RSS

Sunday, February 9, 2014

Nafas Baru

Assalamualaikum..
BismILLAH ArRahman ArRahim..

Rupa-rupanya sudah lebih setahun setengah saya membiarkan blog ini sunyi tanpa entri terbaru.Ada beberapa tulisan yang sy hanya jadikan sebagai notes dalam facebook.Itupun sempena insiden tertentu.Memang sudah lama rasa ketagihan ingin menulis.Sehinggakan sudah bertukar status, daripada seorang pelajar perubatan menjadi graduan menjadi pegawai perubatan, daripada bujang menjadi isteri orang dan telah bergelar ibu alhamduLILLAH pada 19 Januari 2014.Dalam perubahan fasa2 tersebut terlalu banyak yang ingin dikongsi bersama sampaikan tidak tahu yang mana satu ingin dikongsikan.

Pada entri kali ini saya berminat untuk berkongsi pengalaman setelah memulakan tugasan sebagai pegawai perubatan UD41 atau yang dikatakan HO atau secara sinis ada yang menggelarkannya 'hamba orang' :)

Kehidupan sekarang sudah terlalu banyak beza dengan kehidupan sebagai pelajar perubatan.Tambahan pula ketika berada di bumi Mesir, alhamduLillah suasana sekeliling boleh dikatakan baik walaupun yang tidak baik itu wujud di mana2.di sana orang membaca alQuran di tengah jalan masih dianggap norma kehidupan yang tidak janggal di mata umum.namun orang bergaduh terjerit2 juga tidak dianggap asing^*^.


Hari ini kehidupan yang kami lalui sehari2 adalah dalam realiti sebenar yang lebih bervariasi mewakili masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini.Saya suka kongsikan sesuatu yang positif dahulu untuk perkongsian pertama.Setelah lebih kurang sebulan berada dalam Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan, satu hari saya ditaqdirkan bertemu dengan seorang ibu yang sangat tabah.Saya tidak akan menyebutkan secara terperinci sejarah pesakit tersebut.Lagipun ia sesuatu yang kurang beretika untuk mendedahkan perihal pesakit kepada pengetahuan umum.Secara ringkasknya boleh saya nyatakan ibu tadi sudah banyak kali mengalami keguguran.Kali ini ibu yang mulia tersebut diuji dengan kandungan yang sudah tidak bernyawa tetapi masih berada di dalam rahim.Kes sebegini menuntut juga jihad ibu untuk merasa sakit bersalin seperti biasa walaupun janin yang bakal dilahirkan sudah tiada.Keberadaan saya di sisi ibu tersebut adalah sekadar membuat pemeriksaan terakhir sebelum beliau dipindahkan ke wad daripada bilik bersalin.Tanpa dipinta si ibu memberitahu saya bahawa anaknya sudah tiada.Saya yang pada asalnya tidak tahu tentang pesakit tersebut kaget.Cepat2 si ibu tadi menyatakan bahawa beliau redha dengan apa yang berlaku.Katanya doktor pakar sudahpun memberikan kata2 yang menenangkan,katanya anak yang sudah tiada itu dijamin masuk syurga..anak tersebut pasti menunggu ibunya untuk ke syurga puan!Saya yang bakal menjadi ibu ketika itu sangat tersentuh dengan ketabahan dan kehalusan hati yang dimiliki insan di hadapan saya!

Okey bahagian buruk pula apa ya.. bagi orang mukmim itu semua yang menimpa diri dan sekelilingnya adalah baik2 belaka. Jika sesuatu yang tidak disenangi dia bersabar, ada sahaja hikmah terselit yang cuba digali. Jika sesuatu yang disenangi akan disyukuri, bertambah lagi nikmat dari Ilahi. Nikmat mungkin bukan dari segi lahiriah, nikmat mungkin dari segi ketenangan hati,kelapangan akal fikiran dan kebahagiaan dalam kehidupan seharian.

Namun tipulah kalau saya katakan kehidupan sebagai HO flat tiada naik turunnya.Apa yang pahit untuk ditelan sebaiknya dijadikan teladan dan pengajaran supaya tidak sia2 berlalu begitu sahaja. Selalu sahaja dalam whatsapp ataupun status-status FB ramai HO yang meluahkan perasaan mereka untuk tatapan semua. Ada yang manis tetapi banyaknya yang tidak sedap untuk ditelan. Ketika awal-awal saya memasuki 'alam' ini saya merasakan bahawa tiada kehidupan untuk saya ketika itu.Tiada masa untuk bersuka ria, tiada masa untuk selain daripada yang dikatakan KERJA. Saya tidak main-main.. Sungguh pelik perasaan ketika itu.. Bila masa lapang rasa macam serba salah nak duduk tenang sebab takut dikatakan curi tulang. Dengan bos2 takut hatta untuk sekadar bercakap perkara yang tidak berkaitan dengan kerja.... Ketika itu saya rasakan susah untuk saya belajar perkara baru.. Disebabkan suasana yang tidak berapa menyeronokkan saya selalu terlupa bahawa membantu pesakit adalah tujuan utama para doktor. Saya rasakan kesungguhan saya bekerja (walaupun rasanya tidaklah sesungguh mana) adalah sekadar tidak mahu dimarahi bos2.. Hurm.. Ini baru pengalaman sendiri. Belum lagi dinyatakan apa yang dialami sahabat-sahabat lain.Walaupun kedengaran seperti tidaklah seteruk mana berbanding doktor2 pelatih zaman dahulu, saya terfikir patutkah kami dilayan seolah-olah cuba membuatkan kami merasa perkara yang sama mereka rasakan satu ketika dahulu.. Sehinggakan pernah saya merasakan saya tidak dilayan seperti seorang manusia! (bukan bermaksud penderaan fizikal)

Lama juga saya berperasaan negatif begitu. Saya pun tidak pasti saat bila agaknya hati mula terdetik.. memang kehidupan doktor pelatih begitukah sampai bila2? Suami saya mengatakan yang saya kelihatan begitu tabah (erm??) sewaktu di awal alam pekerjaan, mungkin kerana tiada laporan berbaur keluhan yang keluar daripada mulut saya. Sehinggalah pada satu malam saya menangis sepuas-puasnya di bahu beliau. Hatta sehingga saat itu pun saya tidak tahu itu adalah hasil pengumpulan stress selama ini sehingalah suami saya sendiri mengingatkan saya, baru saya tersedar!! Ya kadang-kadang diri kita sendiri menjadi 'pelindung' kepada masalah yang tersimpan dalam diri..

Sehari- hari berlalu alhamduLILLAH saya semakin dapat menyesuaikan diri dan semakin dapat mencuri-curi peluang untuk kehidupan sendiri. Bukan apa jika kita tidak memberikan peluang kepada diri sendiri ( diri sendiri termasuk juga keluarga kerana mereka adalah sebahagian daripada diri kita) rutin seharian di tempat kerja berkemungkinan hilang cahaya ikhlasnya, hanya kerana kita merasakan tidak diperlakukan dengan adil..hurm secara jujurnya sistem kerja kerajaan di Malaysia khususnya para doktor masih saya rasakan tidak adil dari kacamata manusiawi..Maksud saya masih ada ruang yang boleh diperbaiki supaya tidak ada lagi kata orang hidup doktor tiada life! Di satu sudut pula tidak boleh juga terlalu menyalahkan mereka (saya pun tidak pasti secara tepat siapakah mereka ) kerana kerja doktor memang lain cabarannya. Kita akan selalu bertarung perasaan terutama kepada yang sudah berkeluarga, mana satu yang patut aku utamakan.. dengan kata mudahnya hanya doktor yang memahami jadual kurang siuman doktor di Malaysia.. dahulu ketika saya belum mula bekerja, saya tidak dapat membayangkan apabila suami saya katakan beliau tidak sempat langsung untuk menjamah makanan.. Apabila sudah mula bekerja, ok saya sudah memahami keadaan itu.. lalu saya membuat kesimpulan hanya doktor yang memahami doktor.. orang lain tidak mungkin akan faham tetapi mereka boleh bertoleransi~

Ok cukup x panjang ni entri utk cover hampir dua tahun x menulis :P Tapi mak saya selalu kata x boleh banyak-banyak nanti orang x appreciate... :D wassalam




0 comments: