RSS

Tuesday, August 31, 2010

Fikrah at-Tanmiyyah

Assalamualaikum

Hari ini antara hari-hari awal saya kembali merancakkan perjalanan di sekitar bumi Kaherah setelah hampir sebulan setengah meninggalkannya.Panas keringnya bukan kepalang.Cabaran Ramadhan di sini agak berbeza dengan di tanah air.Kemeriahan dalam kesederhanaan lebih  terasa apabila waktu maghrib kian menjelang.

Selama itu saya tinggalkan Mesir,boleh dikatakan selama itu jugalah saya meninggalkan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.Pagi-pagi hari ketika mula menjejakkan kaki ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah,kemahiran berbahasa terus teruji melayan karenah pak cik pembawa teksi~

Kisah pada hari ini,sekitar isu berbahasa dengan rakyat tempatan.Hati terasa puas apabila dapat berbicara dengan bahasa penjaga kedai dalam keadaan yang difahaminya.Hasrat saya berjaya disampaikan walaupun terdapat juga istilah Bahasa Inggeris yang digunakan berkaitan cermin mata,photo grey,transition etc.Di akhir perbualan ketika hendak membayar deposit, encik tersebut meminta saya membayar LE200 ,ataupun LE300 katanya walaupun harga yang patut saya bayar hanyalah LE150?Apakah???:)


Saya membuat muka hairan.Tapi saya mengerti encik itu sedang membuat cubaan lawaknya:)  Oh,dia berjaya dan saya katakan padanya "maksudnya saya faham kata2 awak".Sekurang-kurangnya saya dapat menangkap niat jenakanya daripada berpura-pura memahami dan hipokrit dalam memberikan respon... seperti yang pernah saya terpaksa lakukan sebelum ini~

Hati selalu berasa tenang apabila apa2 urusan di Mesir berjaya dibereskan dengan mudah.(Mereka yang sudah lama berada di sini tentu memahaminya:D )

Kisah  tidak tamat di situ.Ada pula cerita yang bersifat inversi.Selepas itu saya menaiki teksi untuk pulang ke rumah.Setelah beberapa ketika perjalanan,tibalah pada tempat yang patut saya berikan arah perjalanan pada encik teksi tersebut."titla3 el-kubri" (naik jambatan tu).Biasanya kalimah itulah seingat saya yang saya gunakan kepada encik teksi yang lain.Tapi lain pula jadinya pada hari ini.Gelak pula yang kedengaran."Kamu pasti dari Indonesia"(orang Arab memang selalu tersilap antara Malaysia dan Indonesia)."Taklah,dari Malaysia.Kenapanya?" "Bahasa Kamu amat pelik.Bahasa Arab kamu broken " .Mafhum daripada apa yang saya faham.Wah,pedasnya kata-kata encik ini.Mungkinkah sepatutnya saya katakan "Itla3 el -kubri" yang lebih membawa maksud sebagai arahan?Saya pun tidak pasti.

Dua insiden ini mengingatkan saya pada istilah Fikrah at-Tanmiyyah seperti yang sering dicanangkan dalam siri-siri kelas Wasathiyah dahulu.Ia membawa maksud mentaliti kita yang sentiasa memikirkan cara dan sentaias berusaha ke arah membina dan memperbaiki diri.Pesan mudir kami,si penuntut ilmu tidak boleh berhenti daripada terus menggali khazanah ilmu yang merupakan barang tercicir Mukmin(mafhum hadith Rasulullah SallAlahu alaihi wasallam).Hal ini kerana apabila berhenti,maka ilmunya tidak berjaya dikembangkan,mungkin pengetahuan dan kemahirannya sudah tidak relevan dengan perubahan zaman.Ibarat air yang bertakung,sudah tentu cepat rosak berbanding dengan air yang mengalir deras.Demikian analogi kepada diri setiap individu Muslim,berhajatkan pada pergerakan dan sifat proaktif supaya terjamin suvival nya mengikut rentak semasa dan keperluan ummah.

Kadang-kala mungkin pernah terdetik di hati kita,cukuplah sudah apa yang ada pada diri.Tiba masanya untuk aku berehat daripada membelek buku dan memerah otak untuk itu dan ini.Tumpuanku sekarang hanya pada perkara yang menyeronokkan,cukuplah 6 tahun dihabiskan di bangku universiti..Ataupun cukuplah sekadar jawatan dalam kerjayaku setakat ini.Rasanya sudah habis keringat yang dicurahkan,cukuplah dengan berada di bawah-bawah,asalkan boleh terus hidup dengan aman.

Fikrah at-Tanmiyyah ini sangat berkait dengan jiwa besar yang patut ada dalam diri setiap Mukmin.Orang yang cita-citanya tinggi tidak mudah merasa puas dengan kejayaan dirinya.Bukan itu tanda tidak bersyukur,tapi sebagai bukti keazaman yang kuat dari dalam untuk sentiasa memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.Manusia itu tidak sempurna,apa yang boleh kita lakukan hanyalah berusaha supaya berada HAMPIR dengan kesempurnaan.

Hujjatul Islam, Imam Al Ghazali sebelum meninggal pernah berkata yang kemudiannya diulang oleh Francis Bacon,seorang ahli falsafah berbangsa Inggeris

  "Kuletakkan arwahku di hadapan Allah dan tanamkanlah jasadku di lipat bumi yang sunyi senyap.Namaku akan bangkit kembali menjadi sebutan dan buah bibir ummat manusia di masa  depan "

(Rujukan daripada terjemahan Ihya' Ulumiddin cetakan Indonesia di bahagian mukaddimah)

Kata-kata beliau ini menjadi bukti ahli falsafah Islam keperibadiannya berjiwa besar.Sumbangan daripadanya  untuk agama tecinta semahu-mahunya biarlah bertebaran supaya menjadi rahmat ke seluruh alam.Pemegang amanah Allah sebagai pentadbir bumi dan penyambung kepada perjuangan risalah yang dibawa Rasul perlu begitu,kerana apa yang dipundakkan jauh lebih berat dan lebih mulia,hanya mampu dan layak untuk mereka yang berjiwa besar dengan izinNya jua.

Jangan ditunggu diri menjadi baik baru boleh menyeru kepada yang lain.Takut-takut tidak sempat,sudah ditarik peluang tersebutSebaliknya jadilah insan yang sentiasa memperbaiki diri serta berpesan kepada yang lain,kerana peringatan itu sentiasa bermanfaat kepada Mukmin,baik penyampai mahupun pendegarnya.

1 Malaysia, Menjana Transformasi.Ayuh berubah kepada yang lebih baik!

Salam kemerdekaan penuh penghayatan dan keinsafan.

Ya Musahhil.Moga mendapat keberkatan di malam-malam akhir Ramadhan.

Wassalam.

0 comments: