RSS

Monday, April 13, 2009

untuk kamu

Assalamualaikum

SubhanAllah,AlhamduLillah,AllahuAkbar~~~

Selayaknya pujian itu bagi Allah..tiada detik yang lebih indah dalam dunia ini selain waktu hati kta dirasakan betul2 dekat padaNya.

Saya gagahi diri untuk menaip pada malam ini kerana rasa SAYANG pada sahabat.Sayang yang perlu diterjemahkan pada bentuk praktikal,sebagai bukti keikhlasan saya pada dia.Sayang itu bukan kerana dia adalah orang yang dekat dengan saya,tetapi berasakan pada fakta bahawa ada hak terhadap dirinya yang perlu saya tunaikan.Bagi saya,itulah asas ukhwah yang dikatakan FILLAH..sayang kita terhadap seseorang itu kerana kita adalah juzuk2 yang saling melengkapi,perlu sentiasa pesan-memesan akan kebenaran,sekalipun ia sangat pahit sekali untuk ditelan.

Saya tidak pasti sejauh manakah tulisan ini berjaya menjadi pengganti diri untuk meluahkan rasa hati yang tak mampu dizahirkan secara perkataan.Apa yang pasti,saya perlu berusaha supaya MAKSUD yang saya ingin sampaikan itu SAMPAI...huhuhu.apa yang penting???kita usaha..=P

Benteng terkuat yang perlu ada untuk menghadapi segala dugaan datang dari kekuatan dalam diri kita sendiri.Kita mempunyai pilihan untuk menentukan dari arah manakah datangnya kekuatan itu,atau siapakah yang menjadi sumbernya.Andai tersilap pilih,saya yakin kekuatan itu tidak akan kekal lama.Sifatnya bermusim.Akan berubah apabila ada faktor lain yang mengubahnya.

Tetapi,sekiranya sumber kekuatan itu JELAS akan kesahihan sumbernya....maka apabila kita tersa lemah kembali,kekuatan itu akan datang kembali kerana sumber,masdar,atau pun source pada kekuatan itu adalah bersifat hakiki dan menepati fitrah sebagai seorang manusia

Terlalu sasterakah saya???

Saya suka mengusik kenalan2 apabila ayat2 saya sukar difahami "ayat aku terlalu genius ke?"=p.Biar saya berterus terang apakah KEKUATAN hakiki yang saya 'gembar-gemburkan' di atas.

Berdasarkan sifat2 kekuatan hakiki yang saya nyatakan di atas,sesuatu yang bersifat hakiki pastinya datang dari sumber yang baik.Saya tidak jumpa penyelesaian terbaik kepada SETIAP PERMASALAHAN yang dihadapi selain kembali kepada Tuhan.

Saya tidak sekali2 bermaksud bahawa sahabat saya ini jauh dengan itu.Malahan tanggapan saya adalah sebaliknya.Dia adalah seorang yang mengamalkan kehidupan beragama dalam dirinya.Peringatan khusus buat saya,dia,dan sahabat2 yg lain,kadang2 kita lupa untuk menyerahkan bulat2 permasalah ini pada Allah.Maksud saya,selalu sahaja kita tidak betul2 kembali pada Allah.Kembali bukan bermaksud semata2 mengadu padaNya,tetapi bersedia untuk meninggalkan apa yang akan mengundang ketidaksukaanNya pada kita,walaupun kebanyakan yang Dia tak suka tu kita pulak yang suka..huhu..itu barulah bukti sejati kita benar2 kembali padaNya

Berkorban,berkorban,berkorban...Kalahkan perasaan diri sendiri kerana saya yakin sekali jika kita berkorban sementara waktu ini pada perkara yang kita terasa sangat berat untuk ditinggalkan,tetapi perlu utk ditinggalkan,maka Allah....tidak bersifat zalim...malah Maha Penyayang.Pastinya Dia akan menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik drpd apa yang kita korbankan itu.Apa yang penting??kita perlu berkorban~~~


Teori memamng selalunya lebih mudah.Susah senang melakukannya hanya diketahui oleh Allah dan mereka yang berada dalam situasi tersebut.BARANGKALI,saya berada dalam kedudukan saya yang kini sebagai pemberi peringatan pada kalian yang diuji dengan dugaan yang pastinya kalian sahaja yang mampu menghadapinya.Saya tidak diletakkan dalam keadaan itu mungkin kerana saya tidak cukup kuat,mungkin saya akan terus hanyut jauh2 kerana saya tiada kekuatan utk menghadapinya.Ambillah pengajaran yang baik daripada apa yang cuba dikongsikan di sini,walaupun hakikatnya hanya kalian yang lebih mengetahui dan memahami 'pahit-masamnya' ujian ini.

Andaikata satu hari nanti saya pula yang teuji seperti kalian,ingatkan saya sebagai kerana kita adalah sahabat yang saling memimpin tangan menuju rahmat dan kasih sayang yang sebenarnya pastinya milik YANG MAHA MENGETAHUI DIRI KITA SENDIRI kerana Dialah Yang Maha Pencipta

1 comments:

kawa-i ippo said...

erm...nat ku syg..time kasih untuk semua,sungguh sy sayang kamu kerana agama ini..dan sungguh saya cinta kamu kerana perjuangan ini