RSS

Thursday, March 4, 2010

Putaran Kehidupan

Assalamualaikum~

Seronok pula meletakkan gambar2 menarik dalam blog.Barulah berseri sedikit kelihatan.Berkat seri pengantin:)Alhamdulillah,seorang lagi sahabat saya telah selamat diijabkabulkan pada 15 Januari 2010 yang lalu.Cuti musim sejuknya digunakan sebaiknya mengatur langkah bertukar status bersama insan pilihan diri dan Allah insyaAllah.Nur Afida dan Saifuddin..(sebelah kanan).Moga kalian dipermudahkan dalam urusan membina albait almuslim ini yang bakal  menjadi  salah satu penyumbang kepada kebangkitan ummah.InsyaAllah~Juga buat kakaknya yang juga sudah bergelar isteri pada hari sebelumnya.Alhamdulillah.


Petang Khamis,kami warga imarah 9 Sayyedah Zainab sama2 menikmati juadah samada dikira sebagai berbuka puasa mahupun makan malam.Berselera betul saya makan,walaupun saya memang selalunya begitu:)Tapi kali ini terasa berganda-ganda dengan adanya keriuhan,gelak tawa sahabat2 serta adik2 yang sering menjadi tempat untuk bergurau senda.Kami dihidangkan pula dengan 'tayangan' gambar2 di hari perkahwinan si Afida dan ustaznya itu.Semua sibuk ingin mengambil berkat :)

Malam kami disambung dengan solat jenazah ghaib,bacaan yaasin dan tahlil,didoakan agar pemergian ayahanda kepada Ami Farhani diiringi redha Allah dan ketabahan keluarga Ami sendiri.Moga2 rohnya terpilih untuk diletakkan bersama dengan hamba2 yang soleh.Al-Fatihah.

Terfikir sejenak.Demikianlah putaran kehidupan.Dua pengajaran@ ibrah yang berbeza tetapi berkaitan antara satu sama lain.Apabila semakin ramai insan di sekeliling mendirikan rumahtangga,semakin terasa kami sudah meningkat dewasa dan turning point itu sedang berlegar2 di kawasan berhampiran.Seperti kata Prof Madya Dr Amaluddin Ahmad pada SEMINAR PERUBATAN 3 yang lepas,hidup ini ibarat kotak.Terdapat beberapa sudut yang menutut kita membuat keputusan.Keputusan tersebut akan mempengaruhi langkah kita yang seterusnya di masa akan datang.No turning back.Antaranya ialah ketika memilih bidang yang ingin diceburi dan memulakan langkah membina kehidupan bersama insan yang tertulis di Luh Mahfuz.Demikian apa yang sedang dilalui oleh mereka.

CUKUPLAH MATI SEBAGAI PERINGATAN!

Apabila bercakap isu bait muslim,semua mata menjadi segar.Namun ttik itulah yang menjadi bukti bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya.Percaya atau tidak.Kedengaran seperti janggal,kita baru ingin memulakan langkah dalam kehidupan,sudah dikatakan semakin sampai ke garisan penamat.Pertama-tamanya expired date yang dilabelkan pada nyawa kita di dunia adalah antara kerahsiaan Allah yang disembunyikan daripada pengetahuan kita.Boleh jadi kita dijemput lebih awal sebelum sempat menikmati fana dunia ketika usia menjangkau 40an.Pertukaran status bererti mereka menghadapi satu lagi fasa kehidupan yang menjadi sunnah kehidupan.Bukankah langkah yang diatur semakin hampir ke arah pengakhiran???

Hakikatnya setiap detik yang berlalu menandakan usia kita semakin berkurang,menandakan semakin pendek waktu yang tinggal untuk kita mempersiapkan amalan.Dalam Surah Al-Mulk Allah mengingatkan hamba2nya yang lupa bahawa tujuan diciptakan kematian dan kehidupan adalah untuk menguji siapa yang TERBAIK amalannya.

Malam itu setelah selesai membaca tahlil beramai2,Ami Farhani berucap mewakili diri dan ahli keluarganya.Ketabahan yang ditunjukkan sungguh luar biasa.Doanya dimakbulkan,dugaan sebegini hebat dihadirkan ketika Ami benar2 tabah+kuat menghadapinya.Tiada setitis pun air mata yang tumpah atau sekadar membasahi kelopak matanya.TIADA.

Saya membuat kesimpulan sendiri.Secara fitrahnya insan mana yang tidak sedih atas pemergian insan tersayang.Namun apabila dunia dan seisinya diletakkan di tangan,kekayaan jiwa menjadi bayaran.Mudah sahaja memujuk hati apabila keindahan tersebut hilang daripada genggaman.Alhamdulillah,semuanya dihadapai dengan tenang dan penuh rasa syukur atas segala ketentuanNya.

Ya Allah,Kau panjangkanlah umur kami dalam ketaatan kepadaMu!Permudahkan dan berkatilah setiap langkah kami ke arah kebaikan~

10 comments:

lyannayahya said...

ameen-untuk semua doa ko.

Letakkan dunia di tangan,bukan di hati.
-kita hidup kat dunia.Nampak dunia depan mata.Rasa berat dan susah jugak nak letakkan dunia kat tgn.Buang dari hati.

[moga Allah permudahkan segala urusan dan harap ko selalu ingatkan aku dalam setiap perkara]

dabei said...

you're my sunshine:)

dabei said...

ehehe..baru appear photo profile~

ilmuan berbakti teguh sehati=p

lyannayahya said...

semangt PERUBATAN laa ko nat~

lm x jumpe ko.

Fauwaz Fadzil said...

semanagt gile he2,saya lagi lama tak jumpa he2, org besarkn liana sibuk he2

Fauwaz Fadzil said...

semanagt gile he2,saya lagi lama tak jumpa he2, org besarkn liana sibuk he2

Fauwaz Fadzil said...

semanagt gile he2,saya lagi lama tak jumpa he2, org besarkn liana sibuk he2

Fauwaz Fadzil said...

semanagt gile he2,saya lagi lama tak jumpa he2, org besarkn liana sibuk he2

lyannayahya said...

ustaz~banyak nye komen..

nampak sgt ustaz leme x jumpa ngan tpres 2 ni.hehe.

skrg ni seme tgh sibuk.madihah pon jarang nak jumpa.saya yang tak sibuk ni laa duk main congkak sorang2.heehee

Fauwaz Fadzil said...

saja tulis2 byk he2, entahlah kenapa tertekan byk hari tu, org tua kan,
ye ke,tak pa main congkak kira oklah, daripada asyik makan mcm saya he2, tapi makan sedap2 lah he2