RSS

Sunday, January 17, 2010

Birru Walidain

Assalamualaikum

Dalam kelas pengajian hadith bersama Ustaz Fauwaz yang lepas saya amat2lah mengantuk.(ust jangan kecik hati ye:-p).Mungkin sebab k Aniah masak sedap sangat.Banyak pula saya makan.Lepas tu rohani pula dah penat untuk menerima minyak pelincir.Haih~

Saya cuba belek2 kembali intipati hadith yang mungkin saya boleh kongsikan di sini.Ada.Tapi tak berani pula saya nak taipkan di sini.Takut lain daripada maksud sebenar daripada hadith.Hurm.patutlah Rasulullah SAW pesan,kalau mengantuk sebelum solat(sedang waktu solat masih panjang),maka sepatutnya kita tidur dahulu.Ye la,dalam keadaan mengantuk kadang-kala mengigau.Lain pulak bacaaan kita.Takut2 tersebut perkataan yang mendoakan kecelakaan diri sendiri:(.Nauzubillah.

Saya cuba selak kembali helaian yang kami teladani bersama Syeikh Yusri.Kalau tidak melalui galakan Ustaz,saya tidak tahu bila masa akan saya berpeluang berguru dengan Sheikh Yusri di Masjid Al-Azhar As-Syariff.

Mata saya tertumpu pada bab ke 138 hadith 3004 tentang bab tuntutan memohon keizinan daripada kedua ibu bapa sebelum pergi keluar berjihad.

Daripada Abdullah bi Amru Al-As,Rasulullah SAW bertanya kepada salah seorang sahabat yang memohon izin Rasulullah SAW untuk menyertai jihad pada ketika itu,sama ada sudahkah dia mendapatkan keizinan kedua orang tuanya terlebih dahulu.Apabila sahabat tersebut mengiyakan pertanyaan Baginda SAW,barulah dia dibenarkan menyertai jihad tersebut.

Lihatlah.Dalam kita membuat kebaikan pun,Islam menyeru untuk kita mendapat restu kedua ibubapa.Apatah lagi untuk perkara-perkara lain.Tambah2 lagi untuk sahabat2 yang berada jauh daripada pandangan mereka.Samada di luar negara mahupun di Malaysia.Kadang kala kita lupa ada dua insan yang menjadi penyebab redhanya Allah pada kita atau sebaliknya.

Kita berbuat baik kepada ibubapa bukan kerana payahnya mereka menjaga kita di waktu kecil.Kalau begitu anak orang kaya tidak perlu berbuat baik kepada mereka kerana dahulu ibubapanya menyambut kelahiran dan membesarkannya dengan senang lenang dan kebahagiaan yang berpanjangan.Kita juga menyayangi ibubapa kita bukan kerana mereka terlebih dahulu menyayangi kita sejak kita mengenali dunia.Kalau begitu,anak2 yang 'kurang kasih sayang' bolehlah mengabaikan ibubapa mereka kerana tiada kasih yang perlu dibalas atau dibayar kembali.

TAPI,kita kasih,sayang,cinta,dan sentiasa ingin menggembirakan hati emak dan ayah kerana mereka adalah mereka.Untuk saya,kerana mereka adalah Zainora Mohamed Ozair dan Ahmad Kamil Baharum.Mereka yang menjadi penyebab saya mengenali siapa Tuhan saya.Mereka yang menjadi penyebab saya tahu tujuan saya diciptakan.Mungkin mereka sendiri tidak tahu merekalah yang menjadi penyebab untuk segala insiden yang berlaku dalam kehidupan saya,suka atau duka.Saya menyayangi mereka kerana Allah telah tuliskan,merekalah sebagai emak dan ayah saya di dunia.InsyaAllah di akhirat juga.Ameen~

Apa yang menarik,hari saya belajar hadith tersebut merupakan antara tempoh saya makin rasa beruntung dan bersyukur,kerana masih mempunyai emak dan ayah untuk berkongsi segala.Untuk sahabat2 yang masih mempunyai kedua ibubapa,mari kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk membahagiakan mereka.Saya percaya,mereka akan berasa paling bahagia jika kita menjadi anak yang soleh dan solehah dan taat pada perintah agama.Ayuh,berusaha menjadi baik demi membahagiakan emak dan ayah!Bagi sahabat2 yang telah tiada salah seorang atau keduanya,insyaAllah kita sama2 doa kebahagiaan dan ketenangan mereka di sana.Ingat,doa anak yang soleh tidak akan pernah putus daripada menjadi penyelamat mereka di alam sana.

Till then,WASSALAM.

5 comments:

Fauwaz Fadzil said...

ish2 rupanya ngantuk, ingat khusuk,

lps ni kamu kena denda masak nasi lemak pula,ramai budak2 laki suka nasi lemak musim panas hari tuhe3, bolh buat niaga.
tapi makan lps kelas,

lepas ni kamu tulis pula pasai wanita dan kepentingan belajar agama, khususnya tajwid

lyannayahya said...

haaa natrah-ustaz suruh tu.kena laa buat.:D

natrah memang suka menulis ustaz-kita bagi natrah menulis.

mmg sedap kak niah masak kan nat~!

[tak saba nak tunggu nasi lemak natrah]

dabei said...

adeh~tu satu arahan atau cdgn ust??:d
sy rs ust silap orang la.huhu...tp asyan us,insyaAllah akn menyusul...

kak yana dah ada skali ni kena join venture la...k yana masak nasi n sambal,saya potong timun dan rebus telur...hehe..amacam k yana???

Doakan kita sentiasa istiqmah dlm menuntut ilmu yang bermanfaat~

dabei said...
This comment has been removed by the author.
Fauwaz Fadzil said...

kah2, nak kata cadangan, tapi teringin juga he2, kamu buatlah dgn kak yana kamu tu , dia teror juga,

aa, natrah suka menulis, liana pun tulislah benda2 yng bagus , kak niah masak sedap, tgklah suami dia he2