RSS

Friday, September 25, 2009

THE POWER OF DU'AA

Assalamualaikum

Wow,lama sudah saya tidak menconteng di sini.Segala puji bagi Allah Yang Maha Memberikan ruang dan peluang atas segala nikmat yang dikurniakan.Tidak mungkin kita dapat melakukan sesuatu apa pun tanpa keizinanNya.hurm..terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang saya diberi keizinan untuk menghabiskan cuti di bumi pilihanku ini.Semahunya dipanjangkan lagi cuti musim panas ini,supaya kami dapat lebih lama melaksanakan aktiviti2 rancangan yang tertangguh.

Alhamdulillah, doa saya selama ini dimakbulkan jua akhirnya...ya, mari kita berbicara tentang DOA.The power of du'aa. Berapa ramai antara kita yang betul2 yakin dengan permintaan yang diajukan kepada Sang Pencipta.Fikirkan sejenak.Adakah kita sekadar melafazkan doa2 harian tanpa benar2 yakin dengan kalimah yang dituturkan itu?Semuanya bergantung pada keyakinan kita...kuasa minda..bak kata Dr HM Tuah,seperti yang selalu di quote kan oleh saudara2 kandung saya.~miss u all.

Sebab itulah antara adab2 berdoa adalah kita yakin dengan Dia Yang Maha Memakbulkan doa.Mahu meminta tetapi buat endah tak endah sahaja.Ragu-ragu apakah dapat atau tidak apa yang diharapkan.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman...memang benar doa adalah senjata kita yang tidak ada pada mereka yang tiada penyerahan diri secara total kepada Tuhan Yang Mencipta.Doa yang kita hadirkan dalam diri sebenarnya memberi kekuatan kepada si peminta itu sendiri.Kitalah.

Kata2 seorang sejarawan "Aku tidak pernah nampak satu tamadun yang terbina tanpa diiringi unsur keagamaan".Begitu lebih kurang mafhumnya..Alasannya mudah,kerana secara fitrah manusia memang akan tercari-cari 'sesuatu' yang bukan daripada kalangan mereka untuk bergantung harap,nadi penyambung antara kehendak dan apa yag ada di sisi.

Maka tidak hairanlah dalam keadaan kecemasan,nyawa2 ikan,antara hidup dan mati....manusia yang lemah+hina ini akan menyerahkan bulat-bulat + sepenuh pengharapannya kepada 'kuasa ghaib' sama ada dia benar2 mengenali kuasa ghaib itu atau tidak.

Dalam Surah Al-Baqarah, setelah menerangkan pensyariatan puasa,Allah berfirman

"Dan apabila hamba2Ku bertanya kpdmu (Muhammad SAW) tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.Hendaklah mereka itu memenuhi(perintah)Ku dan beriman kepadaKu,dan beriman kepadaku,agar mereka memperoleh kebenaran"


Dalah bersungguh2...nescaya akan dimakbulkan!!Yakinlah denganNya..bersangka baiklah~Jika tidak sekarang pasti suatu hari nanti..jika tidak ditunaikan pun,pasti digantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik yang tercatat dalam ilmuNya.Those are 3 ways Allah answers our prays.
Di kala semuanya tidak boleh diharapkan,kita selalu lupa yang kita mempunyai Tuhan Yang Maha Mencukupkan segalanya.

"In times of difficulties,people tend to say....O God I have a big problem but I prefer to say hey problem,i have a BIG GOD!!!"

If Allah The Only One that you have,then you have it ALL~~~

Salam Aidilfitri 1430H