RSS

Monday, January 11, 2010

Intipati kelas

Assalamualaikum...

Jam sudah menunjukkan ke angka pagi.Lepas pulang dari kelas Ust Fauwaz~mungkin beberapa kelas terakhir sebelum ustaz berangkat pulang ke tanah air medan menabur bakti,meneruskan tradisi mewarisi tugas para Nabi,membawa insan lebih mengenal Sang Pencipta.InsyaAllah.

Kalau nak ikutkan sedih,memang sedih.Sebab insan yang banyak meninggalkan kesan dalam hidup saya di Mesir akan melangkah pergi.(namun insyaAllah akan ada pengganti :D).Ustaz baca ni mesti rs bangga.he2.Tapi ustaz pasti lebih bangga kalau ilmu yang diwasiatkan kepada kami dapat kami manfaatkan untuk diri sendiri dan kegemilangan ummah~ameen.'With knowledge comes responsibilities'

Dalam ruang yang ada ini,insyaAllah saya akan cuba menukilkan knowledge yang menjadi responsibilities itu.

KITA TIADA APA-APA

Sesi kelas pada kali ini banyak juga menyentuh hati,mengingatkan diri bahawa kita bukan siapa2 di dunia ini.Dalam hadith pertama yang kami baca,dikisahkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bahawa Baginda SAW melihat syurga ramainya golongan fakir,,manakala golongan wanita mempelopori bilangan ahli neraka.NAUZUBILLAH.Imam Ibnu Taimiyyah menyatakan bahawa kelebihan yang diberikan Allah tidak berkadar langsung dengan kemuliaan.Buktinya ramai orang miskin yang menjadi penghuni syurga.Namun bukanlah bermaksud Islam menggalakkan ummatnya menjadi miskin,malah kitalah agama yang memerangi kemiskinan.Orang kaya yang bersyukur adalah lebih mulia daripada orang miskin yang bersabar.Apa yang perlu kita ingat ialah di mana pun kedudukan kita,yang membezakan siapa kita jawapannya dalam satu perkataan iaitu TAQWA.

Karamah juga tidakmenggambarkan bahawa seseorang itu mulia berbanding dengan mereka yang tiada karamah.Sahabat yang meriwayatkan hadith pertama ini bernama "imran bin Husain.Beliau antara yang diberikan karamah.Namun tentunya Saidina Abu Bakr As-Siddiq lebih afdhal biarpun tiada karamah seperti yang dimiliki oleh Imran.

DON'T UNDERESTIMATE

Satu lagi perkara yang mengingatkan diri bahawa kita ini bukan siapa2.Dalam tafsir Surah An-Naml yang kami teladani bersama menceritakan kisah Nabi Sulaiman AS yang mendapat berita kewujudan kerajaan Saba' milik Ratu Balqis melalui perantaraan burung hud2.Kalau nak diikutkan kedudukan,Nabi Sulaiman adalah salah seorang insan yang diberi peluang oleh Allah untuk memerintah dunia selain Dzulqarnain.Hebat tak hebat jika dibandingkan dengan si kecil hud2 itu.Intipatinya,usah sesekali memandang rendah pada sesuatu perkara.Mungkin sahaja kebenaran itu datang dari bibir mereka yang biasa2 sahaja.Allah boleh memberikan hidayah dan tawfiq kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki.Hal ini boleh kita kaitkan dengan pengislaman budak kecil semasa pemergian Rasulullah SAW ke Thoif.Walaupun fokus utama Rasulullah SAW mungkin lebih tertumpu kepada dewasa dan pembesar2 di Thoif,namun kejayaan itu Allah salurkan dengan cara yang berbeza.

Rasanya cukup setakat ini dahulu.Mata dah mengantuk.Salam dari Sayeda Zeinab..

2 comments:

Fauwaz Fadzil said...

terharu baca tulisan kamu,saya juga sedih nak tinggalkan kamu n kawan2.
saya juga bertuah ada student n adik seperti kamu, rajin dan hormat org tua. insyallah kamu akan dpat guru yg lebih daripada apa yg ada. bbykan doa kepada Allah dan sentiasa membaca

dabei said...

huhu...sy pun xpasti ada niat nak bg ust terharu ke x :d

terima kasih ats doa ust~

xmao la buat ayat sedih2 skrg...yg penting manfaatkan keberadaan ust akhir2 nih :-)...spt mmbuat nescafe susu yg ada 'umph'.he2