RSS

Sunday, June 28, 2009

the first TAG

Assalamualaikum

Ini kali pertama saya respond pd tag org.Kekok juga rasanya.Sibuk bertanyakan pada k yana mcmn cara nak balas tag org ni.maklumlah masih lagi kanak2 yang sibuk menghisap jari dlm dunia blog ni=0...

tidak rugi belajar tambh2 lg yang bermanfaat.mari belajar menjadi aktivis blog.
Hehe~







I- Copy award di atas untuk diletakkan di blog anda.


II- Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini

1.Ami adalah salah seorang ahli persatuan doktor2 cumells tak berdaftar..tak ingt dilantik sbg apa..mungkin leh wat vote nnti ^-*.

2.pemilik blg tanpa lalang mahupun rumput nan panjang.means regularly updated la.

3.unpredictable,namun kebaikan n kelebihannya saya yakini..namapun 'lebih' mestilah sukar didapati pd diri org lain.lalala~

4.Ada pndngn+stand tersendiri.tp cam akn diamkan je kot pndptnya ataupun blh diketahui melalui blog...

5.Ada cerita dalam kehidupannya tersendiri.ya,dalam dunia ni kalo blh kita mahu berjaya dalam semua bidang.apa yang lebih penting bukan peperiksaan ciptaan manusia..tetapi peperiksaan kehidupan+ nilaiannya di negeri abadi sana.


III- Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

1.hurm...susahnya nak explainkan pasal diri sendiri.mudah terasa panas dan mudah juga disejukkan.cuba buat2 tak tahu dgn apa yang terjadi biarpun tersentuh jgk sbnarnya.tapi sapelah kita ni nak main kecik2 hati kan.

2.anak ke4 drpd 7 org adik beradik.yg tengah2.kata org sy ni manja.cam xrasa lak.tapi bila dah ramai yg ckp camtu mmg betul la kot.bukan ape...syg pd keluarga.sbb darah mereka ada mengalir dlm tubuh saya.saya bukan hanya mahu bersama mereka di dunia,tapi mahu menjadi satu keluarga di syurga dia.Ya Allah kabulkan permintaanku ini~

3.Adoi..smpai sepuluh fakta nak kena piqiaq nih..erm..mmg dah bercita nak belajo medic di timur tengah..bila dah terjun dlm bidang nih,kalo diberi pilihan semula tuk amik bidang apa,sy TETAP memilih medic...dan kalo perlu isi borang JPA semula,MESIR tetap menjadi pilihan..bukan mesir atau jordan,tapi MESIR..wow sygnya saya pd mesir

4.Tidak sukakan paksaan dan arahan.namun kalo itu satu arahan yang baikdn dr yg selayaknya,perlu dipatuhi walaupun memberontak dalam hati.yang

5.Sukakan org yang mudah tersenyum+bermanis muka dgn org lain.

6.Selalu buat lawak walaupun Nabi dah pesan jgn bagi org gelak(sronok+lagha sgt).tolong jangan biarkan saya menjadi sahabat yang melalaikan.

7.Sukakan kebersihan dn kecantikan naturally

8.Mahu menjadi pakar sakit puan dalam masa yang terawal.wpun minat masih in progress utk dipupuk...biarpun sy xamik lg subjek O&G.sbb saya nak tlg saudara sejantina saya.kalo sy sendiri pun tdk mahu dsentuh oleh mereka yang tdk selayaknya.

9.Sejak akhir2 ni semakin minat mengikuti perkembangan politik tanahair.waktu peperiksaan ketika kemelut perak masih menjadi isu hangat....penat2 belajo sy akan bukak lap top dan hidangan berita menjadi santapan yang mengenyangkan+menaikkan smgt..sehinga selalu sahaja melekakan pula...huh..berita pun blh jadi hiburan.pelik betul.(Ya Allah lindungi kami dr kejahatan yang tersembunyi).

10.eh seronok menaip dah smpai 10 rupanya.yang terakhir....saya mahu menjadi seperti Salehuddin al Ayyubi.Hobinya adalah memperkatakan tentang JIHAD.siapa yang bercerita tentang jihad maka itulah sahabatnya.saya tidak mahu hidup sia2 di dunia ini.katalah tentang JIHAD bersama saya.


Alamak ami...baru sedar ada jgk point2 yg mcm harapan...tapi blh dikira fakta la kan...hehe..ye la cita2 dlm diri saya,kiranya fakta ttg diri la kan..ehehe

Terima kasih kerana memberi peluang semanis ini..salam dari bumi anbiya'.doakan kejayaanku+sahabat2 di sni

Selamat berehat+memanfaatkan cuti di medan perjuangan bumi Malaysia.Khas buat ami ters***ng




Tuesday, June 23, 2009

syukur Alhamdulillah ...

Assalamualaikum...

hari ini aku bangun
seorang sahabat telah pergi menghadap Ilahi
dua lagi diuji kesabaran di Hospital Kasr El-Einy

Sungguh ujian untuk menambah keimanan..
amen~~~

Nikmat ukuwwah dapat kurasa
Buat k.nawwar,adah,yani,k.fariez,k.sarah,k.ona,k.iman,k.fatin
terima kasih atas segala..

Malam itu aku pulang dari Iskandariah
Selepas saat indah
yang sukar ditemui
Bersama Madihah,Naimah, dan Sharifah di sisi.

Sebaik tiba di Mahligai kasih,
Masih ada sambutan mesra dari Inoue..
Masih ada sapaan ikhlas Salihah
Masih ada Shairah bersama resepi dagingnya
(erk...alamak mufid xde kat rumah la waktu ni)

Rasa melekit peluh membasahi tubuh
Alhamdulillah air di rumah masih ada
Untuk aku berkhidmat diri

Kalau petang semalam aku menghantar message pada ayah
tidak lama penantianku inbox berisi semula.
Setiap kali nombor azimat kudail,
Pasti aku dapat mendengar suara2 orang yang terSAYANG.

pagi ini aku bangun Subuh,
moga2 masih dapat melafazkan syukur.

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL.





Saturday, June 13, 2009

Ujian di medan ujian

Assalamualaikum...

Malam ini gelap malam ketiga selepas kami menerima berita yang tdk pernah dan kalau boleh tidak mahu mendengarnya.Saya yang mendapat panggilan ketika itu berada di luar pintu masuk Imarah 9 bersama 3 org sahabat yang lain.Allahyarham sahabat kita Muhammad Ammar Zulkifli telah mendahlui kita semua utk ditamatkan ujiannya di dunia yang entah bagaimana nilaiannya di sisi Allah Ta'ala.Biasanya kata org org yg dijemput awal ini Allah sangat sayang~

Kami seakan tidak percaya lagi dengan berita yang menjengah ke telinga.ish betul ke nih??baru je pagi tadi exam written pharma ak nengok die dlm hall...antara kata2 yg mungkin terdetik dlm hati kita.Dia bukan sesiapa pada kami....dialah ketua batch kami..dialah ajk mentor council pada seisi kali ini.Dia jg yang menjadi antara sayap2 dlm biro kebajikan pada seisi yang lepas...dia yang menjadi pengarah yang diraikan di atas kapal Saraya..Dia itu dan dia ini...

Bila kita terkesan dgn kehilangan seseorang,itu petanda bhw banyaknya sumbangan dia dalam kehidupan kita.

Bermula dari detik kami mendapat berita kemalangan itu,atmosfera di sekeliling bagaikan mendung mengiyakan kemuraman yang kita tanggung bersama...sehinggalah saat kami menghadapai peperiksaan oral pharmacology tadi.cuma mungkin dgn intensity yg berbeza2.

Apa yang pasti,semua kami merasai pedihnya tamparan pada kali ini.Bukan sahaja kehilangan seorang qudwah,tapi juga sedih+pilu dgn ujian yang ditimpakan pada setiap mereka yang terlibat dalam insiden tersebut.Saif,eckem,aman,otai.Semuanya nampaknya menghadapi cabaran yang berbeza2.

Namun,di sebalik kepahitan yang kami telan,ada kemanisan yang Allah rasakan.Kemanisan dalam bersaudara,merentasi batasan asal,fikrah dan jantina, dalam lingkungan pegangan aqidah yang sebenar(ameen)

Semua ini adalah caturan Allah.

Moga kita menjadi hamba yang paling bersyukur dalam mengharungi setiap ketentuanNya.

Moga kita dapat meletakkan apa sahaja di dunia ini di hujung jari,kerana matlamat kita adalah AKHIRAT negeri nan abadi.

Moga kita juga setabah Ummu Ammar yang telah mengagumkan kita semua.

Sungguh ini ujian berat buat kita semua.Namun saya yakin pasti nilainya di sisi Allah,dan moga berjaya mengharungi ujian praktikal kehidupan yang diturunkan Allah ini,jauh LEBIH BESAR dgn kejayaan menghadapai ujian di dewan peperiksaan tempohari..

Seeru 'ala BARAKATILLAH.