RSS

Saturday, October 17, 2009

Kisah Dari Langit

Assalamualaikum...

Alhamdulillah petang tadi Allah memberi rezeki untuk lebih memahami kalamNya yang tercatat dalam mushaf agung Al-Quran alKarim.Sebanyak mana pun kita membacanya,jika tidak diizinkan kita merasai kelazatan pembeda antara yang haq dan yang batil itu,memang kita tidak dapat juga.Namun kita sebagai hamba berpeluang utk terus berdoa moga2 Allah terus-terusan sudi membuka pintu hati kita untuk lebih mengenaliNya.Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan ke atasnya,maka Allah akan menjadikannya faqih dalam deen(Islam).Demikian janji Nabi Muhammad SAW dalam sepotong hadith.

Hari ini Ustazah Hoda hafizahallah berkongsi pengajaran yang boleh diambil daripada Surah Ad-Dukhkhan.

Kalau dalam terjemahan yang saya gunakan maksud dukhkhan ialah kabut.Kata ustazah, kabut yang dimaksudkan bukanlah merujuk kepada kejadian di akhirat,tetapi KABUT yang didatangkan Allah adalah berkat doa Rasulullah SAW ke atas kaum musyrikin yang ingkar dan masih tidak 'sedar diri'.Datangkanlah tahun2 sepeti tahun2 Nabi Yusuf AS iaitu kemarau selama 7 tahun.Doa Baginda dimakbulkan.Ketika itu barulah para kuffar terkial2 memohon Baginda berdoa kepada Allah supaya menamatkan cubaan tersebut.Namun,lumrah orang yang ditutup pintu hatinya daripada nur hidayah.Setelah keadaan seperti sediakala,mereka juga menjadi 'sediakala'...kembali kepada kekufuran....

Permulaan yang disembunyikan

Surah ini dimulai dengan dua huruf,ha dan miim.Allahua'lam,apakah hikmah diletakkan huruf2 yang tidak diketahui maksudnya di permulaan Surah.Saya masih ingat,ayat kakak sulung saya..diqoutekan kata2 org juga.Pengetahuan sains dalam kepala kita sekarang betul tetapi tidak semestinya benar,dalam bahasa mudahnya.....alam ini terlalu diliputi rahsia,sehingga apa yang kita rasa benar sekarang pun mungkin bakal dibuktikan tidak tepat pada masa akan datang.

Ketika ustazah mengupas ayat yang menunjukkan pada malam yang diberkati AlQuran diturunkan,tiba-tiba ingatan saya melayang pada seorang sahabat dunia akhirat.

Kalaulah kita tahu betapa susahnya Baginda penghulu kita SAW menghadapi detik2 menerima wahyu pertama...susahnya memikul amanah sebagai penyampai risalah...susahnya membawa sesuatu yang baru dan sangat asing kepada masyarakat yang sudah lama hanyut dan tenggelam sedalam-dalamnya.Bagaimana Baginda terseksa badan dan perasaan demi memimpin mereka ke arah cahaya kebenaran.Sudahlah ingin diselamatkan,berlagak pula.Namun bukan itu yang terdetik dalam atma yang tersuci itu.Yang penting tugasan disempurnakan sebaiknya.Sayangnya Baginda SAW pada ummatnya.Tapi kita?Sudikah menjadi antara mata rantai perjuangan suci ini?

Memilih jalan Rasulullah SAW bermakna memilih untuk susah di dunia,namun bahagia di negeri abadi.Itu sahaja penyataannya~

Terima kasih kepada sahabat yang telah berjaya menjadi penyebab ada mata yang basah dek penangan kata2nya ini..(bukan saya:D )

Seangkuh-angkuh manusia

Diriwayatkan bahawa Fir'aun yang sezaman dengan Nabi Musa AS ialah Ramsis 2.Rasa dekat sahaja,selalu sahaja namanya disebut2 jika kami pulang dr Madinah Nasr menuju ke Sayyidah Zainab.Ramsis!!!Itu sebenanrnya nama pusat bandar la kiranya.Rupa2 nya itulah nama makhluk yang dahulunya bongkak mengaku dialah tuhan yang agung.Membina patung di tengah aliran Sungai Nil,sebagai simbol Sungai Nil mengalir di tapak kakinya!!

Kami ini berada di bumi sejahat2 manusia, juga bumi kelahiran para anbiya' dan auliya'~

Ya,segala-galanya ada di Mesir.Selalu juga erdetik di hati saya,perjalanan kami dalam kembara di ard kinanah ini saat ini sudah pun sampai ke fasa kedua.Kalau dalam permainan bola sepak,separuh masa kedua adalah waktu strategi yang lebih agresif dimainkan.AYUH,sahabat2 sekalian..Bertindaklah kalau blh saya katakan lebih agresif dalam mengikut kesan tapak yang ditinggalkan Nabi Musa AS,Nabi Harun AS,dan para anbiya' dan para auliya' yang menjadi pujaan penduduk langit dan bumi.

Moga istiqamah menjadi keutamaan.

Till then,keyboard off!!

Salam ambang Zulkaedah~



Monday, October 5, 2009

Outdated but mind fixed

Assalamualaikum

Kalau tidak malam ini saya menaip,tidak tahu bila pula agaknya saya berjaya menggagahkan diri berkongsi rasa dalam ruangan s.ol.u.t.i.o.n. ini.

Tidak tahu bagaimana hendak memulakan bicara.

Yang pasti,saya begitu eager utk berkongsi pengalaman dengan sahabat2 sekalian betapa tidak menyesalnya saya menghabiskan cuti musim panas saya di Mesir ini.Sungguh banyak perkara yang dipelajari,yang susah didapati ketika kuliah rancak berjalan.Bukan apa.Pesanan saya kepada sahabat2 di mesir,sekurang-kurangnya berilah sekali peluang pada diri untuk merasai kenikmatan cuti musim panas di Mesir.InsyaAllah anda tdk akan menyesal.JIKA KENA GAYANYA.

Kursus Fiqh Mar'ah-Cakna Muslimah Doktor

Begitulah nama program sulung Enjoy The Summer PERUBATAN tahun ini.Nampaknya aktiviti akhawat terpilih sebagai pembuka tirai.Yang special nya mak cik Rohaya pun berkesempatan duduk bersama kami menadaha segala permata ilmu yg ditaburkan.Walaupun peserta tidaklah begitu ramai memandangkan sebahagian akhawat sudah pulang ke Malaysia,namun sambutan adalah melebihi jangkaan.Alhamdulillah.Apa yang kita harapkan adalah pemahaman dan pelaksanaan dalam kehidupan seperti yang diterangkan oleh K Aisyah dan K Lah...jazakunnAllah khairan jaza' :).Moga semua terus diberikan kekuatan untuk menjadi seperti wanita Ansor yang dipuji Allah kerana banyak bertanya dalam hal-hal agama.

Majlis Kesyukuran Perkahwinan Irfan & K Nafisah

Tak sangka ukhtie dirasat yang rajin bertegur sapa dengan saya selama ini akhirnya menjadi ahli bersekutu gen^.he3.6ALF MABRUK!!Alhamdulillah.Moga2 rumahtangga kalian juga menjadi salah satu bait almuslim yang menyumbang ke arah kegemilangan Islam semula..ameen~Syukur bila tengok Aman yg masih belum sembuh sepenuhnya pada waktu itu gagahkan diri bersama kerusi roda menghadari jemputan sang 'arus(bridegroom)

Sarapan di Restoran Gadd,Syari'e Fouad.

Ini semua rancangan Uncle Wat(pnjam pkataan k yana) ,guru kami dalam kelas Wasathiyah.Kata Ustaz to'miyyah di sini special,tiada di tempat lain.Haah la,ada bijan ;).tapi nasib baik x cekik bila dapat taw total up bil utk breakfast.tp xpe la,asalkan puas hati.Dapat jugak share pengalaman k niah.Yeah,everybody has his/ her own story.

1st Aid Emergency Course

Kursus ni mmg selalu sgt diadakan kat Cairo Univ main campus.Under private management kalo x silap.Antara main advatage yg kami dapat ialah vocabs2 medic dalam bhs arab :0.Orang lain attend sbb nak dptkan maklumat ttg emergency management,tapi kami lain pulak jadinya.xpe,yang penting kita still mendapat ILMU YANG BERMANFAAT.

Satu pengalaman menarik ketika kursus ni,orang Arab seronok bergelak ketawa bila Dr buat lawak...kami pun join gelak..tapi bukan sebab lawak Dr, gelak sebab alahai..lawaknye kita xpaham apa2!!Kira dapatla cover dengan budak Arab..kononnye kita paham sama :D

Rentetan drp kursus ini,Allah izinkan saya untuk melebarkan sayap ke Minya El-Amh, satu lagi perkampungan orang Arab Mesir berhampiran muhafazah Zagazig.Tak sia2 kami bertegur sapa dengan beberapa kenalan Arab dalam kursus 1st aid ni.Pengalaman di kampung ni terasa seolah2 dlm siri pengembaraan Jejak Rasul.Ada keldai di tengah sawah,sewaktu berada dalam tremco menunggu azan Maghrib berkumandang bagi membolehkan kami menjamah kurma yang diberikan di pertengahan jalan.Cuma tanpa suara Zainal Ariffin macam Ramadhan di depan kaca tv di Malaysia!!Kampung yang menghijau,jauh dari hiruk pikuk dan bunyi hon yang memenatkan jantung kita seperti di Kaherah sana.

Alang2 saya ingin brkongsi di sini,petua kita hendak mengenali sifat sebenar seorang sahabat...selain makan dan tidur bersama,BERMUSAFIRLAH bersamanya..kalian akan tahu kawan,kenalan atau sahabatkah dia~

Tips yang menarik utk diperhatikan dan diamalkan...

Kelas Arab bersama Ustazah Amirah

Guru saya semenjak saya mula mengambil kelas Arab secara formal dan berbayar di sini.Banyak perkara yang saya pelajari daripada insan mulia ini.Biarpun usianya masih muda,kematangan dirinya tidak sepadan dengan usianya..mungkin kerana telah melalui arus kehidupan yang realiti seawal usia yang sebaya ketika kita masih bersorak baru bebas dari alam persekolahan.Itu antara sebab saya terasa berat untuk 'berpaling arah' daripada beliau,meskipun rumahnya amatlah jauh daripada kediaman saya.Utk berulang alik biarpun seminggu hanya sekali dalam fatrah kuliah berjalan,memang menuntut juhud yang tinggi.Dan bermula sesi ini...sy telah mengambil keputusan utk 'berpaling arah'.Namun atas faktor yang lain,selain daripada jarak yang menjadi cabaran.Harap2nya juhud saya tercurah ke arah lain pula selepas ini...ameen~

Madrasah Dr Yusuff Qhardawi bersama Ustaz Fauwaz Fadzil

Alhamdulillah,cuti musim panas kali ini kelas kerap juga berjalan di rumah saya.Rezeki berseorangan di rumah.Allah bukakan pintu rahmat dari sudut lain.Rasa tidak mahu saja tamatkan offer tersebut.Tapi kesian pulak kat orang lain nak merebut peluang:D

Seorang lagi insan mulia yang banyak berjasa dlm membentuk pemikiran kami menjadi Muslim yang seimbang,tidak ekstreme dan tidak pula menjadi golongan yang terlalu memudahkan urusan agama terutamanya.

Susah untuk cari sekarang guru yang mudah menerima kritikan dan pandangan anak muridnya sendiri.Kalau ada pun tidak terlalu terbuka.Di sini juga saya belajar untuk berani mengeluarkan pendapat.Antara cita-cita saya ialah berkongsi apa yang saya pelajari dalam madrasah ini bersama pembaca sekalian.Namun masih belum berjaya sehingga kini.Doakan segalanya.

Antara keistimewaan Ustaz juga ialah banyak kata2 hikmah yang dihafalnya,sedap utk dijadikan penghias kebenaran.Pesan beliau,kata2@ bahasa yang cantik itu mencantikkan lagi kebenaran=)

Namun ada sahaja perkara yang saya kurang bersetuju dengan pendapat al-Fadhil Ustaz(xblh puji lebih2 :d).Terima kasih pada Ustaz yang mengajar kami untuk bercanggah pendapat dengan Ustaz dalam perkara yang bukan usul, mendidik kami untuk benar2 memaksimumkan anugerah akal yang diberikan.Tidak menerima sesuatu membuta tuli.Sesungguhnya kami menyayangi guru kami,namun kebenaran itu lebih kami sayangi~~~


Kelas Tajwid bersama Ustazah Maha


Kali ini saya berpeluang menuntut ilmu dengan Ustazah keturunan Arab yang paling tegas antara Egyptian yang pernah saya berguru dengannya.Mungkin kerana tidak biasa,pernah juga terlintas dalam hati,mungkin aku tidak sesuai /tidak serasi dengan beliau.Namun jika difikirkan kembali,kalau kita asyik merasakan guru tidak serasi dengan kita,ilmu daripadanya memang sukar diperolehi.

Alhamdulillah lama kelamaan bertambah pula chemistry antara saya dengan Ustazah.moga dipermudahkan dan diberkati segalanya.Kesimpulannya,kalo da taw diri tu student,si pentuntut ilmu..maka kitalah yang patut menerima pendekatan guru,bukan guru yang menuruti kehendak kita sentiasa.


Program Sambutan Pelajar Baru

Memandangkan cerita yang saya update ini sudah menjadi out of dated...kisah PSMB tidak dapat dinukilkan harf biharfin.Yang pasti sebahagian besar 'kepuasan' summer kali ini di Mesir adalah hasil kebersamaan saya dalam team mereka pada kali ini.

Terlalu banyak yang saya pelajari sepanjang kami sama-sama bekerjasama menjadi kuli adik2 dan PERUBATAN.Maafkan saya jika perkataan kuli agak kurang enak didengar.Namun,bagi saya menjadi pemimpin memang menjadi kuli kepada mereka yang dipimpin.

Pemimpin yang baik sewajarnya bebanan yang ditanggung berkali-kali ganda lebihnya berbanding anak2 buah.Segala apa yang terjadi dipertanggungjawabkan ke atasnya kerana dialah pengemudi kapal.Orang yang berada di atas senang dilihat kesalahannya,perlu bersedia menerima kritikan atas segala tindak tanduk.Oh,ini adalah taklif(bebanan) bukan tasyrif(kemuliaan).Moga2 bebanan yang ditanggung dikira sebagai kemuliaan,tidak lain hanya di sisi Allah Taala.

Baru beberapa hari yang lalu diadakan mesyuarat muhasabah sebagai penutup tirai PSMB 2009.Terima kasih kepada yang bekerjasama dan tidak bekerjasama,pendek kata kepada mereka yang telah menjadi perantara,mengajar saya daripada tidak tahu kepada tahu.Pengalaman adalah guru terbaik dalam meninggalkan bekas yang sukar dipadam.

Kisah yang baru bermula

Rasanya baru sahaja selesai memanaskan enjin kehhidupan saya di bumi terasing ini.Alhamdulillah,bermulanya sesi pengajian Tahun 4 kami,bermakna bermulalah separuh masa kedua perjalanan kami di sini.Ayuh manfaatkan peluang yang berbaki!Kemenangan itu pasti.Namun kitakah antara penyumbangnya?Moga dipilih olehNya :D