Assalamualaikum
Saya menipu jika mengatakan tidak terusik langsung dengan isu bukan setakat panas,malahan 'terbakar' sekitar pekembangan atmostera arus semasa tanah air tercinta kita.
Satu kesimpulan saya.Sekadar pendapat peribadi.Kita ketandusan pimpinan negara.
Mungkin yang lebih tepat bukanlah ketiadaan pemimpin2 negara yang diidamkan,tetapi cabarannya terlalu kuat utk mereka berada di tengah2 masyarakat,meruntuh segala kebatilan yang ada lantas mengepalai pucuk pemerintahan sebuah kerajaan Islamiyyah yang berdaulat~
Allahumma yassir...
Tida kira apa jua manhaj perjuangan yang kita pilih,dalam perkara KEBATILAN,kita mesti bersatu hati bersama2 memeranginya.
Sekadar mukaddimah berdasarkan apa yang mencetus minat saya sejak akhir2 ini untuk memerhati dan bertadabbur...saya sendiri berasa pelik seakan-akan terdapat booster ke atas diri sendiri,saya terhibur dan kepenatan mentelaah hilang apabila perhatian dialihkan seketika pada isu2 yg saya maksudkan di atas.isu2 yang yang selayaknya sudah bermain2 dalam pemikiran kita,apakah penyelesaian terbaik dalam kemelut yang semakin kabur nokhtahnya dari hari ke hari.
Mari alihkan perhatian semula perhatian kita terhadap core bisuness kita pada ketika ini.Medan perjuangan yang lebih relevan PADA KETIKA INI justeru kita masih bergelar mahasiswa bawah graduasi(undergraduate =).
PEPERIKSAAN@IMTIHAN
Maksud saya di sini ialah peperiksaan dunia yang kehangatannya kian terasa khususnya dalam kalangan sahabat-sahabat di Mesir.
Musim peperiksaan yang menjengah seolah-olah sama ertinya dengan bermulanya musim pertapaan masing-masing dalam 'gua' ciptaan sendiri.Mungkin juga bermulanya tempoh yang melepakkan bagi segelintirnya kerana tiada lagi kuliah yang perlu dihadiri.Atau bermula juga masanya untuk tawakuf kerja-kerja 'nilai tambah' yang sedikit sebanyak menguji konsisten dalam pembelajaran.
Apabila ditanya tentang peperiksaan,tidak dinafikan pelbagai reaksi dapat direkodkan.Exam=tekanan!!belajar kerana exam.Tak suka sbb semua orang mula menanggalkan topeng masing2.Ataupun suka sebab waktu exam yg tak baik semua jadi baik.Diri jadi lebih tekun beribadat.Kalau nak mati pun bior la mati dlm tempoh@fatrah exam sebab rasa lebih soleh~
Semua itu terpulang pada persepsi dan expectation dlm diri masing2.Cuma satu perkara yang ingin saya rakam dan kongsikan bersama di sini.
Usah sesekali kita terpedaya dengan peperiksaan...
Bagaimana mungkin exam yg tdk bernyawa itu mampu memperdaya kita?Bukan salah 'ibu mengandung' tapi salah kitalah yang telah menyempitkan hikmah dan kebijaksanaan yang terselit ~seawal usaha bermatian-matian kita dalam Ujian Pencapaian Sek Rendah..atau mungkin lebih awal drp kadar tersebut.di mana letaknya nilai jerit payah kita agaknya...
Anggaplah peperiksaan sebagai prosese pembelajaran yang membolehkan kita mengutip pengetahuan secara optimum.Pengetahuan yang kita tidak begitu cakna kecuali setelah peperiksaan kian hampir.Kita akan memastikan dengan bersungguh2 bahawa kefahaman dapat dikuasai gara-gara cuak dgn ancaman insiden yang dinamai peperiksaan.Semua soalan2 perlu mampu dijawab sebelum kaki melangkah ke dewan,supaya senyuman mampu diukir ketika langkah diatur keluar.Kamus diselak andai terdapat perkataan2 pelik yang tdk difahami.Wah,peperiksaan membuatkan kita sendiri berusaha memandaikan diri=)
Itu sahaja point yang cuba saya ketengahkan di sini.Tidak rugi berusaha bersungguh2 dalam musim peperiksaan ini walaupun bahagian yang kita usahakan itu tidak semuanya terpilih untuk kita menjawabnya kelak.Yg penting pengetahuan sudah berada dalam genggaman.Pesan Nabi SAW ilmu merupakan barang umat Islam yang tercicir,di mana saja kita dapatinya...KUTIPLAH...(WAllah a'lam)
Ya!Persediaan sebelum peperiksaan yang lebih menjadikan kita pandai(in sya' Allah), bukan kerana pangkat atau natijah yang bakal tercatat di papan itu.Yang penting kita berusaha spt org yg nak mumtaz,namun pangkat itu jualah yang kita harapkan utk menjadi taqdir terbaik.Ameen.
Khusus buat mereka yang sebelum ini tercari2 nikmat waltu itu,rasailah kemanisan peluang itu KINI, kerana kita tidak tahu bila masa pula nikmat itu akan ditarik semula.
Usaha mesti seiring dengan doa.
Takut mesti seiring dengan harap.
Apa yang penting????
Redha Allah la~
p/s: alangkah bagusnya kalau prsediaan utk peperiksaan akhirat lebih gigih drp yg ini..
Salam imtihan buat semua yang berusaha ke arah kecemerlangan.
Mengungguli kecemerlangan,mengerat kebersamaan(smgt PERUBATAN pulak!)
Sanah Helwah Hana
4 months ago
4 comments:
salam ziarah,
selamat menduduki peperiksaan
hihihi....ye...jdikan exam satu jalan utk kuatkan ilmu kite....
salam natrah.saya tag natrah.klu sudi buatla ye..
http://masihmanusia.blogspot.com/2009/06/tagged-by-onee.html
salam natrah...nice one...thanks a lot...rase bersih sket hati nih..teruskan menulis ek
Post a Comment