RSS

Wednesday, November 30, 2011

Nikmat Keseimbangan

Assalamualaikum

Habuk di Mesir tidak pernah berhenti daripada menghiasi muka penduduknya,baik di musim panas mahupun di musim sejuk.Ketika Medan Tahrir bergolak dan menjadi tajuk hangat dalam berita berita antarabangsa,para penutut Kasr Al Ainy Medical School masih meneruskan rutin harian.Keluar dari rumah di pagi hari,pulang pada waktu petang.Kepala disibukkan dengan ilmu yang disampaikan di 'sekolah'(medical school) seolah-olah tiada apa yang berlaku kira-kira tidak sampai 2 kilometer daripada tempat pengajian berkenaan.

Usai kelas sehari-hari,pulang ke rumah membersihkan diri.Jika masih belum menunaikan solat langkah diatur ke bilik air lalu wajah adalah anggota pertama yang mesti dibasuh sebagai syarat sah wudhu'.Dengan air panas darjah sederhana,tangan menakung air,mata ditutup lalu takungan tersebut diratakan ke seluruh bahagian muka.Ah,tersungkur jatuh di atas lantai bilik air!!!

Friday, November 4, 2011

Untuk Penyokong Terutama Pendokong PERUBATAN

Assalamualaikum…


Sekarang ini apabila bertemu dengan pelajar Malaysia dalam perjalanan pergi atau pulang dari kuliah,mereka yang tidak kami cam mukanya pasti berstatus junior,bukan senior yang tidak dikenali.Saya merupakan salah seorang daripada lebih kurang 100 orang pelajar Malaysia pertama yang dihantar ke Universiti Kaherah secara beramai-ramai lebih 5 tahun yang lalu.AlhamduLILLAH kini kami di tahun akhir pengajian sebelum berkhidmat sebagai pegawai kesihatan di Malaysia nanti.InshaAllah.Dah besar panjang rupanya kami sekalipun mungkin tidak secara fizikal :)

Di tahun-tahun akhir ini saya selalu sahaja ‘terkenang-kenang’ perkara yang telah saya lalui sepanjang pengembaraan saya di bumi Mesir.Saya selalu katakan kepada para sahabat di sekeliling saya,alhamduLILLAH saya tidak pernah menyesal dicampakkan ke bumi kinanah pernuh tarbiyyah ini. Perasaan itu tidak sama seperti awal-awal saya menerima surat tawaran untuk ke Mesir dahulu kerana pernah mengidam negara timur tengah yang lain.AlhamduLILLAH.Saya suka sebut begitu kerana saya banyak terhutang budi dengan tanah yang pernah dijejaki oleh hamba-hamba Allah yang soleh ini,juga tanah yang pernah menjadi saksi keangkuhan sang kerdil yang mengaku sebagai Tuhan.

Dalam banyak-banyak budi yang saya hutang itu,kali ini saya berminat untuk bercerita dari satu sudut.Mungkin tidak semua pembaca satu fikrah dengan saya apabila menyebut tentang persatuan.Di Mesir ini saya mengenali PERUBATAN,iaitu Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir.Keahliannya terbuka kepada semua pelajar Malaysia jurusan sains kesihatan yang berada di Mesir.AlhamduLILLAH Allah telah menuliskan taqdir untuk saya ditarbiyyah sebagai ahli serta pernah juga diberatkan dengan tanggungjawab sebagai pimpinan.Saya mohon maaf dan halal daripada seluruh warga PERUBATAN sekiranya ada amanah yang tidak tertunai sepanjang tempoh tersebut.Apa-apa perkara yang tidak selesai bolehlah dituntut di sini ya supaya tidak dituntut di akhirat nanti.Moga Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.