Assalamualaikum
Hari ini hari Jumaat pertama saya di Mesir selepas proses evakuasi dan Ops Piramid.Semoga setiap apa yag kita usahakan mendapat tempat yang terbaik di sisiNya.
"...you masih muda,nnti you akan tahu....Life is beautiful".
Life is beautiful.Demikian antara pesanan seorang pak cik yang sempat kami panjangkan jalinan silaturrahim setelah menikmati roti canai garing di pekan Karai,Enggor Perak.
Ya,hidup ini memang indah jika kita begitu yang kita fikirkan.Proses evakuasi ini sungguh merupakan satu proses pembelajaran yang tidak semua orang berpeluang mendapatkannya.Daripadanya kami semakin belajar hidup berorganisasi dalam sesebuah masyarakat.
Antara perkara yang menjadikan saya begitu menghargai hidup berorganisasi atau secara berjamaah,ialah banyak perkara yang dapat dipelajari melaluinya.Terlalu banyak saya sifatkan.
Pertama kali saya mendengar istilah di atas adalah daripada mulut salah seorang pimpinan mahasiswi pengajian Islam di Mesir.Beliau menyatakan ada juga individu-individu yang bertemu jodoh melalui kerja-kerja persatuan atau organisasi.Itulah keadaan yang diistilahkan sebagai cinta organisasi.....
Jangan risau kerana bukan bab itu yang ingin saya kongsikan di sini...:P
Jika kita cinta akan organisasi,atau apa sahaja istilah yang mereka gunakan....persatuan,jamaah,kumpulan....dan sebagainya.....maka kita mesti tahu apa yang terbaik untuk organisasi tersebut dan itulah yang patut kita berikan sekalipun keperluan itu mengatasi kehendak kita yang mungkin secara asasnya nampak baik tetapi bukan yang terbaik.
Dalam kehidupan sehari-hari ini ada orang yang disifatkan sebagai individu yang sukar dicari pengganti.Pada zahirnya sandaran sifat itu nampak positif,namun ia sebenarnya bukan yang terbaik dalam kamus organisasi atau kemasyarakatan terutama kepada pimpinan.
Pesan Al-Fadhil Ust Fauwaz,generasi yang baik ialah apabila ia dapat meninggalkan generasi yang lebih baik selepasnya.
Istilah individu yang sukar dicari pengganti kurang sesuai untuk melahirkan orgnisasi yang efisien kerana hanya bergantung harap kepada orang-orang tertentu dalam memastikan kelancaran setiap gerak kerja.
Perlu difahami di sini bahawa bukanlah bermaksud mereka yang menonjol dan mempunyai kelebihan tertentu yang tidak ada pada orang lain tidak sesuai berada dalam sesuatu organisasi.Apa yang ingin saya kongsikan ialah kekuatan itu ada pada seseorang,dia perlu menurunkannya kepada orang lain supaya bakat yang ada dikembangkan dan sekiranya dia sudah tiada atau kehilangan kekuatan itu,maka sekurang-kurangnya ada orang lain yang boleh menyambung perjuangannya.
Kisah Sayyidna Khalid Al Walid melalui novel nukilan Abdul Latip Talib, sangat memberi input berkaitan pengajaran(ibrah) yang ingin saya kongsikan di sini.Beliau mengajar para tentera Islam tentang kemahiran dalam bidang ketenteraan.Walaupun ketika itu sebenarnya boleh diibaratkan jika Khalid Al Walid menyertai sesuatu peperangan,pasti kemenangan di pihak pasukan yang disertainya.
Zaman itu juga menyaksikan tindakan Sayyidna Umar Al Khattab mengambil tindakan yang begitu kontroversi dengan memecat Sayyidna Khalid Al Walid daripada menjadi ketua panglima dan digantikan dngan Abu Ubaidah bin Jarah.Khalifah Umar berbuat deemikian meskipun beliau yakin dengan kekuatan dan kelebihan yang ada pada Khalid Al Walid dalam bidang kepahlawanan.Namun tindakannya dipandu oleh kemaslahatan yang lebih besar ketika itu.Demi mengelakkan rakyat terlampau taasub dan seolah-olah meyakini bahawa setiap kejayaan dalam peperangan adalah disebabkan S. Khalid bukannya daripada Allah,maka Pedang Allah itu dipecat.Tindakan berani khalifah Umar pastinya mendapat pertentangan pelbagai pihak dan menimbulkan persoalan umat Islam ketika itu.Namun itulah yang dikatakan terbaik untuk organisasi,walaupun pahit untuk ditelan oleh semua.
Maka semoga generasi yang bakal kami tinggalkan ini pun akan menjadi generasi yang jauh lebi baik daripada sebelumnya.
Allahua'lam dan Wassalam.
Abou Rish,Kaherah
11 Mac 2011
Sanah Helwah Hana
4 months ago
2 comments:
salam.ingatkan cerita pasal cinta dalam organisasi yang membawa sampai ke gerbang perkahwinan.huhu.klu cinta natrah, adekah dalam organisasi juga?
Post a Comment