RSS

Saturday, August 29, 2009

Muslimah Hari Esok

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini kami telah selesai membincangkan satu lagi kutaiyib(buku kecil) karangan Dr Yusuf Al-Qhardhawi hasil ceramah beliau yang diberi nama 'Muslimah al-Ghadd' atau dalam bahasa ibundaku Muslimah Hari Esok.Jazakumullah khairan jaza' kepada seluruh warga Madrasah Wasathiyah terutama kepada pengasasnya Al-Fadhil Ustazuna Fauwaz Fadzil.Terimah kasih ustaz kerana menyedarkan kami untuk iltizam dalam menuntut ilmu.Terima kasih kerana mengingatkan kami akan kehebatan para ulama' dan peranan ulama' yang dapat berinteraksi dengan zaman sebagai aset terpenting umat Islam mutakhir ini.Terima kasih kerana menjadi guru kami yang tidak jemu mencurahkan ilmu.

Oleh sebab saya masih belum lagi mampu membaca buku itu dengan memahami harf biharfin,saya tidak berniat berkongsi secara terperinci SETIAP yang dibincangkan oleh syaikhuna Imam Yusuf Al-Qhardhawi.InsyaAllah berkat penerangan Ustaz Fauwaz dan perbincangan bersama warga Wasathiyah,beberapa isi penting akan saya simpulkan dan rumuskan buat tatapan para pembaca,serta sebagai persediaan kepada diri saya sendiri dan mereka yang bergelar Muslimah untuk menjadikan impian Al-Imam untuk membina dan mendidik Muslimah yang diidamkan pada 'hari esok' sebagai REALITI, bukan lagi fantasi.



Doktrin yang membingungkan

Pada permulaan ceramah beliau,kita difahamkan dewasa ini 2 jenis aliran atau doktrin berkaitan pandangan umum terhadap wanita semakin meracuni persepsi masyararakat di timur mahupun di barat.

Pertama adalah golongan yang terlalu syadid/ketat dalam memahami pendekatan Islam tentang kewanitaan dan menutup segala pintu yang sepatutnya menjadi hak wanita untuk memegang kuncinya.

Golongan kedua tentulah sebaliknya yang membuka seluas-luasnya pintu kepada golongan wanita untuk bergerak terlampau bebas sehingga menggadaikan maruah mereka sendiri sebagai kaum yang dimuliakan setelah kedatanga Islam.

Kedua-dua golongan tidak memiliki ciri-ciri Muslimah Hari Esok yang menjadi idaman pencinta kebenaran.



Hakikat yang Hilang

Wasathiyah=keseimbangan yang menjadi slogan laungan Al-Imam terbukti melalui penerangan beliau tentang prinsip pertunangan yang digariskan oleh Islam.

Sebagai contoh,pandangan Islam dalam bab pertunangan....Islam tidak menyediakan tiket halal untuk pasangan melakukanapa sahaja sesuka hati seperti mereka yang telah berkahwin.Namun,Islam sendiri tidak menutup semua pintu yang menyekat seseorang daripada mengenali pasangan yang bakal menjadi teman hidupnya.Bahkan itulah yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihiwasallam kepada sahabat yang telah bertunang untuk melihat tunangnya.Hal ini adalah sebagai satu langkah ke arah pembinaan rumahtangga yang menjadi punca rahmah dan mahabbah.

Banyak lagi kisah yang boleh diambil pengajaran,betapa Islam tidak langsung meremehkan setiap perkara yang menjadi urusan manusia di dunia.Lebih-lebih lagilah akhirat.Untungnya menjadi mereka yang dipilihNya dalam memahami agama.Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya nescaya akan diberikannya KEFAHAMAN DALAM BERAGAMA ~ <


Perbincangan bersama wanita

Usahkan mereka yang lelaki, saya sendiri dahulu pun inferior dengan pendapat diri sendiri.Alhamdulillah,ilmu telah membuka pintu dan tingkap kesedaran tentang kerusi mulia disediakan dalam Islam kepada muslimah yang beriman dan bertaqwa.Alangkah bahagianya sekiranya iman dan taqwa itu menjadi perhiasan kita~~~

Ummu Salamah setelah termeterainya perjanjian Hudaibiyyah~

Secara peribadi kisah bagaimanya termeterainya perjanjian Hudaibiyyah adalah antara catatan sejarah nabawiyyah yang sangat menakjubkan dan mampu mengukir keinsafan dalam hati mereka yang bertadabbur dengannya.Moga2 dapat kita berkongsi dalam post yang seterusnya.

Pengaruh seorang wanita ke atas seorag Nabi,kekasih Allah.Ketika para sahabat enggan bertahallul daripada ihram meskipun demikian adalah perintah Baginda Sallalahu'alaihiwasallam.Mungkin kerana para sahabat terlalu bersedih kerana tidak dapat menunaikan haji pada tahun tersebut.

Lantas Saydatina Ummu Salamah mengajukan pendapatnya supaya Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sendiri yang memulakan untuk bertahallul...tanpa mengatakan apa2 kepada para sahabat. Action speaks louder than words.Nasihat tersebut terbukti berkesan apabila para sahabat mengikut jejak langkah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam lalu bertahallul.Mereka menangis mengapalah mereka boleh ingkar arahan Baginda Sallallahu'alaihiwasallam yang ini.

Nasihat hebat itu adalah hasil sentuhan seoarnag yang bergelar wanita...

Hari sudah larut malam.Izinkan saya untuk menyambung post kali ini pada hari yang dijanjikan.Doakan istiqamah itu milik kita bersama.Tisbah 'ala khair(ucapan selamat malam).

Jadikan tidur sebagai ibadah senyap.

Salam 'alaykum~

Sunday, August 2, 2009

Ana masriyya~biladi at-thani

Assalamualaikum.....

Sudah sebulan lebih saya menghabiskan masa di bumi Mesir semenjak peperiksaan akhir semester tahun 3 berlalu.Alhamdulillah sehingga saat ini saya masih mampu berada di sini sewaktu seorang demi seorang melebarkan sayap masing-masing pulang ke sarang asal.Biarpun entah sudah berapa kali bayangan keluarga tersayang datang bertandang dalam mimpi sama ada siang mahupun malam,doa saya moga Allah terus menguatkan saya dan mereka dalam meluaskan+memudahkan dan yang paling penting MEMBERKATI jalan yang saya pilih ini.

Memlilih untuk berada di Mesir pada cuti musim panas pada kali ini bukan satu pilihan yang mudah.Dalam keadaan terik mentari yang semacam,bersama atmosfera kami yang biasanya diwarnai dengan suara hingar mahasiswa Malaysia kini semakin hari semakin sepi.Namun apalah sangat halangan itu berbanding dengan cita-cita dan harapan telah terlakar sejak sekian lama.Hanya Tuhan Yag Maha Mencipta saya dan anda mampu menunaikan pemintaan saya in.Tiada yang lain.

Saya berlindung dengan Allah daripada sia-sianya masa yang kami isi selama ini.Banyak juga kenalan yang tertanya-tanya apabila saya mengatakan cuti pada kali ini saya di Mesir.Pelik.Apalah yang boleh dilakukan waktu cuti-cuti ni.Kuliah pun tiada.Apabila memikirkan jawapannya,bertambah sayang saya pada Mesir.huhu..mcm tu pulak...

Mesir masih boleh dikategorikan sebagai bumi dengan lambakan ilmu.Khazanah mutiara yang tersimpan,hanya untuk mereka yang mencari.Walaupun dari segi zahirnya terus terang saya katakan sungguh banyak yang perlu diperbaiki khususnya sebagai sebuah negara yang majoritinya Muslim.Soal kebersihan,disiplin,bersistem,amanah dan sebagainya.kekurangan yang perlukan rawatan segera ini semakin menjadi pengetahuan umum di seluruh dunia.Ayah pernah mencadangkan kepada geng taichi+bukit nya untuk berjaulah ke Mesir,namun cadangannya ditolak oleh rakan-rakan yang berpengalaman berada di Mesir.Tidak menghairankan.

Terdapat rakan-rakan yang mula menghitung tahun sebelum kami pulang bersama anugerah ijazah bersama kecemerlangan yang diberkati.(insyaAllah)...Sekarang kami sudah berada di pertengahan perjalanan.lebih kurang.ahh..bak kata ulama' ijazah itu sebagai langkah pertama(khutwah al-ula).ya~insyaAllah berbaki +- 3tahun untuk melengkapkan khutwah al-ula itu.

Oh..mesirku....

Saya pernah membuat pengakuan berani untuk terus memilih perubatan di Mesir sekiranya JPA sekali lagi menawarkan peluang untuk mengisi borang biasiswa tajaan mereka.Pengakuan yang lebih bersifat kata penguat(ta'kid) kerana hampir mustahil untuk berlaku.Terlalu obseskah saya dengan Mesir??Mungkin juga kerana ini sahaja negara yang pernah saya burmukim lama.Biarlah nampak macam syok sendiri.Asalkan saya tidak terlepas peluang merasai kemanisan berada di negara panas,berdebu,dan kurang tanaman hijau seperti di sini.

Berbaloikah kami khususnya di Kaherah utk berada di zon yang indeks pencemarannya antara yang tertinggi di dunia??Saya masih ingat provokasi yan ditimbulkan oleh senpai kami Dr Ahmad Shuib.Alangkah ruginya jika kami tidak berjaya menukarkan debu2 yang masuk ke hidung kepada mutiara-mutiara yang menghiasi jiwa.

Di sini, saya masih jumpa orang yang memberi salam kepada orang yang tidak dikenali.Memberi salam kepada semua penumpang di dalam bas ketika menaikinya.Beritahu saya di mana mungkin saya alaminya di tanah air sendiri.

Ar-rijal yang mengutamakan perempuan untuk mendapat tempat duduk dalam bas yang melebihi batas kesesakan tin sardin mula saya perhatikan di sini,biarpun budaya itu semakin terhakis berbanding sewaktu awal-awal saya menjejakkan kaki ke Mesir.

Tidak perlu berjalan ke hadapan untuk membayar tiket bas.Hanya perlu passkan sahaja wang anda kepada penumpang di hadapan.Tiket akan berada dalam tangan seketika nanti bersama baki wang yang mencukupi.Ada orang yang sudi jeritkan destinasi kepada 'ammu tremco kalau suara anda sehalus orang Asia yang pemalu.Masyarakat di sini masih mempunyai common sense dari sudut itu.

Pada Ramadhan orang ramai bersama mushaf di tangan adalah perkara yang terlalu biasa.Di sini saya belajar bahawa membaca Al-Quran tidak tertakluk seusai solat dan kelas mengaji sahaja.Tiada orang yang memandang pelik kita membaca kalam Allah di merata-rata.Budaya yang diharapkan menjadi realiti dalam masyarakat Malaysia tidak lama atau sekurang-kurangnya satu hari nanti...Amiin~

Saya ingikan keberkatan dari bumi yang pernah dijejaki para anbiya salafussoleh ini.Saya ingin mengambil pengajaran dari taghutnya Fir'aun dan ingkarnya Qarun sebagai sempadan yang memisahkan saya daripada mengikut jalan tersebut.

Allah, pertemukan kami dengan rahsia keagunganMu di bumi penuh barakah ini.

Sikit2 je puji takut orang Mesir yang paham b.m. bangga sgt pulak... :D

Salam dari Sayyeda Zainab.