RSS

Monday, December 14, 2009

Aina alkhalal 3

Assalamualaikum...

Saya akan cuba teruskan penulisan pada kali ini biarpun secara ringkas dan semampunya.Moga bermanfat untuk saya dan anda semua.

Mensia-siakan bilangan kita yang pelbagai

Mungkin terjemahan secara direct ini kurang kena pada gaya bahasa ibunda.Namun apa yang difahami daripada karangan Syaikhuna ini ialah kita masih belum berjaya memaksimumkan penggunaan tenaga manusia di sekeliling kita,kurang mengambil manfaat daripada kepelbagaian kita yang menawarkan pelbagai kelebihan.

Setiap jiwa muslim itu terdapat permata,samada sudah berjaya digilap atau masih dalam tempoh mencari-cari.Kita perlu yakin bahawa setiap manusia itu diciptakan ada kelebihan dan kekurangannya.Takkanlah Allah begitu tidak adil dalam membahagikan nikmat kepada hamba-hambaNya.Cuma kita sahaja yang sering melihat nikmat itu dari sudut2 tertentu.Sebab itu kita perlu BERSAMA,supaya melengkapkan antara satu sama lain.Yakin bahawa bersama setiap manusia itu terdapat sesuatu yang hanya ada pada dirinya,tidak pada orang lain.Anggap semua manusia itu tahapnya sama.Dewasa ini kita mungkin kelihatan berbeza,ada di atas ada di bawah dek kerana pengiktirafan manusia.Namun janji Allah TAQWA sahaja yang membezakan kita di pandanganNya.

Ya,manfaatkanlah segala macam orang yang berada di sekeliling kita.Semua mampu menyumbang untuk kemaslahatan yang lain.Kalau tiada pengutip sampah,susah juga hidup kita!


Mengabaikan 'makanan roh' yang memerlukan

Kita bergerak kerana masih ada roh pinjaman Allah.Jika ditarik kembali, kita tidak lagi dipanggil manusia.Kalaulah jasmani kita perlu kepada makanan saban hari,apatah lagi roh yang menghidupkan jasmani.

Namun,keperluan rohaniahlah perkara yang selalu kita pandang enteng.Mungkin kerana tidak sedar bahawa itulah unsur yang menghidupkan jiwa.

Berapa ramai antara kita yang setiap tindakannya hidup dengan sentuhan rohaniyyah,

Apa yang paling penting bagi seorang daie' adalah menjaga hatinya,menjadikan hatinya hidup dengan ZIKRULLAH dan manhajnya,supaya hatinya itu boleh menyentuh hati orang lain di sekelilingnya~

Kredit buat sahabat SC saya yang berkongsi hikmah ini.

Keyboard off!!!


2 comments:

Anonymous said...

"Setiap jiwa muslim itu terdapat permata,samada sudah berjaya digilap atau masih dalam tempoh mencari-cari.Kita perlu yakin bahawa setiap manusia itu diciptakan ada kelebihan dan kekurangannya.Takkanlah Allah begitu tidak adil dalam membahagikan nikmat kepada hamba-hambaNya.Cuma kita sahaja yang sering melihat nikmat itu dari sudut2 tertentu...."

sungguh termotivasi membaca kalam2 ini..


keep on good writing ya kak :)

dabei said...

salam alayk..ni hawa adek thn satu ke??

he2welkem3..dah chat ke tu???