RSS

Wednesday, February 24, 2010

Terima kasih untuk kunci



Assalamualaikum


Ini adalah gambar pertama yang saya letakkan dalam blog ini.Gambar yang diambil ketika kami anak-anak madrasah wasathiyah keluar sarapan ke mat'am Gad di Syari' Fouad.Saya masih ingat jumlah perbelanjaan kami pada pagi itu,sebab kebetulan saya yang memegang duit ketika itu.Segan rasanya ingin dinyatakan di sini :)

Pada saat saya menaip perkataa2 ini,pasangan di atas sudah berada di Malaysia meneruskan kehidupan di tanah air tercinta.20 Februari 2010 yang lalu kami beramai-ramai turun ke Cairo International Airport utk memberi penghormatan yang bukan terakhir kepada 2 insan kesayangan ramai ini.Saya takut untuk bermain perasaan pada hari tersebut,Takut untuk melayan rasa sedih dan sebak yang akan membuatkan jiwa saya resah dan tidak keruan.Saya lihat banyak juga mata yang mengalirkan air mata jernih.


Saya sendiri tidak pasti mengapa perasaan sebak itu tidak begitu meliputi diri saya.Bukan sedikit kenangan kami cipta bersama guru yang istimewa ini.Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil.Nama ini adalah sinonim dengan seorang yang berfikiran jauh,terbuka,wasathiyah,membudayakan cinta akan ilmu dalam dirinya.Sejak saya mula mendengar kalam berharga daripadanya,saya mengakui cara beliau berfikir tidak sama dengan insan2 lain yang pernah saya jumpa sebelum ini.Mungkin kerana 'tidak sama' dengan orang lain itu mewujudkan chemistry antara ustaz dan kebanyakan anak murid  @adik2nya,terutama diri saya sendiri.Saya seperti dapat merasakan bahawa langkah yang diatur pagi itu bukan langkah untuk mengucapkan selamat tinggal.Tetapi ialah langkah2 sementara,seolah2 kami ditinggalkan sebentar cuma,dan kemanisan menuntut ilmu seperti yang kita lalui pasti dapat dirasai kembali.Mungkin demikianlah sebab utama saya tidak merasakan kehilangan walaupun jasad tiada di depan mata.

Seperti yang saya sempat saya rakamkan pada malam 19 Februari 2010 yang lalu,saya tidak suka memuji orang secara berhadapan.Namun saya tidak tahu bila pula masa yang sesuai untuk saya 'mengisytiharkan' segala kebaikan dan keikhlasan ustaz yang telah memberi kesan yang saya kira begitu besar dalam diri saya.Kalau disenaraikan,penyertaan saya dalam kelas wasathiyah tentu sekali termasuk dalam perkara yang remarkable sepanjang keberadaan saya di bumi anbiya' ini.


Saya tidak bercakap mengenai peribadi,ukhwah, dan lain2 meskipun Ustaz sendiri telah mengiktiraf kami ini dianggap seperti adik2nya.

Saya lebih suka berbicara dari sudut ilmiah tentang kesan2 yang beliau tinggalkan.Perkara yang pertama dan utama ialah tentang MENUNTUT ILMU.Ustaz menegaskannya melalui kata dan tindakan beliau sendiri.Semakin banyak yang diceritakan,semakin kami tahu bahawa jahilnya diri masing2.Semakin rasa kita memang tidak punyai banyak masa untuk bersuka-suka dan bersantai-santai terlalu lama.Sementara ada masa,perlu gandakan usaha.

"Wahai adik-adikku, Belajarlah rajin-rajin.Jangan malas dan lemah dalam menuntut ilmu, kerana kamu semua memenatkan diri pada waktu muda ketika belajar, kamu akan rasa seronok ketika waktu tua."

Pesanan beliau yang sempat dimuatkan dalam blognya tidak lama setelah mereka sampai  ke destinasi.Moga kesungguhan kami dalam menuntut ilmu dan memanfaatkannya kepada diri sendiri dan orang lain menjadi antara bukti penghargaan kami terhadap ustaz.

MENGENALI DAN MENYAYANGI ULAMA' adalah antara perkara yang selalu beliau wasiatkan kepada kami.Melaluinya saya kenal beberapa nama ulama'2 kebanggaan ummah yang semakin dipinggirkan dan kurang popular bagi yang tidak kenal permata.Kalau tidak mampu menjadi ulama'cukuplah menjadi khadam mereka supaya kita terkena percikan kehebatan mereka.Ameen~

PEMIKIRAN yang bukan sahaja bersifat wasathiyah@seimbang dari segenap aspek, tetapi menerapkan keperibadian yang jauh daripada kagum dengan diri sendiri,tawadhu',meraikan pendapat dan kondisi orang lain,tidak mudah menolak sebelum menimbangtara sesuatu,bersemangat untuk terus menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Saya suka simpulkan bahawa selain lautan ilmu yang pernah ustaz kongsikan bersama,hakikatnya ustaz telah membekalkan kami 'kunci' untuk kegunaan kami sekarang dan seterusnya.Moga kunci itu tertulis untuk pintu-pintu mengenal Allah,mendapat kasih sayangNya tanpa alasan,dan pintu-pintu ke arah segala kebaikan yang mendapat tempat di pandangan Tuhan.

p/s :To K Niah,cerita brsama akak xdpt dikongsikan di sini lagi,biasalah cerita2 org perempuan.huhu~By the way,thanks  for your last few words on that day.it really means alot for me

Till then,wassalam~

3 comments:

lyannayahya said...

=)

tanggumgjawab ko sbg timb pres gak nat.

membudayakan ilmu di kalangan ahli.

kunci yg ko ade tu-kena passkan kat org lain jgak.

moga kita sama2 istiqamah.

Fauwaz Fadzil said...

semnagt ni yg kita nak, terikat dengan pemikiran, kamu mempunyai tanggunggjawab yg besar untuk membudayakano budaya ilmu,

saya bangga dengan kamu dan perubahan kamu , liana pun kena tolong nat kan he2,
tetapi jadikan setiap wasatiyah dalam pergerakan tidak extrem dan tidak terhege hege je2, jgn terlalu skima he2, relax n cool.
teruskan perjuangn

dabei said...

salam...

kyana,tugas kite same la~~~hehe.masing2 kena mainkan peranan kat posisi yang berbeza dengan usaha yang terbaik.istiqamah itu yang paling penting...

Ustaz,harapkan doa ustaz yang makbul tu...moga semua langkah menjadi mudah~

hurm...kita tidak mampu memberi jika kita tidak memiliki,kan?