RSS

Tuesday, May 11, 2010

Mak,lapo!

Assalamualaikum

Demi membuktikan bahawa hari-hari adalah hari emak,post kali ini saya dedikasikan khas buat mak saya Puan Zainora Mohamed Ozair.

Mungkin saya juga bukan orang yang pandai meluahkan apa yang dirasai.Ada masanya kita tidak reti menzahirkan untuk semua orang tahu apa yang tersirat di sebalik yang nampak di luar.Itulah gunanya ruangan blog seperti ini :D

Klausa kata yang menjadi tajuk post ini lazim dituturkan ketika usia masih dikenali sebagai 'jagung-jagung' muda yang belum masak.Bukan loghat perak yang ingin di highlight kan...tetapi adalah untuk menyatakan itulah yang terlintas di fikiran saya ketika cuba mengimbas kembali quotation yang sebati apabila bersama mak.Mungkinkah sindrom ingin membesar ketika itu?:PNamun itu cerita dulu.


Bagi mereka yang diizinkan untuk menyambung pengajian di luar negara terutamanya,pastu merasai waktu kedewasaan dan kematangan adalah di negara rantauan masing-masing.Jauh daripada pantauan emak dan ayah.Sedar mahupun tidak,usia kebanyakan kita ketika ini adalah sudah layak didaftar sebagai pengundi dalam pilihanraya nanti.

Dulu selalu mengadu 'lapo' pada emak.(lapo=lapar)Tapi sekarang sepatutnya sudah pandai mencari dan membuat makanan sendiri :D.

Diri kita pada hari ini adalah hasil corakan emak dan ayah lebih awal daripada saat kita melihat dunia.Sama ada yang kita sedar mahu pun tidak.Siapa tahu mungkin pernah satu malam emak dan ayah kita berbincang sehabis baik untuk berjimat-cermat demi memastikan segala kelengkapan kita diurus dengan baik.Takkanlah mereka akan ceritakan jalan kepayahan yang pernah dilalui mereka kepada kita.Entah-entah mereka sendiri telah lupa semua itu~

Saya masih ingat dulu-dulu kakak saya pernah berkata,kalau saya nakkan sesuatu mesti nak jugak.Kalau xdapat sy akan terus bertanya,"kenapa xboleh"?Pasti mak banyak bersabar melayan kerenah si budak ni.

Kredit juga kepada kakak yg dimaksudkan,sebab curi-curi snap gambar mak waktu kali pertama mereka menghantar saya ke airport sebelum bertolak ke Mesir.Membongkar perasaan seorang mak yang tidak dizahirkan di depan anak,mungkin demi memberi kekuatan kepada anak yang akan berkelana jauh.

Mungkinkah ini hanya perasaan saya?

Saya tidak merasakan saya bertepuk sebelah tangan.

Kalau kita homesick apabila berjauhan dengan keluarga,sebenarnya mak dan ayah lebih-lebih lagi berkorban perasaan untuk melepaskan anak jauh daripada pandangan.Pengorbanan yang kadang kala kita nampak hanya pada pihak kita sahaja.Selalunya orang yang ditinggalkan lebih tersiksa daripada yang meninggalkan~

Saya tidak berniat untuk membuat ayat -ayat terharu di sini.Kalau tidak orang di sini,takut2 orang di sana yang homesick.hehe.Tidak mungkin saya dapat berbuat apa-apa sahaja yang mampu membalas secara adil apa yang telah mak berikan kepada saya dulu,kini dan selamanya.

Saya cuma mengharapkan keredhaan mak dan ayah supaya saya mendapat keredhaan Tuhan saya dan Tuhan kita bersama.

Ya Allah,kasihanilah kedua ibu bapaku lebih daripada mereka mengasihiku di waktu kecil.Berilah kasih sayangMu tanpa batasan dan alasan.Janjikanlah kebahagiaan buat mereka di dunia fana ini lebi-lebih lagi di negeri abadi nanti.

Wassalam.

2 comments:

jal rasta fi sabilillah said...

slm natrah
:)Dulu kita benci pudu rayakan? Skrg mgkn klia. terigt natrah nangis dlm bas..Natrah tnya akak nape akak kuat."Jihad ni dik" akak jwb slumber. Sebenarnya akakpn nangis, tp tggu natrah tidur dlu.Hu!hu!:)Pengalaman yg mendewasakan!

dabei said...

wassalam warahmatullah.eh x la akak.klia skrg ni bukan tempat yg dibenci.tapi makhluk yang menjadi saksi langkah sang pengembara ilmu..'jihad ni kak'hehehe.(Ya Robb)

owh..reveal jgk akhirnya akk pun sama.perasaan tu terlalu mahal~

salam juang di bumi Dimasyq.jumpa di sana insyaAllah..biidznILLAH