RSS

Sunday, August 7, 2011

Jiwa Muda di Bulan Ramadhan 2

Assalamualaikum

Baru beberapa hari yang lepas saya mencoretkan jiwa mahasiswa yang bersemangat kental dan waja.Sejak akhir-akhir ini banyak pula kisah para pemuda dan pemudi yang saya pelajari dapat menjadi contoh bagi mendidik diri supaya masa muda digunakan sebaiknya. Kehidupan di usia begini tidak memberi jaminan umur yang panjang.Maka sewajarnya dimanfaatkan sama sahaja dengan yang lain kerana pada bila-bila masa sahaja kita mungkin dijemput oleh Allah Taala Yang Maha Kekal.

Friday, August 5, 2011

Jiwa Muda di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...

Pagi tadi buat kesekian kalinya saya melambaikan tangan kepada sahabat yang pulang bercuti ke tanah air tercinta. Kadang kala terusik juga perasaan rindukan keluarga dan suasana bahagia di Malaysia.AlhamduLILLAH setiap kali itu jugalah rasa syukur timbul kerana insyaAllah saya diberikan Allah peluang buat kali kedua,mungkin juga yang terakhir untuk menikmati dan menimba pengalaman yang sangat mahal di cuti musim panas dalam tahun-tahun akhir keberadaan di bumi anbiya’ bumi penuh barakah ini.
Hari ini,sejak beberapa minggu yang lalu mahasiswa Mesir digemparkan dengan isu hak mahasiswa yang dicabuli oleh beberapa insan yang sudah semakin tercemar nama baiknya di peringkat mahasiswa di sini ,mahupun di seluruh pelusuk dunia di mana sahaja terdapatnya  pencinta kebenaran.Isu ini saya fikir sudah sampai ke Malaysia disebabkan semua maklumat hanya berada di hujung jari.
Isu BERSIH 2.0 yang hangat di Malaysia menempiaskan juga bahangnya di negara-negara yang terdapat warganegara Malaysia seperti Australia,Korea,Kanada dan lain-lain.Mesir juga tidak ketinggalan menunjukkan kebersamaan rakyat yang menuntut diadakan pilihanraya yang bersih khususnya menjelang PRU ke 13 tidak lama sahaja lagi.Namun apa yang tiada di negara lain tetapi ada di Mesir ialah terdapat beberapa mahasiswa yang melibatkan diri secara langsung menyertai perhimpunan AMAN ini dikenakan tindakan yang sesekali tidak adil iaitu dibuang universiti serta merta!