RSS

Sunday, June 13, 2010

Terima kasih semua

Assalamualaikum


Hari ini saya berazam untuk ‘membersihkan sawangan‘di blog ini.Alhamdulillah peperiksaan subjek pertama sebagai pembuka tirai final exam tahun 4 kuliah perubatan telah selesai sebentar tadi.Segala puji hanya kembali kepada Allah Pemilik langit dan bumi dan segala yang berada di antara keduanya.

Jika tahun lepas,waktu sebegini kami dilanda iklim kelam dan suram,dek ujian 5 bersaudara dalam tragedi Ain Sukhnah yang kesannya dirasa bersama sahabat-sahabat gen^6.Terlalu banyak yang dipelajari melalui insiden ini.Pemergian Allahyarham ‘Ammar menghadap Ilahi pastinya merupakan tamparan hebat kepada keluarga beliau,selain sahabat-sahabat setianya di sini.Al-Fatihah buat Allahyarham,insyaAllah di tempatkan bersama-sama golongan yang diredhai dan mendapat naunganNya.Ameen.

Peristiwa ini juga agak signifikan bagi saya sendiri kerana terlalu dekat dengan tarikh untuk saya merakamkan penghargaan kepada mak dan ayah,serta orang-orang di sekeliling saya yang menjadikan hidup saya sebagai sebuah cerita kehidupan.Allah menciptakan kita daripada pelbagai rupa,ragam,warna dan kecenderungan adalah untuk kita berkenal-kenalan dan supaya beroleh manfaat antara satu sama lain.Kita memang hidup menggunakan kaedah simbiosis.You complete me and we complete each other.J


Buat 2 insan yang banyak menentukan redha atau tidaknya Tuhan kepada saya(dalam perkara2 syariat)…ucapan terima kasih,atau apa2 saja tidak akan mampu membayar kembali apa yang mak dan ayah dah berikan kepada anak-anak,dalam keadaan sedar atau pun tidak.Moga kami mampu menjadi harta yang paling berharga dengan menjadi yang soleh,soleh,musleh,dan muslehah :-p

Saya ingin menyatakan penghargaan kepada sahabat-sahabat yang sudi memberikan expected surpriseJhehe.Tapi percaya la ia lebih dari yang dijangka~(IQ ………takkanlah x expect kan?-credit to her ).Shae,Sal,Inoue,Mufid,Shee,Baizura,Madihah,Rem pOOh,Tse,Naimah,dan 'our regular customer' dan ahli beit saya.(xde yg tertinggal kan?nama xikut apa2 prioriti:-d)

Di bumi Mesir ini saya semakin belajar untuk menghargai orang-orang di sekeliling.Mungkin kerana keadaan yang jauh daripada keluarga di Malaysia menuntut kami untuk bertindak sebagai ahli keluarga antara satu sama lain.Saya tidak pasti selepas habis beberapa tahun di sini (insyaAllah) adakah lagi peluang untuk kami merasai nikmat persahabatan seperti kini,atau masing-masing dengan haluan sendiri?Apa-apa pun moga kita sama-sama menjadikan Malaysia sebagai medan menabur bakti kepada deen tercinta terutamanya,selain bangsa dan negara amnya*ayat yang pasti membanggakan En Hazam J*

Saya tidak punyai apa-apa untuk membalas jasa kalian,melainkan jika Allah memberi peluang untuk saya berbuat demikian.Sahabat yang terbaik ialah apabila kita memandang wajahnya akan mengingatkan kita kepada Allah.Jom berusaha ke arah itu!Satu saat di dunia kita pasti akan berpisah,tapi moga dipertemukan kembali di bawah naunganNya kerana mereka yang bersaudara kerana Allah adalah antara golongan yang akan memperoleh naunganNya di  akhirat kelak.

Doakan dengan pertambahan angka ini adalah seiring dengan pertambahan keimanan,ilmu,hikmah,amal dan doa yang makbul dan apa2yang tercatat sebagai kebaikan.

Mungkinkah ini sambutan yang terakhir di dunia ini?Jika Allah pajangkan umur,semoga kita boleh hidup untuk Islam.Jika kita dipanggil awal,moga itu adalah bukti panggilan Kekasih agung kepada hamba yang dirinduiNya.

Maaf salah silap dan halakan segalanya:)

WASSALAM WARHMATULLAH

3 comments:

InoueRozik said...

ehem..ehem....moga awk bahagia walaupun tiada di depan mata saya..

Tinta Qubnani said...

salam 'baby' kecik...

tahniah kamu. labah-labah dah bertempiaran lari.

burung-burung nak singgah ke sini..

nak menatap lagi hikmah-hikmah yang berbaki=)

dabei said...

Inoue,Alhamdulillah stakat ni masih bahagia tanpa kehadiran org ketiga(u la!)*gurauan mode*


wassalam warahmatullah puan:)hehe.ni mesti drp perkataan sawang tuh..keja dah siap??ehehe