RSS

Thursday, April 22, 2010

Politikus

Assalamualaikum.

Saya tidak mahu menggenapkan tempoh sebulan blog ini tidak di update,walaupun tinggal beberapa hari sahaja untuk mencukupkannya:)Sebenarnya macam2 insiden yang menarik untuk dikongsi bersama kebelakangan ini.Tapi sifat menagguh itu memang pencuri masa.Banyak agenda yang tergendala jika setiap perkara itu tidak dianggap penting untuk dilangsaikan.

Pagi ini saya sempat mengikuti sedikit sebanyak perkembangan di tanah air kita melalui blog seorang azhari.Cerita tentang sidang parlimen yang sedang berlangsung.Tersenyum sinis juga saya membacanya~
Orang yang minat politik jangan marahkan saya...


Saya juga berminat jika diajak bersembang mengenai politik kerana politik adalah sebahagian daripada sistem kehidupan yang ada dalam din Islam kita ini.Dalam buku Addin Wassiyasah karangan Al-Allamah Dr Imam Yusuff Al-Qhardawi jika politik itu dipisahkan daripada kehidupan,maka itu bukanlah cara hidup yang diajarkan oleh Islam.Itu bukan agama kita yang kita cintai ini.Itu mungkin kandungan ajaran agama yang batil...Buddha,Kristian atau apa-apa sahaja.Yang penting Islam terkecuali.

Politik dalam bahasa arabnya dipanggil SIASAH.Perkataan siasah merupakan masdar (kata nama terbitan) kepada perkataan sasa yang bermaksud MENJAGA.Secara tuntasnya istilah politik perlu difahami sebagai seni mentadbir masyarakat dalam kehidupan insani.Politik melibatkan kemahiran yang dimainkan oleh ahlinya untuk menjadi orang yang berpengaruh dalam kalangan orang bawahannya.Ini definisi(bold) yang dipersetui oleh ahli akademik dari Universiti Kuwait(merujuk Addin Wassiyasah m/s 27 fasal ketiga,Kalimah As-Siyasah Bahasa dan Istilah).Hal ini membuktikan juga konsep kepada sesuatu perkara dalam urusan harian kita perlu mendapat penjelasan golongan yang menjadi ahlinya,iaitu ahli akademik untuk kelihatan lebih adil dan tidak dipengaruhi oleh apa-apa sentimen.

Banyak orang salah faham tentang apa itu politik.Pendekatan politik semasa di negara kita adalah lebih menjurus kepada bentuk politik parti.Itu adalah sebahagian daripada praktikal kepada konsep politik dalam kehidupan manusia.Namun itu bukan satu-satunya cara.Pada zaman pemerintahan Khulafa' Arrasyidin dahulu belum lagi diperkenalkan politik kepartian ini.Masing-masing diangkat menjadi pemimpin dengan cara yang berbeza.Bermula daipada ahli politik terunggul Rasulullah SAW,sehinggalah kegemilangan pemerintahan Islamiyyah Turki Uthmaniyyah sebelum runtuh secara rasmi pada tahun 1924...semua mempunyai hadaf yang sama iaitu memegang tampuk pemerintahan bagi mempastikan syariat Allah dapat dilaksanakan.

Ya.Kita bukan gilakan kuasa.Tetapi kita mahu mengambil kuasa daripada mereka yang gila :).(Saya meminjam ayat seloroh Alfadhil Ustaz Hairul Nizam).Orang Islam yang ikhlas berjuang sibuk ingin mendapatkan kuasa pemerintahan daripada golongan kuffar bukan kerana ingin bersaing tidak tentu pasal tanpa tujuan yang jelas.Kita sibuk inginkan menjadi pimpinan teratas kerana dengan cara itu sahaja memungkinkan untuk kita mengimplementasi hukum-hukum Allah yang menjadi kewajipan untuk kita melaksanaknnya.Biarlah siapa pun mereka.Arab atau Afrika..Berkulit putih,hitam,mahu pun sawo matang seperti kita dari rumpun Melayu.Jawa,Banjar,Bugis,dan lain-lain.Selagi mereka membawa kesyumulan ajaran Islam sebagai asas perjuangan,insyaAllah kita bersama mereka.

Saya tahu isu ini memang hangat untuk diperdebatkan.Kawan-kawan saya dan orang2 yang lebih berilmu daripad saya tentu mempunyai jauh lebih banyak hujah untuk mempertahankan pendapat dan kepercayaan masing2.Apa yang saya cuba sampaikan sekadar apa yang saya fahami juga.

Dengan tidak langsung menolak keperluan berpolitik di Malaysia dan seantero dunia,kritikan membina perlu dilontarkan walaupun berpaksikan pengamatan politik yang masih terlalu cetek.Maafkan saya.Ianya masih tidak jauh berbeza daripada bersifat kebudak-budakan.Isu rakyat yang diperjuangkan seringkali berbau dan berbaur ampuan dan kepura-puraan.Sibuk mempertahankan isu yang kecil nilainya secara bandingan dengan keperluan ummah.Keparahan lanskap politik di sana tidak patut dijadikan penyebab untuk kita terus mengundur diri daripada gelanggang persaingan dalam membuktikan siapa jaguh ummah,bukan lagi sekadar jaguh kampung.Teringat akan hadith Rasulullah SAW,mafhumnya orang mukmin yang hidup dalam kesusahan  kerana mealyan kerenah masyarakat adalah lebih baik daripada mereka yang duduk bersenang lenang beribadat(seperti solat dan puasa) sepanjang waktu.Perlu diingat bahawa konsep bersusah payah itu juga perlu diluaskan,tidak obses kepada satu method sahaja.

Oh,saya bukanlah orang yang berminat untuk menjadi ahli politik (takut ada orang offer lepas ni:D).Tabik spring untuk ahli politik yang mempraktiskan cara berpolitik Rasulullah SAW,Saydina Abu Bakr Assiddiq,Saydina Umar RA dll.Bukan senang untuk menjadi orang yang hidupnya adalah untuk orang lain,bukan untuk diri sendiri.Ada ketegasan dalam setiap tindakan,namun belas ihsan kepada ummah adalah prioriti teratas,tidak memandang langsung kepentingan peribadi dan poket sendiri.Jika ingin belajar tentang kepimpinan,belajarlah daripada sirah insan yang sentiasa didoakan kesejahteraan apabila nama Baginda SAW disebut.Siapa lagi kalau bukan Muhammad Abdullah Sallallahu alaihi wasallam.

Allahua'lam.Sangat mengalu-alukan lontaran pendapat secara ilmiah.

2 comments:

Fauwaz Fadzil said...

bagus kamu ulang kaji balik buku yg kita baca,
poltik adalah suatu yg berubah mengikut keadaan,yg penting keadilan ,syura dan nilia murni wujud dalam politik kita bina, tapi berlebihan di dalam perkara politik merugikan umat.

dabei said...

tima kasih ust sbb sudi lg mengikuti perembangan dan pengecutan anak2 murid di sini:D

apa2 perkara pun berlebihan kalau brlebihan akan merugikan ummat...

terlalu mengejar sesuatu sehingga terkadang melupakan perkara yg jauh lebih penting.

indahnya hikmah~