingga boleh kami rakamkan gambar seperti di atas.
Jika kita ikuti kisah perjuangan tokoh gerakan Islam di Mesir ini seperti As-Syahid Imam Hassan Al Banna,Syed Qutb,Zainab Al Ghazzali,Hassan Hudhaibi dan sebagainya kepiluan pasti terasa dengan siksaan-siksaan kejam yang tidak layak sekalipun terhadap binatang.Tiada siapa dibenarkan mengiringi jenazah si syahid ini melainkan beberapa ahli keluarganya ketika pemergiannya yang ditangisi umat Islam seantero dunia.
Kebanyakan kisah di atas telah diceritakan oleh alFadhil Ustaz Zahari dari Sunshine Travel.JazakAllah kepada Ustaz yang tidak jemu-jemu bercerita dari awal sehinggalah ke akhirnya.Mohon maaf kepada pembaca jika ada kesalahan maklumat dan mohon diperbetulkan.Allahua'lam
dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-23724856850952236502011-04-24T23:36:00.000-07:002011-04-24T23:50:47.225-07:00Motivasi PejuangAssalamualaikum...
Dahulu ketika kita masih di bangku dan meja sekolah,pihak sekolah selalu juga mengadakan kem-kem motivasi khususnya bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam bermula daripada UPSR,PMR, dan SPM.Ketika itu masing-masing bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh.Dengan usia yang masih mentah,kejayaan yang menjadi ukuran kebanyakan pelajar adalah berkadar terus dengan markah yang diperoleh dalam peperiksaan.Sekarang masihkah kita ingat akan isi kandungan motivasi tersebut?
Motivasi bertindak sebagai momentum kepada tindakan seseorang supaya dapat bergerak dengan lebih jauh.Dalam hukum fizik momentum mampu menambahkan kelajuan,mengatasi hukum inersia yang melambatkan pergerakan bahan yang statik.Namun,apakah bentuk momentum yang terbaik untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita?
"Agama itu adalah nasihat"
Allah itu Maha Adil.Agama yang diutuskan melalui para rasul meliputi cara hidup yang amat praktikal dan selari dengan fitrah manusia dan seluruh makhluk yang diciptakan.Pesan Nabi Muhammad Salllallahualaihiwassalam, menutut ilmu itu adalah wajib untuk setiap muslim.Dalam AlQuran kerapkali Allah menjanjikan darjat yang tinggi dan balasan yang terbaik untuk golongan yang berilmu.Keduanya jalan seiringan,demikian merupakan salah satu contoh Allah memberikan motivasi untuk kita terus menuntut ilmu,mencabut kejahilan dari membelenggu diri...bukan sekadar memberatkan kita untuk mengejarnya dan membiarkan kita terkontang-kanting untuk melaksanakan kewajipan tersebut.
Salah satu daripada 10 sifat-sifat yang perlu ada dalam individu muslim ialah mempunyai tubuh badan yang sihat.Mukmin yang kuat itu lebih disayangai Allah berbanding yang lemah.Suka ataupun tidak,setiap yang bergelar muslim perlu mengamalkan cara hidup yang aktif secara fizikal serta pemakanan yang sihat demi memastikan hak terhadap tubuh badannya ditunaikan.Di sini terbukti Islam itu bukan agama ritual semata-mata...Islam adalah CARA HIDUP yang yang tidak meninggalkan walau sekelumit daripada aspek kehidupan.
Maka deen itu lah merupakan motivasi terbaik!
Falsafah 1-Tiada pilihan untuk membuat pilhan dalam beberapa pilihan yang dibentangkan.
Kata orang life is about making choices.ChoiceS., kerana jalan yang ada bukannya satu.Sudah namanya pilihan,pastilah mempuyai beberapa.The Road Not Taken, yang kita sama-sama pelajari dalam silibus SPM dahulu mengingatkan kepada saya bahawa apabila kita sudah memilih satu jalan,maka bersedialah untuk apa jua kemungkinan yang menanti di hadapan..dan tiada pusingan kali kedua terhapan jalan yang ditinggalkan.
Ya.Pilihan itu memang wujud.Allah Taala mengurniakan kita qudrat atau kemampuan yang memungkinkan untuk kita membuat pilihan dalam setiap tindakan kita.Dengan contoh mudahnya ialah jalan hitam atau putih.Penutup ceritanya jika kita masih berada dalam jalan yang sama pastilah hitam atau putih juga.Maka sebenarnya kita terpaksa memilih jalan putih tersebut supaya terselamat daripada azab yang menanti di hujung jalan yang hitam itu.Tiada pilihan dalam beberapa untuk memilih walaupun hakikatnya kita ada pilihan!
Falsafah 2-Kewajipan dalam keterpaksaan
Falsafah ni sangat berkait rapat dengan perbandingan antara sumbangan dan pengorbanan.Sumbangan adalah pemberian ketika kita dalam zon selesa dan keadaan senang lenang .Pengorbanan pula ialah apabila kita sanggup menyerahkan apa yang kita ada dalam keadaan kesempitan dan tindakan itu menyebabkan keperitan sama ada sikit atau sebaliknya.
Ada waktunya tindakan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian adalah kerana kita perlu melakukan perkara tersebut tanpa kerelaan.Contohnya seorang ayah yang perlu bekerja kuat demi mencari rezeki menampung sara hidup diri dan keluarganya.Kalau diikutkan hati mahu sahaja berehat-rehat di rumah.Mahu tidak mahu dia perlu menggagahkan diri untuk menunaikan kewajipan terhapan diri sendiri dan tanggungannya.
Jika si ayah rasa terpaksa,dia tetap perlu juga melaksanakan hal tersebut.
Keadaan yang sama seringkali terjadi dalam kehidupan seharian kita.Bagi mereka yang benar-benar jelas akan kewajipan yang ada dalam diri mereka,saat diri terasa lemah untuk menunaikan kewajipan tersebut...rasa tangunggjawab untuk menunaikan tanggungjawab itulah yang akan momotivasikan diri untuk melaksanakan tuntutan tersebut.
Kewajipan kita adalah menjadi khalifah yang adil dan hamba yang taat di muka bumi Allah ini!
Falsafah 3- Our work is to do the best,He will do the rest
Kata-kata yang pernah diconteng oleh ayah dalam kamus Bahasa Inggeris saya.Kerja kita adalah buat yang terbaik dalam kehidupan ini.To squeeze the best juice of ours.Mempersembahkan yang terbaik dalam ruang lingkup kemampuan kita.Kerja selepas itu adalah 'kerja' Allah dan tiada ruang untuk kita setelah melepasi zon kuasa diri.
Seekor burung kecil berusaha meletakkan sesuatu di paruhnya dengan tujuan untuk memadamkan api yang akan membakar Nabi Ibrahim alaihissalam.Apabila ditanya mengapa dia sanggup berbuat demikian,katanya takut-takut akan disoal Allah apa tindakannya untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim alaihissalam.Sejauh mana usahanya itu akan memadamkan api yang sedang menjulang tinggi?Bukan itu yang difikirkan oleh burung kecil tadi.
Sebab itulah pendakwah tidak perlu merasa terlalu sedih dan berputus asa sekiranya dakwahnya tidak diterima (setelah ianya disampaikan dengan baik).Saat itu kewajipannya sudah pun selesai~
Sekadar itu yang mampu saya coretkan dalam ruangan kali ini.Moga bermanfaat.Allahu a'lam.dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-89664777375009374792011-04-12T14:10:00.000-07:002011-04-12T14:11:09.342-07:00Sanggupkah kelihatan bodoh?Assalamualaikum...
Nampaknya saya masih belum berjaya untuk secara konsisten menulis di laman blog ini.Masa yang semakin terbatas dan kemudahan yang makin menguji menambahkan lagi cabaran untuk saya terus mengasah alatan yang semakin menumpul ini.Maka saat ini saya memulakan kembali langkah yang sudah beberapa minggu tertangguh.
Sudah masuk minggu ketiga kami mengambil subjek Obstertric & Gynaecology atau dalam bahasa ibundanya subjek Perbidanan & Sakit Puan.Subjek ini merupakan subjek keempat dan terakhir untuk sesi pengajian Tahun 5 di Fakulti Perubatan Universiti Kaherah.AlhamduLILLAH,semakin hari semakin dirasai menceburi bidang perubatan ini bukan sekadar ingin menghabiskan silibus.Tidak cukup dan sangat rugi jika mereka yang berada dalam bidang ini berhempas pulas mengulangkaji pelajaran semata-mata ingin mendapatkan markah terbaik dalam peperiksaan, TANPA membayangkan kesemua pengetahuan itu akan digunakan dalam kehidupan sehariannya apabila sudah bergelar seorang pegawai perubatan.Ilmu dan hikmah dalam bidang perubatan sangat istimewa, mahu tidak mahu ilmu itulah yang akan menjadi kehidupannya nanti. "You must keep this note so it will stick in your mind..this is your life,more important than your wife".Sampai begitu sekali pesanan salah seorang pensyarah kami Dr Ala' addin semasa kami menyalin nota beliau dalam kelas tutorial!
Tahun 5 ini boleh dikirakan sebagai cabaran besar bagi kami kumpulan Malaysia pertama pelajar tajaan JPA dan MARA yang datang dalam skala yang besar sekitar hampir 100 orang. Sudah 4 tahun kami 'menyendiri' antara kami sesama rakyat Malaysia.Ada senior kami yang mengatakan dia merasakan keadaan ramainya kami menjadikan seolah-olah Kasr El Ainy Universiti Kaherah adalah Universiti Kebangsaan Malaysia..ataupun mana-mana sahaja universiti tempatan di Malaysia.Saya masih ingat Prof Dr Akeef yang mengajar kami subjek Physiology semasa di Tahun1 berpesan agar kami bercampur dengan pelajar tempatan supaya kami tidak menjadi seperti foreign body kepada mereka.Selalu juga saya memasang impian untuk berdampingan dengan kawan-kawan arab supaya keadaaannya berbeza jika dibandingkan saya berada di Malaysia.Namun jadual yang padat pada tahun pra klinikal dan peluang yang sangat terbatas menjadikan impian saya itu hanya bersifat angan-angan dan hampir mustahil untuk dicapai pada ketika itu.
Satu ujian yang saya kira satu rahmat dari satu sudut apabila pegawai PPL JPA di Mesir bertegas untuk mencampurkan kami dalam kumpulan pelajar arab seawal kami di Tahun 5 ini.Apabila pulang dari kelas ramai yang mengadu perasaan kepada para senior.....menangis kerana tidak faham apa yang disyarahkan doktor dalam kuliah.Kata senior itu perasaan biasa yang mereka juga pernah lalui,tapi itu semua cerita mereka di Tahun 1 atau 2....bukan tahun 5 seperi kami sekarang ini!Baru terkontang kanting untuk mengadaptasi diri dengan suasana yang sangat baru bagi kami.
Bermula dengan subjek General Internal Medicine,Paediatrics dan General Surgery ,ada kalanya terasa seperti orang bodoh...apabila tidak memahami apa yang pensyarah tuturkan. Perasaan sebegini memuncak apabila pelajar tempatan dan mereka yang memahami bahasa arab ketawa terbahak-bahak dengan cerita-cerita dan perumpamaan yang dikaitkan doktor dengan subjek berkaitan.Sungguh saya merasa cemburu dengan mereka yang dapat memahami bahasa arab dengan begitu baik.Keazaman juga semakin menebal untuk meningkatkan usaha...supaya akhirnya nanti saya dapat sekurang-kurangnya terseyum apabila mereka terhibur dengan cerita-cerita kelakar doktor-doktor kami yang mulia :)
Untuk mencapai cita-cita itu..dan tentunya cita-cita yang jauh lebih besar sekadar yang saya sebutkan di sini,tentunya ada harga dan tuntutan yang perlu dibayar.Kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Ada masa mungkin usaha kita akan diperkecilkan oleh orang lain..secara langsung mahupun tidak...ada kalanya mungkin kita dipandang sinis kerana keadaan kita yang tidak mampu diubah ketika itu.Ada kala mungkin kita sendiri teruji dengan rasa rendah diri dan berputus asa lalu meninggalkan apa yang kita kejarkan selama ini.
Sahabat, menuntut ilmu itu memang berhajatkan untuk kita menyerahkan diri sepenuhnya supaya nikmat ilmu itu dapat kita kecapi di akhir nanti.Perasaan negatif seperti superior, malas untuk berusaha,merasa rendah diri, tidak mahu hidup susah,mementingkan diri sendiri dengan mengenepikan kesusahkan orang lain adalah perkara-perkara yang perlu dielakkan...ilmu itu berstatus bermanfaat apabila berjaya memberi manfaat tidak hanya kepada diri sendiri,tetapi juga kepada orang lain.
Knowledge,Skill,Attitude. Ketiga-tiga elemen ini perlu dan masanya adalah sekarang untuk kita mempersiap dan melengkapkannya sebaik yang mungkin.Ya Musahhil.Ya Muhaimin.
Allahua'lam n wassalam.
dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-80525665914898815902011-03-19T12:58:00.000-07:002011-03-19T12:58:55.604-07:00Medan TahrirAssalamualaikum
Lama juga saya menghabiskan masa 'mengulangkaji' hasil penulisan dalam SOLUTION ini...entri beberapa bulan atau tahun yang dahulu.Itu belum lagi membuka kembali entri2 seawal kelahiran blog ini...ada yang membuatkan saya tersenyum, ada juga yang membuatkan dahi berkerut..Ya,kita banyak belajar daripada sejarah..Sebab itu jangan melupakan sejarah kerana kita pasti akan mengulanginya!
Hari ini dinamakan Yaumul Istifta' di Mesir.Cuti umum sempena meraikan rakyat Mesir yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka untuk menyuarakan pendapat,sama ada YA atau TIDAK terhadap perlembagaan atau perundangan Mesir sebanyak 211 fasal (sumber daripada salah seorang warga Mesir di Medan Tahrir).Jika YA maka perlembagaan itu akan terus digunapakai.Jika TIDAK maka perlembagaan itu akan digubal semula.Sepanjang survey tidak rasmi kami,semua rakyat Mesir mengatakan TIDAK sebagai pendirian mereka.Kata seorang pemandu teksi...itulah gunanya mereka berada di Medan Tahrir (sewaktu revolusi),iaitu untuk menggubal undang-undang baru...ke arah Mesir yang lebih baik inshaAllah.
Medan Tahrir menjadi tempat yang paling popular di seluruh dunia ketika isu kebangkitan rakyat menentang Hosni Mubarak menjadi topik perbualan utama.Satu kawasan lapang yang menyaksikan kesungguhan rakyat Mesir menuntut kembali hak mereka yang telah dicabuli.Ramai sekali yang sanggup bermalam beberapa hari di sana,membahayakan diri sendiri terutama beberapa hari awal selepas 25 Januari 2011...ketika revolusi baru sahaja tercetus.Keadaan menjadi genting apabila pihak berkuasa boleh sahaja melepaskan tembakan rambang kepada mereka yang menyertai demonstrasi itu,mafhum daripada perkongsian pensyarah kami Prof Dr Abdul Nasser yang hanya terlepas beberapa hari daripada menyertai tempoh 18 hari ber'kampung' di Medan Tahrir.
Di kuliah juga terdapat beberapa pensyarah yang prihatin dan berminat untuk berkongsi cerita tentang politik semasa tanah air dengan para pelajar.Dapat juga kami mendengar beberapa pendapat yang dinyatakan oleh rakyat Mesir yang lebih kurang sebaya.Sama ada difahami secara superficial..atau sebenar-benar kefahaman..Maka azam saya untuk mempelajari dan bertutur dalam bahasa Arab semakin berkobar-kobar..kerana terlalu banyak manfaat yang dapat diperoleh apabila kita bergaul dengan penduduk tempatan.Untuk mencapai matlamat itu pastilah kita perlu menguasai bahasa ibundanya terlebih dahulu...
Maka saya kongsikan beberapa perkataan yang saya pelajari melalui pengalaman revolusi Republik Arab Mesir ini~
*Muzaharat=Rusuhan/rapat umum
*Thaurah=Revolusi
*Hizb=Parti
*Dabbabah=kereta kebal
*Istifta'=Survey
*Ta'dilat=taghyiir=perubahan
Selain kecemerlangan akademik yang menjadi fokus kita bersama setelah menjejakkan kaki ke bumi Mesir pasca evakuasi...fokus saya juga ialah untuk mengambil sebanyak mungkin manfaat dan kebaikan keberadaan di bumi Mesir.Jika dahulu saya merancang beberapa item perlu dikejar dalam tempoh 6 tahun 1/2 di Mesir,tetapi Revolusi Mesir yang disifatkan termasukkan dalam teori dominio kebangkitan rakyat di Timur Tengah merupakan isu yang tidak wajar untuk saya lepaskan begitu sahaja.
Moga sama-sama dapat mengekstrak pengajaran daripadanya.
Salam reformasi...salam 1 Mesir n_n
Wassalam
dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-9643922967938988612011-03-11T02:47:00.000-08:002011-03-11T02:47:31.333-08:00Cinta OrganisasiAssalamualaikum
Hari ini hari Jumaat pertama saya di Mesir selepas proses evakuasi dan Ops Piramid.Semoga setiap apa yag kita usahakan mendapat tempat yang terbaik di sisiNya.
"...you masih muda,nnti you akan tahu....Life is beautiful".
Life is beautiful.Demikian antara pesanan seorang pak cik yang sempat kami panjangkan jalinan silaturrahim setelah menikmati roti canai garing di pekan Karai,Enggor Perak.
Ya,hidup ini memang indah jika kita begitu yang kita fikirkan.Proses evakuasi ini sungguh merupakan satu proses pembelajaran yang tidak semua orang berpeluang mendapatkannya.Daripadanya kami semakin belajar hidup berorganisasi dalam sesebuah masyarakat.
Antara perkara yang menjadikan saya begitu menghargai hidup berorganisasi atau secara berjamaah,ialah banyak perkara yang dapat dipelajari melaluinya.Terlalu banyak saya sifatkan.
Pertama kali saya mendengar istilah di atas adalah daripada mulut salah seorang pimpinan mahasiswi pengajian Islam di Mesir.Beliau menyatakan ada juga individu-individu yang bertemu jodoh melalui kerja-kerja persatuan atau organisasi.Itulah keadaan yang diistilahkan sebagai cinta organisasi.....
Jangan risau kerana bukan bab itu yang ingin saya kongsikan di sini...:P
Jika kita cinta akan organisasi,atau apa sahaja istilah yang mereka gunakan....persatuan,jamaah,kumpulan....dan sebagainya.....maka kita mesti tahu apa yang terbaik untuk organisasi tersebut dan itulah yang patut kita berikan sekalipun keperluan itu mengatasi kehendak kita yang mungkin secara asasnya nampak baik tetapi bukan yang terbaik.
Dalam kehidupan sehari-hari ini ada orang yang disifatkan sebagai individu yang sukar dicari pengganti.Pada zahirnya sandaran sifat itu nampak positif,namun ia sebenarnya bukan yang terbaik dalam kamus organisasi atau kemasyarakatan terutama kepada pimpinan.
Pesan Al-Fadhil Ust Fauwaz,generasi yang baik ialah apabila ia dapat meninggalkan generasi yang lebih baik selepasnya.
Istilah individu yang sukar dicari pengganti kurang sesuai untuk melahirkan orgnisasi yang efisien kerana hanya bergantung harap kepada orang-orang tertentu dalam memastikan kelancaran setiap gerak kerja.
Perlu difahami di sini bahawa bukanlah bermaksud mereka yang menonjol dan mempunyai kelebihan tertentu yang tidak ada pada orang lain tidak sesuai berada dalam sesuatu organisasi.Apa yang ingin saya kongsikan ialah kekuatan itu ada pada seseorang,dia perlu menurunkannya kepada orang lain supaya bakat yang ada dikembangkan dan sekiranya dia sudah tiada atau kehilangan kekuatan itu,maka sekurang-kurangnya ada orang lain yang boleh menyambung perjuangannya.
Kisah Sayyidna Khalid Al Walid melalui novel nukilan Abdul Latip Talib, sangat memberi input berkaitan pengajaran(ibrah) yang ingin saya kongsikan di sini.Beliau mengajar para tentera Islam tentang kemahiran dalam bidang ketenteraan.Walaupun ketika itu sebenarnya boleh diibaratkan jika Khalid Al Walid menyertai sesuatu peperangan,pasti kemenangan di pihak pasukan yang disertainya.
Zaman itu juga menyaksikan tindakan Sayyidna Umar Al Khattab mengambil tindakan yang begitu kontroversi dengan memecat Sayyidna Khalid Al Walid daripada menjadi ketua panglima dan digantikan dngan Abu Ubaidah bin Jarah.Khalifah Umar berbuat deemikian meskipun beliau yakin dengan kekuatan dan kelebihan yang ada pada Khalid Al Walid dalam bidang kepahlawanan.Namun tindakannya dipandu oleh kemaslahatan yang lebih besar ketika itu.Demi mengelakkan rakyat terlampau taasub dan seolah-olah meyakini bahawa setiap kejayaan dalam peperangan adalah disebabkan S. Khalid bukannya daripada Allah,maka Pedang Allah itu dipecat.Tindakan berani khalifah Umar pastinya mendapat pertentangan pelbagai pihak dan menimbulkan persoalan umat Islam ketika itu.Namun itulah yang dikatakan terbaik untuk organisasi,walaupun pahit untuk ditelan oleh semua.
Maka semoga generasi yang bakal kami tinggalkan ini pun akan menjadi generasi yang jauh lebi baik daripada sebelumnya.
Allahua'lam dan Wassalam.
Abou Rish,Kaherah
11 Mac 2011dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-40505450002683020472011-02-12T10:10:00.000-08:002011-02-12T10:10:38.057-08:00Pengajaran Yang Mematangkan-Post Pengunduran HM-Assalamualaikum...
hamdan LILLAH.Sekitar jam 7.30pagi waktu Malaysia hari Rabu yang lalu saya selamat menjejakkan kaki ke bumi bertuah Malaysia tanah airku.Menaiki pesawat ihsan MAS MH8031.Apabila ditanya tentang apa yg telah saya lalui,saya membalas kepada ayah "sangat banyak cerita yang boleh ditulis dalam blog!"
Ya.Bermula pada 25 Januari ketika cuti umum di Mesir yang mereka namakan Hari Polis..salah satu cuti yang tiada di Malaysia.Ketika itu berlaku tunjuk perasaan di beberapa tempat di seluruh Mesir,khususnya Iskandariah.Khabarnya rapat umum itu adalah berpunca daripada isu antara penganut agama Kristian dan penganut deen suci Islam sendiri,rentetan pengeboman si sana.Tidak lama sebelum itu.pegawai MARA sendiri telah mengingatkan para pelajar supaya tidak keluar pada hari tersebut bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini
Rupa-rupaya Medan Tahrir yang merupakan kawasan paling popular dalam setiap berita antarabangsa sekarang pun, turut mengalami keadaan yang sama.Rapat umum,cuma saya sendiri tidak pasti adakah berpunca daripada sebab yang sama dengan apa yang berlaku di Iskandariah.Beberapa hari selepas itu,ada pula desas desus yang mengatakan akan diadakan pula perhimpunan warga Mesir beramai-ramai...kali ini tujuannya ialah untuk menggulingkan individu yang bernama Hosni Mubarak!
Hari ini apabila mendapat tahu Hosni Mubarak telah melarikan diri ke Sharm al-Sheikh,sy tidaklah begitu terkejut dengan kejayaan yang dizahirkan oleh rakyat Mesir.No wonder! Ekspresi saya itu adalah berdasarkan pengamatan saya terhadap rakyat Mesir sepanjang beberapa tahun perkelanaan kami di Bumi Anbiya' penuh barakah itu.Perkara ini banyak juga saya pelajari melalui para penuntut Kasr El Ainy,Universiti Kaherah.
Keberanian Yang Menjadi Teladan
Kepelbagaian ragam mahasiswa perubatan Mesir memang tidak dinafikan,namun abstrak yang berjaya menawan hati saya ialah sifat outspoken yang banyak memberi kelebihan kepada bangsa di rantau Afrika ini.
Nilai ini antara buah tangan yang saya harapkan dapat kami bawa gelombangnya apabila pulang ke Malaysia berkhidmat kepada agama dan masyarakat nanti.Ambil sahaja yang positif, mereka begitu berani menyatakan apa yang mereka ingin suarakan.( walaupun kena pada tempat atau sebaliknya adalah 50-50).Mereka tahu apa yang mereka inginkan.Dengan berpandangan optimis,sekiranya rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap sopan santun ini diadun secara tepat di mana masa kita perlu bertegas(seperti rakyat Mesir) dan di mana hikmahnya adalah kita bersikap pasif...maka itulah yang lebih baik.
Sifat ini juga terserlah dalam demonstrasi 18 hari yang berjaya menundukkan keegoan seorang manusia biasa yang telah diberi peluang selama lebih 30 tahun oleh rakyatnya untuk melakukan perubahan!18 hari bukan tempoh yang lama untuk satu permulaan yang baru.Agak mencuit hati,dalam berita Malaysia sebentar tadi dikhabarkan orang Mesir sanggup turun Medan Tahrir meskipun demonstrasi sudah berakhir,dengan membawa penyapu untuk membersihkan kawasan sekitar.Mereka ingin memulakn hidup baru,tidak mahu menjadi pengotor lagi.Selamat tinggal tabiat buruk yang sering menjadi bahan ejekan. kalian.Ayuh!
Teringat perkataan yang dilabelkan oleh pensyarah saya kepada bangsanya sendiri iaitu sarcastic.. namun didoakan 12 Februari seperti mana pernah menjadi hari agung iaitu syahidnya al Imam Hassan al Banna,maka begitu juga akan tercatat agungnya 12 Februari 2011 sebagai permulaan ke arah yang lebih baik untuk saudara saudara kita di Mesir khususnya.
Masuklah Ke Dalam Mesir dan Kamu Akan Aman
Saya sempat bersembang dengan sahabat dalam tempoh evakuasi ini.Rata-rata menyatakan perasaan sedih meninggalkan Mesir dalam keadaan sebegini.Walaupun ada juga yang memang gembira dengan pakej percutian di luar jangkaan ini :) .Mesir memang sukar dinilai keistimewaannya jika kayu ukur yang dilihat adalah keindahan alam semulajadi.Tambahan bagi kami yang duduk di tengah-tengah kawasan Kaherah,yang indeks pencemarannya adalah antara tertinggi di dunia.(mengikut senior kami).Mesir juga masih ketinggalan ke arah bandar yang bersih dan rakyat yang begitu berdisiplin dan bersopan santun.
Rakyatnya yang saya kenali,antara dua ekstrim.Yang terlalu baik dan yang sebaliknya.Antara pengikut Sayyidna Musa dan Fir'aun kata mereka Maka golongan pertamalah antara penyebab hati kami begitu terikat dengan Mesir,meskipun Mesir jauh ketinggalan berbanding UK,Jerman,UAE,Lubnan,atau Malaysia sendiri.
Namun rakyat Mesir masih kuat dengan pengamalan nilai keislaman mereka secara terbuka dan tidak membebankan.Masih ramai golongan yang sudi menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja walaupun tidak dikenalinya.Pernah kami menyaksikan seorang pak cik lalu di hadapan teksi yang kami naiki.Keitka itu cuaca amatlah panas.Di tangan beliau terdapat sebuah botol berisi air,lalu dihulurkan kepada pemandu teksi yang kehausan.
Hati yang masuk itu yang aman.Seperti yang dijanjikan dalam AlQuran.Masuk ke Mesir dan kamu akan aman.InsyaAllah,Mesir akan kembali makmur di bawah pentadbiran Islam yang menyeluruh.
Ana Masriyyah!Tentu rakyat Mesir yang mampu membaca blog ini bangga apabila mendapat tahu ada juga manusia berdarah rantau nusantara ini sanggup pula mengaku sebahagian daripada mereka.Hakikatnya Islam itu tiada sempadan geografi yang meisahkan.Yang penting kita bertuhankan Allah Yang Maha Esa dan sujud mengadap kiblat yang sama.
Wassalam.dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-77408256505173050872011-01-23T14:16:00.000-08:002011-01-23T14:16:11.928-08:00Sunnah Orang BerjayaAssalamualaikum
Ini adalah kali kedua saya membawakan tajuk ini untuk dikongsikan bersama.Kali pertama adalah secara lisan sebentar tadi,maka di alam maya ini insyaAllah saya akan gunakan peluang sebaiknya untuk perkongsian yang lebih bermanfaat hendaknya.Robbana taqabbal minna ~
Mengikut Jalan Yang Sama
Pernah ada yang mengingatkan saya,jika ingin menjadi ulama',kena bersungguh-sungguh menutut ilmu seperti para ulama.Lebih kurang begitu mafhumnya.Jika ingin mendapat pangkat mumtaz dalam peepriksaan,perbuatan kita harus seiring dan sepadan dengan apa yang ingin dikecapi nanti.
Sama sahaja konsepnya dengan jalan-jalan yang dilalui oleh orang-orang yang berjaya di mata kita (mudah-mudahan kita berjaya di mata Allah Taala juga).Pepatah Arab ada mengajar kita bahawa siapa yang berusaha dia akan berjaya.
Sunnah orang berjaya yang ingin saya tekankan di sini hanyalah satu ,iaitu berusaha melaksanakan sesuatu,sanggup bersusah payah sebelum dapat merasai nikmat yang diharapkan tersebut.
Work hard for what you want!
Putaran hidup ini selalunya tidak bersifat mistik,tetapi realistik.Kita berpijak di bumi yang nyata.Teringat pesanan Prof Dr Ahmed S. El Beleidy,dalam perubatan(bahkan apa jua bidang sekalipun),jangan terlalu mengharapkan keajaiban untuk berlaku.Para pengamal perubatan perlu berusaha bersungguh-sungguh,mengamalkan segala ilmu dan kemahiran demi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pesakit.Dalam sedar mahupun tidak, keajaiban sememangnya wujud dalam diri kita sendiri yang merupakan hasil kejuruteraan terbaik produk Yang Maha Sempurna.Cukuplah anugerah akal dan jiwa yang membolehkan kita mengenal apa itu Islam,menjadi bukti bahawa penciptaan kita sangat unik dan sempurna.SubhanAllah!
Jalan yang dilalui oleh mereka bukan jalan yang dihamparkan permaidani merah,tanpa halangan yang perlu diredah.Dalam Surah Al Insyirah Allah berfirman bahawa setiap kesusahan itu bersamanya kesenangan.Kata orang kulit putih keturunan penjajah itu no pain no gain~
Mereka Yang Beriman dan Beramal Soleh
Berkali-kali dipesan dalam AlQuran bahawa iman sahaja tidak cukup bagi individu Muslim,bahkan perlulah seiring dengan amal soleh yang perlu dilaksanakan.Inilah bukti bahawa Islam itu adalah deen-cara hidup...tidak bersifat ritual semata-mata....tetapi sebenarnya bersifat praktikal dan universal untuk diamalkan oleh setiap mereka yang bergelar insan di muka bumi ini.
Ayuh,bumikan setiap tindakan kita supaya ia menjadi realiti,bukan omongan kosong yang sedap didendangkan tetapi hasilnya tiada,umpama ketukan tin kosong yang kuat bunyinya...namun yang ada hanyalah udara yang mengisi ruang.
Kurangkan omongan,banyakkan amalan :)
Allahua'lam
Wassalam warahmatullahdabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-86802148934171266702010-12-26T15:08:00.000-08:002010-12-26T15:08:24.758-08:00Istighfar dengan kemenanganAssalamualaikum
Bersyukur dengan ketidakmenangan,istighfar atas ujian kejayaan yang diberikan.
Terpulang kepada para pembaca untuk mentafsir secara mendalam atau sekadar 'atas permukaan' atau superficial secara istilah popularnya.Kata kata hikmah yang saya bawakan di atas boleh diaplikasikan dalam kebanyakan situasi yang berputar dalam kehidupan seharian kita.
Seorang pelajar yang masih belum diberikan kecemerlangan dalam keputusan peperiksaannya perlu bersyukur(dengan syarat dia telah berusaha sebaiknya).Demikian pula kepada mereka yang mendapat kecemerlangan dalam natijah,perlu lebih mengucapkan kalam istighfar memohon keampunan daripada Allah.
Dalam perbincangan dalam mesyuarat,perbincangan,atau apa-apa keadaan yang menuntut kata sepakat,bersyukurlah apabila pendapat kita ditolak,sebaliknya banyakkan memohon ampun sekiranya pendapat kita diterima dan dijadikan kata putus.
Mungkin ini satu dimensi baru yang cuba saya bawakan melalui alam maya ini apabila berbicara tentang kesesuaian dalam melahirkan rasa syukur dengan keperluan memohon ampun daripadaNya Yang Maha Mengetahui perkara yang zahir dan tersembunyi.
Persepsi yang mungkin agak berlawanan dengan kelaziman dalam kehidupan yang saya maksudkan ini dapat disimpulkan melalui istilah TANGGUNGJAWAB.
Apabila seorang individu mendapat kejayaan dalam pelajarannya,maka sebenarnya tanggungjawabnya bertambah sebagai timbal balik kepada rezeki yang telah diperluaskan ke atas dirinya.Tanggungjawab untuk menjadikan orang lain juga secemerlang dirinya,tanggungjawab untuk menyelamatkan rakan-rakan yang kerap gagal,tanggungjawab untuk mengekalkan kejayaan itu dan yang paling penting tanggungjawab untuk merasakan bahawa kejayaan itu adalah disebabkan keizinanNya,membuang sejauh-jauhnya perasaan bahawa kejayaan itu adalah hak mutlak dan hasil mutlak usaha dirinya.Begitulah sebaliknya apabila diuji dengan kegagalan,kerana dari satu sudut bebanannya berkurang berbanding rakan yang cemerlang.
Boleh jadi kejayaan itu adalah ujian untuk dirinya,sama ada dia pandai menggunakannya ke jalan kebaikan atau sebaliknya.Apabila disebut sebagai ujian,maka kata akhirnya hanya satu antara dua, sama ada gagal atau berjaya.
Maka sangat patut mereka ini beristighfar supaya kejayaan atau kebaikan itu tidak sesekali menghasilkan natijah GAGAL di penghujung jalan nanti.
Saya suka kaitkan situasi ini dengan bahang yang masih dirasai dalam proses transisi pimpinan PERUBATAN pada ketika ini.
Saya secara peribadi,dan saya yakin barisan AJKT semasa juga,mampu menarik lafaz lega apabila melihat wajah-wajah barisan AJKT bayangan yang menang dalam pilihanraya baru-baru ini.Lafaz lega yang melambangkan kepercayaan kami untuk mereka yang akan meneruskan langkah-langkah kerdil kami,bahkan dengan langkah-langkah yang jauh lebih luas dan gagah lagi daripada sebelum ini.
Biar sesiapa pun yang dipilih,pesanan saya di sini hanya satu.With power come responsibilities.Apabila kita diberikan mandat atau kepercayaan oleh orang lain,hakikatnya yang bertambah adalah tanggungjawab untuk menyahut dan menyambutnya dengan sebaik mungkin.
Gunakanlah peluang keberadaan kalian itu sebagai medium untuk belajar dan beramal dari segala aspek yang mungkin,untuk masa depan dunia lebih utama untuk di negeri abadi.Satu hari kita akan meninggalkan posisi semasa kita,apa yang kita bawa hanyalah bekalan,atau pengajaran yang kita dapat sepanjang kita berada di posisi tersebut.Maka buatlah yang terbaik,supaya boleh memberikan yang terbaik,hasilnya juga yang terbaik daripadaNya insyaAllah,bukan untuk orang lain.Aabila kita berbuat baik kpeada orang lain,sebenarnya kita berbuat baik kepada diri sendiri kerana itulah yang akan menyelamatkan diri kita dari azab yang maha pedih.
Kami memohon ampun dan perlindunganMu Ya Allah, atas segala perkara yang baik dan yang buruk dalam kehidupan yang fana ini.
Doakan kita semua dapat menjalankan amanah sebaiknya supaya dapat menjawab dengan lancar apabila ditanya di akhirat nanti!
Wassalam.dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-87685173637285391572010-11-08T13:43:00.000-08:002010-11-08T13:56:20.287-08:008 November 2010
Assalamualaikum...
AlhamdulILLAH.Ini post kedua saya pada hari ini.Dan inilah kali pertama saya memuatkan dua entri dalam masa sehari.Hari yang begitu istimewa untuk saya mengingati beliau yang paling layak saya berbuat baik kepadanya.Nama beliau mungkin tidak begitu popular untuk meniti bibir-bibir masyarakat,namun dirinya terlalu dekat di hati saya.Mungkin anda juga masih tidak mengenalinya yang menjadi sebab saya dan anda berjumpa di dunia ini.
Beliau yang bernama ZAINORA MOHAMED OZAIR seorang wanita yang terlalu istimewa untuk kami sekeluarga.Dengan perwatakan yang saya kira sederhana, beliau mempunyai cara tersendiri dalam mendidik seorang putera yang baru juga melayari kehidupannya tersendiri,serta 6 orang puteri yang sangat variasi dari segi perangai dan ketinggian :) (sekadar selingan).Pernah ditanya bagaimana beliau mengendalikan anak-anak yang begitu ramai dan begitu rapat jaraknya antara satu sama lain.Jawapannya ringkas,didiklah yang atas supaya boleh membantu menguruskan adik-adik pula!
Ketika kami kecil,selalu sahaja diadakan pertandingan bilik terbersih,(saya yang mempunyai strategi tersendiri untuk menang),pembahagian zon masing-masing untuk dibersihkan,misi pencarian duit di seluruh pelosok rumah dan sebagainya.Pada zaman adik-adik pula,demi memberikan semangat untuk membersihkan rumah,mereka diberikan title 'menteri-menteri' tertentu mengikut portfolio masing-masing.Menteri kasut dan menteri telekung paling saya ingati walaupun itu bukan era kami kategori A (saya dan adik beradik ke atas)Mungkin kerana kami agak ramai sehingga jarang merasa sunyi tanpa kehadiran jiran-jiran.
Satu lagi method yang saya kagum ialah teknik cold treatment yang diperkenalkan sepanjang tumbesaran kami.Silap langkah,malas untuk melaksanakan arahan hanya akan membuatkan kami menyesal apabila disishkan daripada membuat apa-apa pekerjaan walaupun mungkin secara zahirnya dilihat menguntungkan kerana boleh berehat.
Kini beliau membenarkan saya terbang jauh demi menimba ilmu.Satu pengorbanan yang saya kira tidak semua ibu mampu melakukannya.Terima kasih mak kerana......segalanya.Tiada kata yang mampu menggambarkan segalanya.
Moga dipanjangkan umur dalam kebaikan dan kerahmatan dariNya.dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-30390787844790880532010-11-08T12:04:00.000-08:002010-11-08T12:04:27.369-08:00Jasa FacebookAssalamualaikum...
"Saya bukan apa,bila join facebook ni dapatlah saya tahu macam-macam cerita tentang student itu dan ini" lebih kurang begitulah mafhum kata-kata Encik Khairi kepada kami beberapa hari yang lalu.Ya,dalam bab ini saya bersama dengan Encik Khairi.Boleh dikatakan kita dapat melihat true colours of almost everyone melalui kemudahan alam maya sebegini.
Hampir tidak percaya,sahabat yang dahulunya bertudung litup kini penampilan diri maaf saya katakan seperti tidak pernah diajarkan tentang aurat dan maruah seorang wanita.Tudung litupnya itu dahulu bukan setakat melepasi paras dada,bahkan layak digelar tudung 'seorang ustazah'.Ada juga sampai tahap yang kita sendiri berasa segan untuk meyebutnya.Mungkin dalam bab ini kita perlu mengkaji semula dan muhasabah bersama keberkesanan sistem pendidikan atau dalam bahasa arabnya pentarbiyyahan di bangku-bangku sekolah. Contohnya peraturan memakai tudung labuh ke sekian-sekian paras sekiranya dilaksanakan tanpa menerapkan pemahaman kepada para pelajar,kelak mereka akan memberontak di luar pagar sekolah.Tidak perlu pergi jauh.Cukup sekadar waktu outing.Satu kejayaan yang dibanggakan apabila terlepas dari belenggu peraturan yang tidak difahami.
Sebab itulah As Syahid Imam Hassan Al Banna rahimahuLLAH meletakkan ALFAHMU sebagai syarat utama dalam Rukun perjanjian melalui tulisan beliau Risalah At Ta'lim.
Benar,hidayah Allah itu milikNya.Bila-bila sahaja hidayah yang dikurnia boleh ditarik.Hari ini saya mampu berkata lantang,namun tidak mustahil nanti saya pula yang melakukan perkara yang sama.Na'uzubILLAH.Anggaplah kelantangan suara itu sebagai peringatan awal buat diri sendiri,serta teguran untuk para sahabat demi kebaikannya di sini dan di sana.
Saya yakin bukan saya seorang yang mengalami fenomena sebegini.Saat ini Facebook adalah laman sosial paling popular bukan sahaja dalam kalangan muda mudi,bahkan setiap peringkat umur!Saya berterima kasih kepada insan yang terlibat dalam penghasilannya,meskipun kita sedia maklum baik dan buruk kesan penggunaannya hampir 50-50.Terpulang kepada kita.
Antara sebab saya berterima kasih kepada insan-insan anonymous di sebalik tabir FB ialah kerana melaluinya saya berpeluang menatap muka guru-guru saya di sekolah rendah yang sangat meninggalkan kesan dalam diri dan seluruh kehidupan saya sehingga kini.Banyak rakan taulan yang sudah lama terputus hubungan dapat saya hubungi,dan dapatlah diketahui perkembangan semasa masing-masing baik secara fizikal mahupun dari sudut yang lebih luas daripada itu.
Namun ada kalanya mengetahui sesuatu yang tidak berapa sedap telinga mendengar,tidak enak dipandang mata memang mengundang kesedihan.Kerisauan,kebuntuan,dan kematian akal,mengapa segalanya berubah sehingga mungkin hampir 360 darjah.In Medicine no news is not a good news,and it applies here.Semacam tidak mahu mendengar perkembangan yang mengecewakan.Namun realiti tetap perlu dihadapi dan itulah gambaran tugas yang sedang menanti di hadapan buat semua.
Baru-baru ini pula saya sempat berkongsi rasa dengan seorang sahabat.Risaunya dia memikirkan keadaan teman serumah yang sungguh berani meninggalkan solat terang-terangan.Aurat pun sudah tidak menjadi pertimbangannya.Saya sendiri pun belum pernah diletakkan di situasi begini yang begitu menguji keteguhan iman.(Ya Allah janganlah Kau bebankan kami perkara yang tidak mampu kami pikul).Pernah katanya cuba membuat cubaan melarikan diri dari suasana yang begitu melakarkan perasaan berdosa kerana insan sekeliling yang begitu mudah meruntuhkan tiang agama di hadapan mata.Namun yakinlah sahabat,Allah tidak mungkin akan memberikan taklifan (tanggungjawab) itu kepada mereka yang tidak mampu menghadapinya.Tahniah kerana menjadi insan pilihanNya!
Apa-apa pun sentiasalah mempersiapkan diri dengan segala kelengkapan yang mampu membantu kejayaan dakwah kita.Baik sekarang mahupun di masa akan datang keperluan dakwah itu mendesak.Sekarang mungkin kita berada di zon selesa.Sekeliling kita adalah orang yang sentiasa mengamalkan solat-solat sunat,amalan zikir-zikir harian.Komuniti kita bersih daripada segala jenis maksiat.AlhamduLILLAH.Namun perlu diingat,bagaimana mungkin dikatakan kita beriman sedangkan kita masih belum pernah diuji.Ya Allah.Permudahkanlah jalan kami untuk sentiasa berada di jalanMu ini.dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-18687213937947894092010-10-25T14:19:00.000-07:002010-10-25T14:19:05.385-07:00Pemenang sebenarAssalamualaikum
Sungguh, saya sudah lama tidak melepaskan gian dengan menulis di ruang maya ini.Sudah genap 2 purnama pun.Alhamdulillah,ada rezeki untuk membersihkan 'sawang2' yang ada.Walaupun pada permulaan langkah ketika enjin masih dalam proses pemanasan dan tidak pasti apakah bentuk ilham yang datang,moga-moga bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.
Sejak akhir-akhir ini hati berasa begitu tenang dengan pengajaran daripada Surah Al Hasyr, ayat 20.
"Tidak sama para penghuni neraka dengan para penghuni syurga,para penghuni syurga itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan''
Terjemahannya mudah,namun maksudnya amat mendalam sekali.
Kayu ukur atau benchmark yang diletakkan manusia dalam mendefinisikan KEJAYAAN DALAM KEHIDUPAN adalah bersifat subjektif.Skopnya terlalu luas dan tiada pilihan jawapan A,B,C atau D.Ada orang merasa dirinya di puncak kejayaan apabila dirinya mendapat pengiktirafan masyarakat berkaitan pencapaian dirinya.Sesetengah individu mungkin merasa cukup apabila dapat melakukan perkara yang menarik minatnya,tanpa memikirkan keperluan sekeliling terhadap dirinya.Malangnya wujud juga golongan yang langsung tidak endah dengan pencapaian dirinya dalam kehidupan seharian,hanya melalui sahaja detik-detik yang berlalu dalam kehidupannya tanpa merancang perjalanan di dunia ini walaupun ia bersifat sementara.
Tetapi melalui salah satu daripada ayat-ayat terakhir dalam Surah Al Hasyr, Allah Taala membantu kita menilai kejayaan itu dari perspektif berbeza yang tentunya bersifat 'tidak boleh disangkal lagi'.FirmanNya,orang-orang yang diisytiharkan sebagai pemenang adalah orang yang dipilih sebagai ahli syurga.Berdasarkan keputusan penilaian adilNya di Hari Perhitungan,golongan tersebut dikategorikan dalam satu kumpulan.Kumpulan berkenaan khabarNya tidak sama dengan mereka yang di golongan satu lagi, di mana pada ketika itu antara dua nasib kita.Sama ada tergolong dalam kumpulan pertama atau sebaliknya.Maka tentulah tidak sama mereka yang menjadi penghuni syurga(kumpulan pertama) dengan mereka yang menjadi ahli neraka(kumpulan kedua)
Setelah panjang usia kita habiskan di dunia ini,maka TERPUTUSLAH segala yang kita ada di dunia selain 3 perkara,sebagai penyelamat kita di alam selepas alam dunia yang fana (mafhum hadith).Ibarat perantau,sekiranya kita sentiasa sedar akan hakikat dunia ini hanyalah persinggahan,tentu kita tidak mahu membuang masa di sini.Kita pasti berusaha bersungguh-sungguh mengutip segala bekalan sebagai persediaan kehidupan yang selama-lamanya.
Maka sentiasalah mengingatkan diri sendiri dan orang lain supaya mengenali apakah perkara yang patut direbut dan perkara yang patut ditinggalkan di dalam perjalanan menuju destinasi ini supaya penghujung kisah kita nanti,natijah kita adalah sebagai seorang PEMENANG kerana bergelar penghuni syurga yang sama sekali tidak sama dengan penghuni neraka.Na'uzubILLAH.
Allahu 'alam.Wassalam
Abou Rish,25 Oktober 2010.
dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2740368946747385512.post-13034882782197095902010-08-31T15:25:00.000-07:002010-08-31T15:25:09.857-07:00Fikrah at-TanmiyyahAssalamualaikum
Hari ini antara hari-hari awal saya kembali merancakkan perjalanan di sekitar bumi Kaherah setelah hampir sebulan setengah meninggalkannya.Panas keringnya bukan kepalang.Cabaran Ramadhan di sini agak berbeza dengan di tanah air.Kemeriahan dalam kesederhanaan lebih terasa apabila waktu maghrib kian menjelang.
Selama itu saya tinggalkan Mesir,boleh dikatakan selama itu jugalah saya meninggalkan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.Pagi-pagi hari ketika mula menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah,kemahiran berbahasa terus teruji melayan karenah pak cik pembawa teksi~
Kisah pada hari ini,sekitar isu berbahasa dengan rakyat tempatan.Hati terasa puas apabila dapat berbicara dengan bahasa penjaga kedai dalam keadaan yang difahaminya.Hasrat saya berjaya disampaikan walaupun terdapat juga istilah Bahasa Inggeris yang digunakan berkaitan cermin mata,photo grey,transition etc.Di akhir perbualan ketika hendak membayar deposit, encik tersebut meminta saya membayar LE200 ,ataupun LE300 katanya walaupun harga yang patut saya bayar hanyalah LE150?Apakah???:)
Saya membuat muka hairan.Tapi saya mengerti encik itu sedang membuat cubaan lawaknya:) Oh,dia berjaya dan saya katakan padanya "maksudnya saya faham kata2 awak".Sekurang-kurangnya saya dapat menangkap niat jenakanya daripada berpura-pura memahami dan hipokrit dalam memberikan respon... seperti yang pernah saya terpaksa lakukan sebelum ini~
Hati selalu berasa tenang apabila apa2 urusan di Mesir berjaya dibereskan dengan mudah.(Mereka yang sudah lama berada di sini tentu memahaminya:D )
Kisah tidak tamat di situ.Ada pula cerita yang bersifat inversi.Selepas itu saya menaiki teksi untuk pulang ke rumah.Setelah beberapa ketika perjalanan,tibalah pada tempat yang patut saya berikan arah perjalanan pada encik teksi tersebut."titla3 el-kubri" (naik jambatan tu).Biasanya kalimah itulah seingat saya yang saya gunakan kepada encik teksi yang lain.Tapi lain pula jadinya pada hari ini.Gelak pula yang kedengaran."Kamu pasti dari Indonesia"(orang Arab memang selalu tersilap antara Malaysia dan Indonesia)."Taklah,dari Malaysia.Kenapanya?" "Bahasa Kamu amat pelik.Bahasa Arab kamu broken " .Mafhum daripada apa yang saya faham.Wah,pedasnya kata-kata encik ini.Mungkinkah sepatutnya saya katakan "Itla3 el -kubri" yang lebih membawa maksud sebagai arahan?Saya pun tidak pasti.
Dua insiden ini mengingatkan saya pada istilah Fikrah at-Tanmiyyah seperti yang sering dicanangkan dalam siri-siri kelas Wasathiyah dahulu.Ia membawa maksud mentaliti kita yang sentiasa memikirkan cara dan sentaias berusaha ke arah membina dan memperbaiki diri.Pesan mudir kami,si penuntut ilmu tidak boleh berhenti daripada terus menggali khazanah ilmu yang merupakan barang tercicir Mukmin(mafhum hadith Rasulullah SallAlahu alaihi wasallam).Hal ini kerana apabila berhenti,maka ilmunya tidak berjaya dikembangkan,mungkin pengetahuan dan kemahirannya sudah tidak relevan dengan perubahan zaman.Ibarat air yang bertakung,sudah tentu cepat rosak berbanding dengan air yang mengalir deras.Demikian analogi kepada diri setiap individu Muslim,berhajatkan pada pergerakan dan sifat proaktif supaya terjamin suvival nya mengikut rentak semasa dan keperluan ummah.
Kadang-kala mungkin pernah terdetik di hati kita,cukuplah sudah apa yang ada pada diri.Tiba masanya untuk aku berehat daripada membelek buku dan memerah otak untuk itu dan ini.Tumpuanku sekarang hanya pada perkara yang menyeronokkan,cukuplah 6 tahun dihabiskan di bangku universiti..Ataupun cukuplah sekadar jawatan dalam kerjayaku setakat ini.Rasanya sudah habis keringat yang dicurahkan,cukuplah dengan berada di bawah-bawah,asalkan boleh terus hidup dengan aman.
Fikrah at-Tanmiyyah ini sangat berkait dengan jiwa besar yang patut ada dalam diri setiap Mukmin.Orang yang cita-citanya tinggi tidak mudah merasa puas dengan kejayaan dirinya.Bukan itu tanda tidak bersyukur,tapi sebagai bukti keazaman yang kuat dari dalam untuk sentiasa memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.Manusia itu tidak sempurna,apa yang boleh kita lakukan hanyalah berusaha supaya berada HAMPIR dengan kesempurnaan.
Hujjatul Islam, Imam Al Ghazali sebelum meninggal pernah berkata yang kemudiannya diulang oleh Francis Bacon,seorang ahli falsafah berbangsa Inggeris
"Kuletakkan arwahku di hadapan Allah dan tanamkanlah jasadku di lipat bumi yang sunyi senyap.Namaku akan bangkit kembali menjadi sebutan dan buah bibir ummat manusia di masa depan "
(Rujukan daripada terjemahan Ihya' Ulumiddin cetakan Indonesia di bahagian mukaddimah)
Kata-kata beliau ini menjadi bukti ahli falsafah Islam keperibadiannya berjiwa besar.Sumbangan daripadanya untuk agama tecinta semahu-mahunya biarlah bertebaran supaya menjadi rahmat ke seluruh alam.Pemegang amanah Allah sebagai pentadbir bumi dan penyambung kepada perjuangan risalah yang dibawa Rasul perlu begitu,kerana apa yang dipundakkan jauh lebih berat dan lebih mulia,hanya mampu dan layak untuk mereka yang berjiwa besar dengan izinNya jua.
Jangan ditunggu diri menjadi baik baru boleh menyeru kepada yang lain.Takut-takut tidak sempat,sudah ditarik peluang tersebutSebaliknya jadilah insan yang sentiasa memperbaiki diri serta berpesan kepada yang lain,kerana peringatan itu sentiasa bermanfaat kepada Mukmin,baik penyampai mahupun pendegarnya.
1 Malaysia, Menjana Transformasi.Ayuh berubah kepada yang lebih baik!
Salam kemerdekaan penuh penghayatan dan keinsafan.
Ya Musahhil.Moga mendapat keberkatan di malam-malam akhir Ramadhan.
Wassalam.dabeihttp://www.blogger.com/profile/08716723637042538213noreply@blogger.com0