Assalamualaikum
Tengah hari tadi (12 Oktober) selepas tamat kelas sesi pertama saya mengatur langkah ke gerai makanan bersama salah seorang sahabat saya.Kami berjalan sepantas mungkin kerana sudah tidak lama lagi sesi pengajian kedua akan bermula.Walaupun keadaan kelam kabut itu agak memenatkan,namun perut perlu juga diisi dan itu sering menjadi antara prioriti! Ada sahabat saya jika sudah letih bekerja dan diberi pilihan antara tidur atau makan (dalam keadaan perut yang kosong) tidur menjadi pilihan demi menghilangkan kepenatan.Tetapi jika saya berada di tempatnya,selalunya saya akan memilih untuk makan! :D
Sahabat yang berjalan bersama saya tadi mengatakan,hidupnya bukan untuk seorang.Laparnya akan memberi kesan kepada insan lain.Oh,dia sudahpun bergelar puan,anaknya masih menyusu secara tabi'e.Perut perlu diisi dengan makanan berkhasiat supaya menghasilkan susu yang baik untuk tumbesaran si anak.Maka apakah peranan saya untuk mengisi perut untuk kali ini? Adakah kelaparan saya akan memberi kesan kepada insan lain? Saya berfikir dan hasilnya tecetuslah entri kali ini...
Moga Allah menerima amalan kita semua.Saya berharap makanan yang diambil adalah untuk menjana tenaga...kerana tidak lapar saya (bukan kenyang) harap-harapnya adalah untuk orang ramai... supaya tenaga dapat dijana.Dalam konteks sebagai seorang pelajar,tidak lapar itu mampu meningkatkan daya fokus supaya dapat memahami pelajaran dengan lebih baik.Apabila ada kekuatan,inshaAllah segala aktiviti menjadi lebih mudah dan efektif.
Tubuh badan yang sihat. قوي الجسم
Salah satu ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap individu Muslim ialah mempunyai tubuh badan yang sihat.Kadang-kadang orang tidak nampak kaitan secara langsung bagaimana kekuatan fizikal mampu menjadikan kita bermanfaat kepada orang lain.Ketika zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم peperangan merupakan antara jalan yang digunakan untuk menyebaran kebenaran agama Islam.Ketika itu Islam sudah semakin kuat,dikukuhkan tapaknya oleh para sahabat Baginda صلى الله عليه وسلم yang setia dan mempunyai keimanan yang tiada tandingan.Peperangan sudah tentu memerlukan tentera yang kuat dari segi fizikalnya untuk mengalahkan musuh yang dihadapi.Salah seorang daripada mereka iaitu Saidina Umar Al Khattab pernah berpesan ketika hayatnya iaitu ajarilah anak-anak dengan tiga perkara iaitu berenang,menunggang kuda dan memanah... Secara logiknya aktiviti tersebut dapat membantu dalam melahirkan para tentera yang gagah perkasa dari sudut fizikal.
Berenang
Baik di tanah air mahupun di negara tempat saya berkelana menuntut ilmu ini,tidak banyak kolam renang disediakan secara berasingan antara lelaki dan perempuan.Jika ada pun kawasannya agak sedikit terdedah dan tidak begitu selamat bagi para muslimah yang bertudung litup untuk menjadikan aktiviti renang sebagai riadhah yang rutin. Aktiviti renang amat baik untuk kesihatan.Kebiasaanya selepas berenang beberapa ketika di dalam kolam kita akan berasa lapar dan badan terasa lenguh keseluruhannya.Hal ini kerana renang merupakan aktiviti sukan yang menggerakkan keseluruhan otot dan sendi di badan kita.Sebab itu kita juga digalakkan untuk membuat aktiviti warming up terlebih dahulu sebelum terjun ke dalam kolam,sambil 'berniat' berenang samalah seperti kita berlari di trek !
Satu pengajaran yang saya belajar melalui renang ialah ia mengajar apa itu keberanian dan yakin diri. Saya masih ingat perasaan cemas dan rasa akan lemas dan akan mati dalam air,fobia dengan air yang dalam dan sebagainya merupakan perasaan-perasaan yang menghalang saya daripada berada d bahagian tengah kolam.Perassan itu yang menjadi benteng dan menyebabkan saya hanya mampu berada di pinggir kolam sambil mengadap 'longkang' kolam. AlhamduLILLAH ada juga pengalama saya ke tengah walaupun tidaklah sehebat mana.Dengan itu saya belajar meyakinkan diri sendiri dan berani untuk menghadapi cabaran 'air' di sekeliling :)
Memanah
Di Sekolah Raja (P) Taayah dahulu saya menyertai Imam Syafie Archery Club (ISAC)..Sekadar menyertai tetapi tiada rezeki untuk pergi jauh :( AlhamduLILLAH ala kulli hal~Seingat saya, alat memanah yang saya mampu angkat dan menarik talinya dalah berstatus baby dan begitu ringan jika dibandingkan dengan yang sepatutnya dipegang oleh pemanah seusia saya. Boleh jadi jika saya mememgang yang sebenar itu,saiznya lebih kurang sama saya dengan ketinggian saya :P. Bukan mudah untuk menarik talinya itu.Jika sudah ditarik pun sekiranya tidak cukup kuat,panah tidak akan pergi jauh.Tangan yang memegang alatan utama itu perlu diluruskan supaya panah tidak terkena lengan.Dahulu saya menyaksikan lengan sahabat saya bertompok biru(sebelah dalam siku) kerana memanah, lebih kurang sama sahaja dengan sekarang yang saya perhatikan lebam biru di tangan para pesakit di hospital..
Menunggang kuda
Saya tidak mampu menghurai panjang dalam bab ini kerana tiada pengalaman~ Hanya sekadar menaiki atas kuda yang berjalan di kawasan pelancongan :)............
Pernah sekali kami menyertai Seminar Perubatan-Perbidanan& Sakit Puan di Iskandariah anjuran PERUBATAN Cawangan Iskandariah.Salah seorang pengisi slot yang sangat memberi kesan ialah Ketua Jabatan pengkhususan tersebut dari Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah. Beliau berkongsi pngalaman bahawa beliau menjadikan sukan tenis sebagai rutin.Hal ini sebenarnya berkaitan dengan kerjaya beliau sebagai pakar perbidanan dan sakit puan kerana katanya sukan tenis mampu menguatkan tangannya yang digunakan dalam melengkapkan tugasannya. Doktor tersebut percaya bahawa kekuatan fizikal adalah antara elemen penting dalam membentuk pegawai kesihatan yang kompeten dalam merawat para pesakitnya.
Biar apa pun jua cara untuk kita menguatkan fizikal,dengan menjaga pemakanan,melakukan senaman yang pelbagai, dan lain-lain....maka luaskanlah tujuannya..Usah terhadkan kepada hanya untuk kepuasan diri Alangkah baiknya jika pihak lain juga mendapat manfaat daripada kecergasan tubuh badan kita ini. Kerana akhirnya jasad ini akan kembali ke tanah juga.
Allahua'lam n wassalam.
Sanah Helwah Hana
4 months ago
0 comments:
Post a Comment