RSS

Saturday, August 29, 2009

Muslimah Hari Esok

Assalamualaikum

Alhamdulillah, hari ini kami telah selesai membincangkan satu lagi kutaiyib(buku kecil) karangan Dr Yusuf Al-Qhardhawi hasil ceramah beliau yang diberi nama 'Muslimah al-Ghadd' atau dalam bahasa ibundaku Muslimah Hari Esok.Jazakumullah khairan jaza' kepada seluruh warga Madrasah Wasathiyah terutama kepada pengasasnya Al-Fadhil Ustazuna Fauwaz Fadzil.Terimah kasih ustaz kerana menyedarkan kami untuk iltizam dalam menuntut ilmu.Terima kasih kerana mengingatkan kami akan kehebatan para ulama' dan peranan ulama' yang dapat berinteraksi dengan zaman sebagai aset terpenting umat Islam mutakhir ini.Terima kasih kerana menjadi guru kami yang tidak jemu mencurahkan ilmu.

Oleh sebab saya masih belum lagi mampu membaca buku itu dengan memahami harf biharfin,saya tidak berniat berkongsi secara terperinci SETIAP yang dibincangkan oleh syaikhuna Imam Yusuf Al-Qhardhawi.InsyaAllah berkat penerangan Ustaz Fauwaz dan perbincangan bersama warga Wasathiyah,beberapa isi penting akan saya simpulkan dan rumuskan buat tatapan para pembaca,serta sebagai persediaan kepada diri saya sendiri dan mereka yang bergelar Muslimah untuk menjadikan impian Al-Imam untuk membina dan mendidik Muslimah yang diidamkan pada 'hari esok' sebagai REALITI, bukan lagi fantasi.



Doktrin yang membingungkan

Pada permulaan ceramah beliau,kita difahamkan dewasa ini 2 jenis aliran atau doktrin berkaitan pandangan umum terhadap wanita semakin meracuni persepsi masyararakat di timur mahupun di barat.

Pertama adalah golongan yang terlalu syadid/ketat dalam memahami pendekatan Islam tentang kewanitaan dan menutup segala pintu yang sepatutnya menjadi hak wanita untuk memegang kuncinya.

Golongan kedua tentulah sebaliknya yang membuka seluas-luasnya pintu kepada golongan wanita untuk bergerak terlampau bebas sehingga menggadaikan maruah mereka sendiri sebagai kaum yang dimuliakan setelah kedatanga Islam.

Kedua-dua golongan tidak memiliki ciri-ciri Muslimah Hari Esok yang menjadi idaman pencinta kebenaran.



Hakikat yang Hilang

Wasathiyah=keseimbangan yang menjadi slogan laungan Al-Imam terbukti melalui penerangan beliau tentang prinsip pertunangan yang digariskan oleh Islam.

Sebagai contoh,pandangan Islam dalam bab pertunangan....Islam tidak menyediakan tiket halal untuk pasangan melakukanapa sahaja sesuka hati seperti mereka yang telah berkahwin.Namun,Islam sendiri tidak menutup semua pintu yang menyekat seseorang daripada mengenali pasangan yang bakal menjadi teman hidupnya.Bahkan itulah yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihiwasallam kepada sahabat yang telah bertunang untuk melihat tunangnya.Hal ini adalah sebagai satu langkah ke arah pembinaan rumahtangga yang menjadi punca rahmah dan mahabbah.

Banyak lagi kisah yang boleh diambil pengajaran,betapa Islam tidak langsung meremehkan setiap perkara yang menjadi urusan manusia di dunia.Lebih-lebih lagilah akhirat.Untungnya menjadi mereka yang dipilihNya dalam memahami agama.Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya nescaya akan diberikannya KEFAHAMAN DALAM BERAGAMA ~ <


Perbincangan bersama wanita

Usahkan mereka yang lelaki, saya sendiri dahulu pun inferior dengan pendapat diri sendiri.Alhamdulillah,ilmu telah membuka pintu dan tingkap kesedaran tentang kerusi mulia disediakan dalam Islam kepada muslimah yang beriman dan bertaqwa.Alangkah bahagianya sekiranya iman dan taqwa itu menjadi perhiasan kita~~~

Ummu Salamah setelah termeterainya perjanjian Hudaibiyyah~

Secara peribadi kisah bagaimanya termeterainya perjanjian Hudaibiyyah adalah antara catatan sejarah nabawiyyah yang sangat menakjubkan dan mampu mengukir keinsafan dalam hati mereka yang bertadabbur dengannya.Moga2 dapat kita berkongsi dalam post yang seterusnya.

Pengaruh seorang wanita ke atas seorag Nabi,kekasih Allah.Ketika para sahabat enggan bertahallul daripada ihram meskipun demikian adalah perintah Baginda Sallalahu'alaihiwasallam.Mungkin kerana para sahabat terlalu bersedih kerana tidak dapat menunaikan haji pada tahun tersebut.

Lantas Saydatina Ummu Salamah mengajukan pendapatnya supaya Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam sendiri yang memulakan untuk bertahallul...tanpa mengatakan apa2 kepada para sahabat. Action speaks louder than words.Nasihat tersebut terbukti berkesan apabila para sahabat mengikut jejak langkah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam lalu bertahallul.Mereka menangis mengapalah mereka boleh ingkar arahan Baginda Sallallahu'alaihiwasallam yang ini.

Nasihat hebat itu adalah hasil sentuhan seoarnag yang bergelar wanita...

Hari sudah larut malam.Izinkan saya untuk menyambung post kali ini pada hari yang dijanjikan.Doakan istiqamah itu milik kita bersama.Tisbah 'ala khair(ucapan selamat malam).

Jadikan tidur sebagai ibadah senyap.

Salam 'alaykum~

0 comments: