RSS

Sunday, May 2, 2010

Wahid Wa'isyrin

Assalamualaikum

Petang itu kami beramai-ramai bertolak ke stesyen Ramsis untuk menaiki kenderaan meneruskan perjalanan ke Iskandariah.Ada beberapa pilihan untuk ke sana.Sama ada menaiki kereta api atau van-van yang kami panggil tremco atau microbus.Untung juga duduk di bandar sesibuk Kaherah ini,kenderaan awam selalunya tidak menjadi masalah kerana di setiap pelosok ibu negara ini apa yang pasti didapati ialah kelompok manusia!Mana tidaknya,jumlah penduduk di Kaherah sahaja hampir sama dengan penduduk di Malaysia.

Cuti musim panas di sini memang menyeronokkan.Dan mengasyikkan juga bagi mereka yang ingin mencari 'kebebasan' yang tidak didapati semasa kuliah rancak berjalan terutama kepada pelajar perubatan.Kaki ringan melangkah sehingga ke Madinah Nasr,kawasan penempatan pelajar jurusan agama Universiti Al Azhar.Jika bersama mereka,selalu berasa untungnya kita di bumi Mesir ini..Hanya tinggal beberapa tahun sahaja untuk dihabiskan insyaAllah.Selepas ini medannya di Malaysia~

Kami sepakat menaiki tremco untuk ke destinasi.Sebelum itu,teman-teman yang menjadi ajk pelaksana program sudah berpesan nama stesyen di sana yang akan kami turun nanti.Ah,bukan tidak pernah ke Alex...ikut sahaja arus yang telah dilalui dahulu...


Beberapa ammu (pak cik) menjerit-jerit wahid wa'isyrin yang bermaksud 21 dalam bahasa arab.Tanpa segan silu mahupun ragu-ragu,saya lantas mengajak kawan-kawan lain untuk menaiki kenderaan pak cik2 tersebut.Hurm...LE21...naik je la yang ini.Memang sekitar begitu harga perjalanan ke Iskandariah.Kami meneruskan perjalanan dengan tenang tanpa ada apa-apa masalah yang merumitkan.Alhamdulillah.

Ketika kami sampai langit sudahpun gelap.Kami juga bersama dengan salah seorang sahabat daripada Universiti Iskadariah yang bermusafir ke Kaherah seketika.Masing-masing terperanjat apabila kami diturunkan di sebuah kawasan yang begitu asing,sehinggakan sahabat dari Iskadariah tadi pun terpinga-pinga,di manakah kami ketika itu???Satu kawasan yang jauh daripada tempat kelaziman pelajar Malaysia turun,kawasan yang penduduknya agak teruja dengan kehadiran warga asing seperti kami.

Lalu kami gagahkan diri bertanya kepada arab di sekeliling,apakah nama kawasan tersebut.Pak cik2 yang sibuk mencari pelanggan menaiki kenderaan masing-masing berkata "kamu di wahid wa'isyrin"..Apa???

Ini pertama kali saya mendengar nama stesyen Wahid Waisyrin di Iskandariah.Rupa-rupanya laungan pakcik2 siang tadi wahid wa'isyrin adalah bermaksud stesyen akhir tremco yang kami naiki,bukannya harga tambang yang patut kami bayar!Tapi tidaklah malu sangat memandangkan kawan kami dari Iskandariah pun tertipu sama:).Kalau nama kawasan tersebut adalah Arba'in (40) pasti kami tidak tertipu kerana harga LE 40 adalah terlalu mahal untuk ke Iskandariah~

Baru-baru ini saya ke Iskandariah,peristiwa di atas kembali terimbau..Tersenyum sendiri.Kali ini,disebabkan terlalu lewat menungu kehadiran tremco di pagi Jumaat,saya dan Puan Naimah bersetuju untuk menaiki tremco ke Wahid Wa'isyrin!Nasib baik itu bukanlah stesyen terakhir..perhentian terakhirnya adalah tempat yang tidak asing kepada kami Mahattah Gadid (Stesyen baru).

Demikian antara kisah yang mewarnai perjalanan kami yang hanya berbaki beberapa tahun (insyaAllah) di negara kedua saya ini.Pengalaman yang sukar didapati di tanah air sendiri.

Pelajar-pelajar jurusan perubatan di Malaysia kelebihannya dapat beraksi seperti seorang pengamal perubatan bertaraf houseofficer .Kawan-kawan di Jepun dapat merasai nikmat hidup dalam suasana yang bersistem dan kecanggihan teknologi yang berdekad-dekad kehadapan meninggalkan Mesir.Namun,Mesir tetap menjadi pilihan saya.Inilah tempat yang mendewasakan,walaupun mungkin nampak xdewasa2:).Tempat yang menjadi saksi yang mencelikkan mata tentang pelbagai hakikat kehidupan.


Ambillah pengajaran daripada hadith Rasulullah SAW.Mukmin itu memang pelik,apa2 saja yang berlaku di sekelilingnya adalah baik-baik belaka.Apabila ditimpa musibah dia bersabar,apabila diberi nikmat dia bersyukur.


Permudahkan kami Ya Allah untuk menjadi hambaMu yang taat.

2 comments:

hamada hamdi said...

suka dengar cerita dari cik timb presiden.

buahnya sangat ranum dan manis untuk dikongsi. cukup melegakan tekak yang kering. menghidupkan kembali semangat hati yang malap. mungkin saja sebab akarnya tumbuh dari tanah gersang sahara.

dabei said...

tq utk peninggalan jejak...

gersang sahara mesirkah yang dimaksudkan?

Ana masriyya fil juhd wa fil ilm~