RSS

Wednesday, July 14, 2010

Imam Muda

Assalamualaikum

Sambil menghadap komputer,mata saya sempat menjeling kaca televisyen.Rancangan realiti tv paling ilmiah pernah saya saksikan,dibawakan khas untuk anda oleh astro oasis & @15.-IMAM MUDA-Ini kali pertama saya ikuti siaran ini di Malaysia biarpun ia merupakan siaran ulangan.Saya memuji sikap team di sebalik usaha murni ini bagi mempelbagaikan method dakwah.Kesungguhan mereka bagi merealisasikan galasan tanggungjawab amar maa'ruf nahi munkar adalah sesuatu yang patut disokong oleh setiap Muslim yang berkongsi cita-cita yang sama,melihat akhirnya Islam berjaya semula mentadbir dunia.

Lagaknya tidak jauh lari daripada rancangan realiti tv Akademi Fantasia yang menjadi antara perintis rancangan yang kurang faedah kegilaan remaja,tidak kurang yang sudah lanjut usia.Setiap episod pasti ada yang akan tersingkir.Namun,'penyingkiran' itu pastinya berbeza antara kedua-dua rancangan.Semoga setiap saudara kita diberikan hidayah dan tawfiq oleh Allah,dipimpin olehNya hingga ke penghujung usianya.

Saya percaya,keberadaan mereka (team rancangan Imam Muda)di tengah2 masyarakat adalah sesuatu yang bukan mudah,memecahkan temboh yang sudah hampir sebati dengan masyarakat umum pada hari ini.Usaha mereka untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup yang semakin tidak asing lagi dalam kehidupan seharian.Kalaupun kita tidak terlibat secara langsung dengan usaha mulia ini,sekurang-kurangnya jadilah orang yang menyenangi tindakan mereka dan cuba sebaiknya menyebarkan idea soleh mereka ini.

Terlalu banyak kerja yang menanti kita di bumi Malaysia tercinta ini.Ya,saya cinta akan tanah air saya,terutama pada saudara seagama saya kerana kita adalah sebahagian antara satu sama lain.Robbana yusahhil.

WASSALAM WARAHMATULLAH.

4 comments:

islahnafsi said...

salam natrah...ada zam bace kt blog someone dia mempertikaikan program ni.Alsannya,program imam muda nih mcm menjadikan agama satu alat permainan...sbb msg2 berlumba2 utk mendapatkan hadiah yg dijanjikan.Kirenyer imam2 yg bakal dilahirkan nt bkn seperti yg diharapkan...ape pendapat natrah?

dabei said...

wassalam warahmatullah.pesan Saidina Umar RA,kita hanya mampu menghukum berdasarkan yang zahir.Allahua'alam apa niat setiap individu yang masuk pertandingan ni.Yang kita nampak secara zahirnya,ia satu prgrm yang sangat2 baik.

Tambah2 pulak dalam keadaan masyarakat sekarang,kita sangat2 memerlukan alternatif.Nak halang daripada menyukai rancangan2 yang kurang faedah mungkin sukar,jadi jalan terbaik ialah kita sediakan pilihan yang baik menggantikan yang kurang baik.

macammana?

Btw,terima kasih dzam atas cetusan pendapat.dzam pulak rs mcmna?

islahnafsi said...

hurm secara jujurnya...mule2 zam lebih cenderung utk stuju pendapat pertama dlm komen sblm ni...ilmu masih cetek utk berfikir dlm.tp bile dgr ur opinion,mcm terbukak sket mata hati.iA...mengikut situasi semasa umat Islam yg gawat nih,kite kene la sokong semua bentuk usaha yg baik kan..at least pihak penganjur dh cube...and the rest leave it to Allah...jzkk natrah.

hamada hamdi said...

mula-mula memang terlontar hasutan kata 'Imam Muda' ni satu racangan realiti tv dan memang pon ia.

tapi bila Astro ulang-ulang siaran mula terpaut pada satu sudut 'Imam Muda' ni.

Program realiti tv memang keluar akan jadi 'artis' tapi ada cakap 'Imam Muda' ni yang boleh memberi kesan pelajaran dan pengajaran pada para penonton.

Borak cakap mereka menemplak masyarakat dengan segala apa aktivi yang rancak merebak ke seluruh negara.

Lebih-lebih lagi bila para penuntut diuji dengan sesi kaunseling keluarga.

Nampak bobrok je institusi keluarga di Malaysia ni. Muda-muda lagi dah nak minta cerai.

Habis porak-peranda jadinya.