Assalamualaikum...
hamdan LILLAH.Sekitar jam 7.30pagi waktu Malaysia hari Rabu yang lalu saya selamat menjejakkan kaki ke bumi bertuah Malaysia tanah airku.Menaiki pesawat ihsan MAS MH8031.Apabila ditanya tentang apa yg telah saya lalui,saya membalas kepada ayah "sangat banyak cerita yang boleh ditulis dalam blog!"
Ya.Bermula pada 25 Januari ketika cuti umum di Mesir yang mereka namakan Hari Polis..salah satu cuti yang tiada di Malaysia.Ketika itu berlaku tunjuk perasaan di beberapa tempat di seluruh Mesir,khususnya Iskandariah.Khabarnya rapat umum itu adalah berpunca daripada isu antara penganut agama Kristian dan penganut deen suci Islam sendiri,rentetan pengeboman si sana.Tidak lama sebelum itu.pegawai MARA sendiri telah mengingatkan para pelajar supaya tidak keluar pada hari tersebut bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini
Rupa-rupaya Medan Tahrir yang merupakan kawasan paling popular dalam setiap berita antarabangsa sekarang pun, turut mengalami keadaan yang sama.Rapat umum,cuma saya sendiri tidak pasti adakah berpunca daripada sebab yang sama dengan apa yang berlaku di Iskandariah.Beberapa hari selepas itu,ada pula desas desus yang mengatakan akan diadakan pula perhimpunan warga Mesir beramai-ramai...kali ini tujuannya ialah untuk menggulingkan individu yang bernama Hosni Mubarak!
Hari ini apabila mendapat tahu Hosni Mubarak telah melarikan diri ke Sharm al-Sheikh,sy tidaklah begitu terkejut dengan kejayaan yang dizahirkan oleh rakyat Mesir.No wonder! Ekspresi saya itu adalah berdasarkan pengamatan saya terhadap rakyat Mesir sepanjang beberapa tahun perkelanaan kami di Bumi Anbiya' penuh barakah itu.Perkara ini banyak juga saya pelajari melalui para penuntut Kasr El Ainy,Universiti Kaherah.
Keberanian Yang Menjadi Teladan
Kepelbagaian ragam mahasiswa perubatan Mesir memang tidak dinafikan,namun abstrak yang berjaya menawan hati saya ialah sifat outspoken yang banyak memberi kelebihan kepada bangsa di rantau Afrika ini.
Nilai ini antara buah tangan yang saya harapkan dapat kami bawa gelombangnya apabila pulang ke Malaysia berkhidmat kepada agama dan masyarakat nanti.Ambil sahaja yang positif, mereka begitu berani menyatakan apa yang mereka ingin suarakan.( walaupun kena pada tempat atau sebaliknya adalah 50-50).Mereka tahu apa yang mereka inginkan.Dengan berpandangan optimis,sekiranya rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap sopan santun ini diadun secara tepat di mana masa kita perlu bertegas(seperti rakyat Mesir) dan di mana hikmahnya adalah kita bersikap pasif...maka itulah yang lebih baik.
Sifat ini juga terserlah dalam demonstrasi 18 hari yang berjaya menundukkan keegoan seorang manusia biasa yang telah diberi peluang selama lebih 30 tahun oleh rakyatnya untuk melakukan perubahan!18 hari bukan tempoh yang lama untuk satu permulaan yang baru.Agak mencuit hati,dalam berita Malaysia sebentar tadi dikhabarkan orang Mesir sanggup turun Medan Tahrir meskipun demonstrasi sudah berakhir,dengan membawa penyapu untuk membersihkan kawasan sekitar.Mereka ingin memulakn hidup baru,tidak mahu menjadi pengotor lagi.Selamat tinggal tabiat buruk yang sering menjadi bahan ejekan. kalian.Ayuh!
Teringat perkataan yang dilabelkan oleh pensyarah saya kepada bangsanya sendiri iaitu sarcastic.. namun didoakan 12 Februari seperti mana pernah menjadi hari agung iaitu syahidnya al Imam Hassan al Banna,maka begitu juga akan tercatat agungnya 12 Februari 2011 sebagai permulaan ke arah yang lebih baik untuk saudara saudara kita di Mesir khususnya.
Masuklah Ke Dalam Mesir dan Kamu Akan Aman
Saya sempat bersembang dengan sahabat dalam tempoh evakuasi ini.Rata-rata menyatakan perasaan sedih meninggalkan Mesir dalam keadaan sebegini.Walaupun ada juga yang memang gembira dengan pakej percutian di luar jangkaan ini :) .Mesir memang sukar dinilai keistimewaannya jika kayu ukur yang dilihat adalah keindahan alam semulajadi.Tambahan bagi kami yang duduk di tengah-tengah kawasan Kaherah,yang indeks pencemarannya adalah antara tertinggi di dunia.(mengikut senior kami).Mesir juga masih ketinggalan ke arah bandar yang bersih dan rakyat yang begitu berdisiplin dan bersopan santun.
Rakyatnya yang saya kenali,antara dua ekstrim.Yang terlalu baik dan yang sebaliknya.Antara pengikut Sayyidna Musa dan Fir'aun kata mereka Maka golongan pertamalah antara penyebab hati kami begitu terikat dengan Mesir,meskipun Mesir jauh ketinggalan berbanding UK,Jerman,UAE,Lubnan,atau Malaysia sendiri.
Namun rakyat Mesir masih kuat dengan pengamalan nilai keislaman mereka secara terbuka dan tidak membebankan.Masih ramai golongan yang sudi menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja walaupun tidak dikenalinya.Pernah kami menyaksikan seorang pak cik lalu di hadapan teksi yang kami naiki.Keitka itu cuaca amatlah panas.Di tangan beliau terdapat sebuah botol berisi air,lalu dihulurkan kepada pemandu teksi yang kehausan.
Hati yang masuk itu yang aman.Seperti yang dijanjikan dalam AlQuran.Masuk ke Mesir dan kamu akan aman.InsyaAllah,Mesir akan kembali makmur di bawah pentadbiran Islam yang menyeluruh.
Ana Masriyyah!Tentu rakyat Mesir yang mampu membaca blog ini bangga apabila mendapat tahu ada juga manusia berdarah rantau nusantara ini sanggup pula mengaku sebahagian daripada mereka.Hakikatnya Islam itu tiada sempadan geografi yang meisahkan.Yang penting kita bertuhankan Allah Yang Maha Esa dan sujud mengadap kiblat yang sama.
Wassalam.
Sanah Helwah Hana
4 months ago
4 comments:
subhanallah...menyala2 cinta natrah utk mesir...smp zam pon terasa nk rase jugak..mnx2 Allah bg kesempatn ke sana lg.ameen2
MashaAllah. satu peringatan yang menusuk kalbu. terima kasih Natrah!
btul..mesir tu satu anugerah..
rse syg tinggalkn msir dlm kdaan yg skrg..
hope boleh blik kesana sgera :)
salam..terima kasih kepada yg sudi menjengah.dah lama blog ni berhabuk.syukran kerana menolong sy membersihkannya.mg sama2 beroleh manfaat!hadza min fadhli Robbi
Post a Comment