RSS

Sunday, October 23, 2011

Cintailah Aku,Cintailah Keturunanku

Assalamualaikum

Di tahun-tahun akhir ini kerap juga perasaan rindu kepada keluarga di Malaysia bertandang dalam jiwa.Beberapa minggu yang lepas apabila saya berbual dengan emak,beliau begitu bersemangat bercerita kepada saya bahawa beberapa hari sebelumnya mereka menziarahi sepupu saya di rumahnya.Puteri tunggalnya yang bongsu kelihatan sangat seiras dengan saya sewaktu kecil.Pandangan itu pastilah hanya boleh dinilai oleh kedua ibu bapa saya serta mereka yang sempat menyaksikan saya ketika gigi masih belum tumbuh.Kata emak,hilang juga rindunya kepada anak yang seorang ini apabila melihat si kecil itu~

Melihat seseorang mampu mengingatkan kita kepada orang lain...

Apatah lagi jika insan yang diingatkan melalui orang yang di hadapan mata itu merupakan insan yang paling disayangi,melebihi ibu dan ayah,suami dan isteri,anak-anak dan sahabat handai, mahupun diri sendiri.

Malam tadi ketika kali pertama melihat wajahnya secara langsung dan dekat,hati rasa tersentuh,sebak dan semacam ada perasaan yang tidak mampu diterangkan.Mungkin kerana mengetahui fakta bahawa insan yang sedang menyusun kata-kata,melontarkan hikmah di hadapan kami ini merupakan daripada keturunan semulia-mulia insan.Ketika itu hati saya menjerit-jerit mahu melafazkan rasa terima kasih kepada sahabat saya yang telah mengajak saya untuk merasai keindahan majlis ilmu bersama insan yang layak disayangi ini.

Pada pagi hari yang sama, Fadilat AsSyaikh Dr Yusri Al Hasani membacakan hadith kepada kami yang bermaksud ajarilah anak-anak kamu dengan 3 perkara iaitu mencintai aku (Baginda صلى الله عليه وسلم ), mencintai ahlil bait,dan mencintai tilawah Al Quran.AlhamduLILLAH pengajaran hadith tersebut menjadi sebab kaki ini berjaya digagahi untuk diatur ke perhimpunan penuh barakah bersama para ulama' yang mulia..


 Beliau yang saya maksudkan adalah فضيلةاالعلامة الحببب عمر بن حفيظ. Beliau merupakan daripada keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.Lahjah Arabnya sedikit berbeza dengan Arab Mesir mahupun fushah yang biasa difahami oleh masyarakat Melayu.Lahjah Arab Yaman beliau perlu kami dengar dengan baik supaya tidak salah faham tentang isi ceramah yang disampaikan.Mudah -mudahan dengan mencintai beliau,kita menjadi umat Baginda صلى الله عليه وسلم yang menyambut seruan untuk mencintai mereka yang digelar ahlul bait.Para pembaca yang budiman,sekiranya tahu lebih cerita tentang فضيلةاالعلامة الحببب عمر بن حفيظ. bolehlah kongsikan di laman blog ini ya!

Dalam banyak-banyak mutiara kata yang disampaikan,inshaAllah saya akan kongsikan secara ringkas di ruangan ini.Beliau berpesan tentang niat yang tulus dalam perbuatan.Sebelum itu juga lama' Azuari yang turut menyertai perhimpunan ini memperkatakan perkara yang lebih kurang sama.tentang الصدق والإخلاص.  Untuk rujukan para pembaca bolehlah membuka buku Hadith 40 karangan Imam Abu Zakariyya AnNawawi dalam bab hadith yang pertama tentang niat.

Tiba-tiba saya berasa cemburu dengan para Azhari dan Azhariyyah yang begitu dekat dengan para ulama' jika dibandingkan dengan kami pelajar kuliyyah perubatan di sini. Sebelum ketibaan فضيلةاالعلامة الحببب عمر , terdapat beberapa ulama' Azhari berketurunan Mesir yang memberi kalam tawjihat. Acapkali disebutkan tentang AlAzhar As Syarif,penutut di bidang pengajian Islam dan lain-lain.Alangkah beruntungnya mereka .. AlhamduLILLAH moga keberadaan kami di bumi Mesir ini juga mendapat tempias keberkatan para ulama' yang alim dan soleh..Benarlah kata senior kami suatu ketika dahulu,pelajar Malaysia yang belajar di Mesir dipandang tinggi di tanah air kerana adanya universiti yang sudah lama bertapak iaitu Al Azhar As Syarif.  Terima kasih kerana memberikan peluang untuk kami mendapat tempat di sini.

Moga tahun akhirku di sini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mendekati para ulama' dan salafussoleh seperti yang disarankan oleh Ustaz Fauwaz Fadzil kepada kami anak-anak muridnya beberapa tahun yang lalu sebelum beliau meninggalkan Mesir.Keyboard off!

Allahu a'lam n wassalam.




0 comments: