RSS

Wednesday, November 25, 2009

Kurang ajarkah?

Assalamualaikum...

Malam ini saya nekad menulis entry ini biarpun hari sudah lewat malam.Malam ini juga saya percaya malam yang penuh berkat.Malam 9 Zulkaedah iaitu Hari Arafah.Malam ini juga berlaku satu insiden yang sudah kerap kali berlaku pada kami pelajar perempuan di Sayyidah khususnya.Saya sedih kerana belum mampu nbertindak berani secara sepontan yang sewajarnya sifat yang perlu ada dalam diri setiap yang bergelar muslimah sejati.

Setiap kali berhadapan dengan khalayak Arab, golongan yang saya 'fobia' adalah budak kecil lelaki sekitar usia di bangku sekolah rendah atau sedikit atas daripada itu.Bukan sekali,tapi berkali-kali2 dan kerap kali kami diserang mereka...cuba melakukan sesuatu yang tidak sedap telinga mendengarnya,akal memikirkannya,perasaan merasainya~yang dilakukan oleh lelaki(assailant) kepada wanita(victim)...huhu...(post medical forensic exam syndrome).Hanya orang yang berpengalaman yang benar2 memahami situasi ini.Malu juga untuk saya nyatakannya.Rasanya boleh faham2 sendiri keadaan yang dimaksudkan.

Apa yang menyedihkan ialah tindakan biadap dan kurang ajar ini dilakukan oleh golongan yang boleh dikatakan sepatutnya hati mereka masih suci daripada noda2 dosa sebegini bentuk.Haih..bila geram dengan orang2 di sini(khususnya kanak2)..fikiran saya pasti melayang ke arah pemimpin mereka..,lantas beralihlah kegeraman itu padanya.Maafkan saya Hosni Mubarak~

Tujuan yang lebih penting mengapa saya perlu kongsikan cerita di sini ialah memerlukan pandangan para pembaca bagaimana sepatutnya menjadi orang yang berani dan pantas bertindak dalam situasi yang genting sebegitu.Setahu saya perempuan mudah bertindak agresif dalam keadaan yang terdesak.Tidak cukup terdesakkah keadaan itu apabila maruahnya telah atau cuba dicabuli???Soalan yang selayaknya saya terlebih dahulu menjawabnya.

Untuk diri saya sendiri, saya merasakan keberanian itu masih tidak cukup kuat dalam diri adalah disebabkan faktor bahasa.Kata ustazah saya mustawa yang paling tinggi bagi mereka yang menguasai Bahasa Arab ialah apabila dapat bergaduh dalam bahasa tersebut.Pada saat itu kita memerlukan masa yang singkat,otak yang pantas berfikir bagi menyusun kalimah yang banyak.

Nah,itulah kekurangan saya sehingga kini(doakan untuk peningkatan) yang saya fikir menyebabkan saya masih terkial-kial dalam bertindak sewajarnya aabila keadaan sebegitu terdesak.Maafkan saya sahabat.Moga2 ini yang terakhir tindakan lambat dari kita semua.Selepas ini,mudah2an Allah memberi kekuatan untuk kita melawan orang yang gemar memijak-mijak maruah kita di kakinya.

Saya percaya membela kemuliaan diri sendiri..~cukup sebagai seorang daripada sebaik-baik ummat~adalah satu tindakan yang terpuji dalam Islam.

Saya amat berterima kasih seandainya ada sahabat2 yang sudi berkongsi perkataan2 yang sesuai dilemparkan pada golongan ini.Bukan untuk membalas dendam atau mengharapkan kejahatan,namun cukup sekadar pengajaran supaya perkara tidak berulang dan ke'izzahan diri tetap terbela.

Sayyidah Zainab
Kaherah




2 comments:

isra' said...

salam...berat masalah ni...nanti kami fikirkan...sebagai langkah awal, cegah lebih baik daripada mengubati...elak lalu kawasan yg anak2 arab ni lalu serta ingatlah bahawa Allah sebaik2 pelindung.

dabei said...

salam warahmatullah.tq for your concern :)