RSS

Wednesday, November 18, 2009

isteri,anak,duit biasiswa...

Assalamualaikum....

Post kali ini insyaAllah ada kaitannya dengan status ym saya beberapa hari kebelakangan ini.

"isteri,anak,duit biasiswa adalah perhiasan dunia yg sementara...kepadaNya kita kembali"

Sebenarnya itu ibrah yang saya dapati daripada kalam Tuhan yang saya teladani bersama Al-Fadhilah Ustazah Maha.Beberapa minggu yang lalu.Alhamdulillah,sekitar 3 jam yang lalu Ustazah membacakan beberapa potong ayat yang juga membawa maksud yang sama.Ayat yang saya maksudkan adalah bahagian terakhir rubu' pertama dan ayat selepasnya Surah Ali-Imran

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,haiwan ternak dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia,dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik

Katakanlah "Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari demikian itu?"Bagi orang-orang yang bertaqwa(tersedia) di sisi Tuhan meeka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya,dan pasangan-pasanagn yang suci,serta redha Allah.Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya.

Beberapa sahabat yang prihatin sibuk menegur status yang saya tersebut.Mereka bertanya,suami pula bagaimana???Saya hanya menjawab 'lu pikir la sendiri' gaya Nabil yang saya kenalinya tahun lalu sewaktu pulang bercuti.(Teringat adik-beradik saya yang sungguh2 ingin memperkenalkan siapakah Nabil satu ketika dul..lebih baik kenalkan Nabi daripada Nabil~he2).Itu hanya jawapan bersahaja.

Hakikatnya memang semua itu adalah kesenangan yang menyeronokkan.Suami,isteri,anak-anak,harta kemewahan,kemuliaan di pandangan manusia.Tempatnya di dunia.

Kita sememangnya mengharapkan orang-orang tersayang untuk duduk bersama menikmati keindahan di negeri abadi.Cuma,kita sering lupa akan pesanan Allah itu.Terlalu sayang sehingga sukar melepaskan.Post blog senang di update berbicara isu ini.Namun hanya jiwa yang mengerti mamahami maksud yang tersirat.

Saya ingin membawa kalian kepada realiti yang berlaku di sekeliling saya secara khusus, dan keseluruhan mereka yang masih bergelar remaja amnya.

Apabila berkata tentang 'jiwa remaja'... satu kalimah yang agak sinonim ialah...silakan meneka..


ya..tentang CINTA.

saya faham benar keadaan ini lantaran saya juga adalah dari golongan remaja :d~ Sememangnya saya bukan orang yang selayak Ustaz Hasrizal,atau sesiapa sahaja yang pengetahuannya bersama pakej pengalaman.Namun,ada beberapa pandangan yan ingin saya kongsikan berdasarkan maksud ayat Al Quran yang saya nyatakan di atas.

Benarlah firman Allah,kita sememangnya terasa indah dengan kehidupan yang serba serbi mencukupi.Isteri yang cantik,suami yang penyayang,anak-anak yang berjaya,harta yang menjanjikan keselesaan...indahnya hidup di dunia apabila tidak merasa susah mengharunginya.

Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mendapatinya?Mereka yang ditakdirkan tiada jodoh di dunia,mereka yang miskin walaupun setelah berusaha,mereka yang dianugerahkan kurang dari segi nikmat kecantikan...adilkah semuanya?Apakah kayu ukur yang terbaik sebagai penilai di manakah darjat sebenar seorang insan itu?

PujukNya,ditunjukkan sesuatu yang jauh lebih baik dari nikmat-nikmat yang sementara itu.Sebaik-baik bekalan.Yang menjadi satu-satunya penimbang tara siapakah dia di sisi Tuhan,di manakah penghujung tempat istirehatnya...ITULAH TAQWA.

Jangan merasa rugi sekiranya rugi sekiranya Allah tidak mahu merezikan kita dengan kesenangan yang sementara itu...namun alangkah malangnya jika kita tidak dipilih untuk memakai MAHKOTA TAQWA pemberianNya.

Ya Allah,usah Kau memalingkan perhatianMu terhadap kami...

AYuh bersama-sama mengejar title itu~




0 comments: