Lama juga saya menghabiskan masa 'mengulangkaji' hasil penulisan dalam SOLUTION ini...entri beberapa bulan atau tahun yang dahulu.Itu belum lagi membuka kembali entri2 seawal kelahiran blog ini...ada yang membuatkan saya tersenyum, ada juga yang membuatkan dahi berkerut..Ya,kita banyak belajar daripada sejarah..Sebab itu jangan melupakan sejarah kerana kita pasti akan mengulanginya!
Hari ini dinamakan Yaumul Istifta' di Mesir.Cuti umum sempena meraikan rakyat Mesir yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka untuk menyuarakan pendapat,sama ada YA atau TIDAK terhadap perlembagaan atau perundangan Mesir sebanyak 211 fasal (sumber daripada salah seorang warga Mesir di Medan Tahrir).Jika YA maka perlembagaan itu akan terus digunapakai.Jika TIDAK maka perlembagaan itu akan digubal semula.Sepanjang survey tidak rasmi kami,semua rakyat Mesir mengatakan TIDAK sebagai pendirian mereka.Kata seorang pemandu teksi...itulah gunanya mereka berada di Medan Tahrir (sewaktu revolusi),iaitu untuk menggubal undang-undang baru...ke arah Mesir yang lebih baik inshaAllah.
Medan Tahrir menjadi tempat yang paling popular di seluruh dunia ketika isu kebangkitan rakyat menentang Hosni Mubarak menjadi topik perbualan utama.Satu kawasan lapang yang menyaksikan kesungguhan rakyat Mesir menuntut kembali hak mereka yang telah dicabuli.Ramai sekali yang sanggup bermalam beberapa hari di sana,membahayakan diri sendiri terutama beberapa hari awal selepas 25 Januari 2011...ketika revolusi baru sahaja tercetus.Keadaan menjadi genting apabila pihak berkuasa boleh sahaja melepaskan tembakan rambang kepada mereka yang menyertai demonstrasi itu,mafhum daripada perkongsian pensyarah kami Prof Dr Abdul Nasser yang hanya terlepas beberapa hari daripada menyertai tempoh 18 hari ber'kampung' di Medan Tahrir.
Di kuliah juga terdapat beberapa pensyarah yang prihatin dan berminat untuk berkongsi cerita tentang politik semasa tanah air dengan para pelajar.Dapat juga kami mendengar beberapa pendapat yang dinyatakan oleh rakyat Mesir yang lebih kurang sebaya.Sama ada difahami secara superficial..atau sebenar-benar kefahaman..Maka azam saya untuk mempelajari dan bertutur dalam bahasa Arab semakin berkobar-kobar..kerana terlalu banyak manfaat yang dapat diperoleh apabila kita bergaul dengan penduduk tempatan.Untuk mencapai matlamat itu pastilah kita perlu menguasai bahasa ibundanya terlebih dahulu...
Maka saya kongsikan beberapa perkataan yang saya pelajari melalui pengalaman revolusi Republik Arab Mesir ini~
*Muzaharat=Rusuhan/rapat umum
*Thaurah=Revolusi
*Hizb=Parti
*Dabbabah=kereta kebal
*Istifta'=Survey
*Ta'dilat=taghyiir=perubahan
Selain kecemerlangan akademik yang menjadi fokus kita bersama setelah menjejakkan kaki ke bumi Mesir pasca evakuasi...fokus saya juga ialah untuk mengambil sebanyak mungkin manfaat dan kebaikan keberadaan di bumi Mesir.Jika dahulu saya merancang beberapa item perlu dikejar dalam tempoh 6 tahun 1/2 di Mesir,tetapi Revolusi Mesir yang disifatkan termasukkan dalam teori dominio kebangkitan rakyat di Timur Tengah merupakan isu yang tidak wajar untuk saya lepaskan begitu sahaja.
Moga sama-sama dapat mengekstrak pengajaran daripadanya.
Salam reformasi...salam 1 Mesir n_n
Wassalam
0 comments:
Post a Comment