Assalamualaikum...
Nampaknya saya masih belum berjaya untuk secara konsisten menulis di laman blog ini.Masa yang semakin terbatas dan kemudahan yang makin menguji menambahkan lagi cabaran untuk saya terus mengasah alatan yang semakin menumpul ini.Maka saat ini saya memulakan kembali langkah yang sudah beberapa minggu tertangguh.
Sudah masuk minggu ketiga kami mengambil subjek Obstertric & Gynaecology atau dalam bahasa ibundanya subjek Perbidanan & Sakit Puan.Subjek ini merupakan subjek keempat dan terakhir untuk sesi pengajian Tahun 5 di Fakulti Perubatan Universiti Kaherah.AlhamduLILLAH,semakin hari semakin dirasai menceburi bidang perubatan ini bukan sekadar ingin menghabiskan silibus.Tidak cukup dan sangat rugi jika mereka yang berada dalam bidang ini berhempas pulas mengulangkaji pelajaran semata-mata ingin mendapatkan markah terbaik dalam peperiksaan, TANPA membayangkan kesemua pengetahuan itu akan digunakan dalam kehidupan sehariannya apabila sudah bergelar seorang pegawai perubatan.Ilmu dan hikmah dalam bidang perubatan sangat istimewa, mahu tidak mahu ilmu itulah yang akan menjadi kehidupannya nanti. "You must keep this note so it will stick in your mind..this is your life,more important than your wife".Sampai begitu sekali pesanan salah seorang pensyarah kami Dr Ala' addin semasa kami menyalin nota beliau dalam kelas tutorial!
Tahun 5 ini boleh dikirakan sebagai cabaran besar bagi kami kumpulan Malaysia pertama pelajar tajaan JPA dan MARA yang datang dalam skala yang besar sekitar hampir 100 orang. Sudah 4 tahun kami 'menyendiri' antara kami sesama rakyat Malaysia.Ada senior kami yang mengatakan dia merasakan keadaan ramainya kami menjadikan seolah-olah Kasr El Ainy Universiti Kaherah adalah Universiti Kebangsaan Malaysia..ataupun mana-mana sahaja universiti tempatan di Malaysia.Saya masih ingat Prof Dr Akeef yang mengajar kami subjek Physiology semasa di Tahun1 berpesan agar kami bercampur dengan pelajar tempatan supaya kami tidak menjadi seperti foreign body kepada mereka.Selalu juga saya memasang impian untuk berdampingan dengan kawan-kawan arab supaya keadaaannya berbeza jika dibandingkan saya berada di Malaysia.Namun jadual yang padat pada tahun pra klinikal dan peluang yang sangat terbatas menjadikan impian saya itu hanya bersifat angan-angan dan hampir mustahil untuk dicapai pada ketika itu.
Satu ujian yang saya kira satu rahmat dari satu sudut apabila pegawai PPL JPA di Mesir bertegas untuk mencampurkan kami dalam kumpulan pelajar arab seawal kami di Tahun 5 ini.Apabila pulang dari kelas ramai yang mengadu perasaan kepada para senior.....menangis kerana tidak faham apa yang disyarahkan doktor dalam kuliah.Kata senior itu perasaan biasa yang mereka juga pernah lalui,tapi itu semua cerita mereka di Tahun 1 atau 2....bukan tahun 5 seperi kami sekarang ini!Baru terkontang kanting untuk mengadaptasi diri dengan suasana yang sangat baru bagi kami.
Bermula dengan subjek General Internal Medicine,Paediatrics dan General Surgery ,ada kalanya terasa seperti orang bodoh...apabila tidak memahami apa yang pensyarah tuturkan. Perasaan sebegini memuncak apabila pelajar tempatan dan mereka yang memahami bahasa arab ketawa terbahak-bahak dengan cerita-cerita dan perumpamaan yang dikaitkan doktor dengan subjek berkaitan.Sungguh saya merasa cemburu dengan mereka yang dapat memahami bahasa arab dengan begitu baik.Keazaman juga semakin menebal untuk meningkatkan usaha...supaya akhirnya nanti saya dapat sekurang-kurangnya terseyum apabila mereka terhibur dengan cerita-cerita kelakar doktor-doktor kami yang mulia :)
Untuk mencapai cita-cita itu..dan tentunya cita-cita yang jauh lebih besar sekadar yang saya sebutkan di sini,tentunya ada harga dan tuntutan yang perlu dibayar.Kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Ada masa mungkin usaha kita akan diperkecilkan oleh orang lain..secara langsung mahupun tidak...ada kalanya mungkin kita dipandang sinis kerana keadaan kita yang tidak mampu diubah ketika itu.Ada kala mungkin kita sendiri teruji dengan rasa rendah diri dan berputus asa lalu meninggalkan apa yang kita kejarkan selama ini.
Sahabat, menuntut ilmu itu memang berhajatkan untuk kita menyerahkan diri sepenuhnya supaya nikmat ilmu itu dapat kita kecapi di akhir nanti.Perasaan negatif seperti superior, malas untuk berusaha,merasa rendah diri, tidak mahu hidup susah,mementingkan diri sendiri dengan mengenepikan kesusahkan orang lain adalah perkara-perkara yang perlu dielakkan...ilmu itu berstatus bermanfaat apabila berjaya memberi manfaat tidak hanya kepada diri sendiri,tetapi juga kepada orang lain.
Knowledge,Skill,Attitude. Ketiga-tiga elemen ini perlu dan masanya adalah sekarang untuk kita mempersiap dan melengkapkannya sebaik yang mungkin.Ya Musahhil.Ya Muhaimin.
Allahua'lam n wassalam.
Sanah Helwah Hana
4 months ago
1 comments:
Salam natrah...kaifa hal?=)...ssronok gak bc xperience natrah.kire kat sane once msk posting,sume dah ckp arab ek??...mst best kan..lg2 bila faham..insyaAllah ,natrah blh!!!zam skrg dah posting kat melaka GH n muar...alhamdulillah..posting kt sini compared to india lain sket.rasa lg rapat dgn patient...ade connection..w/p sll kene marah ngan prof.hihi....skrg tgh posting surgery.Doakan zam same kt sini.InsyaAllah same2 buat ygterbaik=)
Post a Comment