RSS

Sunday, April 24, 2011

Motivasi Pejuang

Assalamualaikum...

Dahulu ketika kita masih di bangku dan meja sekolah,pihak sekolah selalu juga mengadakan  kem-kem motivasi khususnya bagi para pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam bermula daripada UPSR,PMR, dan SPM.Ketika itu masing-masing bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh.Dengan usia yang masih mentah,kejayaan yang menjadi ukuran kebanyakan pelajar adalah berkadar terus dengan markah yang diperoleh dalam peperiksaan.Sekarang masihkah kita ingat akan isi kandungan motivasi tersebut?

Motivasi bertindak sebagai momentum kepada tindakan seseorang supaya dapat bergerak dengan lebih jauh.Dalam hukum fizik momentum mampu menambahkan kelajuan,mengatasi hukum inersia yang melambatkan pergerakan bahan yang statik.Namun,apakah bentuk momentum yang terbaik untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita?

"Agama itu adalah nasihat"

Allah itu Maha Adil.Agama yang diutuskan melalui para rasul meliputi cara hidup yang amat praktikal dan selari dengan fitrah manusia dan seluruh makhluk yang diciptakan.Pesan Nabi Muhammad Salllallahualaihiwassalam, menutut ilmu itu adalah wajib untuk setiap muslim.Dalam AlQuran kerapkali Allah menjanjikan darjat yang tinggi dan balasan yang terbaik untuk golongan yang berilmu.Keduanya jalan seiringan,demikian merupakan salah satu contoh Allah memberikan motivasi untuk kita terus menuntut ilmu,mencabut kejahilan dari membelenggu diri...bukan sekadar memberatkan kita untuk mengejarnya dan membiarkan kita terkontang-kanting untuk melaksanakan kewajipan tersebut.

Salah satu daripada 10 sifat-sifat yang perlu ada dalam individu muslim ialah mempunyai tubuh badan yang sihat.Mukmin yang kuat itu lebih disayangai Allah berbanding yang lemah.Suka ataupun tidak,setiap yang bergelar muslim perlu mengamalkan cara hidup yang aktif secara fizikal serta pemakanan yang sihat demi memastikan hak terhadap tubuh badannya ditunaikan.Di sini terbukti Islam itu bukan agama ritual semata-mata...Islam adalah CARA HIDUP yang yang tidak meninggalkan walau sekelumit daripada aspek kehidupan.

Maka deen itu lah merupakan motivasi terbaik!


Falsafah 1-Tiada pilihan untuk membuat pilhan dalam beberapa pilihan yang dibentangkan.

Kata orang life is about making choices.ChoiceS., kerana jalan yang ada bukannya satu.Sudah namanya pilihan,pastilah mempuyai beberapa.The Road Not Taken, yang kita sama-sama pelajari dalam silibus SPM dahulu mengingatkan kepada saya bahawa apabila kita sudah memilih satu jalan,maka bersedialah untuk apa jua kemungkinan yang menanti di hadapan..dan tiada pusingan kali kedua terhapan jalan yang ditinggalkan.

Ya.Pilihan itu memang wujud.Allah Taala mengurniakan kita qudrat atau kemampuan yang memungkinkan untuk kita membuat pilihan dalam setiap tindakan kita.Dengan contoh mudahnya ialah jalan hitam atau putih.Penutup ceritanya jika kita masih berada dalam jalan yang sama pastilah hitam atau putih juga.Maka sebenarnya kita terpaksa memilih jalan putih tersebut supaya terselamat daripada azab yang menanti di hujung jalan yang hitam itu.Tiada pilihan dalam beberapa untuk memilih walaupun hakikatnya kita ada pilihan!

Falsafah 2-Kewajipan dalam keterpaksaan

Falsafah ni sangat berkait rapat dengan perbandingan antara sumbangan dan pengorbanan.Sumbangan adalah pemberian ketika kita dalam zon selesa dan keadaan senang lenang .Pengorbanan pula ialah apabila kita sanggup menyerahkan apa yang kita ada dalam keadaan kesempitan dan tindakan itu menyebabkan keperitan sama ada sikit atau sebaliknya.

Ada waktunya tindakan yang kita lakukan dalam kehidupan seharian adalah kerana kita perlu melakukan perkara tersebut tanpa kerelaan.Contohnya seorang ayah yang perlu bekerja kuat demi mencari rezeki menampung sara hidup diri dan keluarganya.Kalau diikutkan hati mahu sahaja berehat-rehat di rumah.Mahu tidak mahu dia perlu menggagahkan diri untuk menunaikan kewajipan terhapan diri sendiri dan tanggungannya.

Jika si ayah rasa terpaksa,dia tetap perlu juga melaksanakan hal tersebut.

Keadaan yang sama seringkali terjadi dalam kehidupan seharian kita.Bagi mereka yang benar-benar jelas akan kewajipan yang ada dalam diri mereka,saat diri terasa lemah untuk menunaikan kewajipan tersebut...rasa tangunggjawab untuk menunaikan tanggungjawab itulah yang akan momotivasikan diri untuk melaksanakan tuntutan tersebut.

Kewajipan kita adalah menjadi khalifah yang adil dan hamba yang taat di muka bumi Allah ini!

Falsafah 3- Our work is to do the best,He will do the rest

Kata-kata yang pernah diconteng oleh ayah dalam kamus Bahasa Inggeris saya.Kerja kita adalah buat yang terbaik dalam kehidupan ini.To squeeze the best juice of ours.Mempersembahkan yang terbaik dalam ruang lingkup kemampuan kita.Kerja selepas itu adalah 'kerja' Allah dan tiada ruang untuk kita setelah melepasi zon kuasa diri.

Seekor burung kecil berusaha meletakkan sesuatu di paruhnya dengan tujuan untuk memadamkan api yang akan membakar Nabi Ibrahim alaihissalam.Apabila ditanya mengapa dia sanggup berbuat demikian,katanya  takut-takut akan disoal Allah apa tindakannya untuk menyelamatkan Nabi Ibrahim alaihissalam.Sejauh mana usahanya itu akan memadamkan api yang sedang menjulang tinggi?Bukan itu yang difikirkan oleh burung kecil tadi.

Sebab itulah pendakwah tidak perlu merasa terlalu sedih dan berputus asa sekiranya dakwahnya tidak diterima (setelah ianya disampaikan dengan baik).Saat itu kewajipannya sudah pun selesai~

Sekadar itu yang mampu saya coretkan dalam ruangan kali ini.Moga bermanfaat.Allahu a'lam.

0 comments: