Cuti kali ini sayang saya terhadap bumi Mesir ini semakin bertambah. Mungkin juga kerana menyedari hakikat ini merupakan tahun terakhir pengajian perubatan saya di peringkat sarjana muda.Kullu biidznILLAH.
Orang Mesir semangatnya luar biasa.Disebutkan rakyatnya berjumlah sekurang-kurangnya 80 juta, kepadatan penduduk yang sangat tinggi dan jauh meninggalkan negara Arab yang lain seperti Libya,Tunisia, Jordan ,Yaman, Syria dan sebagainya.Namun ajaibnya, bumi Tahrir di Mesir menjadi saksi setia bagaimana kuasa rakyat menjatuhkan rejim kejam Hosni Mubarak dalam masa hanya 18 hari!Bandingkanlah keadaan politik semasa di Libya dan Syria yang masih tidak stabil hingga saat ini. Maka apakah yang membezakan Mesir dengan negara-negara tersebut, sehingga kami yang bertaraf warga asing di negara ini langsung tidak perlu gusar terhadap kesan yang ditinggalkan oleh peristiwa25 Januari 2011 yang lalu...
Saya masih ingat ketika saya dan beberapa sahabat menggendong beg untuk ke Malaysian Hall (Dewan Malaysia Abbasiyyah Kaherah) untuk pergerakan proses evakuasi,kami disapa dengan nada kehairanan oleh beberapa rakyat tempatan (pakcik2).. Mereka bertanya kami hendak ke mana,kata mereka kami tidak perlu risau untuk berada di Mesir.Dengan kata lain mereka menjamin keadaan yang selamat di sini. Tanpa sebarang jawapan kami berlalu dan hanya mampu tersenyum kelat.
21 Syawal 1432H yang lalu kami berkesempatan menyertai rombongan 'jalan-jalan' cari pengajaran bersama mahasiswa dan mahasiswi Tahun Satu Perubatan di bawah tajaan JPA.AlhamduLILAH, perjalanan kali ini sangat sarat dengan penceritaan sejarah bersama pengajaran sama ada pernah atau tidak pernah saya pelajari.Mesir sangat beruntung kerana beberapa kali perkataan Mesir disebut dalam kitab suci Al Quran Al Karim.Ada yang disebut dikatakan merujuk pada negara Palestin seperti dalam Surah Al Baqarah ayat ke 61. Ada juga di surah lain yang ditafsirkan sememangnya merujuk pada Mesir yang pernah dijejaki oleh Nabi Musa,Nabi Harun,Nabi Yusuf serta Fira'un lakatuLLAH!
إذا فتح الله عليكم مصر، فاتخذوا فيها جندا كثيفا، فذلك الجند خير أجناد الأرض. قيل ; ولماذا كانوا كذلك يا رسول الله؟ قال; إنهم وأزواجهم في رباط إلى يوم القيامة
Dalam perjalanan kami Ustaz Zahari menerangkan maksud hadith di atas. Orang Mesir pernah harum namanya di depan para sahabat.Mereka dipuji oleh Rasulullah Sallalahu 'alaihi wasallam kerana dikatakan mempunyai tentera antara yang terbaik di muka bumi ini.Mereka berjaga di perbatasan sempadan negeri(رباط) sehinggalah ke hari qiamat.
Sepanjang beberapa tahun saya berada di Mesir, ada beberapa perkara juga yang saya dengar tentang ketenteraan di Mesir.Kerajaan Mesir sewaktu pemerintahan rejim kejam Hosni Mubarak lagi memperuntukkan bajet negara dengan peratusan yang tinggi untuk tujuan ketenteraan. Mesir masih mengamalkan undang-undang darurat ketika kebanyakan negara di dunia ini semakin bersifat terbuka terhadap tindak tanduk rakyat. Anuar Sadat sebelum digantikan oleh Hosni Mubarak sebagai Presiden Republik telah mati ditembak ketika menghadiri upacara ketenteraan di sini.6 Oktober menjadi tarikh bersejarah dan diisytiharkan sebagai cuti umum hingga ke hari ini. Hal ini adalah bagi meraikan kejayaan tentera Mesir yang dapat menawan Sinai yang dirampas oleh kerajaan jijik Israel dulu kini dan selamanya.Peristiwa ini sangatlah menjadi kebanggan warga Mesir.Satu perkara yang mengagumkan adalah strategi peperangan pada waktu itu adalah hasil sinergi antara golongan ulama' Azhari serta tentera Mesir yang sememangnya hebat.Walaubagaimanapun peristiwa ini juga bertukar menjadi sejarah hitam apabila kebanyakan daripada tentera tadi yang merupakan angota Al Ikhwan Al Muslimun (Muslim Brotherhood) ditangkap secara beramai-ramai dan dihumbankan ke penjara untuk disiksa melebihi tahap kebinatangan!
Berbalik pada pengajaran daripada alhadith assyarif di atas,rakyat Mesir sememangnya mempunyai kecekapan dan kepakaran dalam bidang ketenteraan seperti yang diakui oleh Rasulullah Sallalahu 'alaihi wasallam satu ketika dahulu.Tahun ini kita menyaksikan antara faktor keberjayaan kebangkitan rakyat Mesir adalah apabila tentera berpihak kepada masyarakat umum,tidak kepada pemerintah kuku besi atau mana-mana parti. Pasukan tentera Mesir berjanji tidak akan menembak atau mencederakan rakyat yang bersuara secara bebas dan aman.Mereka berjanji tidak akan campur tangan selagi tidak memberi kemudaratan kepada yang lain.Pada saat entri ini ditulis, pemerintahan Mesir masih di bawah ketenteraan sehinggalah kabinet baru dilantik melalui pilihanraya pada bulan November nanti. Maka benarlah sabda Rasulullah Sallahu alaihi wasallam.. tentera Mesir adalah antara yang terbaik di muka bumi ini.
Sekali lagi saya memuji rakyat Mesir melalui entri blog dabei ini. Yang baik dijadikan tauladan,yang buruk menjadi sempadan.
Maka bertebaranlah di muka bumi mencari kurniaan dan keberkatan daripada Allah Taala.
Wassalam.
24 Syawal 1432H
22 September 2011
Beit Rahmah, Mounira Kaherah
0 comments:
Post a Comment