RSS

Monday, July 20, 2009

Untuk sahabat yang banyak bersabar

Assalamualaikum...

Buat sesiapa sahaja sahabat sahaja yang sudah banyak bersabar dengan karenah saya.Alaysa ana albasyar??Makhluk yang diciptakan,sentiasa cenderung melakukan kesilapan.Biarpun kita inginkan menjadi yang baik2 belaka,satu kenyataan yang pasti.Kita tidak mampu lari daripada noda dosa.Maka siapa yang terbaik antara mereka yang melakukan kesalahan?Pastilah mereka yang bertaubat dan kembali ke pangkuanNya setelah menyesal dengan perbuatan yang dilakukan.

Kadang2 kita tidak memaksudkan apa yang dizahirkan di luaran.Entahlah.Mudahnya bermain dengan perasaan orang lain.Mungkin sebab kita tidak berada di tempatnya.Untuk memohon maaf begitu ego sekali.Sudah mahu diruntuhkan ego itu,terlambat pula.Bertangguh2.Takut2 wrong timing.Biar sejuk dulu.Inilah jadinya....

Pengajarannya....tidak jatuh pun maruah kalau kita yang memulakan salam kemaafan.Meskipun rasanya bukan kita yang bersalah.Itu sangkaan kita.Ah..mmg bukan mudah.Mohonlah pertolongan Allah dgn bersolat dan bersabar,moga2 Dia menjadikan hati kita begitu lembut dan lentur dalam menerima kebenaran.

Sahabat gunanya menegur kalau saya salah.Kalau ikut hasil kajian Dr Fadhilah Kamsah,orang bulan jun menganggap siapa yang memuji saya adalah musuh saya.Memang pahit untuk menerima sesuatu yang tidak kita suka.Namun itu jauh lebih baik berbanding selesa dalam sangkaan yang plastik!!

Namun Allah mengajar kita untuk menyeru orang dengan hikmah dan kata2 yang baik.Bijaksana dan bijaksini.Tegur atas rasa kasih sayang.Inginkan perubahan.Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Terima kasih ya!

1 comments:

lyannayahya said...

daa lame aku bersabar ngan ang nat!!

hehehehe :P

saya sayang awak.doakan ukhwah kita berkekalan