RSS

Monday, December 7, 2009

Aina Khalal 2

Assalamualaikum

Pada entry yang lepas kita telah berkongsi tentang pembaziran kekuatan akal yang dibincangkan dalam karangan Syaikhuna Al-Allamah Dr Yusuff Al-Qhardawi bertajuk Aina Khalal.Terdapat 2 lagi subtopik yang kami diskusi pada malam tadi.moga2 memberi manfaat kepada saya dan orang lain juga.

................................

Saya tidak pasti klausa kata apa yang paling sesuai sebagai penterjemahan terbaik untuk kalimah Arab subtopik berkenaan.Namun secara kesimpulannya,dewasa ini persepsi kebanyakan daripada kita tentang 'bekerja' ialah untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan seharian dan masa depan,menyara anak isteri,apabila usia sudah lanjut mahu pencen dan berehat-rehat bersama keluarga tersayang...dengan keperluan sekeliling yang serba mencukupi.

Saya terlebih dahulu berpesan pada diri sendiri.Kita perlu ubah mentaliti sebegini

Mari kita mengambil pengajaran daripada ayat kedua Surah Tabarak (al-Mulk).Allah memberitahu kita semua tentang tujuan penciptaan kematian dan kehidupan ialah UNTUK MENGUJI KAMU,SIAPAKAH YANG PALING BAIK AMALANNYA~

Jika dalam tangan kita terdapat benih yang akan menumbuhkan pokok sedang dalam keadaan itu sudah hampir sangat dengan Hari Kiamat,wajib bagi kita mencampakkannya.Dalam erti kata lain,wajib bagi kita untuk terus bekerja walau segenting itu situasinya.Hal ini menunjukkan betapa kita perlu menanamkan fikrah bekerja dan terus bekerja, harap2nya setiap pekerjaan kita tergolong dalam ahsanu amalan seperti yang ditekankan dalam Surah AlMulk.Bekerja bukan sekadar jaminan survival di dunia.Perkara yang semestinya lebih layak dan lebih afdhal dijadikan agenda ialah KESELAMATAN & DARJAT kita di akhirat kelak.

Warga emas di Jepun tidak menjadikan pencen dan bersenang lenang sebagai target mereka di penghujung usia.Bagi meeka pekerjaanlah yang menjadikan mereka mulia.Tanpa pekerjaan mereka hidup dalam keadaan hina.Biar serendah mana pun status pekerjaan yang diceburi.

Kita sepatutnya yang lebih terkehadapan dalam bab ini.

Satu penyakit mentaliti kita dalam bekerja ialah buat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga. Hal ini berbeza sekali dengan bekerja tanpa melihat hasil usaha.

Sahabat,andai satu hari saya terlupa...ingatkan saya.Bekerjalah bersungguh2 dalam setiap perkara yang kita lakukan.Bukan apa,kalau kita buat ala kadar,ceroi2 hasilnya tiada apa2.Penat lelah sahaja.Asalkan kita buat udah.Itu adalah berkenaan dengan prinsip pertama.

Kedua,bekerja tanpa mengharapkan apa-apa.Bukan tidak mengharapkan hasil,namun semangat tidak mudah luntur jika hasil masih tidak muncul di depan mata.Sabar dengan kemenangan di pengakhiran usaha.Tidak gopoh dalam menilai hasil dapat.Bersangka baik dengan apa yang disusun Allah.

Mungkin Allah sendiri hendak menegur saya kerana malam sudah begitu lewat.Saya perlu berhenti di sini kerana sudah masanya.Takut2 saya mengantuk dan penat,tidak dapat bekerja bersungguh2 untuk agenda yang lebih patut diutamakan.

Salam permisi :)

2 comments:

Fauwaz Fadzil said...

salam. natrah, bagus usaha kamu tulis2 macm ni.perbanyakkan. insyallah saya akan bantu.

tahniahlah jadi t.presiden.
mungkin ni nasihat saya kepada kamu,

seimbangkan persatuan, jadilah org yang twadauk dan penyanyang dan berjiwa besar.
cuba bawa konsep perpaduan dengan semua persatuan.

galakan pelajar pergi masjid azhar, terutama kelas dr yusri, ajak mereka solat jumaat dan belajar dgr khutbah.
tambahkan ilmu dunia dan akhirat. semoga Allah menolong kamu.

dabei said...

salam.jazakAllah ustaz ats nasihat tu~mg2 Allah permudahkan jalan utk realisasikan cita2 kita yang tinggi.

Haih.tu la ust dok sebut2.ni mesti kes law of attraction.

Ustaz!jwpn kepada persoalan ust semalam ialah AGENDA ISLAM :)