RSS

Saturday, February 27, 2010

~Al-Amin Menerajui Teladan Sepanjang Zaman~

Assalamualaikum

Selawat dan salam buat kekasih yang terlebih dahulu menyatakan rasa cinta kepada kita yang masih tidak wujud lagi di dunia pada ketika itu.Moga2 kitalah saudara2 yang dirindui Baginda SAW iaitu daripada golongan mereka yang beriman.Jika benarlah Baginda SAW merupakan kekasih agung kita,maka buktikanlah dengan selalu mengingatinya bukan terhad sewaktu sambutan Maulidurrasul sahaja.

Leih-lebih lagi buat dia yang menuturkan atau menaipkan kata-kata ini.Moga-moga bersama bantuan Allah dalam melaksanaka amalan yang tidak dinilai sebagai yang sia-sia di sisiNya.

Malam itu hujan yang turun bersama kilat dan guruh yang menghiasi suasana dirasakan seperti satu rahmat sempena ulangtahun kelahiran Rasulullah SAW berabad yang lalu.Keadaan yang jarang-jarang sekali berlaku di tanah Nabi Musa dan Fira'un ini.Mesir ditimpa hujan!Air bertakung di jalanan akibat ketiadaan sistem perparitan di bumi padang pasir.


Alhamdulillah.Kami masih direzekikan untuk mendapat hidangan yang mengenyangkan rohani.Alhamdulillah 'kenyang' sekali.Saya tidak teragak-agak mencadangkan kepada sahabat2 untuk menyenaraikan al-Fadhil Ustaz sebagai tenaga pengajar PERUBATAN untuk program-program mendatang.Pengisian sempena Maulidurrasul,sedikit sekali dikaitkan dengan insiden.Namun saya puas.Seperti kata Ustaz,apa yang lebih penting ialah kita mengestrak ibrah@pengajaran lalu cuba 'dibumikan' (pinjam perkataan mantan Presiden PERUBATAN 08/10~) supaya menjadi sesuatu yang boleh kita praktikkan dalam kehidupan bagi membuktikan kecintaan kita terhadap Baginda Sallallahu'alaihiwasallam yang mulia.

Ada juga beberapa info baru yang saya dapat daripada pengisian tersebut.Ataranya ialah Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam digelar 'anak kepada dua penyembelihan' kerana peristiwa nyaris penyembelihan Nabi Ismail Alaihissalam (Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam berasal daripada keturunan Baginda) dan juga bapa Baginda SAW, Abdullah

Saya sangat tertarik dengan kupasan insiden2 penting dalam kehidupan Baginda SAW yang sangat boleh dikaitkan dengan kehidupan kita pada hari ini.Ketika perang Uhud,Rasulullah SAW tercedera dan gigi Baginda SAW patah.Lalu ada mulut-mulut yang cepat melaungkan bahawa Baginda SAW telah wafat.Ketika itu turunlah wahyu yang bermaksud bahawa Muhammad adalah tidak lain seorang rasul.Ada pula golongan yang mempertikaikan kemuliaan Rasulullah SAW dengan penurunan ayat ini.Mereka mengaggap ayat tersebut bertujuan untuk merendah-rendahkankan kedudukan Baginda SAW iaitu tidak lebih hanya sebagai penyampai risalah.

Namun fahamilah begini.Keadaan yang getir dan kucar-kacir dalam peperangan tersebut pastinya mengganggu emosi para pejuang.Ketika itulah teruji keikhlasan mereka dalam perjuangan.Adakah mereka akan berpaling setelah ketiadaan Baginda SAW~

Saya tidak menipu(insyaAllah).Ketika ini fikiran saya tiba-tiba teringat kepada al Fadhil Ustaz Fauwaz :).Seperti mendapat jawapan mengapa saya tidak perlu bersedih atas kepulangan Ustaz ke tanah air.Beliau dan 'adik2' diikat dengan kemanisan ilmu yang ditaburkan...dan mutiara2 itu tidak akan hilang dalam diri kami.InsyaAllah.Kalau tidak banyak pun sedikit~Biarpun ustaz tiada di Mesir ini,apa yang dibekalkan mudah2an dapat kami manfaatkan sebagai tanda istiqamah dalam perjalanan ini.Demikianlah pengajaran peristiwa perang Uhud yang dapat saya kaitkan dengan keadaan semasa warga madrasah wasathiyah~hurm...sudah seminggu Ustaz melangkah pergi (xmao buat ayat sedih2..let's look forward)

Satu lagi peristiwa yang berjaya dikaitkan.Peristiwa ketika Abu Bakr AsSiddiq berusaha menutup segala lubang di Gua Thur untuk mengelakkan bahaya binatang2 yang tidak diingini.Namun tiada batu yang tinggal untuk menutup lubang yang terakhir.Lalu beliau menggunakan kakinya untuk menutup lubang tersebut biarpun tentu sekali mencederakan dirinya sendiri.Beliau menggunakan apa sahaja cara untuk memastikan keselamatan Rasulullah SAW.Pesan Ustaz,demikian jugalah kita sepatutnya pada hari ini.Gunakanlah segala kebolehan dan kepakaran yang kita punyai demi memastikan kesinambungan kedaulatan dan kesucian Islam yang kita sayangai ini adalah hasil daripada penat lelah kita...biarpun kadang kala kita tercedera untuk tujuan tersebut.Yang tercedera mungkin perasaan,harta,nyawa,masa dan seumpamanya.Kecederaan akan hilang,tetapi mudah2an nilainya tidak luput dalam perkiraan di sisi Allah.

Di bahagian akhir-akhir,Ustaz sempat mencadangkan kepada kami untuk berfikir ke arah mewujudkan yayasan yang menyatukan health service provider bawah  satu bumbung.Ideanya adalah ke arah membentuk satu ketumbukan bagi menghasilkan kekuatan dari segi ekonomi dan sebagainya demi menampung keperluan kebangkitan ummah keseluruhannya.InsyaAllah,moga kami berjaya merealisasikannya~

Banyak lagi sebenarnya yang dikongsikan oleh Ustaz.JazakAllah khair.Namun setakat ini sahaja yang mampu saya kongsikan untuk entri kali ini.

Maka bertebaranlah mencari kurniaanNya~

Wassalam.

0 comments: