RSS

Monday, March 29, 2010

30 Mac 2010

Assalamualaikum...

Hari ini antara tarikh yang diingati oleh kami adik beradik.Tarikh yang selalu menjadikan kami tercari-cari apakah bukti yang bersesuaian untuk dipersembahkan sebagai tanda ingatan dan kasih sayang.Dahulu,tarikh ini juga merupakan peluang untuk kami terus menyebut-nyebut harapan kami yang menggunung,Alhamdulillah doa kami didengari Allah dan telah dimakbulkan olehNya.Mintalah pertolongan daripada Allah yang sangat dekat.Moga doa untuk yang baik-baik itu akan terus berkekalan untuk dikabulkan~

Moga entri kali ini menjadi hadiah daripada saya yang kejauhan di mata,tetapi tidak pernah tersisih di hati :)

Terima kasih kerana perkataan 'pengorbanan' yang sudah sebati dalam diri..Berkorban masa,tenaga,wang ringgit,keringat,kebahagiaan,dan segala-galanya.

Terima kasih kerana menjadi ketua keluarga yang terbaik.Mendidik kami supaya menjadi hamba yang mengenal Allah

Terima kasih kerana selalu mengingatkan kami untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.Meskipun peringatan itu tidak setiap kalinya dengan kata-kata,tetapi bukti jelas terpancar daripada setiap langkah dan pengorbanan yang dilakukan...maka kami perlu berjaya!

Tidak mungkin kata-kata yang ditaip ini dapat menggambarkan keseluruhan perasaan saya terhadap.........



DATO' AHMAD KAMIL BAHARUM (hehe...ayah nak ke gelaran ni???)


Semoga dipanjangkan umur dalam kebaikan dan keberkatan...

4 comments:

lyannayahya said...

natrah kata pakcik baca blog ni.

moga Allah limpahkan pakcik dan keluarga dengan kasih sayang dan rahmatNya.


-kawan natrah-

dabei said...

ada orang tu ingtkan ayah mmg dato'

eh kak yana panggil dato' la...:)

let them think what they think..he99

hamada hamdi said...

untung Dato' dapat anak macam Natrah ni.
hehe.

dabei said...

saya lagi untung dapat mak dan ayah macam datin dan dato'..

hehe...gelaran ni sy yg bagi..bukan sultan selangor mahupun perak..