Assalamualaikum...
Malam ini gelap malam ketiga selepas kami menerima berita yang tdk pernah dan kalau boleh tidak mahu mendengarnya.Saya yang mendapat panggilan ketika itu berada di luar pintu masuk Imarah 9 bersama 3 org sahabat yang lain.Allahyarham sahabat kita Muhammad Ammar Zulkifli telah mendahlui kita semua utk ditamatkan ujiannya di dunia yang entah bagaimana nilaiannya di sisi Allah Ta'ala.Biasanya kata org org yg dijemput awal ini Allah sangat sayang~
Kami seakan tidak percaya lagi dengan berita yang menjengah ke telinga.ish betul ke nih??baru je pagi tadi exam written pharma ak nengok die dlm hall...antara kata2 yg mungkin terdetik dlm hati kita.Dia bukan sesiapa pada kami....dialah ketua batch kami..dialah ajk mentor council pada seisi kali ini.Dia jg yang menjadi antara sayap2 dlm biro kebajikan pada seisi yang lepas...dia yang menjadi pengarah yang diraikan di atas kapal Saraya..Dia itu dan dia ini...
Bila kita terkesan dgn kehilangan seseorang,itu petanda bhw banyaknya sumbangan dia dalam kehidupan kita.
Bermula dari detik kami mendapat berita kemalangan itu,atmosfera di sekeliling bagaikan mendung mengiyakan kemuraman yang kita tanggung bersama...sehinggalah saat kami menghadapai peperiksaan oral pharmacology tadi.cuma mungkin dgn intensity yg berbeza2.
Apa yang pasti,semua kami merasai pedihnya tamparan pada kali ini.Bukan sahaja kehilangan seorang qudwah,tapi juga sedih+pilu dgn ujian yang ditimpakan pada setiap mereka yang terlibat dalam insiden tersebut.Saif,eckem,aman,otai.Semuanya nampaknya menghadapi cabaran yang berbeza2.
Namun,di sebalik kepahitan yang kami telan,ada kemanisan yang Allah rasakan.Kemanisan dalam bersaudara,merentasi batasan asal,fikrah dan jantina, dalam lingkungan pegangan aqidah yang sebenar(ameen)
Semua ini adalah caturan Allah.
Moga kita menjadi hamba yang paling bersyukur dalam mengharungi setiap ketentuanNya.
Moga kita dapat meletakkan apa sahaja di dunia ini di hujung jari,kerana matlamat kita adalah AKHIRAT negeri nan abadi.
Moga kita juga setabah Ummu Ammar yang telah mengagumkan kita semua.
Sungguh ini ujian berat buat kita semua.Namun saya yakin pasti nilainya di sisi Allah,dan moga berjaya mengharungi ujian praktikal kehidupan yang diturunkan Allah ini,jauh LEBIH BESAR dgn kejayaan menghadapai ujian di dewan peperiksaan tempohari..
Seeru 'ala BARAKATILLAH.
Sanah Helwah Hana
4 months ago
0 comments:
Post a Comment