RSS

Friday, February 12, 2010

Saya pencinta wanita :)

Assalamualaikum...

Sudah lama rasanya tidak meluangkan masa menulis di sini.Ada beberapa hasil yang masih menjadi simpanan dalam draft.Tidak tahu bila masa pula akan lengkapkan.Semoga Allah permudahkan langkah kita dalam kebaikan.Hari ini lebih kurang separuh masa pertama cuti winter.Senyap juga suasana sekeliling.Ada yang ke Turki,Ireland,Sinai,Bahriyya,Scotland,dan entah ke mana lagi.Saya masih di Kaherah.InsyaAllah malam ini akan ke muhafazah Tanta.Oh,jauhnya percutian saya,selain ma'radh kutub(pesta buku) yang juga menjadi destinasi pilihan:)

Namun saya seronok dengan keadaan beigini.Bukan tidak 'tercabar' dengan sahabat2 lain yang terbang jauh mengibas2 sayap masing2.Saya rasa satu ketika dahulu sayalah orang yang paling bersemangat mengaturkan destinasi sana dan sini.Merancang negara mana yang ingin dijejaki sepanjang kelana saya di negara orang.Bukan semua orang berpeluang sebegini.Tapi.itulah~rezeki masih belum ada setakat ini.InsyaAllah,Dia akan permudahkan jalan.Mohonlah padaNya,sesungguhnya kurniaanNya sangat luas.Moga pintu2 rezeki kita yang berkat itu datang daripada pintu2 yang disangka dan tidak disangka2~



Sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan dalam tulisan kali ini ialah berkenaan input yang saya dapat dalam pengajian pertama Bahasa Arab fushah saya bersama al-Fadhilah Ustazah Jihad Al-Khattab.Alhamdulillah kelas saya terus bermula tanpa melalui proses tahdid mustawa (penentuan tahap).Terus sahaja dengan silibus yang saya pelajari bersama al-Fadhilah Ustazah Amirah Al-Misry beberapa bulan yang lalu.Moga segala ilmu yang kita pelajari menambahkan makrifah kita terhadap Pencipta kita sendiri.Ameen...

Silibus Markaz 'Arabi yang boleh dikatakan 'bayangan' Maahad Iqra' memang tidak membosankan.Sebenarnya sukatan ini datangnya daripada Arab Saudi.Belajar Arab bukan semata2 mempelajari bahasa,malah lebih daripada itu.Teksnya banyak berkisar tentang sirah nabawiyyah,nasihat2agama yang menjadi pembangkit motivasi,pengetahuan umum,dan lataan ilmu2 bermanfaat yang sungguh 'mengenyangkan'.

Semalam kami berbincang tentang wanita berkerjaya.Terdapat tiga pendapat tentang wanita yang bekerja di luar rumah.Pendapat pertama meletakkan taraf wanita adalah sama sahaja dengan lelaki.Mereka adalah sebahagian daripada masyarakat,mempunyai akal yang tinggi dan ketrampilan yang kadang-kala mengalahkan lelaki.Mengapa harus membiarkan wanita melakukan kerja2 yan dianggap tidak memuliakan mereka seperti menguruskan hal rumahtangga,mendidik anak2,memasak,mengemas rumah dan sebagainya.Pendapat ini kelihatan ekstrim.Namun dari sudut yang positif ialah pendapat ini meraikan martabat wanita,tiada penafian terhadap kemampuan wanita dalam menyumbang kepada masyarakat.Pendapat ini biasa berlaku dalam kalangan masyarakat barat.

Pendapat kedua pula,bidang kerja wanita selayaknya di rumah sahaja.Pendapat ini  selari dengan pendapat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna beberapa dekad yang lalu.Kita bersangka baik bahawa pendapat beliau relevan dan boleh diterima pakai pada zamannya.Bagi mereka,tugas wanita adalah di rumah,menjadi pengurus dan supervisor dalam menguruskan hal2 rumahtangga seperti yang dinyatakan di atas.Di sana terletaknya kemuliaan seoang wanita.Emak saya adalah seorang suri rumahtangga sepenuh masa.Silap jika saya katakan beliau tidak bekerja bahkan itulah pekerjaannya yang mulia.Sumbangan insan2 seperti dirinya  terhadap masyarakat ialah apabila beliau berjaya melahirkan anak2 yang mumtaz dan mumtazah dalam masyarakat kelak,yang tidak menyusahkan orang lain,malah menjadi antara tenaga yang menyambung kembali risalah Rasulullah SAW.

Pendapat ketiga adalah antara dua yang dinyatakan,iatu wanita diharuskan bekerja di lauar rumah tetapi bish syart(satu syarat)..namun kata Ustazah Jihad yang lebih tepat ialah bish syurut(syarat2).Banyaknya syarat2 yang digariskan sebelum cepat mengatakan wanita boleh bekerja di luar rumahtangganya.Antaranya ialah rumahtangga adalah PRIORITI nya,bidang pekerjaan yang sesuai dengan seperti doktor dan guru(kebetulan contoh saya dan Ustazah...hehe).Tidak melakukan kerja yang berat,dan yang paling penting mereka memelihara akhlak dan kehormatan diri terutama ketika bergaul dengan yang bukan mahram.

Inilah dia konsep wasathiyah.(terasa menulis hasil perbincangan kelas wasatyiyah pula:-p).Kali ini istilah wasathiyah datangnya daripada mulut Ustazah Jihad,bukan mulut insan yang memperkenalkan pendekatan ini kepada kami(peace to Al-fadhil Ustaz Fauwaz).Saya bukanlah ta'asub dengan istilah wasathiyah ini.Tetapi inilah manhaj atau metod yang nampaknya lebih dekat di hati.Lebih tenang mengamalkannya.Kedengaran lebih harmoni dan ikhlas insyaAllah.Wasathiyah adalah keseimbangan bukan kesederhanaan.Kita tentu inginkan syurga tertinggi bukan yang sederhana bukan?Maka kenalilah wasathiyah ini sebagai keseimbangan,keadilan,dan keamanan dalam setiap perkara..bukan pertengahan atau perkara 'biasa2'.

Maka saya dan Ustazah sepakat menerima pendapat ketiga sebagai pilihan(contoh dalam buku sendiri kebetulan tobibah dan mudarrisah :).Saya tertarik dengan perbincangan kami pagi itu kerana topiknya sangat dekat dengan diri saya.InsyaAllah beberapa tahun lagi saya dan sahabat2 akan melangkah keluar bergelar graduan Fakulti Perubatan Universiti Kaherah.Gelaran 'wanita berkerjaya' yang saya sendiri dahulu pernah kurang senang mendengarnya' dalam sedar ataupun tidak semakin hampir menjadi title kepada diri.Ayuh kita perlu bercita-cita lebih besar dalam menyumbang kepada masyarakat..Tuntutan pada hari ini memang nampaknya memerlukan kita gen XX untuk turun padang sama,tentu sekali dalam batasan kita menjadi muslimah yang memelihara maruah diri dan keluarganya.

Semangat memperjuangkan hak wanita sangatkah saya ini?

Bukan apa,moga kita sama2 terbuka mata tentang satu lagi bukti keindahan Islam dalam mengatur hidup manusia di muka bumi.Segala puji dan hamd selayaknya bag Allah Ta'ala.

Allahua'lam

7 comments:

PEMENANG said...

bagus2 lame gak terfikir pasal mende nih.....

kdg2 rase tensyen gak pesal la ramai sgt pompuan keluar sana sini nak tunduk pandngan pon susah...

tapi salahkan org x gune....baik betulkan diri sendiri.....

akhirnya ada orang tulis pasal mende nih....( x abes baca agi)

teruskan tulis kurang2 manusia yang malas gi kelas boleh baca....

manusia kan ada mcm2 jenis

dabei said...

tq ats galakan.tadi terdetik la jugak sejauh mn lah faedah yg ak dapat kalo menulis ni..xtaw sape la yg akan baca.

bagus jgk pemenang meninggalkan jejak.at least sy taw ada org mmbaca selain diri sy sendiri :)

dalam buku Muslimah Hari Esok karangan Dr Yusuff al-Qhardawi menyatakan wanita sebagai kayu ukur kegemilangan masyarakat.Rosaknya wanita adalah petanda yang tidak baik ketamadunan sesebuah masyarakat.

isk3.hebatnye kitorang =)

Yunalia said...

Jgn risau ada org baca ke tdk, sebenarnya penulisan ini lbh untuk diri kita sendiri :)

boleh huraikan lbh lanjut ttg wasathiyah? sgt menarik, tapi saya masih tak jelas ttg hal nie, kalau dpt dihuraikan scr menyeluruh lbh baik, jzk

dabei said...

salam.

to yuana..time kasih bnyk ats keyakinan yg dberikan.insyaAllah,ada rezeki sy akn kongsikan apa yg saya ada ttg wasathiyah.

ni link blog ustaz saya yg menjadi perintis manhaj ini dlm klangan kami adik2nya~

http://fauwazfadzil.blogspot.com/

Yunalia said...

terima kasih, ana dah jenguk ke blog tu, dan sdg proses membacanya

Unknown said...

salam 1 malaysia

well said natrah...penerangan yang simple but jelas.orang barat banyak mengatakan yang islam ni mengongkong wanita.tapi hakikatnya kita tengok ramai wanita islam yang berjaya.and hope so in years to come,kita akan menjadi wanita2 yang hebat dan dalam masa yang sama mempunyai sebuah rumah tangga dan keluarga yang bahagia.. (ok,ak x penah lari dr point ni..haha)

btw,i really enjoyed my winter break kali ni,even for the very first time ak stay kat cairo je.rase terisi sgt.i owe u a special thanks.ko sgt bersungguh ajak ak join klas ustat fauwaz.nnt ak blanja ko makan k,even itu pun actually xbole membalas jasa ko =)

wink2 ;)
slamat stat skola

dabei said...

salam 1 Malaysia sekali

adesss...hurm~baca komen ko tibe2 mengingatkan ak pd al- fadhil Ust...

Kalo pk2 mmg sedih lepas ni xtaw la ada kesempatan ke x,balik lewat2 dr kelas yang 'mengenyangkan' jiwa dan menghiburkan sang pencinta ilmu.

Tapi tu la lumrah kehidupan.Ustaz dah tinggalkan kita kunci.Moga lepas ni kita lebih kuat,gigih dan bersunguh dalam menuntut ilmu.Jasadnya tiada di dpn mata,tp semangatnya masih mengalir dalam darah setiap anak murid.

eh2 cam komen utk ust lak.Haha.thanx sbb tinggalkan jejak.sy hnye mnjadi penyebab shj,Allah telah memilih utk kamu berada brsama kami.

insyaAllah,ko akn berjaya mmbina rumahtangga n keluarga yg bahagia...ehehe:)Be prepared!ahaks~