RSS

Sunday, April 24, 2011

Motivasi Pejuang

Assalamualaikum...

Dahulu ketika kita masih di bangku dan meja sekolah,pihak sekolah selalu juga mengadakan  kem-kem motivasi khususnya bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam bermula daripada UPSR,PMR, dan SPM.Ketika itu masing-masing bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh.Dengan usia yang masih mentah,kejayaan yang menjadi ukuran kebanyakan pelajar adalah berkadar terus dengan markah yang diperoleh dalam peperiksaan.Sekarang masihkah kita ingat akan isi kandungan motivasi tersebut?

Motivasi bertindak sebagai momentum kepada tindakan seseorang supaya dapat bergerak dengan lebih jauh.Dalam hukum fizik momentum mampu menambahkan kelajuan,mengatasi hukum inersia yang melambatkan pergerakan bahan yang statik.Namun,apakah bentuk momentum yang terbaik untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita?

"Agama itu adalah nasihat"

Allah itu Maha Adil.Agama yang diutuskan melalui para rasul meliputi cara hidup yang amat praktikal dan selari dengan fitrah manusia dan seluruh makhluk yang diciptakan.Pesan Nabi Muhammad Salllallahualaihiwassalam, menutut ilmu itu adalah wajib untuk setiap muslim.Dalam AlQuran kerapkali Allah menjanjikan darjat yang tinggi dan balasan yang terbaik untuk golongan yang berilmu.Keduanya jalan seiringan,demikian merupakan salah satu contoh Allah memberikan motivasi untuk kita terus menuntut ilmu,mencabut kejahilan dari membelenggu diri...bukan sekadar memberatkan kita untuk mengejarnya dan membiarkan kita terkontang-kanting untuk melaksanakan kewajipan tersebut.

Salah satu daripada 10 sifat-sifat yang perlu ada dalam individu muslim ialah mempunyai tubuh badan yang sihat.Mukmin yang kuat itu lebih disayangai Allah berbanding yang lemah.Suka ataupun tidak,setiap yang bergelar muslim perlu mengamalkan cara hidup yang aktif secara fizikal serta pemakanan yang sihat demi memastikan hak terhadap tubuh badannya ditunaikan.Di sini terbukti Islam itu bukan agama ritual semata-mata...Islam adalah CARA HIDUP yang yang tidak meninggalkan walau sekelumit daripada aspek kehidupan.

Maka deen itu lah merupakan motivasi terbaik!

Tuesday, April 12, 2011

Sanggupkah kelihatan bodoh?

Assalamualaikum...

Nampaknya saya masih belum berjaya untuk secara konsisten menulis di laman blog ini.Masa yang semakin terbatas dan kemudahan yang makin menguji menambahkan lagi cabaran untuk saya terus mengasah alatan yang semakin menumpul ini.Maka saat ini saya memulakan kembali langkah yang sudah beberapa minggu tertangguh.

Sudah masuk minggu ketiga kami mengambil subjek Obstertric & Gynaecology atau dalam bahasa ibundanya subjek Perbidanan & Sakit Puan.Subjek ini merupakan subjek keempat dan terakhir untuk sesi pengajian Tahun 5 di Fakulti Perubatan Universiti Kaherah.AlhamduLILLAH,semakin hari semakin dirasai menceburi bidang perubatan ini bukan sekadar ingin menghabiskan silibus.Tidak cukup dan sangat rugi jika mereka yang berada dalam bidang ini berhempas pulas mengulangkaji pelajaran semata-mata ingin mendapatkan markah terbaik dalam peperiksaan, TANPA membayangkan kesemua pengetahuan itu akan digunakan dalam kehidupan sehariannya apabila sudah bergelar seorang pegawai perubatan.Ilmu dan hikmah dalam bidang perubatan sangat istimewa, mahu tidak mahu ilmu itulah yang akan menjadi kehidupannya nanti. "You must keep this note so it will stick in your mind..this is your life,more important than your wife".Sampai begitu sekali pesanan salah seorang pensyarah kami Dr Ala' addin semasa kami menyalin nota beliau dalam kelas tutorial!