RSS

Saturday, February 14, 2009

As-Sobru jamil~

Assalamualaikum..

Buat sahabat2 yang sentiasa mendambakan kebenaran,keadilan,dan kebahagiaan hakiki dalam hidup ini.Semoga kalian termasuk dalam kelompok hamba2 pilihan Allah untuk berada pada darjat termulia di sisiNya.

Walaupun malam semakin lewat,diri digagahi untuk mencoret walau secebis cuma.Mudah2an usaha yang sangat minor ini menjadi kunci kepada pintu2 hidayah dan tawfiq dan hidayah Allah,supaya mejadi hamba yang diinginkan Allah akan kebaikan pada dirinya,iaitu KEFAHAMAN DALAM AGAMA~

Juga menjadi wadah dan wasilah untuk saya terus menguatkan dan menggagahkan diri menghadapi dunia yang dikatakan hanyalah persepsi,pentas sandiwara sebelum menuju negeri abadi...

Apabila ujian ditimpakan ke atas diri kita,barulah nilai SABAR dalam diri kita praktikal untuk dijadikan bukti dekat atau jauhnya hubungan kita dengan Allah.Sabar merupakan sifat mahmudah yang mudah sekali ditutukan di bibir2,namun pelaksanaannya tidak begitu.Kerana sabar bermaksud pada detik pertama ditimpakan ujian itu,kita redha,redha,redha atas apa yg berlaku,dan cuba memujuk diri supaya tidak terusik dengan ujian itu,seolah2 TIADA PERASAAN ats apa yang berlaku(definisi oleh diri sendiri).Berlawan dengan perasaan sendiri pada detik pertama~

Bersabarlah wahai sahabat2 dalam membuat kebaikan,bersabarlah dalam perkara yang kita tidak sukai.Mahalnya dan manisnya kesabaran itu hanya dapat dirasa apabila kita berjaya menahan diri pada detik pertama..

'keyboard off'

salam