RSS

Sunday, March 14, 2010

Pelajaran-pelajaran Kehidupan

Assalamualaikum...

Lewat petang kami sampai ke Hayyu 'Asyir.Kami cuba untuk sampai awal,harapannya agar dapat berjumpa dengan keluarga Allahyarham sebelum mereka keluar semula.Sebaik kami tiba,mereka sedang bersiap-siap bertolak ke tanah perkuburan anakanda tercinta.Kambusannya masih segar,lantaran diselesaikan awal beberapa jam sebelum mereka sempat menjejakkan kaki ke bumi anbiya' ini.Tidak sampai hati untuk menyatakan hasrat,kami mengambil keputusan untuk menunggu beberapa ketika di asrama Rumah Selangor.Kredit untuk Rozana yang melayan tetamu-tetamu' kejutan' seperti kami.Rasa seperti sudah menjadi geng biarpun baru beberapa ketika bersua muka.:d

Selepas maghrib,kami menanti dengan debaran juga.Berfikir-fikir tentang perkataan2 menenangkan yang wajar dipertutur dalam keadaan kelam sebegini.Mulanya kami hampir mengatur langkah pulang memandangkan pak cik dan mak cik sedang berehat di dalam villa@ rumah tamu di sini.Alhamdulillah,tidak lama selepas itu rupa-rupanya Allah memberi peluang kepada kami untuk bersama dengan mereka yang dekat denganNya,memberi rezeki kepada kami untuk belajar tentang siri-siri kehidupan yang tidak didapati di dalam buku-buku teks di kuliah.


Sedar tidak sedar lama juga masa kami dihabiskan bersama mak cik.Wajah beliau sungguh menenangkan,apatah lagi kalamnya yang ironisnya memberi semangat  kepada kita untuk belajar menerima kepahitan.Beliau begitu bersemangat bercerita tentang Allahyarham,lagaknya seolah-olah Ahmad Sarhan itu masih hidup di dunia.InsyaAllah,beliau sebenarnya masih hidup dengan mendapat rezeki daripada TuhanNya.Begitulah janji Allah yang dirakamkan dalam Surah Ali Imran ayat 169 untuk si syahid.

Never underestimate people


Berdasarkan cerita mak cik,Allahyarham memang seorang anak yang soleh,menyenangkan hati ibu bapa dan menjadi tonggak kepada keluarga.Itu perkataan yang digambarkan oleh mak cik sendiri.Anak yang memang sudah boleh diharap untuk menggantikan tempat mereka sekiranya berlaku apa-apa nanti.Katanya lagi,mereka memang tiada terasa atau jauh hati dengan Allahyarham,pengakuan yang meyakinkan kami bahawa Allahyarham memang benar-benar anak yang mentaati ibu bapa.Apa lagi yang kita mahukan daripada kedua orang tua selain keredhaan mereka yang menjamin keredhaan Allah terhadap diri kita.

Banyak juga cerita-cerita yang membuktikan kebenaran tanggapan kami tersebut.Allahyarham ketika di Tanta lagi sebaik tamat peperiksaan sempat meminta izin ibunya untuk bermusafir ke Iskandariah(begitulah yang sering dilakukan sebelum ingin bermusafir).Siapa sangka di bandar pesisiran pantai itulah tertulis sebagai tempat nyawanya diambil kembali.Seolah-olah Allahyarham memohon keizinan untuk pergi mengadap Ilahi~Pemergian beliau sebagai seorang penuntut ilmu di bumi para anbiya' dan para auliya' pada Khamis malam Jumaat  yang lalu.Mudah-mudahan gelaran syahid untuknya.

Jika tidak mendengarkan cerita-cerita daripada mulut ibunya sendiri,sudah pasti saya tidak mengenali budi pekerti anak soleh ini.Sebelum ini saya memang tidak pernah mengenali mahupun setidak-tidaknya mendengar namanya.Namun mereka yang namanya tidak meniti di bibir-bibir manusia mungkin sahaja sangat popular kepada penduduk di langit.Disebut-sebut sebagai hamba yang pulang bersama hati yang sejahtera,bersama redha ibu bapa yang paling utama.Tiada siapa tahu rahsia Allah ini melainkan yang diizinNya.Sebab itulah kita tidak boleh cepat menghukum seseorang atau sesuatu keadaan.Kita hanya mampu menghukum apa yang nampak di depan mata,hakikatnya penilaian Allah lah Yang Maha Adil bedasarkan perkara-perkara ghaib yang hanya menjadi pengetahuanNya.

Letakkan dunia di tanganmu

Apabila mati menjadi peringatan,kita akan melupakan kemanisan dunia yang penuh permainan ini.Tiada kemewahan dunia yang menjadi rebutan kerana di sini bukan negeri abadi bagi mereka yang meyakini akan adanya negeri akhirat.Di situlah tempat rehat bagi golongan yang percaya tadi.Meskipun menuntut mujahadah yang tinggi,namun berusaha dan berdoalah  supaya jiwa kita dikosongkan daripada rasa cinta pada dunia dan seisinya sehingga menyebabkan kita lupa kepada Pencipta.Kosongkan jiwa daripada harta dan hiburan yang melekakan,meskipun ianya terisi dalam poket atau terpamer di depan mata.Letakkan di tangan,bererti bersedia untuk mencampakkannya jika perjuangan Islam menjadi taruhan.Itulah sifat zuhud yang perlu ada dalam jiwa yang bernafas sebagai hamba.

Niat di hati ingin meneruskan perbualan dengan mak cik.Hati terasa tenang dengan cerita-cerita untuk pengajaran kehidupan yang begitu mengajar.Mak cik pula menafikan apabila kami katakan mak cik perlu berehat.Mungkin ini caranya untuk insan-insan hebat sepertinya mengubati hati ketika diuji dengan ujian yang maha hebat ini.Namun,terdapat beberapa perkara yang tidak mengizinkan,kami menamatkan perbualan dengan hti yang berat.Alhamdulillah.Bersyukur dengan peluang yang diletakkan di hujung-hujung hari tersebut.

Moga kita juga diredhai Allah dengan redhanya ibu bapa terhadap kita.

Wassalam.

2 comments:

lyannayahya said...

salam.

innalillah.

moga penghujung kita-baik-seperti Allahyarham Sarhan dan sahabat kita,allahyarham Ammar.[Al-Fatihah]

moga segala yang kita adalah anak-anak yang soleh untuk mendoakan ibu bapa kita.

Hidup ini begitu =)

Irhamna ya Allah

dabei said...

wassalam...

cukuplah mati itu sebagai peringatan utk kita menjadi hamba dan anak yang lebih baik

time kasih singgah~