RSS

Monday, May 4, 2009

Realistik dalam tindakan

Assalamualaikum

Buat sahabat2 yang sentiasa mendapat perhatian dan kasih sayang Allah~

Alhamdulillah sejak akhir2 ini saya diberi kekuatan utk lebih komited dlm mengupdate blog ini.Mungkin kerana banyak peristiwa yang berlaku,namun tiada ruang utk 'dimuntahkan'.Biarlah setiap apa yang kita lalui di dunia ini menjadi pengajaran dan pembelajaran(mcm P&P kat skolah dlu plk) tdk terhad pada diri kita,malahan pada insan2 lain yang mendambakan kebaikan khususnya.

Sahabat,

Dalam setiap perkara yang kita lakukan,BIARLAH sebaik2nya tindakan kita bukan merupakan reaksi terhadap sesuatu perkara.Maksud saya,kita tidak melakukan sesuatu perkara disebabkan perkara2 tertentu.Tetapi,sewajarnya tindakan itu berdasarkan akal yang rasional dan sejahtera dalam menimbang tara baik buruknya tindakan itu.Jauh sekali dipengaruhi oleh EMOSI.

Biar saya bawakan satu kisah agar topik perbincangan nampak lebih jelas.

Kisah yang menyentuh jiwa sesiapa sahaja yang mengambil pengajaran daripadanya.Kisah bagaimana suci dan 'jughuih'nya(pinjam vocab kelantanese) Saidina Ali karamAllah wajhah sewaktu dia hampir2 membunuh seorang musyrik dalam satu peperangan.Pada saat itu diceritakan bahawa nyawa sang musuh seolah2 sudah berada dalam genggaman beliau.Namun,apabila beliau DILUDAH olehnya,sang musuh tadi terselamat daripada dibunuh oleh Saidina Ali yang berjiwa mulia.Owh,ingatkan lagilah terus dibunuhnya,sudahlah nyawa dah mcm xselamat, berlaku biadap pula si musuh itu!!Jawapan Saidina Ali yang sangat mengagumkan ialah beliau membatalkan hasratnya walaupun peluang menghapuskan musuh sudah berada di depan mata...takut2 jika tindakan membunuh musuh itu adalah disebabkan perasaan marah atau dendam pada si musuh tadi,bukan semata2 kerana ingin menghapuskan musuh Allah.

Demikianlah betapa telitinya sahabat hasil tarbiyyah Rasulullah SAW ini dalam menjaga setiap tindak-tanduk supaya tidak langsung dipengaruhi oleh emosi yang selalunya tidak selari dengan kewarasan dan rosional pemikiran.

Cubalah,wahai diri sendiri dan sahabat2~

Apabila kita berasa marah dan ingin menegur kesalahan seseorang, jangan terus menyatakan pendapat kita ketika itu.Tunggulah sebentar untuk memastikan teguran itu dibuat atas dasar tanggungjawab dan ikhlas inginkan kebaikan dan perubahan.Bukan kerana kita bencikan dia.

Setiap kali kita ingin mengeluarkan kenyataan,bercakaplah dengan akal yang rasional.Yang lebih penting berdasarkan fakta dan ilmu yang sahih.Tidak dipengaruhi langsung dengan pendapat peribadi, perbuatan orang lain dan sebagainya.

Bagi saya jika kita berfikir dan membuat keputusan dalam keadaan melulu dan beremosi,kita sebenarnya telah bersikap tidak adil dan tidak jujur kepada diri sendiri dan orang lain.

Jika tindakan dipengaruhi emosi bukan bertunjangkan ilmu,kita telah berlaku tidak amanah dengan kebenaran dan segala yang haq.

Rasional dalam setiap tindakan,kerana Islam bersifat rasional dan tidak sesekali bercanggah dengan kemaslahatan manusia dan seluruh ciptaanNya.

Kita sahaja yang selalu melawan arus itu.

Salam reformasi ke arah kebaikan.

0 comments: