RSS

Monday, December 14, 2009

Aina alkhalal 3

Assalamualaikum...

Saya akan cuba teruskan penulisan pada kali ini biarpun secara ringkas dan semampunya.Moga bermanfat untuk saya dan anda semua.

Mensia-siakan bilangan kita yang pelbagai

Mungkin terjemahan secara direct ini kurang kena pada gaya bahasa ibunda.Namun apa yang difahami daripada karangan Syaikhuna ini ialah kita masih belum berjaya memaksimumkan penggunaan tenaga manusia di sekeliling kita,kurang mengambil manfaat daripada kepelbagaian kita yang menawarkan pelbagai kelebihan.

Setiap jiwa muslim itu terdapat permata,samada sudah berjaya digilap atau masih dalam tempoh mencari-cari.Kita perlu yakin bahawa setiap manusia itu diciptakan ada kelebihan dan kekurangannya.Takkanlah Allah begitu tidak adil dalam membahagikan nikmat kepada hamba-hambaNya.Cuma kita sahaja yang sering melihat nikmat itu dari sudut2 tertentu.Sebab itu kita perlu BERSAMA,supaya melengkapkan antara satu sama lain.Yakin bahawa bersama setiap manusia itu terdapat sesuatu yang hanya ada pada dirinya,tidak pada orang lain.Anggap semua manusia itu tahapnya sama.Dewasa ini kita mungkin kelihatan berbeza,ada di atas ada di bawah dek kerana pengiktirafan manusia.Namun janji Allah TAQWA sahaja yang membezakan kita di pandanganNya.

Ya,manfaatkanlah segala macam orang yang berada di sekeliling kita.Semua mampu menyumbang untuk kemaslahatan yang lain.Kalau tiada pengutip sampah,susah juga hidup kita!


Mengabaikan 'makanan roh' yang memerlukan

Kita bergerak kerana masih ada roh pinjaman Allah.Jika ditarik kembali, kita tidak lagi dipanggil manusia.Kalaulah jasmani kita perlu kepada makanan saban hari,apatah lagi roh yang menghidupkan jasmani.

Namun,keperluan rohaniahlah perkara yang selalu kita pandang enteng.Mungkin kerana tidak sedar bahawa itulah unsur yang menghidupkan jiwa.

Berapa ramai antara kita yang setiap tindakannya hidup dengan sentuhan rohaniyyah,

Apa yang paling penting bagi seorang daie' adalah menjaga hatinya,menjadikan hatinya hidup dengan ZIKRULLAH dan manhajnya,supaya hatinya itu boleh menyentuh hati orang lain di sekelilingnya~

Kredit buat sahabat SC saya yang berkongsi hikmah ini.

Keyboard off!!!


Monday, December 7, 2009

Aina Khalal 2

Assalamualaikum

Pada entry yang lepas kita telah berkongsi tentang pembaziran kekuatan akal yang dibincangkan dalam karangan Syaikhuna Al-Allamah Dr Yusuff Al-Qhardawi bertajuk Aina Khalal.Terdapat 2 lagi subtopik yang kami diskusi pada malam tadi.moga2 memberi manfaat kepada saya dan orang lain juga.

................................

Saya tidak pasti klausa kata apa yang paling sesuai sebagai penterjemahan terbaik untuk kalimah Arab subtopik berkenaan.Namun secara kesimpulannya,dewasa ini persepsi kebanyakan daripada kita tentang 'bekerja' ialah untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan seharian dan masa depan,menyara anak isteri,apabila usia sudah lanjut mahu pencen dan berehat-rehat bersama keluarga tersayang...dengan keperluan sekeliling yang serba mencukupi.

Saya terlebih dahulu berpesan pada diri sendiri.Kita perlu ubah mentaliti sebegini

Mari kita mengambil pengajaran daripada ayat kedua Surah Tabarak (al-Mulk).Allah memberitahu kita semua tentang tujuan penciptaan kematian dan kehidupan ialah UNTUK MENGUJI KAMU,SIAPAKAH YANG PALING BAIK AMALANNYA~

Jika dalam tangan kita terdapat benih yang akan menumbuhkan pokok sedang dalam keadaan itu sudah hampir sangat dengan Hari Kiamat,wajib bagi kita mencampakkannya.Dalam erti kata lain,wajib bagi kita untuk terus bekerja walau segenting itu situasinya.Hal ini menunjukkan betapa kita perlu menanamkan fikrah bekerja dan terus bekerja, harap2nya setiap pekerjaan kita tergolong dalam ahsanu amalan seperti yang ditekankan dalam Surah AlMulk.Bekerja bukan sekadar jaminan survival di dunia.Perkara yang semestinya lebih layak dan lebih afdhal dijadikan agenda ialah KESELAMATAN & DARJAT kita di akhirat kelak.

Warga emas di Jepun tidak menjadikan pencen dan bersenang lenang sebagai target mereka di penghujung usia.Bagi meeka pekerjaanlah yang menjadikan mereka mulia.Tanpa pekerjaan mereka hidup dalam keadaan hina.Biar serendah mana pun status pekerjaan yang diceburi.

Kita sepatutnya yang lebih terkehadapan dalam bab ini.

Satu penyakit mentaliti kita dalam bekerja ialah buat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga. Hal ini berbeza sekali dengan bekerja tanpa melihat hasil usaha.

Sahabat,andai satu hari saya terlupa...ingatkan saya.Bekerjalah bersungguh2 dalam setiap perkara yang kita lakukan.Bukan apa,kalau kita buat ala kadar,ceroi2 hasilnya tiada apa2.Penat lelah sahaja.Asalkan kita buat udah.Itu adalah berkenaan dengan prinsip pertama.

Kedua,bekerja tanpa mengharapkan apa-apa.Bukan tidak mengharapkan hasil,namun semangat tidak mudah luntur jika hasil masih tidak muncul di depan mata.Sabar dengan kemenangan di pengakhiran usaha.Tidak gopoh dalam menilai hasil dapat.Bersangka baik dengan apa yang disusun Allah.

Mungkin Allah sendiri hendak menegur saya kerana malam sudah begitu lewat.Saya perlu berhenti di sini kerana sudah masanya.Takut2 saya mengantuk dan penat,tidak dapat bekerja bersungguh2 untuk agenda yang lebih patut diutamakan.

Salam permisi :)

Saturday, December 5, 2009

Mutiara yang dijumpai

Assalamualaikum...

InsyaAllah malam ini saya akan berkongsi serba sedikit mutiara ilmu yang 'tercicir' dah berjaya dikutip dalam siri majlis ilmu Glow With Flow 2009

Forum Sketching Your Journey:To be Somebody or Anybody

Kalau tidak silap saya ini adalah kali ke 4 Al-Fadhil Ustaz Nazrul Nasir menjadi panel untuk forum Program Sambutan Mahasiswa Baru.Sekali waktu adik2 JPA,MARA,OPZ, dan ini yang ke empat

Alhamdulillah saya sempat menyertai kesemuanya.Seingat saya inilah yang paling menarik,menampilkan dua lagi ahli panel yang mempunyai niche tersendiri,Afifah Ahmad Shukri,tahun 5 Universiti Ain Shams dan saudara Hafizuddin,pelajar G2G Universiti Al-Azhar.

Kebetulan Hafizuddin merupakan bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah,Ipoh.Biarpun saya tidak pernah menjadi salah seorang pelajar keluaran sekolah itu,namun sekolah kesayangan saya Sek Raja Perempuan Ta'ayah memang ada sinonimnya dengan sekolah berasrama lelaki sahaja itu.(selingan semata2:d)

Terlalu banyak input yang saya dapat daripada episod kali ini.K pipah sangat pandai menggunakan pendekatan bercerita untuk menarik minat para pendengar.Mungkin pengalamannya yang lebih berbanding kami membuatkannya lebih dari satu sudut.

Ada satu cerita yang saya tertarik dan seakan memberi amaran dan ancaman terutama kepada bakal2 doktor yang juga akan bergelar seorang isteri dan ibu setelah membina rumahtangga.

Seorang doktor wanita di Malaysia yang berniat hendak membuat pakar@ speacialist dalam bidang pilihannya.Suaminya memberi kata dua,pilih antara kerjaya ATAU keluarga.Sekiranya kerjaya menjadi pilhannya,perceraian adalah pakejnya.Fuh!!Dengar macam tak percaya dengan pilihan yang ada.Namun inilah hakikat yang berlaku.Fenomena yang tidak menghairankan,lantaran tekanan hidup doktor yang luar biasa kedengarannya.Moga Allah permudahkan jalan kita nanti ya!

Masuk pada panel kedua.Kalau hendak diceritakan apa yang saya belajar daripadanya memang sangat banyak.Baik daripada kata-katanya mahupun cara pemikirannya.Nak tergelak pula apabila teringat ada adi yang mencuit saya dari belakang "Akak,dia tu doktor betul ke atau masih belajar?" Jawab saya "eh,dia tu baru tahun 2 Al Azhar la!"

Tapi melihatkan kepetahannya memang saya sendiri boleh mengaggapnya sebagai doktor yang bertauliah...

Satu point yang saya tertarik dengannya ialah Law Of Attraction.Kalau tidak salah saya Ustaz Fauwaz juga pernah menyebut ttg LOA ini.Bukan Loa2 dalam Parasitology :)

Hafizuddin bercerita tentang bagaimana dahulu ketika usia kecilnya,sebelum tidur ayahnya sering memicit-micit kakinya sambil berbisik "Abang, nanti bila abang dah besar abang jadi doktor yang soleh" Demikian yang diceritakan olehnya kepada audien.Saat ini saya kira dia sedang mara mengorak langkah merealisasikan apa yang didoakan oleh ayahnya berulang2 kali suatu ketika dahulu.

Sebab itu katanya penting untuk kita selalu sebut berulang-ulang kali apa yang kita inginkan.Ketika artikel ini dinukil,baru saya sedar,bahawa prinsip in telah dahulu disebutkan oleh Islam iaitu SETIAP PERKATAAN ADALAH SEBAGAI DOA!

Ustaz Nazrul pula~sudah kali ke 4 beliau menjadi ahli panel.Setiap kali itulah beliau berpesan pada kami supaya berhati-hati dalam mempelajari dan berkata-kata tentang ilmu agama,kerana boleh jadi kita bukan orang ahlinya.Jika ilmu perubatan masyarakat begitu sangsi sekiranya dituturkan oleh mereka yang tidak bertauliah, selayaknya ilmu akhirat(agama) lebih2 lagi kita patut berhati2 dalam bercakap tentangnya.Terima kasih Ustaz untuk teguran yang ini.

Terima kasih para pembaca kerana sudi memberi peluang saya berkongsi.

Salam di ambang penghujung Zulhijjah 1430H~


Tuesday, December 1, 2009

Aina al-khalal?(di mana kecacatan)

Assalamualaikum...

Semalam kami berkesempatan berdiskusi besama Al-Fadhil Ustaz Fauwaz tentang satu subtopik dalam kitab Aina Khalal(bukan aainaa sahabat saya :d) karangan Al-Allamah Syeikuna Dr Yusuff Al-Qhardawi.Secara ringkas dan permulaannya,buku kecil ini membincangkan tentang di mana silap,kecacatan,dan kekurangan kita sebagai ummat yang terbaik ini yang melambatkan pergerakan kita, terkebelakang ditinggalkan mereka yang tidak sepegangan akidah dengan kita.Bukan mereka yang bergerak terlalu laju,persoalkanlah....terlalu lambatkah kita???

Mari kita kongsi salah satu kecacatan yang perlu segera dirawat dalam diri ummat dewasa ini..Biarpun secara tabi'e nya bukan mudah menelan kritikan terhadap diri sendiri.Namun beranilah mengakuinya jika kita ingin berubah.


Kekuatan yang dibazirkan-Kekuatan akal.

Bab ini bukan sahaja baru dibincangkan dalam siri yang ini.Malahan, seawal kami bergelar 'anak buah' special Ustaz Fauwaz (heh,blh ka Ust?) acapkali isu tersebut ditekankan.Apa yang saya fahami sepanjang bergelar anak murid,Ustaz memang tidak bercita-cita membentuk kami mengikut acuan beliau sendiri.Maksud saya bukan semestinya kami berfikir dengan jalan yang ditunjuki.Beliau menggalakkan kami berdiskusi,menentang idea2 beliau sendiri seandainya tidak kami persetujui,melontarkan pandangan masing2.Namun dalam masa yang sama kami juga diajar mempertahankan hujah sendiri seandainya itu yang kami yakini,tidak terkecuali daripada bersedia menerima pendapat orang lain,terbuka sekiranya kebenaran itu tidak datang daripada lidah sendiri atau 'puak2' masing2..kerana kebenaran itu boleh jadi dituturkan oleh bibir sang pengemis di jalanan.(isu2 adalah tidak berkaitan perkara-perkara usul@asas dalam agama yang tidak boleh ditentang)

Demikian praktikal yang dialami,selari dengan topik kekuatan akal yang dibazirkan seperti yang diketengahkan oleh Dr Yusuff sendiri.Ummat Islam mutakhir ini banyak sekali mensia2kan nikmat kurniaan Allah yang membezakan antara kita dengan kucing,keldai,kijang,semut,meja,pen dan seangkatan dengannya.Itulah NIKMAT AKAL.Yang menjadikan kita terkecuali daripada mereka yang bergelar kurang siuman.Yang menjadi menyebab kita ada taklifan.

Banyak sekali kelebihan akal yang menjadi bukti ia bukan sekadar perhiasan.Mengapa perlu dikurniakan tahap pemikiran yang berbeza2?Mengapa Allah tidak sekadar menciptakan corak pemikiran kita sama sahaja??Saya berpendapat kerana setiap akal yang diletakkan dalam cranial cavity seorang insan mempunyai tugas masing-masing.Semua perlu bertindak,tidak boleh meminggirkan diri, tidak boleh mengambil pendekatan berkecuali.

Kita bayangkan kegunaan akal ini dalam sebuah kominiti Muslim.Setiap satu unit mempunyai kekuatan dan kelemahan masing2.Semuanya berpotensi menyumbang dalam bidang yang mereka cenderung ke arahnya.Semakin tinggi kadar penggunaan setiap daripadanya, semakin maksimun hasil dapat yang akan dikumpul.

Sebab itu jika kita teliti ulama' muktabar zaman ini tidak sesekali menyuruh kita ta'sub dengan cara pemikiran mereka.Apa yang ditekankan ialah kita terikat dengan manhaj yang thiqah(dipercayai) dan sahih tentunya Al-Qur'an dan As-Sunnah.


Kebebasan dalam keterikatan

Dalam kita sibuk memperjuangkan hak akal manusia yang perlu ditunaikan, kita perlu beringat tiada kebebasan yang mutlak dalam dunia ini(melainkan Allah Taala)...atau bersedialah akan kehancuran yang mendatang.Tiada kebebasan bersuara secara mutlak kerana ada hati-hati yang perlu dijaga.Demikian juga halnya dengan had kita berfikir.

Sedangkan isu roh tidak dapat akal rungkaikan,tentu sahaja banyak lagi khazanah yang tersmbunyi yang hanya diketahui oleh Dia Yang Mencipta.Maka terbuktilah AKAL JUGA MEMPUNYAI KAWASAN SEMPADAN YANG DIBENARKAN IA BERLEGAR.

Dalam hal ini,(segala puji hanya untuk Allah) kerana telah membekalkan kita Al-Quran dan As-Sunnah sebagai benteng untuk kita terus berjalan di muka bumi ini, memaksimumkan segala nikmat yang ada terutamanya nikmat akal yang kita bincangkan BERSAMA REDHA-NYA YANG KITA DAMBAKAN.

Ayuh letakkan deen di tangan kanan kita ,dan akal di tangan kri.Maksimumkan penggunaan keduanya agar menaji ummat yang cemerlang,kerana KITALAH yang selayaknya mendapat title itu~

Salam15 Zulhijjah 1430H