RSS

Friday, July 8, 2011

Peperiksaan = Modul Tarbiyyah?

Assalamualaikum..

AlhamduLILLAH.Semalam kami baru sahaja selesai melalui tempoh peperiksaan yang tidak sekejap juga, walaupun tahun ini hanya 2 subjek dalam silibus. Bangun pagi pada hari ini,saya terfikir apalah yang perlu diisi dalam tempoh cuti ini.Tambahan pula saya bercadang untuk menghabiskan cuti musim panas di Mesir tempat saya 'mendewasa' ini.Kalau tidak disusun jadual dengan baik,mahu juga saya beli tiket dan pulang ke tanah air lantaran kebosanan dengan cuti yang begitu panjang di sini.Hampir 2 bulan setengah!

Namun mungkin ini adalah cuti musim panas terakhir kami di Mesir yang boleh diisi dengan perkara-perkara elektif selain subjek perubatan.InshaAllah tahun depan waktu-waktu begini kami berada di tahun akhir kuliyyah perubatan..Keutamaan sudah pasti tertumpah kepada kecemerlangan dalam bidang tersebut.

Setiap kali melalui tempoh peperiksaan,macam-macam perkara 'kehidupan' yang dapat saya pelajari,dan ketika itu jugalah membuak-buak rasanya ingin dicoretkan rasa hati itu dalam ruang maya sebegini. Tetapi keadaan kurang mengizinkan kerana ada perkara yang lebih utama untuk diberikan tumpuan.