RSS

Friday, August 13, 2010

Gelombang Islam

Assalamualaikum

Hari  ini 14 Ogos 2010,sudah sebulan beberapa hari saya menghabiskan masa-masa lapang di bumi bertuah Malaysia .Moga setiap detik yang berlalu dikira sebagai berfaedah kepada diri sendiri dan ummah.

Saya memerhatikan perubahan di sini setelah beberapa lama tidak menjejakkan kaki di tanah tumpah darah ini.Cuba sebanyak mungkin mengambil pengajaran yang boleh dibuat renungan bersama.


KEDAI BUKU MARWILLIS

Alhamdulillah tempohari saya berpeluang outing sahabat-sahabat dari Mesir yang turun ke Shah Alam.Nasib baik ketika itu ada sejumlah duit di tangan.Tidaklah saya terliur sahaja melihat barangan di PKNS!Setelah ke destinasi-destinasi lain,saya meluru masuk ke salah sebuah kedai buku di sana.Terus ke bahagian buku-buku yang berjaya menarik perhatian.Ada beberapa buku yang sudah lama saya mencarinya.Jumpa pula di sini.

Kawasan pameran buku di situ semuanya boleh dikatakan berunsur Islamik.Kulitnya sangat mesra pembaca,tidak begitu tipikal sebagai buku-buku agama di pasaran.Saat itu saya begitu kagum dan tidak terkata!Begitu banyak perubahan di Malaysia yang saya ketinggalan.Sehinggakan saya menghabiskan masa yang lama hanya melihat buku-buku yang ada,bersama perasaan kagum itu.Rasa  seperti hendak mengaut setiap buku yang dikempunan,namun sebelum pembayaran saya terpaksa membuat  'penapisan' beberapa kali untuk bahan bacaan yang pailng bersesuaian dibaca ketika ini.

Ya,saya bangga dengan perubahan rakyat Malaysia yang sudah semakin celik dengan kepentingan ilmu pengetahuan.Dahulu ketika di Mesir saya membaca salah satu entri dalam Saifulislam.com,kataya di Malaysia sudah semakin banyak penulis yang membawa mesej Islam di pasaran.Hari ini saya mengakuinya.Mungkin tidak secara keseluruhan tetapi bersyukur atas peningkatan.Perkembangan positif itu saya percaya merupakan bukti gelombang kesedaran Islam semakin hangat dalam kalangan masyarakat kita.

Teringat pula tentang siri tulisan Dr Sheikh Yusuff al-Qhardawi tentang Sohwah Islamiyyah (Kebangkitan Islam) yang dibahaskan dari segenap sudut.Nampaknya saya perlu ulangkaji semula tulisan tersebut disebabkan kelupaan manusia biasa.Tambahan pula topik itu semakin relevan dan berkait rapat dengan perkembangan ummat hari ini.

Mafhum kalam salah seorang senior kami,katanya gelombang Islam itu ada di mana-mana,dan boleh meletup pada bila-bila masa.Jadi terpulang kepada kita untuk menyertainya ataupun tidak.Yang pasti Islam tidak rugi,tetapi kitalah yang rugi jika tidak bersama perjuangan kerana pedokong Islam itu sentiasa dijanjikan kewujudannya oleh Allah.


METRO MESIR DI MALAYSIA?

Nilai merupakan destinasi pertama untuk saya menggunakan kembali perkhidmatan komuter @ KTM setelah beberapa tahun meniggalkannya.Sudah lali dengan kenderaan awam sebegini di Mesir(dikenali sebagai metro).Namun pada kali ini saya memerhatikan ada persamaan antara komuter di Malaysia dan metro di Mesir.Koc di bahagian tengah dikhususkan untuk penumpang wanita!

Saya tidak pasti punca sebenar sistem ini diperkenalkan.Ada orang dari Mesirkah yang mencadagkannya?:).Kata emak,mungkin kerana dalam keadaan sesak,banyak berlaku 'jenayah lelaki terhadap wanita' yang mengambil kesempatan dalam situasi tersebut.Ada hikmahnya juga keadaan sesak itu,setidak-tidaknya percampuran antara dua jantina dapat dikurangkan.Satu lagi perubahan Malaysia yang menjadi kebanggan.


TUDUNG SARIMAH

Ini juga perubahan di Malaysia yang menjadi pemerhatian saya :D.Ketika berada di salah sebuah tempat awam,saya melihat hampir kesemua 'kepala-kepala' yang berlitup mengenakan tudung Sarimah.Tidak kurang juga ada yang menggelarkan tudung ini sebagai tudung renang :).

Semuanya kelihatan kemas dengan fesyen tudung tersebut jika dilihat dari muka.Pandangan ini sejuk mata memandang,siapa yg tidak sukakan kekemasan.Namun apabila diperhatikan had tudung tersebut dijatuhkan,ada beberapa golongan pula.Yang kemas kerana mengikut syariat,dan yang sebaliknya kerana masih tidak mencukupi syarat.

Moga-moga gelombang Islam yang kita perkatakan sebentar tadi sampai kepada penjual-penjual tudung sarimah,supaya melabuhkannya untuk kegunaan Muslimah tempatan yang semakin dahagakan pendidikan Islam secara tidak formal terutamanya.

KELUARGA ASET TIDAK TERNILAI

Alhamdulillah gelombang positif itu sampai juga di kediaman kami.Moga perubahan ke arah yang lebih baik akan sentiasa berterusan dalam diri kita.Seperti tagline yang tertera dalam blog ini,the biggest room is room of improvement.Terima kasih kepada pengerusi PIBG SEPINTAR ketika zaman persekolahan saya,walaupun saya tahu tagline ini diquote beliau daripada orang lain.Terima kasih kerana telah banyak membuka pintu kehidupan sebenar sebelum kami masing-masing membawa diri luar dari pagar sekolah.

Salam perubahan ke arah kebaikan.Salam Ramadhan Kariim

WASSALAM

0 comments: