RSS

Wednesday, November 30, 2011

Nikmat Keseimbangan

Assalamualaikum

Habuk di Mesir tidak pernah berhenti daripada menghiasi muka penduduknya,baik di musim panas mahupun di musim sejuk.Ketika Medan Tahrir bergolak dan menjadi tajuk hangat dalam berita berita antarabangsa,para penutut Kasr Al Ainy Medical School masih meneruskan rutin harian.Keluar dari rumah di pagi hari,pulang pada waktu petang.Kepala disibukkan dengan ilmu yang disampaikan di 'sekolah'(medical school) seolah-olah tiada apa yang berlaku kira-kira tidak sampai 2 kilometer daripada tempat pengajian berkenaan.

Usai kelas sehari-hari,pulang ke rumah membersihkan diri.Jika masih belum menunaikan solat langkah diatur ke bilik air lalu wajah adalah anggota pertama yang mesti dibasuh sebagai syarat sah wudhu'.Dengan air panas darjah sederhana,tangan menakung air,mata ditutup lalu takungan tersebut diratakan ke seluruh bahagian muka.Ah,tersungkur jatuh di atas lantai bilik air!!!


AlhamduLILLAH.Perkara tersebut tidak pernah atau jarang sekali berlaku pada diri kita.Tahukah sahabat-sahabat bahawa mata kita memainkan peranan untuk keseimbangan badan? Ketika mata kita ditutup,badan kita masih boleh diseimbangkan kerana terdapat satu nikmat yang dinamakan deria rasa dalaman (deep sensation)..Jika nikmat deria ini ditarik,dan mata dittup,kita kehilangan kedua-dua mekanisma keseimbangan badan lalu tumbang dengan hanya kerana menutup mata ketika berdiri..inilah antara nikmat Allah daripada infiniti nikmatNya yang dipancarkan dalam penciptaan makluk bernama manusia,hasil kejuruteraan kompleks yang terbaik di muka bumi...

Hari ini dalam sesi klinikal subjek Neurology,kami berasa sangat beruntung kerana didatangkan dengan kes pesakit yang sangat tipikal ciri-cirinya bagi mereka yang mengidap penyakit di bahagian 'otak kecil' (cerebellum).Kali pertama saya memahami penyakit cerebellar ataxia adalah melalui sebuah filem Jepun bertajuk One Liter of Tear.Kisah kekeluargaan yang sangat menyentuh hati.Aya ( watak dalam cerita tersebut) menyedari ada yang tidak kena pada dirinya apabila dia gagal menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.Hal ini kerana otak kecil berperanan untuk melakukan aktiviti yang memerlukan koordinasi.Tindakan menyuap makanan ke dalam mulut secara tepat sebenarnya merupakan kejayaan otak kecil mengira secara tepat jarak dan kelajuan yang diperlukan untuk makanan sampai ke dala mulut pada titik dan masa yang tepat,tidak lambat walau sedikit.Keadaan ini juga menyebabkan pesakit berjalan seperti orang mabuk yan dinamakan drunken gait



Rupa-rupanya kes ini tidak hanya terhenti pada penyakit di bahagian otak kecil.Seperti yang disebutkan di awal tadi keseimbangan badan kita dikawal oleh mata serta deria rasa dalaman yang dinamakan proprioceptor.Deria ini sangat penting bagi memaklumkan kepada otak tentang keadaan semasa diri kita sama ada dalam keadaan duduk,berdiri, dan sebagainya.Apabila proprioceptor (di kaki contohnya) tidak lagi berfungsi,pesakit akan berjalan dengan menghentakkan kaki secara kuat kerana kakinya tidak lagi merasai bahaa ia sedang memijak di atas muka bumi.

Pesakit terbabit juga kemungkinan kehilangan deria pada bahagian hujung anggota iaitu kaki dan tangan.Hal ini yang dinamakan glove and stocking anaesthesia yang juga boleh berlaku kepada pesakit kencing manis.Selain itu terdapat bahagian-bahagian otot tertentu menjadi lemah kerana fungsi otak untuk pergerakan badan secara sukarela (voluntary) juga terlibat.Masalah dalam pertuturan juga mungkin terjadi iaitu dysarthria.Salah satunya dinamakan stacatto speech (scanning speech) iaitu pesakit bertutur dengan sedikit penekanan kepada suku kata tertentu dan terdapat jarak antara perkataan (gap)

Inilah yang dinamakan dengan Friedreich's Ataxia...

Maka bersyukurlah kerana kita masih dapat menggunakan pencuci muka dengan menutup mata,tanpa tumbng untuk menghilangkan habuk yang melekat kerana menjadi penduduk Kaherah yang serba indah ini :)

Keyboard off!!!Wassalam

1 comments:

islahnafsi said...

subhanallah...jzkk natrah