RSS

Thursday, January 28, 2010

Mutiara dari kekasih KEKASIH

.....kekasih      =Rasulullah Sallallahua'laihiwasallam
.....KEKASIH=Allah Azza Wa Jalla

Assalamualaikum

Alhamdulillah.Segala puji selayaknya bagi Tuhan Yang Maha Menciptakan.Dalam pengajian hadith bersama al-Fadhil Ustaz minggu lepas terasa begitu sekejap.Kali ini beliau membacanya satu persatu dan lebih banyak huraiannya pada setiap hadith.Mungkinkah Ust nak mengelakkan saya daripada mengantuk lagi dalam kelasnya...

InsyaAllah saya akan berkongsi sebanyak mungkin intipati untuk setiap hadith yang dipelajari dalam kitab ringkasan Sahih Bukhari susunan Abi Jamrah ini.Semoga Dia sudi menerimanya~

pesanan :apa yang dicatatkan di sini adalah berdasarkan pemahaman saya hasil bimbingan Ustaz Fauwaz.Minta tolong betulkan untuk mana-mana kesilapan yang disedari.Mohon izin untuk menggunakan terjemahan kalimah yang lebih mudah difahami dalam bahasa ibunda kita.


241-Daripada Anas RA Rasulullah SAW bersabda...Tidaklah seseorang muslim itu apabila menanam tanaman dan ada orang mahupun binatang yang makan daripada hasil tanamannya-kecuali ia dikira sebagai SEDEKAH.

*Islam membuka peluang seluas-luasnya kepada setiap individu muslim untuk bersedekah mengikut kapasiti masing-masing.Ada orang miskin yang tidak mampu menyumbang kewangan kepada orang yang berhajat berpeluang merasai nikmat bersedekah dengan mengukir senyuman,mengalihkan duri di jalanan,mahupun dengan hanya menanam yang hasilnya boleh dimakan pada masa akan datang!


242-Daripada Jabir RA daripada Rasululullah SAW ....Siapa yang tidak mengasihi TDAK AKAN dikasihi.

*Kasih sayang tanpa alasan.Namun masih dalam batasan syara' :)

243-Daripada 'Aisyah RA sabda Rasulullah SAW...Jibril AS sentiasa memesan tentang kejiranan sehingga aku menyangka mereka(jiran) akan menjadi antara ahli waris.

*Tidak sempurna iman,jika kau tidur dalam kekenyangan...sedang jiran tetanggamu menangis kerana kelaparan(mestica @sendu sendawa)


244-Bertanya Aisyah RA kepada Rasulullah SAW,"Wahai Rasulullah,aku mempunyai dua jiran,maka yang mana satukah  menjadi keutamaanku? Jawab Baginda SAW "Yang paling dekat dengan pintu kamu"

*satu lagi hadith tentang keutamaan jiran.Merekalah yang menjadi tempat rujuk kita dalam kesusahan di kala semua keluarga dan kenalan berjauhan.


245-Daripada Jabir Ibn Abdillah RAhuma sabda Nabi SAW "Setiap perkara yang baik adalah sedekah"

*Lakukankah segala apa benuk kebaikan yang kita mampu.Hakikatnya kita bersedekah untuk diri kita sendiri.Ganjarannya kalau tidak dunia,di akhirat nanti sudah pasti insyaAllah.

246-Daripada Ibnu Umar RAhuma sabda Rasulullah SAW "Kalau perut kalian dipenuhi dengan nanah,adalah lebih baik daripada dipenuhi dengan syair2(yang berbentuk jahiliyah)

*Islam agama yang logik,maksud saya selari dengan fitrah keperluan manusia.Kita dibolehkan untuk berhibur tetapi ada syarat dan panduannya.Hiburan yang sebenarnya memang benar-benar merehatkan jiwa.Carilah bentuk hiburan yang selari itu.

247-Daripada Ibnu Umar RAhuma  sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya orang yang memungkiri janji akan mengangkat bendera di hari qiyamat dan akan dikatakan 'inilah penipuan fulan bin fulan"

248-Daripada 'Aisyah RA sabda Rasulullah SAW "Janganlah ada antara kamu berkata 'celakalah diriku,tapi katalah kerasnya diriku' "

249-Daripada Abu Hurairah RA sabda Rasulullah SAW firman Allah Ta'ala terdapat anak adam yang mencerca masa dan Aku adalah (Pencipta) masa di tanganKu malam dan siang.

*masa juga merupakan antara makhluk Allah.Manusia selalu melihat dan menyalahkan kelemahan pihak lain berbanding cuba memperbaiki kelemahan diri sendiri.

250-Daripada Abu Hurairah RA sabda Rasulullah SAW "Mereka berkata al-karmu sesungguhnya alkarmu ('inab @ anggur)adalah hati orang mukmin"

*Banyakkan sebut perkara yang baik-baik sahaja

251-Dari Abu Hurairah RA sabda Rasulullah SAW "Namakanlah dengan namakubukan dengan kun yahku(e.g. Abu Qosim) dan siapa yang melihatku dalam mimpi maka dia memang melihatku,kerana syaitan tidak mampu menyerupaiku,dan siapa yang berbohong atasku maka bersedialah temptanya di neraka"

253-Daripada Anas bin Malik berkata :Telah bersin dua orang lelaki di sisi Nabi SAW dan Baginda menyebutkan (yarhamkAllah) kepada seseorang dan tidak menyebutkan kepada seorang lagi.Maka berkata lelaki itu"Wahai Rasulullah engkau meneyebutkan (yarhamkAllah) kepadanya dan tidak kepadaku kata Nabi SAW "Sesungguhnya demikian adalah pujian kepada Allah dan kamu tidak memujiNya"


*Dalam bahasa Arab almad hu ialah perbuatan memuji layak untuk manusia syakara pula kita berterima kasih kepada Allah kerana nikmatNya.Manakala alhamdu adalah pujian yang selayaknya HANYA bagi Allah sebagai Tuhan Pencipta kita,tanpa disebabkan apa2 nikmat yang dikurniakan ke atas kita.


Cukup dahulu perkongsian hadith untuk post ini.Sebaik-baik amalan adalah yang berterusan.Moga kita sama2 istiqamah dan kekal dalam jalan Ilahi ini.Ameen.Kalau ada sahabat2 yang ingin menggunakan hadith2 di atas dalam isi ceramah,hujah,dan lain2,saya nasihatkan untuk rujuk orang yang lebih ahli dan dan juga rujuk kitab hadith sahih Imam Bukhari.Taku2 apa yang saya kongsikan di sini berlainan pula daripada maksud yang sebenarnya.

Takut juga ingin membuat catatan tentang hadith.Moga Allah menegur kesilapan,kecuaian,dan kesalahan kita hamba-hambaNya.Ustaz pesan,kebenaran itu selalu bermula dengan kita membuat salah terlebih dahulu. Kan???

Moga bermanfaat.

Wassalam.

2 comments:

Fauwaz Fadzil said...

bagus2, macam ni kita nak, galakan kawan2 lain buat samana ,teruskan penulisan

dabei said...

jazakAllah ustaz