RSS

Thursday, November 5, 2009

Lagi banyak lagi bertambah

Assalamualaikum

Semalam sekali lagi saya berkesempatan berkogsi dengan Ustazah Maha kalam bicara dari langit.Kalam2 yang satu ketika dahulu menjadi ayat pemujuk dan peniup semangat Rasulullah SAW.Kalam2 yang sering sahaja menjadi jawapan kepada persoalan dan keraguan yang bermain di jiwa pencinta kebenaran para sahabat RadiyAllah 'anhum.Kalam2 yang juga bukti adanya tarbiyyah Allah secara tepat dan terus dari langit.

Oh,kita sekarang berada di akhir zaman.Zaman fitnah dan maksiat berleluasa di mana2.Di sisi kita tiada lagi Rasulullah secara zahir untuk memberitahu apa yang boleh dilakukan dan yang sebaliknya.

Secara ringkas, ayat yang kami pelajari semalam adalah bahagian2 akhir Surah Al Baqarah yang banyak menceritakan tentang harta,infaq,adab berhutang dan sebagainya.Saya tertarik dengan isu ini tambahan pula kami baru sahaja mendapat elaun sara hidup utk kali ini.

Kadar kenaikan biasiswa kami yang hampir mencecah dua kali ganda setahun yang lalu seringkali melakarkan tanda tanya,sering mewujudkan konflik dan kontroversi dalam diri.Dari satu aspek yang positif,saya masih tidak melupakan jasa senior2 kami yang dahulu begitu lantang menyuarakan permintaan kenaikan elaun sara hidup Jabatan Perkhidmatan Awam.Antara nama yang boleh saya sebutkan ialah Dr Fatimah Zahrah Rosli dan Dr Ahmad Shuib Yahya,saudara Ahmad Syazwan Nordin dan ramai lagi yang tidak saya sendiri ketahui.Terima kasih buat kalian yang telah bersusah payah berusaha sesuatu yang mungkin bukan kalian,tetapi kami sendiri nikmati~

Dari sudut yang optimis pula, lambakan kewangan kadangkala dan boleh jadi seringkali menyusahkan kita.Orang banyak harta lambat masuk syurga,banyak perkara yang perlu disoal terutama ke arah mana dan bagaimana dia membelanjakan hartanya.Di sini orang beriman yang tidak berharta lebih untung.Ada penyataan yang mengatakan manusia ini jika diberikan segunung @ selombong emas pun nescaya akan mengharapkan satu lagi.Tidak pernah rasa cukup dengan kekayaan yang diberikan.Mungkin kerana harta dunia tiada nilai kepuasan.No sense of satisfaction.

Pada kali ini sebenarnya beberapa kumpulan pelajar tajaan JPA di serata dunia diuji dengan lewat kemasukan elaun.Tidaklah lewat sangat pun.Cuma beberapa hari lewat daripada biasa.Itu pun sudah haru biru juga dibuatnya.Kalau hendak diikutkan sebenarnya banyak sahaja nilai yang kami peroleh sebelum ini.Tapi maklumlah semakin besar nilai semakin besar juga bajetnya.

Pada permulaan rubu'(suku) yang saya pelajari pada kali ini ialah Allah mengingatkan bahawa kata2 yang baik itu adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti dengan ungkitan tatau kata- yang menyakitkan penerimanya.Kadang2 kita tidak sedar.Laju sahaja kata2 yang meluncur dari mulut ini.Merasakan bahawa kitalah yang membuatkan dia kenyang.Walaupun mungkin tidak dizahirkan,mungkin sahaja bisikan2 jahat itu singgah dalam hati atau sekadar melintasi fikiran yang sukar dikawal.

Hakikatnya segala apa yang ada pada diri kita dan sekeliling ini adalah semata2 pinjaman dan ujian Tuhan terhadap hambaNya,bagaimana akan dibelanjakan.Dan orang yang patut kita utamakan dalam menginfakkan harta adalah daripada kaum kerabat kita sendiri.Kalau tidak ahli keluarga sendiri siapakah yang lebih dekat untuk menolong kita?Sebab itulah dalam harta warisan nilai yang boleh diwasiatkan selain kaum kerabat yang berhak hanyalah 1/3(betulkan jika saya salah).Tidak boleh lebih,kerana kaum kerabatlah yang lebih berhak ke atas harta si mati tadi.

Cuma di sini ingin saya ;lebih-lebih lagi mengingatkan diri sendiri ...jangan lupa mak & ayah kita.Wajarlah kita yang sudah mendapat rezeki yang lebih ini SEKURANG-KURANGNYA tidak lagi bergantung dari segi kewangan dengan mereka.Itu sekurang-kurangnya.Saya percaya ramai dalam kalangan kita yang sudah mampu sedikit sebanyak menghulurkan beberapa yang mampu kepada dua insan mulia yang menjadi penyebab kita mengenal siapa Tuhan dan agamaNya.Mungkin silapnya kita menganggap pendapatan mereka jauh lebih banyak berbanding kita yang masih bergelar pelajar.

Namun ada dua perkara yang ingin saya kongsikan di sini.

Pertama,KITA MUNGKIN SAHAJA TIDAK MEMAHAMI KESUSAHAN MEREKA.mak dan ayah biasanya lebih selesa utk menyembunyikan apa yang menjadi kesempitan daripada pengetahuan anak2.Jangan sampai anak2 terasa juga keperitan yang mereka tanggung.Nampak macam senang,tapi saya juga percaya kebanyakan daripada kita keluarganya pasti pernah menghadapi krisis kewangan.Antara kita sedar atau pun tidak

Kedua,SUMBANGAN TANDA INGATAN kita terhadap mereka.Biarpun sumbangan kita ibarat lekat celah gigi shaja,tidak mengapa.Yakinlah bahawa bukan nilai sangat yang menjadi topik utana,tetapi ialah ingatan kita terhadap mereka yang menyayangi kita lebih daripada yang selayaknya.

Maka solution yang disarankan di sini, ialah sumbanglah kepada 2 insan yang terlebih dahulu ghairah 'menyumbang' ke atas diri kita sementara masa masih ada.Sekadar apa yang mampu.Kemampua itu selain Allah kita sendiri mengetahuinya.

Got to go now!

salam alaykum~

5 comments:

PEMENANG said...

tapi ..tak pelikke? kalo family jenis berade gak....x kan nak bagi duit nanti derang kate ape plak..mcm la aku nih x mampu

baik bagi dalam bentuk barang(hadiah) ke camne?

lyannayahya said...

makin byk duit yg kita ada,makin besar keperluan kita.

adakah keperluan itu pembolehubah dimanipulasi.atau hanya pemalar dalam kehidupan?

ape pendapat ko,natrah?

Eng Einy said...

huhu menusuk kalbu..

dabei said...

salam warahmatullah~

to pemenang :bg sy xpelik...sbb itu tanda ingatan kt sbnarnya,mcm yg sy tlh nyatakan.cuba jadikn i2 sbg tggjawab kita pd mak ayah,spy xkekok memberi bila dah keja nnti.kalau diorang nak menolak terpulang.yg penting kt dah cuba.dn trpulang kalo bg hadiah lbh sesuai dgn kondisi masing2.cuma,kalo bg duit sc berkala ni nampak kt mmg xlupa tggjwb sbg anak la..(pendapat peribadi yg blh ditolak)

to little star : jwpn slmt ialah kedua2nya..hehe..

sbbnye...mmg ada perkara yg menjadi keperluan bila dah lebih sikit duit...cth memperbaiki penampilan..dan keperluan 'memberi' juga menjadi semakin bertambah dgn bertambahnya harta yg ada.

n ada kalanya ia dpengaruhi oleh nafsu yg smakin tinggi bila dah berduit ni.

Tuhan,permudahkan kami untuk mewakafkan harta ke jalanMu..ameen~

to reMysah : haih komen sadis da~ :d

Jazakumullah khair :0

Muhammad Warouq bin Qamar said...

tiapkali pegi HSBC ATM nak keluarkan duit,terasa nak nangis pon ada tekenangkan duit dari poket ayah tepakse aku gunakan. kadang2 anak2 tak mintak pon tapi parents tetap tak lupe. sampai rasa lagi elok aku berhutang dgn kawan2 drpd mintak kat parents lagi2 bile hujung2 bulan. [untung ade kawan2 JPA. bole pinjam duit time sesak. heh]
tak sabar nak kerje cepat2 biar boleh balas jasa mak bapak. sket je lagi nak abes. usaha2.

k,sori nyebuk sini. 1st time singgah. nice blog anyway!