RSS

Thursday, September 18, 2008

peringatan buat diri yang sering lupa

Assalamualaikum

Salam 18 Ramadhan 1429H...

Sedar tak sedar kita sudahpun memasuki detik2 terakhir fasa kedua fasa pengampunan di bulan Ramadhan penuh barakah ini.Malu pada diri sendiri apabila bermuhasabah tentang usaha mendapatkan (bak kata mereka) piala 'taqwa' yang tidak terhad kuota atau jumlah bilangannya, namun ia TERHAD, hanya untuk hamba2 pilihan Allah Robb Izzati.

Dari sudut apa yang menentukan kita sama ada layak atau tidak merangkul 'piala' tersebut,semuanya terserah pada Allah.Mungkin kerana ikhlas dan istiqamahnya amalan kita,Allah membuka pintu rahmat dan redhaNya untuk kita.Mungkin juga kerana susahnya jihad kita melawan nafsu untuk melakukan kebaikan,mujahadah itu yang dikira oleh Allah sebagai faktor yang mengangkat darjat kita di sisiNya.Mungkin juga berkatnya amalan2 kita terdahulu,bukan di bulan Ramadhan menjadi alasan kita dianugerahi pingat itu.Allahu Akbar~

Bercakap tentang amalan, mengingatkan saya kembali pada pesanan guru saya di SEPINTAR, uan Haji Kamilen Marzoki.Katanya perjalanan hidup manusia di dunia ini ada beberapa kemungkinan.Sama ada dia baik pada mulanya,tetapi di akhir2 hidupnya dia bertukar topeng menjadi jahat.Atau,pada mulanya dia seorang yang jahat.Tetapi setelah Allah mencampakkan Nur hidayah dalam hatinya di penghujung usia dia menjadi seorang yang baik.Boleh jadi juga seseorang itu dari awal hingga habis memang jahat..Namun saya berdoa moga kita adalah dari golongan ke empat...iaitu dulu,kini,dan selamanya adalah hamba yang taat,patuh pada perintahNya.Pengakhiran kita juga baik.Mudah2an Husnul khatimah hendaknya..Amiin...


Pesanan Ustaz saya ini sering terngiang2 apabila kejahatan atau kemaksiatan muncul di depan mata.Tidak tahu sama ada mungkinkah satu hari nanti kita pula akan melakukannya.Jika tiada hijab yang disediakan Allah,sudah tentu kita sudah terjerumus dalam lembah dosa2 dan kemungkaran, seperti pengajaran yang boleh kita ambil dalam Al Quran melalui surah Yusuff.

Saya fikir,apabila kita lihat orang berbuat jahat dan mungkar,jangan secara membuta tuli menghukum orang itu.Menyumpah seranahnya,mengutuk2,memburuk2kan saudara kita sendiri..takut2 nanti kita pula yang mengulanginya.Tidak sesekali maksud saya menafikan tanggungjawab kita untuk melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar...namun sematkan dalam diri setiap kali berhadapan dgn kebatilan, berlapang dadalah.Jangan terlalu mudah melabelkan itu dan ini kepada mereka yang salah.Apatah lagi saudara setauhid kita.Sesungguhnya Deenul Islam mengajar kita untuk berhikmah dalam setiap keadaan.

Usah sesekali meragui kemungkinan Allah mengampuni dosa2 sesiapa sahaja.Sebesar mana pun dosa hamba, jauh lebih besar pengampunan yang ditawarkan oleh Allah kepada kita.Selagi mana kita tidak mensyirikkan Allah,dan malaikat maut belum bertandang,matahari masih terbit dari arah timur,yakinlah bahawa pintu taubatNya sentiasa terbuka luas.ALLAHUMMA INNAKA AFUWWUN KARIM TUHIBBUL AFWA FA'FU'ANNA.

Allah Maha Kuasa memberikan hidayah dan rahmatNya kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.Ada satu cerita mengenai seorang ayah yang selalu melarang anaknya yang masih kecil untuk makan di khalayak ramai sewaktu Ramadhan(mereka bukanlah beragama Islam ketika itu).Setelah kematiannya,seoarang 'abid bermimpi bahawa si ayah tadi masuk ke syurga.Beliau berasa pelik bagaimana mungkin seorang kafir boleh masuk ke syurga.Rupa2 nya Allah telah mengutuskan malaikat untuk mengajarkan kalimah syahadah kepada si ayah,berkat dia menghormati Ramadhan,meskipun ketika itu nur Islam masih belum berada dalam jiwanya.

Terdapat dua pengajaran yang ingin saya bawakan di sini.

Pertamanya,kehendak Allah mencampakkan hidayah boleh disebabkan keberkatan apa2 sahaja amal kebajikan kita.Semuanya atas perkenan Allah.Walaupun kadang2 kita nampak kecil sahaja nilai amalan itu berbanding yang amalan2 yang lain,hakikatnya Allah yang lebih berhak menentukan nilai apakah yang patut kita dapat sebagai ganjarannya.The actual redemption.

Kedua,betapa Allah memuliakan orang yang berpuasa khususnya dalam bulan Ramadhan,lantas memuliakan juga orang yang meraikan mereka.(pengajaran buat golongan ABC-Allah bagi cuti tiap2 bulan) :-)

Mengingat kembali bahawa Allah mungkin sahaja memalingkan sesiapa sahaja daripada menerima hidayahNya,atau membuka pintu hati sesiapa sahaja untuk menerima kebenaran,tidak kira setinggi mana pun ilmu dan sebanyak mana pun amalan...saya mengingatkan khusus buat diri sendiri serta saudara saya sekalian,

marilah dengan penuh rendah diri dan rasa penghambaan kepadaNya semata-mata,memohon ampun daripadaNya atas segala dosa2 kita yang lampau,kini dan yang akan datang.Apa lagi yang lebih baik daripada bertemu dengan Tuhan kita dengan membawa hati yang sejahtera,diri yang sudah dibersihkan dengan noda dosa.

aku bimbang kalau aku derhaka
dalam ketaatan
bukan rahmatMu yang kudapat
tapi ku kan dapat
kemarahanMu
YA ROBBAL 'ALAMIN
Maafkanlah aku.........

-mawaddah-

Allahumma Innaka Afuwwun Karim..Tuhibbul Afwa Fa'fuanna~

Saturday, September 6, 2008

The Moment of Truth,when secrets are revealed....

Assalamualaikum


STW,711,ASTRO..semalam saya berkesempatan menonton rancangan yang dikatakan program realiti tv paling kontroversi.Ia merupakan program ala2 who want's to be a millionaire..bezanya soalan yg ditanya adlh berkaitan dengan peribadi,malahan selalunya TERLALU peribadi yang kesemuanya perlu dijawab dengan jujur.Terdapat kaedah2 tertentu(spt dikatakan terdapat mesin mengukur tekanan darah seseorang utk mengetahui samada dia sedang menipu atau tidak!), lebih kurang 90% adalah tepat untuk mempastikan adakah soalan itu dijawab secara jujur atau pun sebaliknya.Ia melibatkan maruah..taruhannya cuma 500,000USD~
Episod semalam adalah giliran Lauren mempertaruhkan maruahnya.Hadir bersamanya ialah suami,ibubapa,serta sepasang saudara lelaki dan perempuannya.Antara soalan2 yg perlu dijawab utk melepasi tahap selamat 10,000USD dan 25,000USD adalah "adakah kamu gembira jika salah seorang adik beradik kamu ditimpa masalah".."adakah kamu rasa ibu bapa kamu bangga dengan diri kamu".."adakah kamu menyimpan sesuatu rahsia tentang ayah kamu yang tidak diketahui oleh ibu kamu"..dan keutuhan rumahtangganya tercabar apabila tetamu jemputan(yg merupakan bekas teman lelakinya!) bertanyakan soalan.."jika saya mengajak kamu kembali kepada saya,adakah kamu akan meninggalkan suami kamu"..lebih menggerunkan apabila soalan yang diajukan adalah berkaitan rahsia rumahtangga yang sepatutnya hanya diketahui oleh Lauren dan pasangannya sahaja!(Tidak sanggup saya kongsikan di sin).Jawapan jujur yang diberikan oleh Lauren nyata menunjukkan dia seoarang yang bermasalah...
Apa yang hendak saya kongsikan di sini bukanlah menarik atau tidaknya pertandingan ini..kepincangannya yang perlu kita jadikan iktibar.
Apabila hilang rasa malu
Malu itu hiasan kita.Benteng kita daripada melakukan kesalahan dan maksiat.Kerana malu kita terpelihara.Kerana malu kita dipandang mulia.Apabila hilang perasaan malu,hilanglah kubu yang akan melindungi kita daripada 'memalukan' dan menjatuhkan diri sendiri.The Moment of Truth membuktikan mereka yang hilang sifat malu tanpa segan silu sanggup mengaibkan diri sendiri di hadapan jutaan penonton berlandaskan motif masing2..kemewahan duniawi,populariti,mahu pun penyelesaian kepada masalah hidup.Perlu sampai mengorbankan maruah demi mencapai tujuan2 tersebut.Semuanya kerana malu telah ditanggalkan sebagai pakaian mereka.
Motivasi terbaik
Laura dengan tidak segan silu menyatakan untuk meneruskan 'penodaan maruahnya' setiap kali digertak pengacara program tersebut.Apa yang menarik katanya secara jujur,dia LEGA kerana dia perlu meluahkannya(masalah yang terpendam)..terbuktilah bahawa Lauren menghadapi semua itu bukan semata2 inginkan setengah juta yang dijanjikan,tetapi bekong di dada yang dibuka sendiri lebih kepada 'jalan keluar' yang dianggapnya sebagai penyelesaian kepada ketidaktenteraman jiwanya.
Kita perlu rasa beruntung kerana sewaktu orang lain teraba2 mencari sumber kekuatan, kita sudah disediakan dengan buku motivasi, disampaikan sejak berkurun lamanya.Kita ada formula penyelesaian sendiri yang ditunjukkan dalam dustur itu,baik waktu sedih,gembira,kaya,miskin,krisis rumahtangga,kawan2 dll.Siap diberikan role model untuk kita contohi a to z.
Mukmin yang sejatilah sepatutnya insan yang bermotivasi paling tinggi.Ajaibnya mukmin ini..apabila ditimpa musibah,dia sabar..difikirkan pasti ada hikmah di sebalik dugaan ini..jika diberikan nikmat dia bersyukur.Semuanya baik bagi dirinya.Positive thinker.Kerana dia yakin dengan janji2 Allah.KalamNya yang sentiasa menjadikan dia yang terbaik dalam apa jua situasi.Bila ditimpa masalah atau kesedihan dilembutkan dengan janji bahawa kemenangan mengiringi orang2 yang sabar..bila hilang semangat nak pergi berjuang Allah katakan bahawa orang yang mati berjihad dijalanNya tidaklah mati,bahkan hidup di sisi Tuhan di samping mendapat rezeki daripadaNya.Bila mendapat rezeki yang lebih Allah perintahkan untuk sama2 menikmatinya dengan golongan fakir miskin.
Alangkah beruntungnya golongan yang telah mendapat pimpinan Tuhan,kerana di situlah terletakNya hakikat kebahagiaan..
hakikatnya bahgia itu adalah ketenangan
bila hati mengingati Tuhan
-unic hakikat bahagia
Benarlah kita ini mulia kerana Islam.Jika kita mencari selain Islam,maka dengan sendirinya kita terhina.NA'UZUBILLAH.
Jalan Buntu
Setelah banyaknya rahsia peribadinya diketahui orang,akhirnya Lauren tewas dengan sekadar menjawab soalan "adakah kamu rasa diri kamu bagus" kononnya dengan tidak jujur.Habislah semua nilai yang telah dimenanginya tadi.Sungguh tidak berbaloi,setelah dia terpaksa melalui khususnya soalan2 pembunuh hubungan kekeluargaan,dia tewas dengan soalan yang dikira tidaklah begitu peribadi...alahai..yang dikejar xdpt, malu je yg dapat ;( ..moga kamu bertemu sinar yang sebenar Lauren..sinar Islami (hehe)
. ...................mengenal kejahilan untuk meninggalkannya......................
ASTAGHFIRULLAH
WALLAHUA'LAM